Thursday, August 14, 2014

PAS Bincang 4 Topik Panas Malam Ini, Termasuk Isu W/Azizah?



Mesyuarat Lajnah Politik PAS malam ini dijangka membincangkan empat topik panas berkaitan krisis menteri besar (MB) Selangor yang kini menjadi perdebatan hangat. Lapor Malaysiakini bebentar tadi.

Isu-isu ialah:
  1. Pendirian PAS terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim.
  2. Difahamkan akan dibincangkan juga isu kemampuan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta kemungkinan calon alternatif baru. 
  3. Kewajaran PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan 
  4. Perkembangan terbaru sokongan dua ADUN PAS menyokong Dr Wan Azizah sebagai MB hari ini.
Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, sumber-sumber yang dekat dengan lajnah itu menjelaskan mesyuarat malam ini bertujuan menyusun rangka kerja sebelum dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS pada 17 Ogos.

“Bagaimanapun ia (keputusan lajnah politik) bukan satu kata putus muktamad. Ia lebih dilihat menyediakan satu rangka untuk mesyuarat itu nanti," kata sumber-sumber itu lagi.
 

Lajnah itu akan bermesyuarat di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur pada jam 9 malam ini dengan dipengerusikan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Pemerhati politik melihat pertembungan hujah kumpulan pro-ulama dan pro-Erdogan mungkin memanaskan suasana mesyuarat itu apatah lagi suara kedua-dua kumpulan itu yang hampir seimbang dalamnya.  

Sementara itu, isu kemampuan Dr Wan Azizah yang dipilih menggantikan Khalid dikatakan bakal mencetuskan perdebatan panas di kalangan anggota lajnah itu. Perkembangan terbaru bahawa penolakan istana terhadap isteri kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk dakwaan prestasi hambar sebagai presiden parti dikatakan antara hujah penolakannya.

Sumber-sumber memaklumkan, selepas pendirian istana dibuat, Abdul Hadi sendiri berkongsi pandangan sama dan dikatakan meminta Anwar menyediakan calon lain sewaktu pertemuan mereka di Kuala Terengganu kelmarin. PAS dijangka membincangkan calon MB alternatif dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali antara yang disebut-sebut sebagai pilihan untuk dimajukan kepada istana.

Sumber yang juga pemimpin kanan PAS itu berkata, perkembangan hasil siri pertemuan antara pemimpin ketiga-tiga parti dalam Pakatan dalam tempoh dua minggu ini akan dibangkitkan dalam mesyuarat malam ini.

"PAS dijangka membincangkan senarai calon MB daripada PKR selain daripada Azizah, termasuk Azmin. PAS juga tidak pernah bincang (sebelum ini) calon MB daripada PAS.

"Ini kerana, kita menghormati bahawa ia adalah satu konvensyen dalam Pakatan. Tidak timbul calon MB daripada PAS," katanya.
(IH)


Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

3 comments:

Anonymous said...

Eloklah pas keluaq dari pr buat semak sajA. Dah la khianat nak tegak benang basah pula.
Yang jahat tghh mulut capoi belum mesyuart dah buat kenyataan sokong mb

cucu mamak kutty said...

dulu fitnahkan calon pkr jual pil kuda dan tuduh calon pkr komonis,kini kunun2 ada prinsip,sudahle jgn auta le,ilmu melaut tapi kaki fitnah,sombong,bongkak,aksen,berlagak,ini le genetasdi penyambung perjuangan dinasti pembunuh cucu nabi

Kuda Perang said...

Allahumma arinal haqqa haqqan warzuqnattibaah, wa arinal baathila baathilan warzuqnajtinaabah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails