Tuesday, August 12, 2014

Sultan S'gor Tolak Jumpa W/Azizah Bincang Isu MB.


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi penjelasan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah pun menghadap baginda berkaitan kedudukan menteri besar Selangor tentang keengganan berjumpa Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Ogos, 2014.  
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi penjelasan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah pun menghadap baginda berkaitan kedudukan menteri besar Selangor tentang keengganan berjumpa Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Ogos, 2014.  

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak memberi perkenan untuk berjumpa dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi membincangkan isu menteri besar Selangor, kata Datuk Mohamad Munir Bani.

Menurut Setiausaha Sulit Sultan Selangor itu, baginda menolak pertemuan itu kerana surat permohonan itu ditulis oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi pihak Dr Wan Azizah.

"Baginda tidak berkenan menerima menghadap Presiden PKR‎ untuk tujuan memberi penjelasan atas alasan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah pun menghadap baginda berkaitan kedudukan menteri besar Selangor," katanya.

Munir berkata, istana menerima surat yang ditandatangani Anwar pada 10 Ogos lalu, memohon untuk Dr Wan Azizah menghadap Sultan bagi memberi penjelasan dan penerangan keputusan yang diputuskan PKR. Surat itu kemudiannya dipersembahkan kepada Sultan Sharafuddin pada 11 Ogos yang kemudiannya menitahkan Munir supaya memberi jawapan balas terhadap surat itu.

"Sultan Selangor berpendapat bahawa pemecatan Khalid dari menjadi ahli PKR merupakan isu dalaman parti yang tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai Ahli Dewan Negeri (Adun) Selangor.
"Baginda tidak mahu campur tangan dalam isu dalam PKR," katanya dalam kenyataan itu hari ini.
Munir turut menjelaskan keputusan Sultan memperkenankan Khalid kekal sebagai menteri besar dibuat baginda sendiri dan bukannya melalui Mesyuarat Dewan Diraja Selangor.

Katanya, mesyuarat Dewan yang berlangsung semalam merupakan mesyuarat berjadual yang diperkenan baginda dan tidak membincangkan kedudukan Khalid sebagai menteri besar Selangor.

"Khalid sudah menghadap Sultan bagi menyembah maklum kepada baginda bahawa beliau dipecat oleh Lembaga Disiplin PKR dan beberapa perkara berkaitan kedudukan menteri besar sebelum sidang Mesyuarat Dewan Diraja.
"Sultan Selangor sudah memaklumkan kepada Mesyuarat Dewan Diraja Selangor mengenai keputusan baginda untuk mengekalkan Khalid sebagai menteri besar Selangor," katanya.

Semalam, Khalid berkata beliau berpuas hati selepas mendapat perkenan Sultan untuk meneruskan tugasnya seperti biasa.
Khalid memaklumkan kepada Sultan beliau masih lagi memperolehi kepercayaan majoriti Adun Selangor. – 12 Ogos, 2014. ITMI)

Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor? 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails