Wednesday, August 13, 2014

Isu MB: Presiden PAS Belum Mahu Beri Kenyataan.

 

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan berhubung isu Menteri Besar Selangor, sehingga beliau menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ahad ini.

Demikian menurut Setiausaha Khas kepada Presiden PAS Zaihan Mohd Daud dalam satu kenyataan kepada media hari ini. Lewat petang semalam, Abdul Hadi mengadakan pertemuan sulit dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel dekat Kuala Ibai di Kuala Terengganu.

Ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Anwar menyifatkan pertemuan itu sebagai berjaya membawa perkembangan positif. Usaha media mendapatkan kenyataan daripada Abdul Hadi berhubung pertemuan itu bagaimanapun masih tidak berjaya sehingga kini.
- Bernama


Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails