Monday, August 11, 2014

Exco Tidak Suka Saya Boleh Letak Jawatan -Khalid Ibrahim




Exco yang tidak menyokong boleh letak jawatan, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang akhbar khasnya petang tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 11 Ogos, 2014. Exco yang tidak menyokong boleh letak jawatan, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang akhbar khasnya petang tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 11 Ogos, 2014.

 
 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihati mana-mana Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang tidak menyokongnya supaya meletakkan jawatan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu berkata, beliau akan bertemu dengan 10 exco Selangor esok untuk mengetahui pendirian mereka, sama ada mahu meneruskan tugas atau letak jawatan.

Khalid berkata, beliau yakin masih mampu meneruskan pentadbiran seperti biasa selepas mendapat sokongan daripada empat exco PAS iaitu Sallehen Mukhyi, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali dan Iskandar Abdul Samad.

Menurut undang-undang negeri, Khalid hanya memerlukan sekurang-kurangnya empat exco‎ untuk menjalankan urusan negeri.

"‎Bagaimanapun saya akan mengambil peluang bertemu dengan wakil exco yang ada sekarang daripada PKR dan DAP untuk bertanyakan tentang kesediaan mereka bersama-sama saya untuk mengendalikan mesyuarat exco dan pentadbiran Selangor," katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, hari ini.

Katanya, tatacara di bawah Artikel 53(2) (b) memberi kuasa kepada menteri besar menasihati exco supaya meletakkan jawatan sebelum mengemukakan cadangan kepada Sultan tentang perubahan barisan exco.

"Untuk berlaku adil saya akan berjumpa dengan semua exco. Kalau dia (exco) rasa bukan lagi 'team' menteri besar jadi saya rasa adalah lebih baik mereka tidak meneruskan khidmat mereka," katanya.
 
Ditanya kemungkinan PKR dan DAP akan menentang tindakannya, Khalid berkata pentadbiran negeri bukan pentadbiran politik tetapi ditadbir dan disokong oleh penjawat awam.

"Oleh itu, saya tak nampak ada masalah kekurangan kecekapan dari segi pentadbiran negeri dan operasi," katanya.

Beliau juga tidak menolak jika ada desakan yang mahu sidang DUN khas mengemukakan usul undi tidak percaya terhadapnya. Beliau berkata, buat masa ini tidak perlu diadakan sidang DUN khas kerana ia tidak berbangkit semasa pertemuan dengan Sultan pagi tadi.

"Tak perlu sebab tuanku bertanyakan pada saya sama ada nak sidang DUN, yang sebenarnya nak sidang adalah DUN bukan saya," katanya. – 11 Ogos, 2014.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

1 comment:

Anonymous said...

DAP & PKR kena checkmate oleh TSKI dan UMNO. Umno (12 Adun) + PAS (15 Adun) + 2 (TSKI & PA)+ 29 ADUN berbanding PKR & DAP = 27. TSKI dpt sokongan majority.
DAP & PKR hilang kerusi exco.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails