Tuesday, August 12, 2014

Amaran Jangan Pecah Menjelang Mesyuarat PAS


Menjelang mesyuarat jawatankuasa PAS bagi memutuskan pendirian mereka berhubung isu menteri besar Selangor, parti itu didesak kekal bersama Pakatan Rakyat yang dibentuk sejak 2008.

Anggota jawatankuasa pusat parti itu Datuk Mujahid Yusof berkata walaupun terdapat kelemahan dalam Pakatan, gabungan itu tidak harus berpecah hanya kerana seorang lelaki, iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid semalam berkata telah mendapat perkenan sultan untuk kekal sebagai menteri besar walaupun telah dipecat daripada PKR sebelum itu. Beliau mendakwa masih mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) – kenyataan yang dianggap meragukan oleh PKR dan DAP.

“Semangat dan idealisme Pakatan terlalu baik untuk diketepikan hanya kerana seorang individu,” kata Mujahid yang juga anggota parlimen Parit Buntar dan ketua biro perpaduan PAS kepada Malaysiakini.

Sambil menegaskan pertukaran menteri besar sebagai perkara biasa, Mujahid berkata ia sebahagian kuasa parti yang sebenarnya tidak memerlukan alasan pun untuk melakukannya.

“Siapa Khalid? Kenapa dia begitu istimewa? Kita lihat menteri besar datang dan pergi. Ia tidak patut ditangani sebagai sesuatu yang istimewa atau mengejutkan,” tegasnya. (MK)

5 comments:

Anonymous said...

Yang buat bagi dia bongkak presiden PAS dan mursyidul PAS sendiri kerana membuat kenyataan secara terbuka apa salahnya jika berbincang secara dalam mungkin Khalid tidak seberani itu dan sekaran Sultan pula dipergunakan,kita tunggu dan lihat seterusnya apa pula yang akan dilakukannya.

Anonymous said...

Khalid dpt imuniti dr presiden n mursidul PAS...15 adun automatik kena wala juga pd khalid...
Mustahil presiden n mursidul nk uturn..nnti ahli PAs heran..anuar jnji syurga apa pula kt presiden..
alang2 truskn saja...ug dgn umno n khalid jd mb..utk faedah brsama.
Umno kn dah sokong pas utk hudud...bila lagi

tok janggut said...

Aku setuju betui dengan hampa berdua....PAS nak main apa nie..nak tunjuk dia yg boss nak jual mahal...Kata junjung agama tapi kenapa x pegang pd janji, ulamaknya sedap mulut kutuk org..kata nak bukti, bila bagi bukti ttg Khalid dah kata jangan buruk2kn org pulak..ni lah ego xbrtempat...saja nak nyusahkn org..buang je nama parti islam..buat saya trasa kena tipu jee..

bunbinban said...

PAS. Gua dah jadi sangsi dgn pendirian PAS. Siapa kawan siapa lawan sebenar mereka. Seleok-eloknya PAS secara terbuka menyatakan pendirian mereka. Masih bersama PR atau ingin bersedirian maupun bersama BN. Jangan jadi munafik hanya utk kesenangan di dunia. Dan jangan pulak melenting bila di panggil munafik kerana tindak tanduk korang mengarahkan kepada ciri2 itu.

cucu mamak kutty said...

pim pinan pas dah tak setia dgn semangat setiakawan,ulamak ilmu tunggi tapi dulu cakap siap keluar fatwa,kini fatwa dah kena diri sendiri....pirahhhhhh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails