Monday, August 11, 2014

UMNO S'gor Setuju Undi Khalid.





Ketua Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar bercakap kepada media di Ibu Pejabat Umno Selangor di Shah Alam, hari ini. Beliau menegaskan akan patuh kepada arahan pucuk pimpinan Umno agar menyokong Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 11 Ogos, 2014.
Ketua Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar bercakap kepada media di Ibu Pejabat Umno Selangor di Shah Alam, hari ini. Beliau menegaskan akan patuh kepada arahan pucuk pimpinan Umno agar menyokong Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 11 Ogos, 2014.  

Umno Selangor setuju memberi undi bagi mengekalkan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor selepas mendapat "lampu hijau" daripada Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor ‎Datuk Seri Noh Omar berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno ‎akan mengikut apa jua arahan pemimpin atasan ‎mereka.

"‎Kami hanya turut perintah menyokong Khalid. Kita Umno ni ada parti, jadi kami akan ikut apa jua keputusan pucuk pimpinan parti.
"Ini budaya yang Umno buat, yang tak tahu ikut arahan parti ini (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim sahaja," katanya kepada pemberita di Bangunan Umno di Shah Alam, hari ini.

Ahli Parlimen Tanjong Karang itu berkata, Umno masih mengiktiraf Khalid sebagai menteri besar walaupun sudah dipecat PKR.

"Pemecatan itu masalah PKR bukan urusan Umno. Dari segi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, Khalid masih lagi menteri besar Selangor yang sah melainkan jika beliau letak jawatan atau berlaku undi tak percaya kita pegang Perlembagaan.
"Untuk menjadi atau kekal sebagai menteri besar mesti mendapat suara majoriti Adun, tak disebut dari mana-mana parti," katanya.

Ditanya kemungkinan Khalid menyertai Umno semula, Noh berkata itu terpulang kepada Adun Pelabuhan Klang sendiri untuk memutuskannya.

"Khalid masuk Umno? Saya tak tahu. Itu bukan kuasa saya, kena tanya tuan badan sendiri," katanya.
Beliau berkata, pihaknya tidak pernah mengadakan pertemuan secara peribadi dengan Khalid membincangkan isu kedudukan menteri besar mahu pun mempelawanya menyertai parti itu.
Beliau juga menolak dakwaan pernah mengadakan perjumpaan dengan PAS bagi membentuk kerajaan perpaduan dengan Khalid
"Tak pernah. Saya sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor tidak pernah sesekali berjumpa Khalid ataupun pimpinan PAS untuk bincang masalah Selangor. Tak pernah langsung," katanya.

Muhyiddin dalam satu majlis di Putrajaya berkata, Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Khalid tanpa syarat bagi menjayakan perjanjian air yang sudah ditandatangani. Timbalan perdana menteri itu berkata, perkara berkenaan sudah dibincangkan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini berada di luar negara dan BN akan menyokong kepimpinan Khalid jika usul tidak percaya diadakan.

"Saya mengikuti kenyataan dikeluarkan MB Khalid tentang status kedudukan beliau. Saya sudah berhubung dengan PM untuk mendapatkan hala tuju.
"Saya nak nyatakan BN sokong status Khalid kekal sebagai MB Selangor tanpa mengira fahaman politik.
"Kita juga tidak melihat kewajaran kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) Selangor kerana apa yang penting soal kesinambungan dan nasib rakyat Selangor," katanya hari ini. – 11 Ogos, 2014. (TMI)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails