Saturday, August 16, 2014

Simbol '4 Jari Rabaa' Terus Hantui Rejim As-Sisi

Oleh DR SYED AZMAN SYED AHMAD

Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan mempopularkan simbol '4 jari Rabaa' dalam satu kempen menyokong rakyat Mesir yang berlangsung di Turki pada Ogos 2013.
TARIKH 14hb Ogos merupakan genapnya setahun peristiwa pembunuhan berdarah di Dataran Raba’ah Adawiah, yang membawa kepada rampasan kuasa pemerintahan Presiden Mohamad Morsi di tangan rejim tentera di Mesir.

Setahun yang lalu, dataran bersejarah ini merupakan tempat berhimpun ratusan ribu penyokong Presiden Morsi yang mendirikan khemah-khemah sementara serta tempat himpunan utama mereka selama hampir dua bulan bagi menentang rampasan kuasa oleh rejim tentera yang diketuai Jeneral Abdul Fattah As-Sisi.

Pada tarikh ini, Dataran yang terletak di pinggir Kota Kaherah telah diserang bertubi-tubi dan dimusnahkan dengan kejam oleh beribu-ribu tentera dan polis khas junta tanpa sebarang perikemanusiaan.

Adalah dianggarkan jumlah angka korban serangan kejam di Dataran Rabaa’ ini melebihi 3,000 orang awam yang tidak berdosa dan lebih 10,000 lagi dilaporkan cedera.

Pada hari itu, polis dan tentera Mesir telah bertindak melancarkan operasi pembersihan di dua kem utama penunjuk perasaan pro-Presiden Mohammed Morsi. Turut terbunuh 65 kanak-kanak dan ramai lagi di tahap kritikal dan dirawat di hospital-hospital sekitar Kaherah.

Polis dan tentera Mesir yang turut disokong dengan kereta perisai, helikopter, penembak tepat serta jentolak telah bertindak menggempur kem penyokong Morsi di Dataran Rabaa al-Adawiya dan Dataran al-Nahda di Kaherah.

Mereka menggunakan peluru hidup dan gas pemedih mata yang beracun untuk menyuraikan ratusan ribu rakyat awam yang berhimpun. Kebanyakan mangsa maut akibat terkena tembakan di kepala.

Bagi penulis yang pernah bersama-sama berada di Dataran Rabaa’ yang bersejarah ini, tiada bahasa yang dapat digambarkan kerana berpengalaman melihat sendiri kesan kemusnahan serta kebakaran terhadap dataran ini serta Masjid Rabaa’ dan hospital sementara yang terletak bersebelahannya.

Serangan tentera dan polis yang ganas itu telah mengakibatkan Masjid Rabaa terbakar serta bangunan hospital sementara bersebelahan dengan masjid juga telah dibakar oleh tentera yang bertindak ganas terhadap rakyat awam yang tidak berdosa.

Namun sehingga kini, simbol empat jari Rabaa’ yang pada mulanya ditunjukkan oleh Perdana Menteri Turki, Recap Tayyib Erdogan sewaktu berucap dalam satu himpunan di Istanbul kini menjadi lambang protes seluruh rakyat Mesir terhadap kekejaman junta tentera yang membunuh rakyat awam.

Perdana Menteri Erdogan yang mencetus simbol empat jari tersebut, menyebutnya sebagai simbol bagi mengenang medan Rabiatul Adawiyah (Raba’ah) yang telah dihancurkan oleh rejim tentera Mesir secara rakus.

Simbol empat jari ini memberi maksud Rabi’ah. Rabi’ah/arba’ah bererti Empat. Oleh sebab itu, angka 4 dijadikan sebagai simbol mengenang peristiwa di Rabaah sekaligus membawa maksud keteguhan, kekuatan serta solidariti terhadap rakyat Mesir yang dibunuh dengan kejam.

Setelah setahun peristiwa berdarah ini, ke mana-mana sahaja kita pergi di seluruh dunia, lambang empat jari Rabaa’ ini dapat dilihat ditampal di merata-rata tempat termasuk juga yang dibawa oleh rakyat awam di dalam demonstrasi-demonstrasi aman yang dianjurkan di seluruh pelosok dunia.

Penyokong Presiden Morsi serta NGO-NGO yang menentang rampasan kuasa tentera di Mesir melihat lambang ‘4 jari Rabaa’ ini sebagai sumber inspirasi dan kekuatan kepada mereka bagi berhadapan dengan kekejaman junta tentera.

Simbol ‘4 jari Rabaa’ ini juga kini terus menjadi minat anak-anak muda di seluruh dunia yang membantah kekejaman junta tentera Mesir dan ia tersebar luas melalui media sosial seperti Facebook, Instagram dan twitter.

Lambang ini menjadi simbol tanda sokongan anak-anak muda seluruh dunia terhadap rakyat Mesir yang menentang rampasan kuasa junta tentera serta tanda bantahan terhadap pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Dataran Rabaa.

Inilah realiti yang sedang berlaku di Mesir terkini. Simbol ‘4 jari Rabaa’ yang di tunjukkan oleh rakyat di seluruh dunia terus menjadi sumber inspirasi dan senjata bagi berhadapan dengan rejim junta tentera pimpinan As Sisi yang terus melakukan pelbagai kekejaman di Mesir.

Demonstrasi-demonstrasi bagi membantah rampasan kuasa tentera terus diadakan di seluruh Mesir hampir setiap minggu oleh anak-anak muda dan rakyat awam.

Sehingga kini adalah dianggarkan lebih 30,000 tahanan politik dipenjarakan seluruh Mesir. Mereka termasuk juga pemimpin tertinggi pergerakan Ikhwan Muslimin yang merupakan pergerakan paling berpengaruh di Mesir.

Selain dari Presiden Mohamad Morsi, antara pemimpin Ikhwan lain yang ditahan ialah Mursyid Ikhwan, Mohamed Al-Badie’, speaker parlimen, Saad El-Katatni, menteri-menteri kanan serta Dr. Issam Errian, dan Dr. Mehdi Akif.

Semoga kita tidak lupa dengan nasib saudara-saudara kita di Mesir ini di tengah-tengah kesibukan kita membantu saudara-saudara kita di Gaza dan di Syria.

Mereka juga sedang menghadapi ujian besar di dalam perjuangan dan ada yang diseksa di penjara-penjara di seluruh Mesir.

Sebahagiannya pula sedang menunggu hukuman gantung yang dijatuhkan ke atas mereka oleh Mahkamah rejim tentera yang di dokong kuat oleh Arab Saudi, UAE dan Amerika Syarikat serta sekutu mereka. - HARAKAHDAILY, 14/8/2014
__________________
Dr Syed Azman Syed Ahmad ialah Pengerusi Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat. Beliau boleh dihubungi menerusi emel, syedazmans@yahoo.co.uk dan twitter, @syedazman

Solat Di Runtuhan Masjid, M'sia Masih Sekongkol Dengan Pengebomnya?

Para muslim di Gaza tetap menghadiri salat Jumat meski keadaan masjid rusak dan penuh puing-puing bangunan.
Muslim di Gaza saat menghadiri salat Jumaat di runtuhan masjid yang hancur oleh serangan Israel, Jumaat (15/8). Selain penempatan awam, tempat-tempat penting seperti masjid juga menjadi sasaran serangan Israel dengan alasan menyerang Hamas.


JOM lihat rakyat Gaza salat Jumaat di runtuhan masjid mereka yang dibom-musnahkan oleh Zionis bangsat bersama Amerika Syarikat pengganaas itu. Masihkah Malaysia berkerjasam dengan mereka?
Para muslim di Gaza tetap menghadiri salat Jumat meski keadaan masjid rusak dan penuh puing-puing bangunan.

Para muslim di Gaza tetap menghadiri salat Jumat meski keadaan masjid rusak dan penuh puing-puing bangunan.
Para muslim di Gaza tetap menghadiri salat Jumat meski keadaan masjid rusak dan penuh puing-puing bangunan. 
Para muslim di Gaza tetap menghadiri salat Jumat meski keadaan masjid rusak dan penuh puing-puing bangunan.
Gambat bawah sekali: Lepas solat Jumaat mereka sempat membeli manisan Knafeh yang dijual di kawasan masjid di situ.  

Kesimpulan:
Malaysia adalah destinasi eksport ke-11 terbesar bagi Israel, seperti ditunjukkan laporan Biro Statistik Pusat Israel ini. 

Malaysia adalah destinasi eksport ke-11 terbesar bagi Israel, seperti ditunjukkan laporan Biro Statistik Pusat Israel ini. Jadi, desakan banyak pihak sejak akhir-akhir ini supaya Malaysia menghentikan hubungan dagangan dengan Israel ada asasnya.
Hakikatnya, bagi tahun 2013, Malaysia adalah destinasi eksport ke-11 terbesar bagi Israel, dengan nilai eksport hampir AS$1.5 bilion (RM4.8 bilion), seperti laporan Biro Statistik Pusat Israel.Ini yang menggemukkan mereka.

Dalam banyak hal Malaysia boleh, berjiwa besar.  Tetapi dalam menghadapi musuh-musuh penghancur Islam, jiwa besar Malaysia sudah hancur. Jiwa sudah kerdil. Malaysia Tak Boleh! Bolehnya, cuma menikus! Pengecut!  (IH)

Nik Abdul Aziz Nik Mat, Sokong 100% Boikot Barangan Israel



KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyokong seratus peratus tindakan boikot barangan zionis Israel yang kini sedang mengganas dan bermaharaja lela di bumi Palestin.

Bagaimanapun menurutnya, jenis barangan boikot perlu dikenal pasti oleh satu jawatankuasa yang ditubuh khas dalam mengenali produk Israel atau yang sekutu dengannya. Katanya, dengan memboikot produk Israel bererti umat Islam khususnya di seluruh dunia dapat mengurangkan kekuatan rejim Israel.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan di Balai Seni Lukis  Kelantan untuk menyaksikan pameran kartun Gaza, semalam. (Foto atas oleh UKMB) Pada masa yang sama, menurutnya umat Islam tanpa mengira bangsa setiap kali selepas solat mendoakan keselamatan umat Islam di Gaza dan semoga Allah memberikan petunjuk-Nya.

Beliau turut menyalahkan pihak Arab dari segi sejarahnya kerana membiarkan tanah Palestin itu dirampas zionis Israel walaupun telah mengetahui ia hak milik masyarakat itu.

“Kalau Yahudi nak tumpang duduk juga, duduk sama-sama dengan Arab tak boleh nak jadikan hak sendiri sehingga menghalau yang hak macam tu," ujarnya. - HARAKAHDAILY 16/8/2014

Jet K'jaan Dilihat Di Bandar Percutian Eropah. Bertemu Playboy China?


Maklumat penerbangan dari data yang diperolehi secara umum menyokong dakwaan laman Asia Sentinel bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercuti di Eropah, selepas lawatan kerja ke Netherlands untuk menangani isu penerbangan MH17, dua minggu lalu.

Maklumat dari laman penjejak penerbangan FlightRadar24 menunjukkan pesawat pengangkut VIP Tentera Udara Diraja Malaysia 9M-NAA dilihat di beberapa lapangan terbang Eropah, termasuk di beberapa lokasi yang disebut dalam laporan berkenaan.

Bagaimanapun, tiada data awam yang menyebut identiti individu dalam penerbangan berkenaan.

Data itu juga tidak menyatakan dengan jelas sama ada Najib atau pesawat berkenaan berada di Cannes, France, seperti didakwa.

Pesawat berkenaan boleh digunakan oleh Agong dan ketua kerajaan lain, menteri, timbalan menteri, orang kenamaan asing dan pegawai tinggi kerajaan.

Laman Asia Sentinel pada hari Rabu lalu melaporkan bahawa “perdana menteri dan (isteri, Datin Seri) Rosmah (Mansor) berlepas ke Paris”.

“Mereka dilaporkan bertemu playboy China, Taek Jho Low dan bekas perdana menteri Qatar, dan kemudiannya dipercayai pergi ke Sardinia di Itali, ke Cannes di French Cote d’Azur, kemudiannya kembali ke Sardinia bersama apa yang disebut sebagai rombongan besar jutawan Cina Malaysia.

"Dari Sardinia, kumpulan itu berlepas di Rom sebelum kembali ke London,” lapor Asia Sentinel.

Perjalanan itu didakwa berlangusng bermula 1 Ogos, selepas Najib mengadakan mesyuarat dan sidang media bersama mengenai krisis MH17 dengan Perdana Mneteri Belanda Mark Rutte di The Hague pada 31 Julai.

Laporan yang memetik sumber tidak dinamakan itu mendakwa setiausaha akhbar perdana menteri Azlin Alias tidak menjawab pertanyaan mengenai kunjungan itu, seperti didakwa.

“Ia adalah percutian yang dirancang sejak beberapa lama sebelum ini, sebelum tragedi (MH370 dan MH17). Bagaimanapun, lebih menjimatkan jika ia ditunda, melihat kepada apa yang dilalui oleh negara ini,” kata sumber tersebut seperti dilaporkan Asia Sentinel.

Malaysiakini menghubungi setiausaha akhbar Najib, Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad untuk mengesahkan dakwaan dalam laporan Asia Sentinel.

Katanya: “PM sedang bercuti,” dan meletak gagang telefon ketika diminta menjelaskan lebih lanjut.

Usaha untuk menghubungi Low juga masih belum berjaya buat masa ini.

Laporan sebelum ini menyebut, Najib sepatutnya berlepas ke Netherlandsa pada 30 Julai, tiba pada 31 Julai untuk lawatan kerja ke The Hagua dan Hilversum.

Bagaimanapun, maklumat FlightRadar24 menyebut, pesawat 9M-NAA berlepas dari Subang Airport on July 28 pada 6.40 petang, ke Bangkok.

Ia berada di Bangkok untuk kira-kira dua hari sebelum berlepas ke Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam, dengan perhentian singkat selama dua jam di Dubai.

Ia tiba di Amsterdam pada 31 Julai, 8.03 pagi waktu tempatan (2.03 petang waktu Malaysia).

Dua hari kemudian, pada 3 Ogos, pesawat tersebut dilihat meninggalkan Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris pada 2.39 pagi waktu tempatan (10.39 petang waktu Malaysia).

Destinasi penerbangan tersebut juga tidak direkodkan, namun kemudian mendarat di Basel, Switzerland, kira-kira empat jam kemudian. Secara purata, penerbangan dari Paris ke Basel mengambil masa satu jam 23 minit.

Tiada rekod menunjukkan pergerakan pesawat tersebut dari Basel untuk tempoh enam hari, sehinggalah ia berlepas dari situ pada 9 Ogos, 9.24 pagi waktu tempatan (3.24 petang waktu Malaysia) ke Sardinia.

Selepas kira-kira tujuh jam penerbangan ke Sardinia, pesawat itu muncul di Rom menghala ke London.

Ia mengambil masa kira-kira 75 minit untuk penerbangan terus dari Sardinia ke Rom.

Walaupun maklumat FlightRadar24 tidak menunjukkan perjalanan Sardinia-Cannes-Sardinia, rombongan itu mungkin menggunakan pengangkutan lain untuk perjalanan itu, atau mungkin perjalanan 9M-MAA dikeluarkan dari rekod. (MK)

Khalid Ibrahim Tidak Tolak Kemungkinan Bubar DUN S'gor



Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan bubar Dewan Undangan Negeri untuk selesai krisis kepimpinan di Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan bubar Dewan Undangan Negeri untuk selesai krisis kepimpinan di Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider.
















 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai langkah menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda negeri itu.
Bagaimanapun, beliau berkata segala keputusan akan diambil setelah beliau mendapat nasihat dan perkenan Sultan Selangor.

"Itu (semua keputusan termasuk bubar DUN) perlu dibincangkan dengan Sultan terlebih dulu," katanya kepada pemberita pada majlis tahlil dan doa selamat sempena ulang tahun ke-50 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Masjid Negeri di Shah Alam, malam ini.

Khalid enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau berbincang dengan 4 exco kerajaan negeri daripada PAS untuk membubarkan DUN pada November ini.

Semalam, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa mendapat sokongan majoriti 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat termasuk dirinya dan dua Adun PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), untuk dilantik sebagai menteri besar yang baharu.

Dr Wan Azizah, yang juga Adun Kajang, mendakwa 30 Adun termasuk Saari dan Hasnul menyatakan hilang kepercayaan terhadap Khalid sebagai menteri besar.

Kedudukan terkini DUN Selangor yang memiliki 56 kerusi ialah PAS dan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi, PKR (13), Barisan Nasional (12) dan Bebas (1). – Bernama, 15 Ogos, 2014. (TMI)

Sila lihat.. 
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

Sultan S'gor Puas Hati, Arah Khalid Tutup Mulut.





Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa Sultan Selangor arah tidak buat kenyataan hingga 27 Ogos. Gambar fail The Malaysian Insider. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa Sultan Selangor arah tidak buat kenyataan hingga 27 Ogos. Gambar fail The Malaysian Insider.















 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpuas hati dengan penjelasannya dan mengarahkan supaya tidak membuat sebarang kenyataan sehingga 27 Ogos ini.

Khalid berkata, Sultan Selangor berpuas hati beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) ketika menghadap baginda pada Isnin lalu. Katanya, mana-mana pihak yang mendakwa beliau sengaja mengelirukan Sultan Sharafuddin boleh menghadap bagi mendapatkan penjelasan baginda sendiri. Namun, baginda dilaporkan bercuti ke luar negara dan hanya akan kembali dalam masa dua minggu.

"Tuanku Sultan menitahkan supaya saya tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman berkenaan jawatan menteri besar sehingga baginda kembali pada 27 Ogos ini untuk saya menghadap baginda," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, beliau juga berkomunikasi dengan Sultan berhubung perkembangan terbaru politik di Selangor termasuk sentimen di kalangan Adun.

"Saya menasihatkan kepada pihak berkenaan yang mendakwa saya mengelirukan Tuanku Sultan supaya menulis terus kepada baginda untuk mendapatkan penjelasan," katanya.

Sultan Selangor pada Isnin lalu memperkenankan Khalid kekal sebagai menteri besar yang sah selepas yakin dengan penjelasannya walaupun tahu Adun Pelabuhan Klang itu sudah dipecat daripada PKR pada Sabtu minggu lalu.

Khalid pada keesokannya memecat lima exco PAS dan DAP selepas mereka membuat pendirian enggan bekerjasama dengannya, malah mahu menghadkan kuasa vetonya dalam mesyuarat exco.
Pemecatan itu mendapat perkenan Sultan Sharafuddin dalam masa dua jam selepas Khalid mengemukakan alasan pendirian mereka melanggar 10 Perkara sumpah taat setia sebagai exco negeri.

Lima exco terbabit adalah Datuk Teng Chang Khim, V Ganabatirau, Ean Yong Hian Wah daripada DAP dan Elizabeth Wong serta Dr Daroyah Alwi daripada PKR.

Seorang lagi exco PKR Rodziah Ismail yang berada di luar negara kemudiannya meletak jawatan pada Khamis sejurus pulang daripada menghadiri kursus di Thailand, sebagai tanda solidariti terhadap lima bekas rakan exconya.

Kini hanya tinggal empat exco PAS saja yang memerintah Selangor bersama Khalid, mereka adalah Dr Halimah Ali, Iskandar Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Sallehen Mukhyi. Calon pengganti Khalid, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam mengemukakan bukti mendapat undi 30 Adun yang berpendirian tidak lagi percaya kepada kepimpinan Khalid.

Beliau turut mendapat sokongan dua Adun PAS, Saari Sungip (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), mendahului ketetapan PAS Pusat yang akan diputuskan pada 17 Ogos ini. Khalid dalam kenyataan balas berkata, Dr Wan Azizah perlu membuktikan dakwaannya melalui proses undi tidak percaya dalam DUN selain perlu mendapat perkenan Sultan Sharafuddin.

Namun, Teng yang juga bekas Speaker DUN Selangor mendakwa kenyataan Khalid itu berniat jahat seolah-olah cuba melengahkan sidang DUN sehingga November. Beliau mendakwa exco PAS turut bersekongkol dengan Khalid bagi membolehkannya terus mentadbir negeri sehingga hujung tahun, namun ia dinafikan Halimah dan Sallehen. – 15 Ogos, 2014. (TMI)

Sila lihat.. 

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

PR Ada 30, Kini (PAS) Perlu Segera Bangun Kembali Tadbir! .. -Bekas MB S'gor

Bekas bos saya, Tan Sri Muhammad Mohd Taib sudah menyerahkan borang kemasukannya ke dalam PAS kira-kira dua bulan yang lalu kepada Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din al-Hafiz, Timbalan Murshidul Am PAS Pusat. Beliau dijangkan akan mengungumkannya dalam satu majlis ceramah PAS beberapa hari lagi. Kali terakhir saya bertemu beliau bulan Mac lalu, beliau menyebut tentang politik wang yang semakin teruk melanda UMNO. Katanya: "Kalau dahulu pemimpin UMNO berlawan idea, tetapi sekarang hanya bagi duit, bagi duit, bagi duit! Ini sudah tidak elok... Kalau kita bagi ikan, habis ikan orang akan minta lagi. Kita sepatutnya bagi pancing..."

BEKAS Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib (gambar) hari ini mengingatkan Pakatan Rakyat (PR), khususnya PAS, supaya bangun daripada tidur dan membuat keputusan segera. Seperti lapor The Malaysian Insider sebentar tadi.

"Saya fikir PR perlu jaga daripada tidur saja, perlu bangun dan kembali tadbir Selangor.
"Rakyat Selangor sudah mula bosan dengan tindakan kebudak-budakan," katanya.

Tindakan 30 Adun menyokong Dr Wan Azizah semalam juga menunjukkan tiada alasan untuk PAS masih menyokong Khalid.

"Mereka (PR) sudah dapat 30 majoriti Adun, apa lagi alasan? Tidak ada alasan yang hendak dicari lagi, mereka sudah ada nombor dan perlu hormat mandat rakyat," katanya.

Sementara sebelum itu beliau juga mengkritik PAS yang lambat membuat keputusan dalam krisis menteri besar Selangor, ketika Umno sendiri sudah menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Muhammad yang juga ahli PAS berkata, parti Islam itu perlu membuat keputusan segera dengan mengambil kira realiti keadaan semasa dalam krisis di Selangor.

"Mereka lambat, kenduri sudah habis, pengantin sudah masuk bilik.
"Buat keputusan lambat-lambat, apa ini? Kita kena ambil realiti hari ini, tidak perlu tunggu 17 Ogos, kita kena fokus apa yang berlaku hari ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau juga mempersoalkan PAS yang melengah-lengahkan keputusan membabitkan isu di Selangor, walaupun selepas 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menyatakan pendirian menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.

"Saya fikir mereka lambat dan sudah ketinggalan. Sudah ada 30 yang menyokong," katanya yang juga dikenali sebagai Mat Taib.

Muhammad juga menyifatkan tindakan 12 Adun Barisan Nasional menyokong Khalid, seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tempoh hari, adalah satu kesilapan besar buat PAS. Sepatutnya Khalid perlu dibuang keluar daripada Selangor apabila mendapat sokongan Umno.  Perkara itu tidak perlu dibiarkan dan sewajarnya mendapat pertimbangan segera daripada PAS khususnya yang masih tidak menyatakan pendirian. Bila disokong Umno menunjukkan Khalid boleh jadi alat kepada Umno.

Sebelum itu Datuk Husam Musa Naib Presiden PAS mengingatkan, di mana PAS tidak wajar timbul tenggelam dengan Khalid dan menggorbankan prinsipnya yang lebih besar, nama baiknya, akhlak politik dipegangnya dan amanah atas nama PR yang ia perolehi daripada rakyat Selangor.

Kini Khalid sudah dipecat sebagai ahli PKR. Beliau belum diterima menjadi ahli mana-mana parti gabungan dan bukan mewakili PR lagi.  Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebelum ini juga mengkritik kedegilan Khalid yang enggan meletak jawatan kerana sudah dipecat partinya, PKR sendiri. (IH)

Sila lihat.. 
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?



Husam Musa: Khalid, Cukuplah Peralatkan PAS


Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menasihati Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak menyeret parti Islam itu lebih jauh lagi dalam krisis kepimpinan di Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider.







Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menasihati Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak menyeret parti Islam itu lebih jauh lagi dalam krisis kepimpinan di Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider. 



 
Saya memerhatikan pergolakan Selangor sambil mendisiplinkan diri dengan membisu sekian lama. 
 
Diharapkan ia tidak menambahkan kekeruhan sedia ada sekalipun sekian ramai awak-awak mengharu-birukan lagi keadaan dengan komen yang sesetengahnya tidak bertanggungjawab, bahkan mencederakan nama baik PAS.

Tikus lebih mudah merosakkan labu kerana menghancurkan lebih mudah daripada membina. Namun begitu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai seorang insan gentleman dan berakhlak mulia mesti tahu batas beliau boleh menumpang PAS.

Beliau boleh mendapatkan simpati, perlindungan sementara dan sokongan PAS dalam lingkungan semangat Pakatan Rakyat (PR). Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menghulurkan ranting zaitun untuk beliau. Episod itu sudah berlalu.

Perkembangan lain berlaku selepas episod itu. Di mana PAS tidak wajar timbul tenggelam dengan Khalid dan menggorbankan prinsipnya yang lebih besar, nama baiknya, akhlak politik dipegangnya dan amanah atas nama PR yang ia perolehi daripada rakyat Selangor.

Tan Sri sudah dipecat sebagai ahli PKR. Oleh kerana beliau belum diterima menjadi ahli mana-mana parti gabungan dan bukan mewakili PR lagi. Tan Sri sedar sepenuhnya hal ini?

Kerajaan Selangor adalah kerajaan PR. Bukan kerajaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Bagaimana seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas bukan anggota PR boleh terus menjadi menteri besar PR?

Tan Sri memecat exco daripada PKR dan DAP. Juga mengambil pelbagai langkah politik lain lagi yang ikut memalitkan PAS tetapi PAS tidak pernah tahu mengenainya. Tindakan ini boleh memecahbelahkan PR kerana seakan-akan menunjukkan PAS terus mendokong menteri besar yang sudah hilang legitimasi. Ia merosakkan PAS dan Tan Sri tidak berhak berbuat demikian kepada PAS.

Untuk memecat exco daripada PKR dan DAP dan mengekalkan PAS, ia mesti dibincangkan lebih dulu dengan PAS (Jawatankuasa PAS Pusat) dan mendapat persetujuan gabungan yang lain. Setahu saya, PAS Pusat tidak pernah bermesyuarat dalam tempoh ini untuk memutuskan kedudukan itu.

Saya selaku salah seorang naib presiden tidak pernah dimaklumkan mana-mana pihak tentang hal ini. Setahu saya, PAS Pusat juga tidak pernah memberikan mandat kepada sesiapa untuk memutuskan perkara ini.

Dengan ini, Tan Sri sudah melibatkan PAS untuk survival Tan Sri sebagai menteri besar dengan cara yang menjejaskan nama baik PAS di mata rakyat Selangor. Ini sangat tidak wajar. Bagaimana Tan Sri boleh kekal sebagai menteri besar dengan tidak melepaskan jawatan secara bermaruah pada hari sama Tan Sri  dipecat sebagai ahli PKR?

Sultan menitahkan untuk Tan Sri kekal adalah kebijaksanaan baginda tetapi Tan Sri mempunyai pilihan untuk menolak perkenan itu atas pilihan Tan Sri sendiri. Apa lagi bertindak seakan-akan Tan Sri  masih berkuasa penuh padahal asas legitimasi Tan Sri  sudah runtuh. Untuk kekal sebagai menteri besar, Tan Sri tidak boleh mencaturkan 15 Adun PAS untuk menggenapkan cukup bilangan bagi pembentukan kerajaan Selangor PAS + Umno + Khalid + lompat parti DAP/PKR.

Itu sangat tidak bermoral. Itu meniru gaya Umno di Perak. Perbuatan terkutuk dan ditolak amalan demokrasi yang mulia. Memasukkan perkongsian kuasa PAS dan Umno melanggar banyak prinsip yang dipegang PAS selama ini. Umno adalah lawan PAS dan tidak ada mana-mana kuasa dalam PAS boleh mengizinkan PAS berkongsi kuasa dengan Umno tanpa melalui kelulusan Muktamar Agung PAS.

Ia tidak mungkin dilakukan dalam jangka masa Tan Sri membilang jumlah Adun untuk mengekalkan Tan Sri sebagai menteri besar sekarang. Tan Sri sudah tidak mempunyai cukup bilangan sekarang. Jika itu dilakukan PAS, bermakna PAS menerima hubungan 'sodomy'.

15 Adun PAS dipilih rakyat Selangor atas tiket kerja sama PR. Umno ditolak majoriti rakyat Selangor kecuali di 12 DUN. Kedudukan Umno adalah sebagai pembangkang dan PAS adalah sebahagian kerajaan Selangor. Membawa Umno daripada pembangkang dan duduk sebagai kerajaan bersama PAS dengan menolak dua lagi parti gabungan yang dipilih secara sah oleh rakyat adalah perbuatan terkutuk yang tidak dizinkan Islam.

Islam tidak mengizinkan pengkhianatan. Islam tidak mengizinkan pecah amanah. Dalam hal ini, amanah majoriti pengundi Selangor memilih PR sebagai kerajaan dan menolak Umno. Tan Sri sebagai tokoh korporat yang biasa dengan angka tentu tahu, sekalipun 15 Adun PAS campur 12 Adun Umno campur Tan Sri, ia hanya berjumlah 28 Adun daripada 56 jumlah Adun.

50:50. Ia tidak membolehkan Tan Sri mendapat majoriti mudah dari awal, sekalipun jika PAS dan Umno sanggup bersekongkol untuk mendaulatkan seorang insan bernama Khalid Ibrahim lebih daripada segala-galanya. Sementara PAS dan Umno kedua-duanya, secara pendirian parti yang rasmi, tidak pernah memberikan persetujuan itu sehingga hari ini. Hari Jumaat yang mulia - 15 Ogos 2014 - hari ini.

Jika Tan Sri mengharapkan Rodziah Ismail dan Datuk Teng Chang Kim yang disebut-sebut kononnya akan bersama Tan Sri sehingga Tan Sri melewatkan pemecatan Rodziah berbanding yang lain, namun mereka mengambil pendirian insan bermaruah dan pendekar terbilang kerana kekal bersama parti masing-masing.

Syabas! Saya amat bangga dengan mereka dan ia memberikan hiburan bagi hati yang gundah di tengah kecenderungan menggunakan "jual beli kuda taruhan". Kentalnya Rodziah menolak tawaran kekal dalam exco sekalipun berkereta besar dan bergaji lumayan adalah satu tamparan yang patut menyedarkan Tan Sri pada saat itu juga.

Legitimasi Tan Sri sebagai menteri besar sudah berakhir.

Harapan mendapatkan sekurang-kurangnya seorang Adun untuk mendapatkan majoriti mudah sudah tertutup. Apa lagi bila dua Adun PAS mengambil langkah bersendiri mereka menolak Tan Sri sebagai menteri besar secara terbuka. Sekalipun jika jarum jam boleh berpatah ke belakang, saya akan menasihatkan mereka untuk terlebih dulu mendapat restu parti. Itu yang terbaik.

Tetapi tindakan mereka meletakkan usaha pihak mana jua untuk mewujudkan sebuah kerajaan gabungan PAS, Umno, Khalid dan Adun lompat gagal dan mustahil. Tan Sri tahu ini. Lantas, apa lagi yang ditunggu?

Tidakkah mulia untuk Tan Sri bermaruah melepaskan jawatan menteri besar? Atau Tan Sri kini berfikir untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)? Bukankah tindakan itu akan menyusahkan Tuanku Sultan Selangor? Kenapa tidak pada tarikh Tan Sri mengadap Sultan Selangor baru-baru ini Tan Sri mencadangkan DUN dibubarkan?

Jika kerana Tan Sri gagal mendapatkan cukup bilangan Adun dan Sultan Selangor mengambil langkah membubarkan DUN, ia pada hemat saya, akan mencemarkan istitusi diraja. Model Perak di mana tokoh yang mendapat sokongan majoriti dilantik tanpa pembubaran DUN dan tanpa sidang DUN hendaklah menjadi cermin.

PAS sudah mengalami pengalaman pahit bila menteri bedar Kelantan yang dilantik atas tiket PAS dan hendak ditukar oleh PAS, antara lain bukan kerana kesalahan jenayah rasuah tetapi semata-mata kerana gagal mengikut semangat dan arahan parti, mencetuskan krisis disebabkan Umno melanggar konvensyen urusan parti lain tidak boleh dicampuri parti gabungan yang lain.

Malangnya Umno melanggar konvensyen itu. Lama PAS mengutuk tindakan jahat Umno itu. Dari dulu hingga kini. Ia tercatat dalam dokumen rasmi PAS, ucapan pemimpinnya dan tesis para mahasiswa. Oleh itu, Tan Sri tidak harus mengheret PAS dalam krisis Tan Sri. Parti Tan Sri berhak menukar Tan Sri dengan calon lain.

PAS boleh memberikan pandangan tetapi harus akur prerogative itu adalah hak PKR. Itulah yang berlaku di Kedah semasa ada pandangan Tan Sri Azizan Abdul Razak wajar ditukar daripada terus menjadi menteri besar. PKR tidak menjamah urusan itu.

Jika Tan Sri berterusan mengheret PAS, seakan Tan Sri mahu PAS dilihat melanggar konvensyen yang sudah dijunjung sejak ia kehilangan kuasa di Kelantan 1978. Jika budi PAS yang sudah menunjukkan setia kawan bersama Tan Sri dihargai, janganlah PAS diseret lebih jauh. Meletakkan jawatan adalah langkah terhormat. Ia bukan akhir sebuah karier politik.

Bertindak secara tidak bermaruah itulah sebenarnya akhir sebuah karier politik. Dan hitamnya rekod kehidupan. Pada hari Jumaat yang berkat ini, kita memohon panduan Allah.

Husam Musa,
Naib presiden PAS, 15 Ogos 2014.
*Datuk Husam Musa merupakan naib presiden PAS dan Adun Salor.

Sila lihat.. 
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

Exco PAS Nafi Sekongkol Lewatkan Sidang DUN



Exco PAS, Dr Halimah Ali menafikan wujudnya sebarang perbincangan bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi melewatkan sidang Dewan Undangan Negeri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Ogos, 2014.  
Exco PAS, Dr Halimah Ali menafikan wujudnya sebarang perbincangan bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi melewatkan sidang Dewan Undangan Negeri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Ogos, 2014.  

Exco PAS, Dr Halimah Ali menafikan beliau dan tiga rakannya berpakat dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk sengaja melewatkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam masa terdekat.

Mereka didakwa bekas exco DAP Datuk Teng Chang Khim bertindak demikian bagi membenarkan menteri besar Bebas yang dipecat PKR itu untuk terus berkuasa di Selangor sehingga November.

"Tak ada bincang. Kalau dia (Khalid) ada bincang dengan exco lain, itu saya tidak tahu," katanya merujuk kepada tiga exco PAS lain yang juga tidak dipecat Khalid kerana dipercayai menyokongnya.
"Buat masa ini saya hanya jalankan tugas seperti biasa," katanya kepada pemberita di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, hari ini.

DUN penggal ketiga dijadualkan bersidang November ini, tetapi PKR dan DAP menggesa sidang DUN tergempar diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan undi tidak percaya dibuat terhadap Khalid.

Semalam, calon pengganti menteri besar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengemukakan bukti sokongan majoriti mudah 30 daripada 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) tidak lagi percaya kepada Khalid.

Khalid dalam kenyataan balas berkata, Dr Wan Azizah perlu menunjukkan bukti itu melalui proses undi tidak percaya dalam DUN dan mendapat perkenan Sultan Selangor. Datuk Teng Chang Kim yang juga bekas exco Kerajaan Tempatan, Kajian, dan Penyelidikan, mendakwa Khalid berniat jahat dan sengaja mahu memegang jawatan menteri besar sehingga November.

"Tak perlu tunggu sidang DUN khas. Mengikut 53 (6) Undang-Undang Tubuh Selangor menteri besar perlu meletakkan jawatan sekiranya hilang sokongan majoriti," katanya ketika ditemui pemberita.

Merujuk krisis menteri besar Perak antara Datuk Seri Nizar Jamaluddin dengan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir lima tahun lalu, Teng berkata ‎peralihan kuasa ketika itu tidak memerlukan persetujuan dalam DUN.

"Perlembagaan Selangor jelas menunjukkan menteri besar hilang sokongan majoriti.
"Dia sepatutnya letak jawatan atau bubarkan DUN," kata Teng.

Sementara itu, Exco PAS Sallehen Mukhyi mengesahkan sidang DUN akan berjalan seperti biasa pada November ini memandangkan tiada perbincangan dengan Khalid untuk meminda persidangan dalam tempoh terdekat.

"Kalau Khalid terbuka jiwa untuk bubar DUN, dia boleh minta kepada Tuanku.
"Kalau Tuanku tak berkenan, dia akan menunggu, maknanya dalam tempoh 6 bulan," katanya.
Beliau juga menegaskan empat exco PAS akan terus kekal sehingga habis penggal pada tahun 2018 atau sehingga ada arahan baru daripada parti yang meminta mereka meletakkan jawatan. – 15 Ogos, 2014. (TMI)

Sila lihat..

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

Friday, August 15, 2014

'Reben Hitam' Mahu Khalid Undur


Sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat seramai kira-kira 15 berhimpun di hadapan bangunan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pagi ini bagi menuntut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim meletak jawatan.

Kumpulan itu yang menggelarkan diri mereka sebagai kumpulan 'Reben Hitam' menuntut agar Khalid agar mengembalikan mandat pentadbiran kepada Pakatan Rakyat.

"Setelah menteri besar bertindak memecat (lima) exco PKR dan DAP, Abdul Khalid bertukar menjadi ADUN bebas Selangor dan bukan lagi Pakatan Rakyat.
"Beliau dipilih Pakatan untuk jadi menteri besar dan kini beliau (ADUN) bebas, oleh itu beliau harus berundur," kata jurucakap kumpulan itu, Ng Yap Hwa.

Mereka membawa reben kecil berwarna hitam dan sepanduk dengan slogan "Umno ketawa rakyat menangis", "Kami undi untuk PR bukan Khalid", dan "Kembalikan demokrasi di Selangor".

Demonstrasi tersebut merupakan sebahagian dari kempen jelajah 'Selamatkan Selangorku', yang digerakkan ke kawasan DUN Pelabuhan Klang yang diwakili Khalid.

Menurut kumpulan tersebut dan mereka akan meneruskan jelajah kempen itu ke kawasan DUN yang diwakili exco PAS.

Kumpulan itu juga berjaya memasuki pintu masuk lobi bangunan SUK dan menampal sehelai kertas bersaiz A4 dengan reben hitam di pintu masuk kaca bangunan itu. (MK)

Sila lihat.. 

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Penganiaan Seksual, Anak Kapal MAS Ditahan Di Perancis. Maluu..

Pramugara Malaysia Airlines lakukan pelecehan pada penumpang


Seorang anak kapal syarikat penerbangan Malaysia Airlines ditahan di Perancis sebab melakukan penganiayaan seksual pada penumpang asal Australia. Penumpang itu takut kerana Malaysia Airlines belakangan sering terjadi bencana.

Akhbar the Daily Mail melaporkan, Khamis (14/8), polis Perancis tengah menyoal perlakuan tidak layak anak kapal pesawat itu pada penumpang perempuan dalam penerbangan bernombor MH20. Wanita Australia itu mengadu pada pihak berkuasa berkuasa tentang insiden dia alami di Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle, Ibu Kota Paris.

Dia mengatakan ketakutan lantaran Malaysia Airlines sering terkena bencana. Pramugara yang kebetulan duduk di sisinya langsung melakukan gangguan dengan dalih menghibur dia. Malaysia Airlines berjanji membantu pihak berkuasa dalam siasatan kes ini.

"Keselamatan, keselesaan, dan kesejahteraan penumpang kami merupakan keutamaan tertinggi. Malaysia Airlines menganggap hal ini sangat serius," ujar jurucakap syarikat penerbangan tidak disebutkan namanya.

Kes ini semakin membuat Malaysia Airlines terpuruk di tengah bencana kembar yang mereka hadapi. Pesawat dengan nombor penerbangan MH370 hilang secara misteri pada Mac dengan 239 penumpang di dalamnya. Belum ada tanda-tanda baik atas insiden ini.

Bulan lalu nombor penerbangan MH17 ditembak jatuh di sempadan Ukraine. Seluruh penumpang dan awak berjumlah 298 orang terkorban.


Kalau betul dan sabit tuduhan ini, memang sungguh memalukan Malaysia.. (IH)

'Kami Tolak Azizah, Tapi Bukan Sebab Wanita'. -PAS


Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya telah menyatakan sebab kepada PKR mengapa parti itu menolak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor. Bagaimanapun, Mustafa berkata, sebab mengapa Wan Azizah ditolak tidak boleh didedahkan kepada umum buat masa ini.

Ketika ditanya sama ada Wan Azizah ditolak kerana beliau seorang wanita, Mustafa berkata: "Tidak". Tidak, tidak, bukan kerana gender.

"Kita dah maklumkan kepada.... PKR dah maklum kenapa kita... but not on gender i wont disclose (tapi bukan kerana gender, saya takkan dedahkan)," katanya ketika diminta menjelaskan sama ada penolakan itu disebabkan jantina atau kelayakannya.

Mustafa berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat lajnah politik PAS di pejabat agung parti itu di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Wartawan: Adakah mesyuarat malam ini PAS ada calonkan nama lain selain Wan Azizah?
Mustafa: Tidak, tidak. Bukan mesyuarat rasmi nak bincang perkara calon. Tak berbangkit. Tak ada. Tak bincang malam ni. Tak bincang.

Azmin ke?
Tak ada, tak ada. Tak bincang nama itu.

Adakah Wan Azizah ditolak disebabkan jantina atau kelayakan?
Tidak, tidak, bukan kerana gender. Kita dah maklumkan kepada.... PKR dah maklum kenapa kita... but not on gender i wont disclose .

Dah beritahu semua ini. Dah beritahu pada PKR. PKR dah maklum.

Dah beritahu PKR?
Tak boleh sebut, dah beritahu pada PKR.

Ada arahan dari PAS supaya ADUN tak terima Wan Azizah sebagai mb ...
Belum sampai lagi pada peringkat itu.

PAS berminat calon PAS jadi MB?
Walaupun kita kerusi (DUN) lebih, tapi PAS dah buat keputusan tak akan ambil kerusi MB. Tak berbangkit langsung pada waktu ini.

Mustafa terus disoal wartawan selepas sidang media media ditamatkan.

Benar tolak Wan Azizah?
Kita sudah bagi secara tertutup. Calon tak sebut.

PAS tak setuju Wan Azizah MB?
Saya nak jawab kena ada alasan, jadi alasan saya tak sebut, saya tak boleh jawab yang itu.

(Soalan tidak jelas.)

Prerogatif sultan (kita) tak nak masuk campur. Kalau sultan terima nak buat apa, kalau sultan tak terima nak buat apa, itu kuasa sultan. (MK)
 

Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

4 Exco PAS Pertahan Kerajaan S'gor Dari Jatuh



KUALA LUMPUR: Kehadiran empat Exco Kerajaan Selangor daripada PAS ke mesyuarat mingguan exco bersama Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim semalam adalah untuk menyelamatkan kerajaan daripada jatuh.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, undang-undang tubuh negeri mengiktiraf kerajaan negeri sebagai masih wujud jika sekurang-kurangnya mempunyai empat orang exco.

"Pada kami, kami masih menganggap itu kerajaan Pakatan Rakyat.
"Sebab itu kehadiran empat orang exco PAS itu sebagai mewakili Pakatan Rakyat selepas daripada exco PKR dan DAP dipecat," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Lajnah Politik PAS di pejabat angung parti itu malam ini.

Beliau mengulas ketetapan PAS terhadap empat exco mereka agar terus menjalankan tugas seperti biasa di bawah pentadbiran Abdul Khalid walaupun menteri besar itu telah dipecat dari PKR.
Turut serta pada sidang media itu ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Menteri Besar Kelantan yang juga pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan Penolong Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagaimanapun tidak hadir pada mesyuarat malam ini atas faktor kesihatan.

"Bagi kita kalau exco tak hadir, kerajaan akan jatuh. Kita pentingkan rakyat. Kalau kita tak datang kita tak boleh buat keputusan untuk kepentingan rakyat," katanya sambil menegaskan bahawa PAS konsisten untuk terus bersama Pakatan Rakyat.

Terdahulu mereka mengadakan mesyuarat hampir sejam setengah bermula jam 9 malam. Mesyuarat lajnah politik malam ini adalah sebagai rangka awal kepada perbincangan mesyuarat PAS Pusat 17 Ogos ini.

Bukan sebab jantina

Mustafa berkata, mesyuarat malam ini bagaimanapun tidak menyentuh langsung soal calon menteri besar. Ditanya adakah penolakan PAS terhadap Datuk Seri Wan Azizah sebagai calon menteri besar atas faktor jantina, Mustafa menafikannya.

"Bukan sebab jantina. Kita dah maklum kepada PKR...kenapa kita tu... tapi  saya tak akan dedah," katanya.

Berhubung dua calon PAS yang menghadiri sidang media bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah dan menyatakan sokongan kepada beliau sebagai calon menteri besar, Mustafa berkata PAS akan menyiasat terlebih dahulu perkara tersebut sebelum membuat apa-apa keputusan. - HARAKAHDAILY 14/8/2014

Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

Tumpuan & Halangan, PAS, Istana, Wan Azizah.


Walaupun berjaya mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan sokongan terbaru dua wakil PAS, masih terdapat halangan besar yang perlu direntas Pakatan Rakyat untuk mempertahankan pentadbirannya di Selangor.

Ini kerana masih terdapat perkara perlu diselesaikan dengan PAS dan istana Selangor bagi menamatkan krisis menteri besar di negeri itu. Hubungan antara Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan PKR dengan kedua-dua pihak itu kini sedang diperhatikan untuk tempoh penting dua tiga hari ini bagi menentukan kepimpinan negeri.

Paling penting sama ada PKR dan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia mengemukakan nama kedua sebagai calon menteri besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang sudah dipecat parti itu.

Istana Selangor sudah pun menolak permohonan Wan Azizah untuk menghadap sultan awal minggu ini kerana pihak itu enggan terlibat dalam urusan dalaman PKR. Wan Azizah, ADUN Kajang, bagaimanapun kini mengutus surat kedua untuk tujuan itu bagi memaklumkan beliau sudah mendapat sokongan majoriti daripada anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menyingkirkan Khalid.

Dengan perkembangan terbaru itu, terdapat tuntutan supaya sultan memperkenan untuk mengarahkan Khalid meletakkan jawatan. Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali semalam berkata beliau ada “dengar” bahawa istana menolak pencalonan Azizah, justeru parti itu dikatakan mahu PKR menamakan calon lain.

Jika istana sekali lagi tidak menerima menghadap Azizah, PKR dan DAP nampaknya harus menunggu sehingga sidang DUN seterunya untuk melakukan undi tidak percaya terhadap Khalid. Dewan juga mungkin tergantung dan sekali gus mendorong sultan membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada pilihan raya baru negeri.

Perkara itu menyebabkan Pakatan harus berhati-hati ekoran kebimbangan pilihan raya itu tidak menguntungkan PAS dan PKR berbanding pilihan raya umum ke-13 lalu. Cara utama untuk mengelakkan perkara itu hanya dengan memastikan PAS mendukung hasrat menukar menteri besar sedia ada bersama PKR dan DAP.
Majlis Dewan Diraja Selangor

Semmentara itu, Majlis Dewan Diraja Selangor akan membincangkan kedudukan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim esok. Khalid berkata, sebuah mesyuarat akan diadakan oleh badan itu di Istana Kayangan esok bagi membincangkan perkara itu ekoran pemecatan Khalid oleh PKR semalam.

Khalid juga berkata beliau “dinasihatkan” peguamnya untuk tidak membuat kenyataan lanjut berhubung perkara itu. Khalid hari ini bertemu dengan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di masjid negeri di Shah Alam untuk merasmikan kursus haji peringkat negeri.

Selepas acara itu beliau memberitahu pemberita akan mengadap sultan esok selepas majlis berbincang bagi menentukan pendirian istana dalam isu itu. Khalid tidak menunjukkan tanda-tanda akan merayu terhadap keputusan PKR. Katanya, keutamaannya sekarang untuk berkhidmat kepada negeri sebagai menteri besar.

Khalid dalam kenyataannya hari ini mengulangi pendiriannya yang menerima keputusan PKR itu “walaupun tindakan itu salah dan tidak menurut undang-undang serta bertentangan dengan perlembagaan parti”.

“Saya juga akan meneruskan tugasan sebagai menteri besar seperti biasa dan dinasihati untuk tidak membuat apa-apa kenyataan sehingga satu mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor yang telah ditetapkan pada hari Isnin, 11 Ogos 2014,” katanya.

Ahli dewan diraja mempunyai 20 anggota, termasuk Tengku Bendahara Selangor Tengku Azman Shah, Khalid sendiri sebagai menteri besar, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Mufti Selangor dan Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Ia turut dianggota empat ahli waris, lima Orang-Orang Besar dan tujuh Orang Tua-Tua turut. (IH)


Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

Thursday, August 14, 2014

Isu MB: Di Mana Silap Langkah PKR? -Dr Abdul Aziz Bari.

Aziz Bari 
Memecat Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai anggota PKR tidak cukup untuk menyingkirkannya daripada kerusi menteri besar Selangor, kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.

Aziz memberitahu Malaysiakini, PKR “silap” apabila tidak membuktikan bahawa Khalid hilang sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) terlebih dahulu sebelum memecat anggota DUN Pelabuhan Klang itu.

“PKR buat silap apabila tidak teruskan usaha menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 29 daripada 43 anggota Pakatan dalam dewan menentang Khalid,” katanya.

“Pemecatan mungkin menggambarkan penarikan sokongan tetapi tidak cukup untuk menyingkirkan Khalid daripada jawatannya,” katanya. (MK)


Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

2 Adun PAS Belakangi Parti, Diberi Trmpoh 24 Jam Tarik Balik...

Saari Sungib (kiri) dan Hasnul Baharuddin rela meninggalkan PAS demi memastikan Wan Azizah dilantik sebagai menteri besar Selangor.

KUALA LUMPUR: PAS Selangor memandang serius tindakan Adun Hulu Klang, Saari Sungib dan Morib, Hasnul Baharuddin yang telah mengambil pendirian dan sikap bersendiri tanpa menurut tatacara dan arahan yang telah ditetapkan oleh parti.

Mereka pada sidang media tengah hari tadi menyatakan sokongan terbuka kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Selangor.

"Tindakan 2 Adun PAS di Selangor yang membelakangi pendirian parti amatlah serius dan kita akan bertindak," ujar Setiausaha PAS negeri, Mohd Khairuddin Othman dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, katanya PAS negeri memberi tempoh 24 jam untuk mereka menarik balik pendirian dan tindakan yang dibuat atau menghadapi konsekuansi tindakan.

Beliau berkata, PAS mempunyai organisasi negeri, kepimpinan pusat dan Majlis Syura Ulamak yang harus dipatuhi.
                                           
"Mengapa terlalu gopoh dan terlalu taksub sehingga parti dibelakangkan? Bukankah PAS Pusat akan bermesyuarat pada 17 haribulan ini?"
"Kita akan patuh apa jua keputusan dan ketetapan yang akan dibuat oleh PAS Pusat pada 17 haribulan ini. Sebab itu sabar," katanya lagi.

Justeru, beliau menasihati kedua-dua Adun itu menarik balik tindakan mereka atau PAS Selangor akan mulakan tindakan disiplin termasuk melihat kepada kandungan baiah yang telah dilafazkan sewaktu menjadi calon pada PRU13 lalu.

Tegasya, arahan daripada Pesuruhjaya PAS negeri adalah  tumpu kepada  pentadbiran kerajaan negeri sebagaimana yang diarahkan oleh parti. - HARAKAHDAILY 14/8/2014


Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

Isu MB: Patuhi Arahan Parti -Tuan Ibrahim Tuan Man




KL: PAS mengingatkan seluruh pemimpin dan ahli khususnya Adun PAS di Selangor agar mematuhi arahan parti dalam berdepan isu Menteri Besar di negeri itu.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS telah membuat ketetapan akan membincangkan perkara itu pada mesyuarat PAS Pusat 17 Ogos ini.

"Kita harap tidak ada yang mendahului keputusan parti dan jangan pula ada yang membelakangi keputusan jamaah.
"Jangan anggap keputusan kita secara bersendirian itu lebih bijak daripada keputusan parti.
"Bertindak membelakangi keputusan jamaah ini tidak ada keberkatan dan jika berlaku masalah, parti tidak akan bertanggungjawab," katanya kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu beliau menasihatkan seluruh ahli bersabar menunggu keputusan rasmi parti. Beliau juga meminta ahli PAS tidak mudah terpengaruh dengan laporan-laporan bukan dari sumber utama parti. Katanya, dalam suasana sekarang ini terlalu banyak laporan-laporan palsu menggunakan nama pimpinan.

"Peranan kita adalah semak dan teliti dahulu, jangan mudah terima dan menyebarkannya.
"Lebih baik diam dari komentar yang mengeruhkan lagi keadaan," tegasnya.

 Ahli PAS perlu terus kekal dalam jemaah dan tidak membuat tindakan bersendirian, kata Adun Meru Dr Abdul Rani Othman berhubung isu menteri besar Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider. Ahli PAS perlu terus kekal dalam jemaah dan tidak membuat tindakan bersendirian, kata Adun Meru Dr Abdul Rani Othman berhubung isu menteri besar Selangor



Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru daripada PAS Dr Abdul Rani Othman  meminta semua rakannya terus kekal dalam jemaah atau parti dan tidak membuat tindakan bersendirian.

"Apa terjadi pun biarlah kita mati dalam jemaah," kata Dr Rani ketika dua Adun PAS membuat keputusan lari daripada kelompok PAS dan menyertai PKR dan DAP menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Tindakan mereka diambil ketika PAS Pusat dijadualkan bermesyuarat Ahad ini bagi memutuskan pendiriannya berkenaan isu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang hendak disingkirkan. Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) bertindak menyertai sidang media Dr Wan Azizah hari ini, memberikan beliau sokongan majoriti dalam DUN Selangor iaitu 30 daripada 56 ahli.

Hasnul, Saari dan Dr Rani antara pemimpin PAS yang tidak menyertai mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang diadakan di Shah Alam semalam. Dr Rani yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor sesi lalu berkata, antara perkara pokok kenapa Rasulullah diutuskan ialah untuk melengkapkan akhlak manusia.

"Selain akhlak ketika makan dan bergurau senda, termasuk juga akhlak berjemaah dan bermesyuarat.
"Segala keputusan majoriti dalam mesyuarat hendaklah dituruti dan dipatuhi walaupun bercanggah dengan pendapat kita atau walau kita tidak hadir," katanya dalam satu kenyataan hari ini seperti menjawab spekulasi Dr Rani juga akan menyertai mereka kerana dia tidak hadir mesyuarat.
"Saya doakan setiap dari ahli jemaah PAS di semua peringkat muhasabah setiap tindakan kita," katanya.  (IH)


Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

PAS Bincang 4 Topik Panas Malam Ini, Termasuk Isu W/Azizah?



Mesyuarat Lajnah Politik PAS malam ini dijangka membincangkan empat topik panas berkaitan krisis menteri besar (MB) Selangor yang kini menjadi perdebatan hangat. Lapor Malaysiakini bebentar tadi.

Isu-isu ialah:
  1. Pendirian PAS terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim.
  2. Difahamkan akan dibincangkan juga isu kemampuan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta kemungkinan calon alternatif baru. 
  3. Kewajaran PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan 
  4. Perkembangan terbaru sokongan dua ADUN PAS menyokong Dr Wan Azizah sebagai MB hari ini.
Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, sumber-sumber yang dekat dengan lajnah itu menjelaskan mesyuarat malam ini bertujuan menyusun rangka kerja sebelum dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS pada 17 Ogos.

“Bagaimanapun ia (keputusan lajnah politik) bukan satu kata putus muktamad. Ia lebih dilihat menyediakan satu rangka untuk mesyuarat itu nanti," kata sumber-sumber itu lagi.
 

Lajnah itu akan bermesyuarat di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur pada jam 9 malam ini dengan dipengerusikan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Pemerhati politik melihat pertembungan hujah kumpulan pro-ulama dan pro-Erdogan mungkin memanaskan suasana mesyuarat itu apatah lagi suara kedua-dua kumpulan itu yang hampir seimbang dalamnya.  

Sementara itu, isu kemampuan Dr Wan Azizah yang dipilih menggantikan Khalid dikatakan bakal mencetuskan perdebatan panas di kalangan anggota lajnah itu. Perkembangan terbaru bahawa penolakan istana terhadap isteri kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk dakwaan prestasi hambar sebagai presiden parti dikatakan antara hujah penolakannya.

Sumber-sumber memaklumkan, selepas pendirian istana dibuat, Abdul Hadi sendiri berkongsi pandangan sama dan dikatakan meminta Anwar menyediakan calon lain sewaktu pertemuan mereka di Kuala Terengganu kelmarin. PAS dijangka membincangkan calon MB alternatif dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali antara yang disebut-sebut sebagai pilihan untuk dimajukan kepada istana.

Sumber yang juga pemimpin kanan PAS itu berkata, perkembangan hasil siri pertemuan antara pemimpin ketiga-tiga parti dalam Pakatan dalam tempoh dua minggu ini akan dibangkitkan dalam mesyuarat malam ini.

"PAS dijangka membincangkan senarai calon MB daripada PKR selain daripada Azizah, termasuk Azmin. PAS juga tidak pernah bincang (sebelum ini) calon MB daripada PAS.

"Ini kerana, kita menghormati bahawa ia adalah satu konvensyen dalam Pakatan. Tidak timbul calon MB daripada PAS," katanya.
(IH)


Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails