Friday, August 15, 2014

Tumpuan & Halangan, PAS, Istana, Wan Azizah.


Walaupun berjaya mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan sokongan terbaru dua wakil PAS, masih terdapat halangan besar yang perlu direntas Pakatan Rakyat untuk mempertahankan pentadbirannya di Selangor.

Ini kerana masih terdapat perkara perlu diselesaikan dengan PAS dan istana Selangor bagi menamatkan krisis menteri besar di negeri itu. Hubungan antara Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan PKR dengan kedua-dua pihak itu kini sedang diperhatikan untuk tempoh penting dua tiga hari ini bagi menentukan kepimpinan negeri.

Paling penting sama ada PKR dan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia mengemukakan nama kedua sebagai calon menteri besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang sudah dipecat parti itu.

Istana Selangor sudah pun menolak permohonan Wan Azizah untuk menghadap sultan awal minggu ini kerana pihak itu enggan terlibat dalam urusan dalaman PKR. Wan Azizah, ADUN Kajang, bagaimanapun kini mengutus surat kedua untuk tujuan itu bagi memaklumkan beliau sudah mendapat sokongan majoriti daripada anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menyingkirkan Khalid.

Dengan perkembangan terbaru itu, terdapat tuntutan supaya sultan memperkenan untuk mengarahkan Khalid meletakkan jawatan. Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali semalam berkata beliau ada “dengar” bahawa istana menolak pencalonan Azizah, justeru parti itu dikatakan mahu PKR menamakan calon lain.

Jika istana sekali lagi tidak menerima menghadap Azizah, PKR dan DAP nampaknya harus menunggu sehingga sidang DUN seterunya untuk melakukan undi tidak percaya terhadap Khalid. Dewan juga mungkin tergantung dan sekali gus mendorong sultan membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada pilihan raya baru negeri.

Perkara itu menyebabkan Pakatan harus berhati-hati ekoran kebimbangan pilihan raya itu tidak menguntungkan PAS dan PKR berbanding pilihan raya umum ke-13 lalu. Cara utama untuk mengelakkan perkara itu hanya dengan memastikan PAS mendukung hasrat menukar menteri besar sedia ada bersama PKR dan DAP.
Majlis Dewan Diraja Selangor

Semmentara itu, Majlis Dewan Diraja Selangor akan membincangkan kedudukan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim esok. Khalid berkata, sebuah mesyuarat akan diadakan oleh badan itu di Istana Kayangan esok bagi membincangkan perkara itu ekoran pemecatan Khalid oleh PKR semalam.

Khalid juga berkata beliau “dinasihatkan” peguamnya untuk tidak membuat kenyataan lanjut berhubung perkara itu. Khalid hari ini bertemu dengan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di masjid negeri di Shah Alam untuk merasmikan kursus haji peringkat negeri.

Selepas acara itu beliau memberitahu pemberita akan mengadap sultan esok selepas majlis berbincang bagi menentukan pendirian istana dalam isu itu. Khalid tidak menunjukkan tanda-tanda akan merayu terhadap keputusan PKR. Katanya, keutamaannya sekarang untuk berkhidmat kepada negeri sebagai menteri besar.

Khalid dalam kenyataannya hari ini mengulangi pendiriannya yang menerima keputusan PKR itu “walaupun tindakan itu salah dan tidak menurut undang-undang serta bertentangan dengan perlembagaan parti”.

“Saya juga akan meneruskan tugasan sebagai menteri besar seperti biasa dan dinasihati untuk tidak membuat apa-apa kenyataan sehingga satu mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor yang telah ditetapkan pada hari Isnin, 11 Ogos 2014,” katanya.

Ahli dewan diraja mempunyai 20 anggota, termasuk Tengku Bendahara Selangor Tengku Azman Shah, Khalid sendiri sebagai menteri besar, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Mufti Selangor dan Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Ia turut dianggota empat ahli waris, lima Orang-Orang Besar dan tujuh Orang Tua-Tua turut. (IH)


Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails