Saturday, June 25, 2011

Juara Maharaja Lawak: Tentukan Arah & Matlamat.

Kumpulan Sepah menjadi juara Maharaja Lawak yang diadakan di Stadium Malawati,Shah Alam, Jumaat.

HALAMAN HIBURAN

SHAH ALAM: Selepas 13 minggu bertanding, akhirnya gelaran juara Maharaja Lawak berjaya menjadi milik kumpulan Sepah apabila mereka memperoleh markah tertinggi, dalam pertandingan tersebut yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini malam Jumaat

Kemenangan Sepah yang terdiri daripada Mamat, Shuib dan Jep melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Gelaran naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Jozan (Johan dan Zizan)dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi manakala Nabil mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi.

Finalis Maharaja Lawak menerima hadiah masing-masing.

Bagaimanapun, kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Yus dan Tauke terpaksa akur dengan kedudukan di tangga keempat. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi. Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal.

Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 50 peratus undian penonton di rumah dan juga juri yang terdiri daripada Mamat Khalid, Ahmad Idham serta Saiful Apek.

Sementara itu mengulas kemenangan mereka Sepah berkata, mereka turut berhadapan dengan masalah mencari idea setiap kali membuat persembahan. Bagaimanapun sikap yang sentiasa mahu berbincang bersama-sama adalah antara formula kejayaan kumpulan itu.

“Idea kami tersangkut juga tetapi syukurlah dengan bantuan Dia (Allah), kami dapat mengeluarkan idea yang baik,” kata mereka.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Warna & Prima, Nizam Sani. Pertandingan Maharaja Lawak bersiaran secara langsung setiap Jumaat, pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (Saluran 132) sejak 1 April lalu.

Komen Wenblog Ibnu Hasyim: Sepatutnya lawak di Malaysia perlu disuntik dengan idola dan pemangkin matlamat yang jelas. Jelas ke arah pembangunan manusia rohani dan jasmani, sesuai dengan negara kita yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan. Jelas membawa generasi muda ke arah pembangunan yang sebenarnya.

Bukan hanya lawak dan gelak tak kering gusi semata-mata. Lawak yang bermutu, dan jelas ke mana arah yang anak-anak muda kita nak dibawa.. Di barat sudah wujud, kumpulan dakwah melalui lawak... Contohnya..26 -OMAR Regan Halal Comedy Bukan lawak yang tidak tentu arah dan matlamat.

Mari kita lihat lawak dalam Islam...

Bagaimana Rasulullah SAW bergurau?

Seorang wanita tua berkata kepada Nabi, “Tolong berdoa kepada Allah supaya Dia memasukkan saya ke dalam syurga.”

“Ya ibu, orang tua tidak boleh masuk syurga...” Jawab Nabi. Perempuan itu pulang sambil menangis-nangis.

Tetapi kata Nabi lagi, ertinya.. “Sila beritahu kepadanya, dia tidak akan masuk ke syurga dalam keadaannya yang masih tua. Allah berfirman ”Sesungguhnya Kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan masih dara, yang amat menyintai suaminya dan sebaya pula sesamanya.” (Hadith riwayat Tirmizi dan al-Baihaqi dgn Sanad yang hasan)

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata, " Ya Rasulullah, kamupun bergurau dengan kami...”

"Ya aku bergurau, tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar!" Jawab Nabi. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)

Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yang perlu dipatuhi dalam lawak atau bergurau..

Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa. Nabi SAW bersabda: "Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia!" (Hr Ahmad dan Ad-Darimi – sanadnya sahih)

Kedua: Gurauan yang tidak menghina orang lain, kecuali diizinkan oleh orang tersebut. Firman Allah, "Wahai orang-orang beriman, janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, mungkin orang dihina lebih baik dari yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , mungkin wanita dihina lebih baik baik dari wanita yang menghina… ” (11 : Al-Hujarat)
Nabi SAW bersabda, “Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim.” (Hadis riwayat Muslim – sahih). Termasuk juga dalam menghina, ialah dengan meniru perbuatan orang lain.

Aisyah RA berkata “Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.” Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih)

Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.
Nukman bin Basyir RA berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah SAW dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda; “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.” (Hadis riwayat Thabrani – sahih)

Keempat: Jangan ambil barang orang dengan niat melawak. Nabi SAW bersabda: "Jangan kamu mengambil barang kepunyaan saudara seIslam dengan niat melawak atau pun betul-betul.” (Hadis riwayat Ahmad – sahih)

Kelima: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak. Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi SAW bersabda, “Tiga perkara yang mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebas hamba.

Jadi, anda kajilah sendiri, bagaimana hukumnya, melawak seperti yang di dalam pertandingan merebut Raja Lawak dalam persembahan di tv, pementsan sekarang dan lain-lain. Wallahu 'aklam. (IH)

Lihat sebelum ini...

Dakwah Kpd O/Asli Tak Pernah Jumpa Manusia Di Amazon


DUA Orang Asli mengacukan tombak mereka.

KAWASAN penempatan Orang Asli yang baru ditemui di sempadan Peru - Brazil


BEBERAPA penduduk orang asli yang tidak pernah menemui manusia moden ditemui dirakamkan dari sebuah pesawat udara di hutan hujan Amazon, Brazil pada April lalu.

RIO DE JANEIRO - Sekumpulan Orang Asli Amazon yang tidak pernah menjalin hubungan dengan manusia moden berjaya ditemui berdekatan sempadan Peru dan Brazil, kata Yayasan Indian National kelmarin. Beberapa gambar Orang Asli itu berjaya dirakamkan dari sebuah pesawat yang terbang di kawasan hutan Terra Inigena Kampa e Isolados do Envira yang dilindungi di Sungai Envira.

Gambar di atas sekali menunjukkan dua lelaki di mana tubuh mereka berwana merah dan sebahagian rambut dicukur cuba mengacukan tombak ke arah pesawat itu. Di belakang lelaki itu, seorang wanita turut memerhati ke arah pesawat dengan tubuhnya dicat warna gelap.

Terdapat satu lagi gambar (bawah sikit) yang menunjukkan sebanyak 15 orang lagi berada berdekatan dengan pondok, sebahagiannya melakukan persediaan untuk membaling tombak ke arah pesawat.

"Dunia perlu jaga daripada tidur untuk memastikan wilayah mereka dilindungi berdasarkan undang-undang antarabangsa. Jika tidak berbuat demikian, mereka akan pupus," kata Pengarah Survival International, Stephen Corry di mana pertubuhannya itu memberikan berusaha melindungi penduduk asli di seluruh dunia.

Penduduk asli yang ditemui itu dipercayai tidak pernah menjalin hubungan dengan manusia moden dan dunia luar dan maklumat mengenai mereka setakat ini masih belum diketahui. Tubuh berwarna, apakah yang mereka makan (anggota-anggota ekspedisi yang menaiki pesawat itu melihat terdapat taman pertanian dari angkasa), bagaimana mereka membina pondok, bahasa dan cara masyarakat itu berfungsi juga setakat ini masih kekal misteri.

"Kami menganjurkan penerbangan itu untuk menunjukkan rumah dan kewujudan mereka," kata pakar Orang Asli, Jose Carlos dos Reis Meirelles Junior.

"Ini adalah penting kerana terdapat pihak yang meragui kewujudan mereka," tambahnya.

Bagaimanapun, kehidupan kumpulan Orang Asli yang gambar mereka dirakamkan itu kini dalam bahaya kerana aktiviti pembalakan di Peru. Apabila ahli-ahli antropologi meninjau kawasan itu dari pesawat, mereka melihat beberapa wanita dan kanak-kanak di mana tubuh mereka tidak dicat.

Namun, selepas pesawat itu berpatah balik ke kawasan sama beberapa jam kemudian, tubuh badan wanita dan kanak-kanak itu dicat dengan warna merah.

"Orang Asli di Amazon mengecat tubuh mereka kerana pelbagai sebab dan salah satunya adalah kerana mereka berasa diancam atau dalam keadaan mahu melakukan serangan," kata anggota Survival International, Miriam Ross.

"Dan mereka hampir pasti berasa diancam atau mahu menyerang ke arah pesawat seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu.

"Mereka hampir pasti tidak mengetahui apa benda yang terbang itu mungkin ia adalah roh atau burung besar," katanya.

Terdapat lebih 100 kumpulan Orang Asli yang tidak mempunyai hubungan dengan manusia moden hidup di seluruh dunia, separuh daripadanya tinggal di Brazil atau Peru, kata Survival International. Sebahagian mereka mungkin tidak pernah mengubah cara hidup yang diamalkan lebih 10,000 tahun lalu.

Sementara itu, di Brasilia, beberapa pegawai Yayasan Pribumi Nasional Brazil (Funai) mengesahkan kewujudan populasi orang asli yang belum pernah menjalin hubungan dengan manusia luar di hutan hujan Amazon selepas satu puak mengandungi 200 orang dikesan menerusi satelit, lapor sebuah akhbar semalam.

Tiga kawasan lapang yang diduduki puak itu dikenal pasti terletak di barat daya Brazil berhampiran sempadan Peru tetapi kewujudan mereka hanya disahkan selepas beberapa ekspedisi udara dengan menggunakan sebuah pesawat dibuat pada April lalu.

Dalam awal minggu ini juga, tiga kawasan dikesan telah dibersihkan dalam hutan di barat daya dekat sempadan Peru. Para pegawai yayasan pribumi itu mengganggarkan terdapat 68 populasi hidup terasing yang tinggal jauh di tengah hutan Amazon.

Puak orang asli yang baru ditemui itu tinggal di dalam empat rumah beratap jerami dan menanam jagung, pisang dan kacang tanah dan tanaman lain. Komuniti itu tinggal berhampiran sempadan Peru di hutan simpan Vale do Javari seluas negara Portugal dan menjadi tempat tinggal lebih 14 puak pribumi yang hidup terpencil.

"Kerja-kerja untuk mengenal pasti dan melindungi populasi itu adalah sebahagian daripada dasar awam Brazil," kata seorang penyelaras yayasan berkenaan, Fabricio Amorim.

Menurutnya, pemerhatian awal menunjukkan puak orang asli itu tergolong dalam etnik yang menggunakan bahasa pano yang hidup dari hutan Amazon di Brazil sehingga ke hutan di Peru dan Bolivia. Kawasan berkenaan memiliki bilangan puak orang asli yang terbesar di dunia. (Demikian dari sumber Agensi)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak ada bumi yang tidak boleh tertinggal dalam menyampaikan kebenaran dan agama Islam. Hal itu juga menjadi tugas umat Islam yang dilantik sebagai khalifah di muka bumi. Siapa yang patut menyambutnya? Individu, yayasan, negara dan NGO..

Yang penting, dakwah Islam perlu sampai. Yayasan Pribumi Nasional Brazil (Funai) telah mengesahkan kewujudan populasi orang asli yang belum pernah menjalin hubungan dengan manusia luar di hutan hujan Amazon. (IH)

Lihat sebelum ini...

E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..

Palestin: Isu Sejagat, Aqidah & Ummah -Dr Naji

KOTA BHARU, 25 Jun 11: “Isu Palestin adalah isu sejagat, isu akidah dan isu ummah seluruhnya, bukan isu Palestin semata-mata. Kata Dr Naji Abu Zuhair Al-Sirh, seorang rakyat Palestin,

Dr Naji Abu Zuhair juga melahirkan rasa kagum dengan kepimpinan ulama Kelantan diketuai Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat khususnya kepada komitmen kepimpinan negeri terhadap isu Palestin. Beliau melihat Menteri Besar dan rakyatnya ada kelainan dalam ‘menghayati’ isu tersebut dengan menunjukkan simpati yang tinggi.

“Isu Palestin adalah isu sejagat, isu akidah dan isu ummah seluruhnya, bukan isu Palestin semata-mata.

“Semoga apa yang dibuat ini berterusan dan Allah swt mengembalikan kemuliaan ummah dan kemuliaan Islam, seterusnya akan membebaskan Masjidil Aqsa, hasil perjuangan seluruh umat Islam,” tegasnya.

Beliau bercakap kepada pemberita sempena Majlis Pelancaran Misi Bantuan Ke Gazza oleh Menteri Besar di Medan Ilmu, semalam. Beliau kini menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi di negara ini. Hadir sama rakannya Arafat Abdullah. Turut hadir Setiausaha Politik Menteri Besar Wan Nik Wan Yusoff.

Program misi penghantaran bantuan untuk rakyat Palestin menjelang Ramadhan, Aidul Fitri dan Qurban Aidul Adha itu anjuran Sekretariat Misi Cakna Palestin (Cakna Palestin) dengan kerjasama Badan Kebajikan Ar-Rahmah, Daerah Khan Younis Palestin (BKA) yang diasaskan sejak 1993 di Palestin di samping kerjasama Al-Quds Travel Sdn Bhd.

Menurut Dr Naji, komitmen itu satu terjemahan kepada komitmen Tok Guru dan rakyat Kelantan seluruhnya terhadap isu Palestin.

“Dan saya lihat di Kelantan, Tok Guru Nik Aziz dan rakyat Kelantan ada ‘kelainan’ terhadap rakyat Palestin dari sudut kesihan belas dan kesayangan mereka kepada rakyat Palestin dan perjuangannya di Palestin.

“Saya tidak mampu untuk mentakbir (menggambarkan) dengan kata-kata terhadap komitmen Tok Guru dan Kerajaan Negeri, namun sambutan program ini menjelaskan keadaan sebenarnya,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Cakna Palestin Nazri Deraman menjelaskan perancangan Cakna Palestin ialah menghantar bantuan kepada rakyat Palestin sebelum penghujung Sya’aban atau awal Ramadhan, 1432 Hijriah.

“Justeru bantuan daripada rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin, akan disampaikan khususnya bagi menghadapi Ramadhan di Palestin.

“Program hari ini dilancarkan untuk rakyat Kelantan di mana mulai hari ini mereka bolehlah memberi sumbangan melalui Cakna Palestin untuk dihantar bantuan tersebut ke Gazza, melalui wakil kita sebelum Ramadhan nanti,” katanya.

Pada majlis pelancaran itu, Menteri Besar melepaskan belon bersama bendera Palestin sebelum melepaskan sembilan ekor burung, yang melambangkan bahawa suatu hari nanti Palestin akan bebas, selaras dengan motto perjuangan rakyat Palestin: “Kita yakin Al-Quds adalah milik kita dan kita akan kembali”. (IH/Harakah)

Wednesday, June 22, 2011

Nik Aziz: K'tan Sebuah Makmal Islam.. Apa Itu?


KOTA BHARU, 22 Jun 11: Setelah lebih 21 tahun PAS mentadbir Kelantan, ia amat sesuai jika dijadikan sebagai sebuah ‘makmal Islam’, kata Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ini, katanya kerana pentadbiran yang dilaksanakan adalah berasaskan Al-Quran, hadis, ijmak dan qias.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri himpunan penjawat awam Kompleks Kerajaan Darulnaim, pagi ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, Exco-exco kerajaan negeri dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias.

Nik Aziz berkata, kakitangan kerajaan negeri seharusnya mengikut sebaik mungkin dasar kerajaan yang dikeluarkan agar ia dapat memberi keselesaan kepada rakyat negeri ini.

“Tuan-tuan adalah merupakan kakitangan kepada kerajaan yang berasaskan Islam, oleh itu kita semua seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya kepada apa yang kita laksanakan di pejabat demi kesejahteraan rakyat,” ujar beliau.

Tuan Guru juga menyentuh tentang kelebihan bulan Rejab yang boleh dikatakan semua umat Islam mengetahui peristiwa di akhirat melalui peristiwa Israk Mikraj.

“Bulan ini amat wajar umat Islam membicarakan hal kelebihan perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. ke langit dalam peristiwa Israk Mikraj.

“Kita diberitahu dengan jelas perkembangan di akhirat, oleh itu kita semua seharusnya mengambil berat hal ini terutamanya dalam melaksanakan tugas yang diberikan kerana ia tetap mendapat balasan di akhirat nanti,” katanya lagi. (IH)

Tahniah K'tan, Ganjaran Kpd Suami Spt Salih Yaakob?


Thumbnail
KOTA BARU, 21 Jun 11: Tahniah kepada kerajaan Negeri Kerajaan yang bercadang memberi insentif khas kepada golongan suami yang tidak menyembunyikan perkahwinan lain daripada isteri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar berkata pemberian insentif khas itu sebagai galakan kepada para suami agar tidak menyembunyikan perkahwinan berikutnya itu daripada diketahui oleh isteri dan anggota keluarga yang lain.

“Ada syaratnya dan kalau anda seperti Salih Yaakob (penyanyi dan juruhebah Radio Sinar FM) bolehlah ke hadapan untuk terima insentif itu.

“Apa pun ini masih di peringkat cadangan lagi dan jika dipersetujui, bukan sahaja suami yang akan mendapat penghargaan tetapi kepada isteri-isteri dan anak-anak, mereka juga akan turut mendapat insentif ini nanti,” katanya kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darul Naim di sini hari ini.

Ketika menggulung perbahasan sebelum itu, Wan Ubaidah berkata kerajaan negeri menyambut baik cadangan itu kerana ketika ini ramai yang masih menyembunyikan perkahwinan kedua dan seterusnya. Dipetik Bernama Online, beliau berkata pada 2002 sahaja lebih 1,000 pasangan telah mendaftarkan perkahwinan berikutnya di Kelantan.

“Yang tidak daftar mungkin ramai dan ini yang kita tidak mahu kerana ia boleh mengundang masalah,” katanya.

Wan Ubaidah berkata kerajaan Kelantan tidak menyekat poligami kerana ia sebahagian daripada Islam tetapi dengan syarat suami itu perlu adil. “Kita tidak menyokong yang kahwin cerai dan perlu adil dalam setiap perkahwinan itu,” katanya.

Katanya adalah lebih baik mereka yang berkahwin lebih itu memilih armalah (janda) sebagai pasangan hidup kerana di Kelantan sahaja terdapat 25,000 para janda yang berumur bawah 60 tahun dan masih boleh dijadikan isteri. (IH)

Lihat Sebelum ini..

Datuk UMNO Ini Ditangkap Khalwat? Oh, Malunya.




GEORGETOWN 20 Jun 11: Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menetapkan 26 Julai ini untuk perbicaraan kes khalwat Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan Datuk Salim Parlan dan pasangannya, Nur Diayana Norslan.

Hakim Syarie Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya menetapkan tarikh itu selepas menolak permohonan pihak pembelaan supaya mahkamah menetapkan tarikh untuk sebutan semula kes berkenaan.

Terdahulu, pembelaan yang diwakili Wan Faridulhadi Mohd. Yusoff membuat permohonan itu sementara menunggu keputusan permohonon kebenaran poligami dan pengesahan nikah di Selatan Thailand yang difailkan anak guamnya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur minggu lepas.

Ketua Pendakwa Syarie Mohd. Zulkhairi Aziz yang membantah permohonan itu berkata kes itu perlu diteruskan sementara menunggu keputusan permohonan berkenaan.

"Kita tidak tahu bila kes di Kuala Lumpur itu akan selesai. Ia mungkin mengambil masa yang lama... mungkin setahun atau dua tahun. Kita tidak tahu bila akan selesai,” katanya. - Bernama

Lihat berita sebelumnya...

Ini Ahli Umno Yang Ditangkap Khalwat Di Pulau Pinang
Timbalan Ketua Setiausaha KBS didakwa berkhalwat

GEORGETOWN: Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan (gambar), 51, mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat bersama seorang wanita di sebuah hotel di Batu Feringghi, Sabtu lalu.

Nur Diayana Norslan, 29 , juga tidak mengaku bersalah ke atas pertuduhan yang sama. Kedua-duanya didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut,di sini, sebentar tadi. Mereka didakwa mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996, manakala Seksyen 27 (b) enakmen sama.

Hakim, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya menetapkan 20 Jun depan untuk sebutan semula kes berkenaan.- Berita Harian

Berita sebelumnya dari Lidah Rasmi UMNO..

Timbalan KSU ditangkap khalwat bersama bekas pembantu

PULAU PINANG 16 April - Seorang Timbalan Ketua Setiausaha di sebuah kementerian ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kerana berkhalwat di sebuah bilik hotel di Batu Feringghi, di sini, awal pagi ini. Beliau yang berusia 51 tahun dan bergelar Datuk sebelum ini pernah berkhidmat di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum dinaikkan pangkat ke kementerian berkenaan hujung tahun lalu.

Beliau bersama pasangannya ditahan sepasukan anggota JHEAIPP dan polis dalam satu operasi cegah maksiat kira-kira pukul 4 pagi, hasil maklumat orang ramai.

Difahamkan, pasangannya yang berusia 28 tahun merupakan bekas pembantu peribadinya. Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Batu Feringghi untuk diambil keterangan. Pengarah JHEAIPP, Sazali Hussein ketika dihubungi Mingguan Malaysia mengesahkan penahanan itu, namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih disiasat.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.- Lidah Rasmi UMNO

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Oh, malunya...

Ka’ab bin Ujrah RA. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada;
beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya.
Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka
dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu,
maka ia bukan termasuk umatku,
dan bukanlah aku daripadanya.
Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)."

- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Maksud '
membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka' itu, adalah menyokong partai bukan Islam mereka walaupun bernama Melayu, termasuk mengundi parti itu dan menaikkan mereka. (IH)

Sebelum ini..

Tuesday, June 21, 2011

Ukhuwah Tanpa Mengira Batas Agama, Negara & Kaum

Majikan bangga, amah terima diploma


SARMINI diapit oleh Choo Tang (kanan) dan Phooi Khuan melihat sijil Diploma Pengurusan yang diterimanya pada Konvokesyen ke-10 OUM di Kuala Lumpur semalam.

KL 21 Juu 11: Inilah rasa ukhuwaah yang sepatutnya disemaikan kepada warga Malaysia tanpa mengira batas agama, negara dan kaum. Perasaan bangga dan terharu terpancar pada wajah pasangan majikan ketika pembantu rumah mereka, Sarmini Muhyadi menerima tepukan paling gemuruh ketika menaiki pentas untuk mendapatkan diploma dalam bidang pengurusan pada majlis konvokesyen Universiti Terbuka Malaysia (OUM) ke-10 semalam.

Tan Choo Tang, 56, dan isteri, Wee Phooi Khuan, 47, telah membiayai sebahagian besar kos pengajian Sarmini, 28, yang bekerja dengan mereka sejak tujuh tahun lepas, selepas pembantu rumah itu menyatakan hasratnya untuk kembali ke Indonesia bagi melanjutkan pengajiannya pada 2007.

Choo Tang yang bertugas sebagai pensyarah sebuah kolej swasta, bagaimanapun telah memujuk Sarmini untuk terus bekerja dengannya sebagai pembantu rumah sambil melanjutkan pelajarannya di sini dengan bantuan Choo Tang, bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga mencarikan institusi pengajian tinggi yang sesuai.

Sarmini dari Kampung Bayunmas, Jawa Tengah walaupun terpaksa menjalani pengajian separuh masa sambil bekerja sebagai pembantu rumah selama empat tahun, telah berjaya memperoleh mata purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.39.

Choo Tang berkata: "Ketika nama Sarmini diumum pada majlis konvoksyen semalam, beliau menerima tepukan paling gemuruh dan ia membuatkan kami sangat bangga dan terharu dengan kejayaannya."

Sarmini yang akan pulang ke Indonesia pada 3 Julai ini menyatakan rasa terhutang budi kepada majikannya yang telah membantu dia mencapai impiannya untuk mendapat pendidikan tinggi.

"Saya sangat berterima kasih tak terhitung nilainya, senang sekali mendapat kesempatan untuk belajar di sini sekali gus bekerja... mungkin saya yang pertama bernasib baik," katanya.

Dia yang terharu mengenang kebaikan majikannya itu berkata: "Keluarga majikan turut membantu saya membuat tugasan, terutama untuk mendapatkan maklumat bagi tugasan universiti serta membantu saya menguasai bahasa Inggeris."

Itulah ajaran Nabi orang Islam Muhammad SAW. Bukan membedakan negara hingga berkahwin sesama agama (tetapi lain negara: Malaysia & Lombok) pun dikecam habius-habisan. (IH)

Monday, June 20, 2011

Maksiat Hasil Sumpahan Pantai Port Dickson..

Maksiat ini pernah terjadi di PD...

PORT DICKSON 20 Jun 11: Tinjauan myMetro merumuskan, biarpun berada di tempat tumpuan awam, segelintir pasangan remaja dikesan tidak segan silu melakukan adegan tidak senonoh di pantai berhampiran Batu 3, Bagan Pinang, di sini, sekali gus menimbulkan rasa tidak selesa pengunjung.

Malah, aktiviti berkelah di tepi pantai sepatutnya dijadikan medan mengeratkan hubungan kekeluargaan, namun pengunjung disajikan dengan adegan bercumbu pasangan kekasih. Bukan saja duduk berdua-duaan di kawasan terpencil dan gelap, namun pasangan terbabit berpelukan dan bercumbu.

Tinjauan Metroplus mendapati kebanyakan mereka bukan saja berkunjung dan melakukan aktiviti tidak bermoral terbabit pada waktu siang, sekali gus membawa pada waktu tengah malam sehingga awal pagi di persisiran pantai mahupun di dalam kereta.

Penduduk tempatan mendakwa, kebanyakan pasangan berusia 20-an termasuk pelajar kolej swasta dari daerah ini mahupun negeri lain selalu berkunjung ke situ antara jam 5 petang hingga ke awal pagi.

Pengunjung, Nourzita Hamidon, 34, berkata dia tidak selesa berkelah dengan keluarga apabila melihatkan aksi melampau segelintir pasangan yang dipertontonkan kepada kanak-kanak.

“Mereka bukan saja beraksi dengan liuk badan yang memalukan, malah turut berpakaian tidak sopan hingga memperlihatkan alur dada dan punggung ketika duduk bersama pasangan.

“Malah, anak-anak pernah bertanya mengenai cara pemakaian mereka yang terdedah dan kelakuan sumbang pasangan terbabit,” katanya.

Katanya, sejak kawasan jalan pantai itu dinaik taraf dengan kemudahan letak kereta, ia sering dipenuhi kenderaan yang berhenti khususnya malam minggu, sekali gus pengunjung lain merakamkan adegan manja pasangan kekasih di dalam kenderaan.

Seorang lagi pengunjung dikenali sebagai Harun, 42, berkata kawasan berkenaan kadangkala tidak sesuai dijadikan lokasi kunjungan mereka yang sudah berkeluarga kerana khuatir adegan tidak senonoh itu dilihat kanak-kanak.

Katanya, pihak bertanggungjawab perlu melakukan pemantauan dan rondaan berterusan bagi membendung gejala itu yang semakin berleluasa dan mengundang rasa tidak senang di kalangan pengunjung.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inilah akibatnya bila politik menguasai agama. Agama duduk di bawah telunjuk kaki pemimpin politik. Tokoh-tokoh agama hanya jadi alat kepada parti yang tidak meletakkan, dasar Islam sebagai asas pemerintahan. Dikatakan ada menteri yang ditangkap bersekedudukan tanpa nikah dengan seorang artis tempatan di pantai itu, tetapi tidak mampu diseret ke mahkamah Syariah, kerana politik asabiah itu lebih berkuasa.

Mungkinkah itu hasil sumpahan pantai Port Dickson kepada kemaksiatan pengguna-penggunanya? Bayangkan, apa kata pantai ini, kalau suara pengaduan itu dapat difahami manusia? (IH)

Sunday, June 19, 2011

JI Sudah Wujud Di Malaysia, Buktikan?


Downer will ask Indonesia to ban Jemaah Islamiah, but the outcome is already certain, writes Damien Kingsbury.
Go to fullsize image

Abu Bakar Bashir, who.

KL 19 Jun 11: JI atau Jamaah Islamiah sudah ada di Malaysia. Apakah benar begitu?

Mungkin kerana itu Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) mendesak agar kerajaan menjelaskan sekolah maahad swasta manakah yang dikatakan sedang menjalani proses mengkaderkan anggota-anggota Jamaah Islamiah (JI)... Dan siapakah sumber yang dikatakan "risikan anti keganasan" seperti yang disiarkan di muka hadapan Mingguan Malaysia hari ini.

Akhbar itu juga melaporkan, kononnya maahad itu sebagai transit merekrut rakyat tempatan sebelum menjalani latihan ketenteraan di kem Al-Qaeda dan MILF di Selatan Filipina selain masih aktif sehingga hari ini menyebarkan fahaman Salafiah Jihadiah.

Maahad tersebut juga dikatakan menjadi tempat perlindungan Abu Bakar, Abdullah Sungkar, Mohd. Iqbal Abdul Rahman, Hambali dan 16 anggota kanan kumpulan Darul Islam dari Solo, Jawa Tengah melarikan diri ke Malaysia selepas pemerintahan Presiden Suharto.

Ketua DPP, Nasrudin Hassan berkata, apa yang merisaukan laporan akhbar itu terlalu samar bilamana sumber risikan itu tidak didedahkan dan sekolah maahad mana tidak disebut secara langsung.

Tambahnya, ini akan menimbulkan rasa takut dan tidak selesa dalam negara terutamanya ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah maahad.

“Apa yang meragukan lagi, tahanan-tahanan yang ditahan di bawah ISA atas tuduhan menganggotai Jamaah Islamiah (JI) dan rangkaian Al-Qaeda masih belum dibuktikan bersalah walaupun ada yang telah bertahun-tahun merengkok di dalam penjara. Kewujudan JI di Malaysia masih meragukan,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya betul wujud, pihaknya meminta didedahkan sekolah yang terlibat kerana Sekolah Agama Maahad diwujudkan bukan untuk mengkaderkan pengganas seperti yang digambarkan oleh akbar berkenaan, tetapi adalah untuk melahirkan ilmuan-ilmuan Islam yang faqih dalam bidang pengajian duniawi dan ukhrawi.

“Tindakan Utusan ini juga secara tidak langsung melabelkan Islam dengan keganasan dan kita tidak mahu kerajaan Malaysia mengikut telunjuk US yang mengaitkan Islam dengan keganasan, mereka-reka cerita JI dalam negara semata-mata untuk menyedapkan telinga US dan Israel.

“Jangan hanya kerana cerita yang sumbernya entah siapa maka sekolah-sekolah Maahad ini menjadi manjadi mangsa dan kesannya ibu bapa takut menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah maahad ini selain pandangan buruk umum kepada sekolah maahad,” ujarnya lag.

Telah terbukti, katanya sekolah-sekolah maahad ini walaupun tidak di bawah kelolaan kementerian pelajaran, mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik setanding dengan sekolah-sekolah kebangsaan malah lebih hebat lagi insan yang dilahirkan itu mempunyai akhlak yang baik.

Pemuda PAS juga, katanya tidak mahu ini menjadi suatu taktik kerajaan Umno BN untuk menghalalkan akta zalim ISA, seterunya menangkap penganjur-penganjur dan peserta-peserta Bersih 2.0 menjelang himpunan aman itu nanti.

Sementara itu di Yan Kedah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan laporan akhbar sambil menegaskan tiada sekolah agama atau maahad swasta di negara ini secara langsung merekrut pelajar untuk menyertai kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI).

(IH)

LL4G-Gaza M'sia Dimonopoli Umno -Mat Sabu



KL, 19 Jun 11:
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mendakwa program Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia cuba dimonopoli oleh Umno BN termasuk NGO milik mereka, Aman Malaysia.

Beliau berkata, perkara ini jelas terbukti apabila nama beliau digugurkan sebagai salah seorang pemidato di saat-saat akhir sedangkan pada awalnya beliau sudah diingatkan agar bercakap soal Palestin tanpa menyentuh isu politik.

"Saya telah mendapat restu daripada PAS untuk hadir program malam tadi kerana program isu Gaza ini isu bersama.

"Saya mestilah sangat gembira dapat duduk satu pentas dengan Perdana Menteri.

"Tapi apabila nama saya digugurkan daripada berucap, saya rasa kesallah sedangkan mereka kata isu ini isu bersama," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan sebab ketidakhadiran beliau ke program yang diadakan di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.

Bagaimanapun, seorang lagi pemidato Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hadir walaupun slot pidato dibatalkan.

"Ini bukan soal kecewa tidak dapat berucap tapi saya tak pergi langsung malam tadi sebab nampak Umno macam nak ambil alih program tersebut," katanya.

Mohamad pada mulanya diminta menyampaikan pidato menyentuh isu Palestin selama 20 minit yang kemudiaanya dipendekkan kepada 10 minit dan akhirnya dimaklumkan pembatalan slot pidato jam 10 pagi semalam.

Khalid fikir dua kali

Misi kemanusiaan International Freedom Flotilla ll ke Gaza akan berlepas ke sana pada 26 Jun ini dan PAS akan diwakili oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad.

Khalid bagaimanapun ketika dihubungi sebentar tadi memberitahu beliau sedang mempertimbang samaada akan turut serta atau tidak.

Ini kerana beliau turut sependapat dengan Mohamad bahawa Umno BN ingin menjadikan misi tersebut program mereka sendiri.

"Saya pun sedang fikir balik samaada nak pergi atau tidak labih-lebih lagi bila diberitahu Mat Sabu tidak diberi peluang berucap malam tadi dan nampak Umno BN nak guna program ni untuk naikkan nama mereka," katanya yang juga ahli Parlimen Shah Alam.

Beliau turut mengingatkan Umno BN agar jangan mengambil kesempatan di atas penderitaan umat Islam untuk mengharumakan nama parti.

"Bagi saya Umno BN nak ambil kesempatan untuk naikkan nama mereka di atas penderitaan umat Islam.Ini tidak bagus untuk keamanan sejagat," katanya.

LIHAT VIDEO

Erra Fazira Ingin Pakai Tudung? Al-hamdulillah..


ERRA FAZIRA menandatangani plak perasmian Galeri Desa Murni cawangan Kota Bharu di Kota Bharu semalam sambil diperhatikan oleh Bibi Ramjani (dua dari kiri).

HALAMAN HIBURAN

KOTA BHARU – Pelakon popular Erra Fazira menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa tindakannya menjadi model produk tudung sebuah syarikat di sini bertujuan mengembalikan popularitinya yang kini menurun akibat saingan artis baru.

Sebaliknya beliau berkata, tindakannya menerima tawaran syarikat Desa Murni Batik Sdn. Bhd. itu selaras dengan niatnya untuk memakai tudung sepenuhnya satu hari nanti. Baginya, tidak salah artis menjadi model produk tudung kerana ia merupakan satu tanggungjawab sama jika beliau menjadi model kepada mana-mana syarikat dan produk lain.

“Tujuan saya jadi model produk tudung bukan untuk tarik peminat sebaliknya ia adalah salah satu amanah sebagai duta.

“Peminat datang dengan sendiri. Kadang-kadang kita pakai tudung pun, kalau orang tak minat, tak minat juga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Desa Murni Batik cawangan Kota Bharu di sini semalam.

Komen weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah. Terima kasih daun keladi...

Utusan: Wajar Diseret Ke Mahkamah, Tuduh Nik Aziz Kafir?



KL 19 Jun 11: Akhbar mingguan Kumpulan Utusan mendakwa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang memperlihatkan pendirian tegas terhadap Umno dan media miliknya, lebih 'teruk' daripada Ayah Pin yang didakwa mengetuai kumpulan ajaran sesat di Terengganu lebih lima tahun lalu.

Awang Selamat dalam ruangan Mingguan Malaysia hari ini mendakwa “lebih banyak kecelaruan dicetuskan oleh Nik Aziz berbanding individu lain termasuk Ayah Pin, yang sedang diburu oleh pihak berkuasa.”

“Angkara siapakah yang menampakkan Islam tidak ubah seperti kartun?” kata Awang Selamat lagi yang menulis pandangan itu ekoran keputusan kerajaan Kelantan semalam mengharamkan akhbar Kumpulan Utusan daripada membuat liputan acara yang melibatkan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, dan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa serta-merta.

Kelmarin, PAS melancarkan kempen Boikot Utusan Malaysia kerana mendakwa akhbar itu menghina agama Islam menerusi karikatur yang disiarkan Rabu lalu. Setiausaha Akhbar Menteri Besar Ahmad Fadzli Shaari berkata, keputusan itu dibuat berikutan penyiaran karikatur yang disifatkan menghina agama Islam berhubung isu rogol dan zina, yang disiarkan dalam akhbar berkenaan.

“Tindakan itu akan berterusan sehinggalah pihak akhbar berkenaan memohon maaf secara rasmi atau menarik balik penyiaran karikatur berhubung isu itu,” katanya.

Awang Selamat menambah Nik Aziz telah mengumumkan keputusannya mengharamkan Utusan Malaysia daripada membuat liputan acara melibatkan beliau dan sidang DUN berkuat kuasa serta-merta.

“Langkah tersebut sebagai membantah karikatur yang dikatakan menghina Islam berhubung isu rogol dan zina.

“Awang hanya senyum. Nampaknya Nik Aziz mengikut jejak langkah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang turut memulaukan Utusan Malaysia,” tambah Awang Selamat.

Kata Awang Selamat, strategi memulaukan media sebagai senjata dan ugutan adalah pemikiran zaman dinosaur dan “rasanya tiada lagi mana-mana kerajaan yang memerintah peringkat pusat, negeri atau wilayah di negara lain yang berbuat demikian.”

“Kebebasan media dan hak bersuara seperti yang dijanjikan oleh DAP, PKR dan PAS dalam manifesto pilihan raya umum hanya gimik.

“Awang tidak terkejut dengan tindakan Mursyidul Am PAS itu kerana beliau sememangnya condong kepada DAP dalam percaturan politiknya,” katanya.

Awang Selamat menulis dia hanya hairan mengapa karikatur itu yang disiarkan 15 Jun lalu dianggap menghina Islam sedangkan ia hanya menyindir pemimpin PAS kerana mengambil pendirian yang mengelirukan ekoran kes rakaman video seks Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tidak perlu untuk Awang mempertahankan karikatur itu kerana sudah banyak pihak tampil memberikan gambaran sebenar terutama dalzam laman blog,” katanya lagi.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Menuduh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, lebih 'teruk' daripada Ayah Pin yang didakwa mengetuai kumpulan ajaran sesat di Terengganu adalah menuduh Tok Guru Nik Aziz sesat dan terkeluar dari ajaran agama. Hal sebegini pernah berlaku kepada Timbalan Perdana Menteri zaman Mahathir yang menuduh Haji Abdul Hadi Awang mengaku jadi Nabi, yang juga menjadi sesat dan kafir.

Bila dibawa ke muka pengadilan ternyata TPM itu kalah dan kena bayar gantirugi.. Ini juga hasil kerja penghasut akhbar Utusan. Apakah Utusan tidak mahu belajar dari kesalahan lalunya? Atau sengaja mencabar perundangan negara? Atau terus dipercacaikan oleh politik tuannya? Perlukah dibawa ke pengadilan?

Utusan, jangan cuba menjadi utusan mengheret manusia ke neraka. Na 'auzubillahi minzalik. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails