Thursday, August 14, 2014

2 ADUN Itu Cabar PAS, Sanggup Keluar Parti?


ADUN PAS dari Hulu Kelang, Saari Sungib bersedia untuk keluar parti jika PAS kekal menyokong Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos ini. Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan wartawan selepas sidang media tengah hari tadi.

"Kalau itu antara pilihan di antara parti dan saya, saya bersedia," katanya.

Beliau ditanya jika beliau sanggup berbuat demikian jika PAS kekal dengan pendirian mereka sekarang dalam krisis menteri besar Selangor. Saari dan ADUN Morib Hasnul Baharuddin hari ini menyatakan sokogan terhadap  Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Khalid.

Saari berkata, mereka berbuat demikian kerana "dasar PAS yang bersama-sama Pakatan Rakyat".

"Saya bergerak dari satu asas iaitu polisi dan dasar PAS untuk bersama-sama Pakatandan polisi ini saya sokong untuk membolehkan Pakatan terus memerintah dan mentadbir Selangor," kata Saari.

Menurutnya, beliau yakin baki 13 orang ADUN PAS lain akan menurut jejak langkah beliau.

"Saya percaya rakan-rakan ADUN dari PAS juga akan mengambil langkah yang sama," katanya selepas sidang media Wan Azizah di Subang tengah hari ini.

Saari juga yakin mesyuarat ahli Jawatankuasa Pusat PAS pada 17 Ogos ini akan memutuskan untuk terus berada bersama Pakatan.

"Saya yakin selepas 17 hari bulan, sekiranya benar apa yang saya yakini PAS tidak akan berganjak daripada Pakatan Rakyat.
"Saya anggap memperkukuhkan Pakatan di Selangor tidak bertentangan dengan PAS," katanya.

Hasnul pula berpendapat pentadbiran Khalid sekarang tidak lagi menjunjung semangat Pakatan selepas beliau mengumumkan kerajaan Pakatan tidak wujud lagi di Selangor.

"Saya sebagai YB Morib mengambil langkah yang sama dengan YB Hulu Kelang untuk menyokong kerajaan Pakatan di Selangor.
"Semangat dan roh Pakatan itu tak ada pada menteri besar dan saya bersama Pakatan untuk memerintah negeri Selangor sebenar-benarnya," katanya.

Beliau turut mengkritik Khalid yang menurutnya "merosakkan Selangor jam demi jam".

"Kerosakan yang dilakukan Khalid kepada Selangor bukan setakat minggu ke minggu tetapi on an hourly basis (jam demi jam)," katanya.(MK)
 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Benarkah 'Dasar PAS yang bersama-sama Pakatan Rakyat'? Atau PAS gunakan taktik bersama-bersama Pakatan?

Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

5 comments:

kampong lad said...

"dasar PAS yang bersama-sama Pakatan Rakyat".

13 adun pas kena letak jawatan kerana depa menang bukan atas tiket pas tapi pengundi meluat kat umno.

maae said...

Saya nampak, masa terbaik PAS tidak terikat lah dengan PR. Anwar sudah nyatakan, begitu juga LKS. PAS tidak lain pecacai buat kerja-kerja kotor mereka.

Exco PAS Selangor Saari Sungib juga melawan arus arahan Hj Hadi. Bukankah reaksi nya sama, ingkar pada parti dan patuh kepada pimpinan lain ; berlainan Khalid yang ingkar sebab di perlakukan di luar batasan pergolakan PKR yang di rancang ? Di jatuhkan maruah, di hina dan di cerca cara melampau. Wajarkah ?

Undi PAS dan PR melonjak, atas pengaruh, retorik perspektif Anwar di sokong kerasisan DAP juga menghina UMNO secara kotor dan berlebihan. Hari-hari di pantak telinga salah itu dan ini di pupuk kepada UMNO, akhir nya rakyat yang ingin berubah angin, terkena jua dengan undian tanpa keikhlasan dengan alasan 'ingin mencuba beralih angin'.

Saya 'sokong' PAS agar balik ke perjuangan asal, demi Bangsa dan Agama Islam di masa pergolakan MB Selangor ini. Masa terbaik beraksi sendiri seperti saranan kebanyakkan ahli-ahli nya sedar dengan permainan DAP yang ingin 'mengawal' dari 'remote control' milik PKR.

Jika UMNO di libatkan (Ahli2 PAS begitu ketat memusuhi Melayu ) bukan kah kami juga Melayu Islam ? Beubah dan PAS mesti ambil tampuk MB Selangor untuk membaik pulih kerosakan tangan sendiri dan sekutu nya yang di lakukan tanpa belas ihsan.... ambil iktibar MCA menyokong DAP !

bat8 said...

"Saya 'sokong' PAS agar balik ke perjuangan asal, demi Bangsa dan Agama Islam di masa pergolakan MB Selangor ini."
..........................

Sokongan penganut UMNO totok untuk menjahanamkan PAS. Suruh PAS balik kepada perjuangan asal, jadi parti nyamuk yang hanya kuat dikelantan dan skit-skit di Ganu.

Kalau sokong dan perihatin dengan PAS, ajak le PAS tubuh kerajaang perpaduang di Selangor. Buat cam kat Perak, beli Adun pembangkang. Bukan UMNO tak biasa buat macam tu. Kerja senang je....porahhh sokong PAS!

Ibnu Hasyim said...


















T.kasih atas pandangan tuan-tuan.









Anonymous said...

PAS dah lama berjuang untuk menegakkan syiar Islam Alhamdulillah> Harap terus istiqamah.dan bersabar karenah kawan dan lawan. InsyaAllah Islam pasti tertegak dibumi Allah ini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails