Thursday, August 14, 2014

Seterusnya, Proses Undi Tak Percaya. Ini Jawab Khalid...



PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail perlu melalui proses undi percaya di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor untuk diangkat sebagai menteri besar yang baharu.
Peringatan berkenaan dinyatakan penyandang kerusi panas itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat bagi mengulas kenyataan Dr Wan Azizah yang mendakwa telah memperolehi sokongan daripada 30 Adun pada Khamis.

"Saya maklum tentang pengumuman Datuk Seri Dr Wan Azizah yang mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri Selangor.
"Sungguhpun begitu, dakwaan itu tetap perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya (terhadap menteri besar) di Dewan Undangan Negeri Selangor," katanya menerusi laman sosial, https://twitter.com/Khalid_Ibrahim pada Khamis.

Respon itu segera dinyatakan Abdul Khalid menerusi  selepas Dr Wan Azizah mengumumkan telah mendapat kekuatan majoriti mudah 30 Adun Selangor yang menyokongnya untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baharu.
Berikutan Abdul Khalid berkata, pentadbiran kerajaan Selangor pimpinannya akan terus berjalan seperti biasa sehingga proses undian tidak percaya dibuat di DUN. (IH)
 
Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

6 comments:

bat8 said...

Tuan Haji

Langkah pertama Pakatan ialah u tuk DSWA dan 30 Adun mengadap tuanku sultan. Keputusan mahkamah persekutuan dalam kes perak menjadi rujukan. Tak perlu undi tak percaya dalam DUN.

Yang menjadi perhatian sekarang adakah tuanku setuju DSWA dan 30 Adun ni mengadap utk membuktikan pakatan mempunyai majoriti didalam Dun Selangor. Jika tuanku tak perkenan baru boleh fikir pasal langkah seterusnya.

Dari respon TSKI, kita tahu pilihan beliau semakin tiada. UMNO yang mahu mengambil kesempatan pun sudah senyap kerana tidak mahu menerima kemarahan rakyat selangor belakang hari. Noh Omar pun senyap macam tikus.

Yang tinggal PAS terkontang kanting menyokong TSKI. Paling-paling PAS akan siasat tindakan 2 Adun PAS menyokong DSWA.

PAS kena fikir masak-masak 17 ogos ni. Tanya UMNO baik-baik, serius tak nak tubuh kerajaang perpaduang di Selangor yang berMB TSKI.

Kalau UMNO pun dah ketar lutut, jangan buat berani bodoh nak sokong TSKI sorang-sorang seperti keputusan Majlis Syura PAS dan Dewan Ulamak. Silap-silap, spti kata sairi sungib, ramai lagi Adun PAS akan sertai DSWA.

Anonymous said...

Sedih dgn sifat tamak dan rakus 2 adun pas ini. Teruk rupanya pas dicemari anwarisma.

Anonymous said...

Semangat pr camner pas sentiasa dianaktirikan...
Semangat pr camner ahli dipecat berdasarkan tuduhan....

Anonymous said...

Tski kene bubarkan dun n pas kene tukar line up adun. Pas also kene buat emergency gm to replace ajk pusat.

Anonymous said...

yang terbaiknya...kamu si Khalid telah menipu sultan Selangor

tatau la kalu sultan Selangor rela di tipu dalam hal ini..

ekekekkeke

bat8 said...

Apa pulak kita nak pangg3 geng-g3ng se4ban didalam Pas yang dok meroyan nak bekerja dengan UMNO? ROSMAHNISTA?...ALANTANYUYARISTA? atau NAJIBISTA?...atau JIBBYRISTA?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails