Wednesday, September 16, 2015

8 Didakwa Terlibat Dalam IS M'sia.

MOHAMMAD ROSDAN (tengah) didakwa memiliki penerbitan mengenai IS di Mahkamah Majistret Gerik, Perak semalam.

KUALA LUMPUR – Lima orang termasuk dua komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dihadapkan di enam buah mahkamah di negara ini semalam kerana terlibat dengan aktiviti berkaitan dengan kumpulan pengganas Islamic State (IS).
Dua anggota komando iaitu Mohd. Zuraidi Shafiq Zulkeflee, 27 dan Muhammad Adibzakir Zahri, 28, dituduh di Mahkamah Majistret Kota Tinggi, Johor atas pertuduhan mengga­lakkan keahlian dalam kumpulan pengganas IS pada Ogos tahun lalu.
Zuraidi dan Adibzakir yang bertugas di Kem Rejimen 21 Komando Sungai Udang, Melaka didakwa menggalakkan keahlian IS di Markas 21 Gerup Gerak Khas, Kem Iskandar dekat Mersing pada Ogos 2014.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130G(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan manakala kes tersebut disebut semula pada 21 Oktober depan.
Di Mahkamah Majistret Gerik, Perak, seorang anggota tentera, Prebet Mohammad Rosdan Mohammad Khir, 24, dihadapkan atas pertuduhan memiliki 11 bahan penerbitan yang mempunyai kaitan dengan perlakuan dan perbuatan kumpulan pengganas IS. (Kosmo!)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails