Monday, September 14, 2015

Arab Saudi Umum Hari Idul Adha Jatuh Pada 24 September .

Arab Saudi umumkan hari Idul Adha jatuh pada 24 September
Makkah

RIYADH: Arab Saudi mengumumkan pada Ahad (13/9/2015) bahawa Idul Adha, salah satu daripada dua hari raya ummat Islam, jatuh pada hari Khamis, 24 September 2015, ujar laporan televisyen Al Arabiya.

Pengumuman ini dibuat setelah pihak berkuasa kerajaan melakukan ru'yat hilal untuk menentukan awal bulan Zulhijjah, yang merupakan bulan kedua belas dalam kalender hijriyah.

Berbeza dengan Idul Fitri, dalam perayaan Idul Adha, ummat Islam berbondong-bondong menyembelih haiwan qurban meneladani Nabi Ibrahim yang rela mengorbankan anaknya Ismail sebagai bukti ketaatannya kepada Allah Subhanahu Wataa'la. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails