Saturday, August 16, 2014

Sultan S'gor Puas Hati, Arah Khalid Tutup Mulut.





Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa Sultan Selangor arah tidak buat kenyataan hingga 27 Ogos. Gambar fail The Malaysian Insider. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa Sultan Selangor arah tidak buat kenyataan hingga 27 Ogos. Gambar fail The Malaysian Insider.















 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpuas hati dengan penjelasannya dan mengarahkan supaya tidak membuat sebarang kenyataan sehingga 27 Ogos ini.

Khalid berkata, Sultan Selangor berpuas hati beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) ketika menghadap baginda pada Isnin lalu. Katanya, mana-mana pihak yang mendakwa beliau sengaja mengelirukan Sultan Sharafuddin boleh menghadap bagi mendapatkan penjelasan baginda sendiri. Namun, baginda dilaporkan bercuti ke luar negara dan hanya akan kembali dalam masa dua minggu.

"Tuanku Sultan menitahkan supaya saya tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman berkenaan jawatan menteri besar sehingga baginda kembali pada 27 Ogos ini untuk saya menghadap baginda," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, beliau juga berkomunikasi dengan Sultan berhubung perkembangan terbaru politik di Selangor termasuk sentimen di kalangan Adun.

"Saya menasihatkan kepada pihak berkenaan yang mendakwa saya mengelirukan Tuanku Sultan supaya menulis terus kepada baginda untuk mendapatkan penjelasan," katanya.

Sultan Selangor pada Isnin lalu memperkenankan Khalid kekal sebagai menteri besar yang sah selepas yakin dengan penjelasannya walaupun tahu Adun Pelabuhan Klang itu sudah dipecat daripada PKR pada Sabtu minggu lalu.

Khalid pada keesokannya memecat lima exco PAS dan DAP selepas mereka membuat pendirian enggan bekerjasama dengannya, malah mahu menghadkan kuasa vetonya dalam mesyuarat exco.
Pemecatan itu mendapat perkenan Sultan Sharafuddin dalam masa dua jam selepas Khalid mengemukakan alasan pendirian mereka melanggar 10 Perkara sumpah taat setia sebagai exco negeri.

Lima exco terbabit adalah Datuk Teng Chang Khim, V Ganabatirau, Ean Yong Hian Wah daripada DAP dan Elizabeth Wong serta Dr Daroyah Alwi daripada PKR.

Seorang lagi exco PKR Rodziah Ismail yang berada di luar negara kemudiannya meletak jawatan pada Khamis sejurus pulang daripada menghadiri kursus di Thailand, sebagai tanda solidariti terhadap lima bekas rakan exconya.

Kini hanya tinggal empat exco PAS saja yang memerintah Selangor bersama Khalid, mereka adalah Dr Halimah Ali, Iskandar Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Sallehen Mukhyi. Calon pengganti Khalid, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam mengemukakan bukti mendapat undi 30 Adun yang berpendirian tidak lagi percaya kepada kepimpinan Khalid.

Beliau turut mendapat sokongan dua Adun PAS, Saari Sungip (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), mendahului ketetapan PAS Pusat yang akan diputuskan pada 17 Ogos ini. Khalid dalam kenyataan balas berkata, Dr Wan Azizah perlu membuktikan dakwaannya melalui proses undi tidak percaya dalam DUN selain perlu mendapat perkenan Sultan Sharafuddin.

Namun, Teng yang juga bekas Speaker DUN Selangor mendakwa kenyataan Khalid itu berniat jahat seolah-olah cuba melengahkan sidang DUN sehingga November. Beliau mendakwa exco PAS turut bersekongkol dengan Khalid bagi membolehkannya terus mentadbir negeri sehingga hujung tahun, namun ia dinafikan Halimah dan Sallehen. – 15 Ogos, 2014. (TMI)

Sila lihat.. 

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

2 comments:

Nazaruddin si Hamba Allah said...

Tetiba sultan pergi bercuti ke luar negara di saat negeri berada dalam keadaan politik yang terumbang ambing! Awas PR... kemungkinan pisang berbuah sekali lagi amat tinggi sekarang ini. Dua minggu suatu jangkamasa yang cukup untuk kerajaan Pakatan Rakyat runtuh di Selangor ni.. NAUZUBILLAHI MIN ZAALIK

Anonymous said...

Mintak2 runtuh la kedua dua kerajaan thaghut samada bn atau pr di selangor dan malaysia . Semoga penggantinya adalah seperti yg sudah ribuan tahun termaktub.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails