Wednesday, August 13, 2014

Exco P/PAS Letak Jawatan Kerana Surat Terbuka Kepada PM..

 
Anggota exco Pemuda PAS Zulhazmi Shariff meletak jawatan daripada jawatannya ekoran kritikan 'keterlaluan' terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Zulhazmi (bawah) adalah ahli mesyuarat dan timbalan pengerusi Badan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat mengumumkan bahawa Zulhazmi "secara sukarela memohon maaf dan melepaskan jawatannya" susulan kenyataan dalam Facebook yang mengulas jurang antara kumpulan pro-menteri besar Selangor dan pro-Pakatan Rakyat dalam krisis di negeri itu.

Semalam Zulhazmi, yang merupakan calon ketua Pemuda PAS tetapi kalah, memaparkan dalam akaun Facebooknya satu "surat terbuka" kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau secara sinis menggesa Najib agar menukar MP Gua Musang dengan MP Marang (Hadi) kerana menurutnya PAS mahukan MP Gua musang sebagai PM yang baru. Zulhazmi merujuk kepada laporan tentang niat PAS untuk menjadikan Tengku Razaleigh, seorang anggota Umno, sebagai PM jika Pakatan memenangi pilihan raya umum lalu.

Gambar: Berikutan penulisan dalam media sosial yang keterlaluan. Sdr Zulhazmi secara sukarela telah menarik balik kenyataannya, memohon maaf dan melepaskan jawatannya sebagai ahli mesyuarat Pemuda PAS Malaysia merangkap Tim Pengerusi Badan Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia.

Berikutan penulisan dalam media sosial yang keterlaluan. Sdr Zulhazmi secara sukarela telah menarik balik kenyataannya, memohon maaf dan melepaskan jawatannya sebagai ahli mesyuarat Pemuda PAS Malaysia merangkap Tim Pengerusi Badan Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia. 
 

Terlajak perahu boleh diundur.. Tersasulkah dia atau cuma bergurau kerana dia sendiri memilih untuk letak jawatan? (IH)

Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails