Thursday, September 17, 2015

Morais Disimen Dalam Tong Dram.. Kaji Semula Sistem Jenayah Islam?

Morais Mohmad melihat tong dram disimen berisi mayat Morais yang dijumpai di dalam parit di Jalan Subang 3, Subang Jaya semalam.
SUBANG JAYA – Tanda tanya mengenai kehilangan Anthony Kevin Morais selama 13 hari terjawab selepas mayat pegawai kerajaan itu ditemui disimen di dalam tong dram di Jalan Subang 3 berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chee Wen di sini semalam.
Timbalan Ketua Bahagian Bi­cara dan Ra­yuan di Jabatan Peguam Negara berusia 51 tahun yang diculik itu dipercayai dipukul dengan besi hingga mati sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam guni dan kemudian disimen di dalam sebuah tong dram. Tong dram tersebut dibuang ke dalam parit di kawasan Subang Jaya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, mayat Morais ditemui susulan pe­ngakuan empat daripada tujuh suspek yang ditahan di Pulau Pinang dan Rawang di Selangor kelmarin.
Suspek-suspek yang ditahan membabitkan empat lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah tidak terlintas di pemikiran pemimpin-pemimpin Islam Malaysia, bahawa hukum 'hudud' yang diturunkan oleh Allah SWT dapat menyelesaikan masalah-masalah jenayah begini? Perlukah dibuat kajian semula sistem perundangan Islam, apabila melihat jenayah yang semakin menjadi-jadi, sebagai lambang kegagalan sistem perundangan yang ada sekarang?

2 comments:

Anonymous said...

Rasnya kalau pakai undang2 syariah penjenayah dalam kes ini akan terlepas kerana sukar nak dapat saksi,kalau ada saksi pun belum tentu menepati ciri2 yang dikehendaki dalam undang2 tersebut.

Anonymous said...

Nak nak buat undang undang Islam dalam keadaan pemimpin sekarang ni kena batang hidung sendiri akan buat alasan dan buat bodoh mcm dia tak pernah buat salah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails