Sunday, August 10, 2014

Saya Menunggu Arahan Parti Saya -Iskandar Abdul Samad


Iskandar Abdul Samad
Shah Alam: Bernama melaporkan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata tindakan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memecat Khalid daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta sudah dijangka.Katanya, beliau kini hanya menunggu arahan daripada parti mengenai tindakan selanjutnya.

"Saya menjangka Khalid akan dipecat apabila PAS Pusat menangguhkan tarikh mesyuarat mereka. Saya sekarang hanya menunggu arahan dari parti saya," katanya ringkas ketika dihubungi.

Ketika mengumumkan keputusan MPP itu di Petaling Jaya hari ini, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata keputusan sebulat suara MPP itu dibuat berdasarkan tindakan Khalid mengingkari arahan parti untuk meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi menteri besar Selangor yang baharu.

Dr Tan berkata selain itu, Khalid yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang juga ingkar beberapa keputusan yang dibuat Majlis Presiden Pakatan Rakyat, termasuklah menangguhkan proses dan perbincangan projek Langat 2 serta kenaikan elaun Speaker Dewan Undangan Negeri, Menteri Besar, Exco dan Adun Selangor.

Sementara itu, Naib Pengerusi DAP Selangor Datuk Teng Chang Khim ketika dihubungi bagaimanapun enggan memberi sebarang komen. Lapor Bernama lagi. 9 Ogos, 2014. (IH)



E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails