Sunday, September 13, 2015

Ini Bukti GHP Gagal Ganti PAS. -Datuk Iskandar Abdul Samad


SHAH ALAM - Kegagalan Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk mengerahkan orang Melayu turun ke perhimpunan Bersih 4.0 membuktikan NGO itu tidak mampu menggantikan Pas jika Pakatan Rakyat 2.0 ditubuhkan.

Demikian kata Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad sambil menegaskan, ketidakupayaan Harapan Baharu membuktikan PR 2.0 tidak dapat berperanan dengan berkesan tanpa kekuatan Pas.

"Kita lihat pada Bersih 4.0, bahawa tanpa Pas, PR tidak dapat bertindak dengan berkesan.
"Kalau kita lihat Bersih 4.0 itu hanya kurang lima hingga 10 peratus saja orang Melayu, walaupun Harapan Baharu telah digunakan untuk menggerakkan orang Melayu," katanya kepada pemberita pada Kongres Rakyat, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Iskandar juga berkata, pakatan pembangkang hanya akan menjadi kuat dan efektif jika Pas terlibat sama dalam gabungan tersebut khususnya di Selangor, Terengganu dan Kelantan.
"Ia memberi satu petunjuk kepada parti-parti yang menentang BN, kalau nak bergabung, nak satu pembangkang yang efektif, kena ada Pas," ujarnya.

Sementara itu, Iskandar turut menegaskan kemenangan Pas pada PRU12 dan PRU13 bukan kerana semangat PR semata-mata.

"Saya rasa semangat PR itu bukan semangat DAP atau PKR, ia semangat bersama, kalau kita lihat gelombang pada 2008 dan 2013 adalah gelombang bersama.
"Saya berpendirian bahawa parti-parti PR perlu bersama jika nak pertahankan kerajaan, ataupun nak memberi sesuatu tekanan kepada BN," dakwanya.

Pesuruhjaya Pas Selangor itu berkata lagi, kekuatan Pas di Selangor jauh lebih hebat dari Harapan Baharu berdasarkan jumlah ahli parti masing-masing.

"Sebelum ini, Harapan Baharu mensasarkan boleh menarik 3,000 ahli, tapi kita mempunyai 90,000 ahli Pas di Selangor, kalau boleh capai sasaran mereka, namun ia hanya beberapa peratus dan jauh dari jumlah ahli Pas," katanya lagi. (Sumber Link)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukan sahaja GHB, bahkan PKR pun sama, tidak mampu mengerahkan orang Melayu turun ke perhimpunan Bersih 4.0 yang lalu.

6 comments:

Unknown said...

Fail matematik ularmak ni. % kedatangan melayu menurun kerana jumlah china lebih tinggi. Jumlah kedatangan melayu hampir sama shj dari sebelumnya. Sila sekolahkan balik ularmak pas ni, terutama matematiknya yg jelas gagal

Anonymous said...

Ibnu Hasyim gie sekolah balik..Iskandar pun gie ngaji lagi...kira pun mcm budak tadika.

Anonymous said...

Ghp n pkr sama saja keadaannya.saya lihat sekarang pkr lebih baik sedikit bkn sbb ghb sudah goyang tp sekurangnya mereka ada pendirian n tdk mudah dikotak katik oleh dap.ruang utk perbincangan masih terbuka kenapa ingin ambil risiko.tampa pas sy rasa susah utk dpt putrajaya.jika pas ditolak org melayu akan rasa susah utk meyokong ghb atau pkr.tampa pas juga pkr n ghb akan hanyut entah kemana.jd mereka tak boleh lepas tangan pas.semoga Tuhan akan memberi petunjuk jln yg baik untuk kita semua.ternyata politik perkauman masih menjadi senjata ampuh oleh umno maka sehingga ia dpt dimusnahkan selagi itulah pas diperlukan.

Anonymous said...

PASpispus jngan dok takabbur dgn GHB yg baru tu... klau pengundi bukan melayu di DUN Cempaka beralih 10% saja tk undi Pas .. abisss laa weh.
Melayu selangor ni pun dok perhati perangai YB Pas.. dok kutuk cina & ghb .. tk sampai 30% penyokong Pas pun dah beransurr kurang & mereka protes secara senyap kerana malas nak layan pimpinan Pas selsngor yg sombongbodoh. Melayu dah mula berminat dgn PKR & GHB. Bukan Melayu dah mula sokong dappkrghb. PRU 14 Cempaka melepas & sekarang boleh la ayok sendiri ..

Anonymous said...

Betul-betul tanpa PAS aroma babi tak laku di Malaysia, tetapi dengan PAS + PKR + DAP, daging babi pasti laris.

Anonymous said...

Peminat Lim Tokong dan Lim Kit Sial memang ramai dalam PKR,tetapi dalam PAS tak kurang juga,cuma sejak akhir2ni PAS dah bercerai dengan DAP. Walaubagaimanapun perceraian PAS dan DAP masih samar2,belum sah 100%. Masih ada usaha untuk berdamai.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails