Saturday, August 16, 2014

PR Ada 30, Kini (PAS) Perlu Segera Bangun Kembali Tadbir! .. -Bekas MB S'gor

Bekas bos saya, Tan Sri Muhammad Mohd Taib sudah menyerahkan borang kemasukannya ke dalam PAS kira-kira dua bulan yang lalu kepada Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din al-Hafiz, Timbalan Murshidul Am PAS Pusat. Beliau dijangkan akan mengungumkannya dalam satu majlis ceramah PAS beberapa hari lagi. Kali terakhir saya bertemu beliau bulan Mac lalu, beliau menyebut tentang politik wang yang semakin teruk melanda UMNO. Katanya: "Kalau dahulu pemimpin UMNO berlawan idea, tetapi sekarang hanya bagi duit, bagi duit, bagi duit! Ini sudah tidak elok... Kalau kita bagi ikan, habis ikan orang akan minta lagi. Kita sepatutnya bagi pancing..."

BEKAS Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib (gambar) hari ini mengingatkan Pakatan Rakyat (PR), khususnya PAS, supaya bangun daripada tidur dan membuat keputusan segera. Seperti lapor The Malaysian Insider sebentar tadi.

"Saya fikir PR perlu jaga daripada tidur saja, perlu bangun dan kembali tadbir Selangor.
"Rakyat Selangor sudah mula bosan dengan tindakan kebudak-budakan," katanya.

Tindakan 30 Adun menyokong Dr Wan Azizah semalam juga menunjukkan tiada alasan untuk PAS masih menyokong Khalid.

"Mereka (PR) sudah dapat 30 majoriti Adun, apa lagi alasan? Tidak ada alasan yang hendak dicari lagi, mereka sudah ada nombor dan perlu hormat mandat rakyat," katanya.

Sementara sebelum itu beliau juga mengkritik PAS yang lambat membuat keputusan dalam krisis menteri besar Selangor, ketika Umno sendiri sudah menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Muhammad yang juga ahli PAS berkata, parti Islam itu perlu membuat keputusan segera dengan mengambil kira realiti keadaan semasa dalam krisis di Selangor.

"Mereka lambat, kenduri sudah habis, pengantin sudah masuk bilik.
"Buat keputusan lambat-lambat, apa ini? Kita kena ambil realiti hari ini, tidak perlu tunggu 17 Ogos, kita kena fokus apa yang berlaku hari ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau juga mempersoalkan PAS yang melengah-lengahkan keputusan membabitkan isu di Selangor, walaupun selepas 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menyatakan pendirian menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.

"Saya fikir mereka lambat dan sudah ketinggalan. Sudah ada 30 yang menyokong," katanya yang juga dikenali sebagai Mat Taib.

Muhammad juga menyifatkan tindakan 12 Adun Barisan Nasional menyokong Khalid, seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tempoh hari, adalah satu kesilapan besar buat PAS. Sepatutnya Khalid perlu dibuang keluar daripada Selangor apabila mendapat sokongan Umno.  Perkara itu tidak perlu dibiarkan dan sewajarnya mendapat pertimbangan segera daripada PAS khususnya yang masih tidak menyatakan pendirian. Bila disokong Umno menunjukkan Khalid boleh jadi alat kepada Umno.

Sebelum itu Datuk Husam Musa Naib Presiden PAS mengingatkan, di mana PAS tidak wajar timbul tenggelam dengan Khalid dan menggorbankan prinsipnya yang lebih besar, nama baiknya, akhlak politik dipegangnya dan amanah atas nama PR yang ia perolehi daripada rakyat Selangor.

Kini Khalid sudah dipecat sebagai ahli PKR. Beliau belum diterima menjadi ahli mana-mana parti gabungan dan bukan mewakili PR lagi.  Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebelum ini juga mengkritik kedegilan Khalid yang enggan meletak jawatan kerana sudah dipecat partinya, PKR sendiri. (IH)

Sila lihat.. 
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails