Sunday, August 10, 2014

Khalid Sertai PAS? Pintu PAS terbuka. Pelawa MB Kelantan.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di 'Kursus Perdana Haji' di Masjid Negara di Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 Ogos, 2014. 
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di 'Kursus Perdana Haji' di Masjid Negara di Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 Ogos, 2014. 

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh menyertai PAS selepas dipecat daripada PKR, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Beliau yang juga pemangku ketua Dewan Ulama PAS mengatakan terpulang kepada Khalid untuk menyertai PAS kerana pintu parti Islam itu sentiasa terbuka untuknya.

"Terpulang kepadanya untuk menyertai PAS memandangkan beliau bukan lagi ahli PKR sekarang," katanya selepas menghadiri majlis Hari Raya anjuran Perbadanan Ekonomi Negeri Kelantan di Kota Baru.
"Tetapi, apa pun kita perlu tunggu hasil pertemuannya dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas menghadap baginda untuk mendapatkan nasihat bagi langkah seterusnya," kata Ahmad dipetik The Star Online hari ini.

Ahmad diminta mengulas isu pemecatan Khalid daripada PKR kerana membantah keputusan parti supaya meletak jawatan dan memberi laluan kepada presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikannya. Sebelum ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sokongan mereka untuk Khalid kekal sebagai menteri besar hingga hujung penggalnya. Ahmad juga berkata PAS sedia bergerak sendiri sekiranya ahli dan pemimpin parti itu memutuskan untuk meninggalkan Pakatan Rakyat (PR).

"Kita ada sejarah bila mana kita bersendiri selepas tidak bersetuju dengan Barisan Nasional (BN) dan Semangat 46. Saya setuju dengan Nik Aziz yang PAS boleh berdiri sendiri sekiranya ia memutuskan untuk keluar Pakatan," kata Ahmad.

Beliau menyeru semua pemimpin, ahli dan penyokong PAS supaya bertenang dan menunggu keputusan akhir parti sama ada untuk kekal di dalam PR atau tidak. Keputusan itu dijangka dibuat minggu depan, menurut The Star. Bagaimanapun, Ahmad yakin PAS tidak akan meninggalkan PR, menambah krisis terbaru ini ujian sama ada sifat kepercayaan dan timbangrasa antara ahli PR kukuh atau tidak.

Katanya, PKR berhak membuat keputusan memecat Khalid dan PAS menyatakan pendirian mereka dalam hal itu melalui Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama. – 10 Ogos, 2014 (TMI)
 
Lihat sebelum ini
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

4 comments:

Anonymous said...

MB Kelantan bukan ada kuasa untuk terima sesiapa jadi ahli PAS,munkin diKelantan kok.Bolehlah pelawa Khalid Ibrahim jadi MB Kelantan untuk memperkokohkan kewangan Kelantan.

Anonymous said...

Satu lagi tindakan gelogoh pimpinan PAS.Ketua kerajaan PAS Kelantan pelawa Khalid Ibrahim sertai PAS,walhal Khalid Ibrahim baru dipecat dari PKR,komponen Pakatan Rakyat.Dimana letaknya semangat setiakawan? Semasa PAS pecat Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa PKR mau pun DAP tak bersuara,tak ada pelawaan.Hebat sungguh puak UG ni.

PasarMiniGP said...

Mu plak puak laberisma....

Anonymous said...

Semua dah jadi berpuak puak pulak dah....undi parti mana lak lepas ni...hampeh tul lah smua ni...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails