Saturday, December 10, 2022

Puak Liberal tentang seks luar nikah, Indo. M'sia, PAS tegas...

 


1. Larangan seks luar nikah di Indonesia ditentang Golongan Liberal

JAKARTA – Langkah diambil Parlimen Indonesia yang meluluskan rang undang-undang melarang hubungan seks luar nikah menerima tentangan daripada aktivis-aktivis hak asasi manusia yang mendakwa ia menjadi halangan kepada kebebasan bersuara dan hak asasi, lapor akhbar Arab News kelmarin.

Rang undang-undang tersebut diluluskan kelmarin, tiga tahun selepas rang undang-undang serupa ditangguhkan oleh Presiden Joko Widodo (Jokowi) berikutan protes besar-besaran yang melibatkan puluhan ribu belia yang mendakwa ia mengancam kebebasan awam mereka.

Namun kini, kanun keseksaan baharu yang turut terpakai untuk warga asing di Indonesia turut mengembalikan larangan menghina presiden, institusi negara atau ideologi Indonesia yang dikenali sebagai Pancasila.

“Kami telah cuba yang terbaik untuk menampung isu penting dan pendapat berbeza yang telah dibahaskan.

“Namun, kini masanya untuk kita membuat keputusan bersejarah bagi pindahan kanun keseksaan ini serta memansuhkan kanun jenayah penjajah (Belanda) yang diwarisi,” kata Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Yasonna Laoly.

Bagaimanapun, tidak semua pihak menyambut baik pengumuman itu kerana menurut para pengkritik, ia akan menyekat kebebasan awam.

“Kanun jenayah ini masih menebal dengan elemen penjajah dan terdapat banyak artikel yang mengancam kebebasan awam serta mengehadkan ruang demokrasi,” kata aktivis hak asasi gender, Tunggal Pawestri.

Tambahnya, meskipun pemerintah mendakwa akan cuba bersifat terbuka dan menilai pendapat daripada masyarakat awam yang lebih menyeluruh, pihaknya berpendapat ia bukan cubaan terbaik mereka.

“Kami telah banyak melaung dan memberikan pendapat namun, mereka seperti tidak menghiraukan kami,” ujar Tunggal.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Human Rights Watch bahagian Asia, Phil Robertson berkata, peruntukan undang-undang baharu itu bersifat ‘menindas’, kerana ia membuka ‘pintu’ kepada pencerobohan privasi.

“Dalam sekelip mata, situasi hak asasi manusia di Indonesia akan bertukar secara drastik dan menjadi lebih teruk.

“Kelulusan rang undang-undang ini adalah permulaan kepada bencana hak asasi di Indonesia.

“Penggubal undang-undang dan pemerintah perlu mempertimbangkan semula langkah tersebut serta memansuhkannya,” kata Robertson.

Dalam pada itu, Amerika Syarikat (AS) semalam turut menyuarakan rasa tidak bersetuju dengan mendakwa, undang-undang baharu itu akan memberi kesan kepada pelaburan di negara dengan majoriti penduduk beragama Islam itu.

“Kami bimbang mengenai bagaimana perubahan ini akan menjejaskan hak asasi manusia serta kebebasan asas di Indonesia.

“Washington juga bimbang mengenai bagaimana undang-undang tersebut akan memberi kesan kepada warganegara AS yang melancong dan menetap di Indonesia selain syarikat-syarikat AS di sana,” kata jurucakap Jabatan Negara, Ned Price.

Rang undang-undang tersebut menerima undi majoriti anggota Parlimen semasa sidang kelmarin, yang menyaksikan Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat, Sufmi Dasco Ahmad memukul palu, menandakan teks itu telah diluluskan dan disusuli dengan jeritan ‘sah’.

Beberapa artikel utama kod yang baru diluluskan itu ialah mengkategorikan seks sebelum nikah atau sebelum berkahwin sebagai kesalahan jenayah, begitu juga bersekedudukan dengan pasangan yang belum berkahwin.

Jurucakap Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Albert Aries bagaimanapun mempertahankan pindaan sebelum pengundian dengan berkata, undang-undang itu akan melindungi institusi perkahwinan.– AFP/Agensi


2. Malaysia: PAS tegas dalam hal arak dan judi, tapi tak kekang hak Kebebasan agama lain - Steven Koh 

KUALA LUMPUR – Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pulau Pinang minta pihak tertentu terutama ahli politik Pakatan Harapan (PH) berhenti menyerang parti itu dengan isu judi dan arak.

Ahlinya, Steven Koh menegaskan, sebagai masyarakat Cina, beliau faham dengan ketegasan Pas mengawal arak dan judi.

"Memang ada perkara yang Pas tegas dalam perjuangannya seperti mengawal aktiviti arak dan judi kerana semua ini perkara yang memudaratkan.

“Bagaimanapun, dalam ketegasan itu, Pas tidak pernah mengekang hak kebebasan agama lain.

“Ada perbezaan besar antara kawal dan haramkan, tetapi ramai musuh Islam memanipulasi isu ini,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Beliau terpanggil untuk memuatnaik status itu kerana ramai ahli politik dari PH cuba mengaitkan Pas dengan dana dari syarikat perjudian ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu. – MalaysiaGazette

Komen Weblog Ibnu HasyimPuak Liberal tentang seks luar nikah, Indo. M'sia, PAS tegas...

Larangan seks luar nikah di Indonesia ditentang oleh Golongan Liberal. Di Malaysia, PAS (Parti Islam Se Malaysia) tegas dalam hal arak dan judi, tapi tidak mengekang hak kebebasan agama lain. Demikian dinyatakan oleh Steven Koh dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pulau Pinang.

Steven adalah berbangsa Cina bukan Islam, yang faham dengan ketegasan PAS dalam mengawal arak, judi dan perkara-perkara yang memudaratkan menurut Islam. AL-hamdulillah!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Rakyat tolak Kabinet kleptokrat -AP Padang Serai. Pesawah & k'jaan.

 

1. Mesej rakyat tolak kerajaan, Kabinet kleptokrat – Azman

KUALA LUMPUR: Dato’ Azman Nasrudin melahirkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas kemenangan dengan majoriti besar untuk PERIKATAN NASIONAL (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Padang.

“Saya bersyukur dengan kemenangan ini dan ini adalah satu kemenangan buat rakyat Malaysia.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada isteri dan anak-anak saya yang tidak putus berdoa, bersama saya dan menyokong saya selama ini,” ujarnya dalam kenyataan, malam tadi.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan PN terutamanya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Seri Azmin Ali serta Pengerusi PN Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang telah memberikan kepercayaan kepadanya untuk menjadi calon PERIKATAN NASIONAL di P.017 Padang Serai.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada pengundi-pengundi di Padang Serai kerana memilih saya sebagai wakil rakyat Padang Serai,” katanya yang diisytiharkan memenangi kerusi Parlimen Padang Serai, malam tadi.

Menurutnya, beliau percaya keputusan itu adalah satu mesej jelas daripada rakyat Malaysia dan warga Padang Serai yang menolak kerajaan dan Kabinet kleptokrat serta membantah pelantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi pertuduhan rasuah sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Tambahnya, ia juga satu signal yang jelas bahawa Perdana Menteri baharu untuk berhati-hati kerana rakyat sentiasa menghakimi keputusan yang dibuat oleh beliau.

“Kepada jentera-jentera dan para penyokong PERIKATAN NASIONAL Padang Serai, PN Kedah serta kepimpinan dan jentera dari Semenanjung yang turut sama-sama berkempen di Padang Serai, saya sangat terharu dan berterima kasih,” katanya.

Azman turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakan media yang banyak memberi liputan sepanjang tempoh berkempen di Parlimen Padang Serai.

“Saya beraspirasi untuk bersama-sama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan wakil rakyat yang lain yang telah dipilih oleh rakyat pada PRU15 ini untuk menjadi pembangkang yang berwibawa dan memantau tindak tanduk kerajaan campuran PH/BN,” ujarnya lagi.

Katanya, beliau juga akan membawa aspirasi suara warga Padang Serai di Parlimen kelak dan memastikan yang suara dan hak warga Padang Serai akan sentiasa terjamin.

Pada PRU15 Parlimen Padang Serai yang diadakan semalam, beliau mendapat 51,637 undi mengalahkan calon PH, Dr Mohamad Sofee Razak yang memungut 35,377 undi, Datuk C Sivaraj (BN – 2,983 undi), Sreanandha Rao (Bebas – 846), Hamzah Abd Rahman (Pejuang – 424) dan Mohd Bakhri Hashim (Warisan – 149).

Keputusan rasmi PRU15 Parlimen Padang Serai diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Dato’ Abdul Bari Abdullah di pusat penjumlahan di Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech, malam tadi. – HARAKAHDAILY 8/12/2022


2. Apa hubungan pesawah dengan kerajaan? 


BERNAS ditubuhkan pada tahun 1994. Menteri Kewangan pada ketika itu ialah Anwar Ibrahim. Pada tahun 1996, BERNAS diberi kebenaran mengambil alih Lembaga Padi Negara (LPN). 

Ini termasuk mewakili pihak kerajaan dalam pengurusan dan pembayaran subsidi kepada petani, mengurus Skim Pengilangan Padi Bumiputra, membeli padi daripada petani pada harga minimum terjamin dan bertindak sebagai pembeli terakhir padi dari petani. 

Menteri Kewangan pada ketika itu ialah Anwar Ibrahim.

Pada 25 Ogos 1997, BERNAS disenaraikan di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur. BERNAS terus berkembang melalui integrasi rantaian pembekalannya bersama pengusaha-pengusaha di peringkat Antarabangsa bagi sektor pemborongan, perladangan, pemprosesan dan pengedaran.

Pada 30 Julai 2009, syarikat pelaburan dari Hong Kong, Wang Tak Co. Ltd. (Wang Tak) telah berjaya mendapatkan ekuiti sebanyak 31 peratus menerusi pasaran terbuka tetapi BERNAS perjelaskan bahawa kepentingan semua pihak yang terdiri daripada petani, pengilang, pemborong, pengguna dan pemegang saham adalah dilindungi.

Selepas itu, Syed Mokhtar Bukhari melalui Tradewinds memiliki 53.7 peratus ekuiti BERNAS bersamaan dengan RM526 juta tunai. Ini menyebabkan satu tawaran lain yang menyebabkan Tradewinds memegang 72.57 peratus kepentingan ekuiti di dalam BERNAS.

Pada ketika ini Menteri Kewangan ialah Nor Mohamed Yakcop. 

Pada 5 Disember 2022, Perdana Menteri ke-10 merangkap Menteri Kewangan bercerita mengenai penindasan terhadap petani dan kita sebagai rakyat perlu memecahkan monopoli yang ada. Tiba-tiba juga memberitahu secara umum jumlah perkongsian (individu) yang ada di dalam syarikat yang mana sudah pun dibawa ke papan utama. 

Pasaran terbuka ini dibuat dan dibuka pada tahun 1997 (perkara ke-3 di atas). Lalu ia memang boleh dibeli oleh sesiapa yang mempunyai kapasiti pembelian tersebut. 

Sekadar memberi fakta jelas kepada semua mengenai apakah hubungan antara petani – kerajaan sahaja terhadap apa yang dibentangkan di sidang media 5 Disember 2022 oleh Menteri Kewangan. 

Terima kasih.

KHAIRUL HAKIMIN MUHAMMAD – HARAKAHDAILY 6/12/2022

Sumber Asal: https://www.facebook.com/1409650354/posts/pfbid0dpZBGKHzj1SntjARM2A4mzWPVUcTazkEtkMi3VWLZM4ffL1pdNQNTghVUoUwRjeWl/?mibextid=Nif5oz 

Komen Weblog Ibnu HasyimRakyat tolak Kabinet kleptokrat  -AP Padang Serai. Pesawah & k'jaan.

Sebenarnya apakah maksud ‘kleptokrat’? ‘Kleptokrat’ ialah orang yang mengamalkan kleptokrasi. Manakala ‘kleptokrasi’ pula bermaksud pemimpin yang  menggunakan kuasa politik untuk  memenuhi        kekayaan mereka, dengan menggelapkan atau menyalahgunakan dana kerajaan dengan  mengorbankan rakyat.

Di Padang Serai, rakyat tolak kabinet kleptokrat..

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Laaaaa. Baru seminggu. Udah xda teloq. -Komen Rakyat

 

Komen Rakyat dalam blog ini..

12 comment:

1 Anonymous said...

Laaaaa.
Baru seminggu.
Udah xda teloq.
Tunggu dua minggu.
Apa pulok takdok.
Petrol dah tughun ghege ker.
Cukai judi masih beri pendapatan.
Ingatkan judi dah hapus.

2 Anonymous said...

Tumpo parti kris. Lambat sangat pecat presiden. Udah ramai yg kena pecat pulok.
Zaman atok, sorang jer kena pecat.
Zaman ajib, muhiaddin kena pecat.
Zaman wak, paling ramai kena pecat.
Bila pecat muhiaddin, parti mula hilang ahli.
Masa wak, mungkin parti sedang nazak.
Jom pakat pakat keluar parti.
Bior wak sorang jer yg tinggal.

3 Anonymous said...

Menteri telo sudah buat keputusan

Adakah wajar Telur diimport sedangkan negara kita mengeksport telur..!!

Tindakan membawa masuk telur dari negara luar itu disifatkan sebagai tidak masuk akal memandangkan Malaysia adalah pengeksport bersih makanan itu.

Peliknya kesan langsung tidak menyebut mengenai harga telur ayam yang dijanjikan lebih rendah itu.

Perkara paling mudah dilaksanakan adalah kerajaan menarik balik kawalan harga. Walaupun pengeluar menaikkan harga telur sebanyak 10 sen setiap satu, ia masih lebih rendah daripada 75 sen bagi setiap telur Omega 3.

Sekiranya bekalan tidak mencukupi sepatutnya Malaysia menghentikan mengeksport telur ke Singapura dan Hong Kong.

Pihak berkuasa mengatakan kita mengeluarkan telur yang mencukupi untuk pasaran domestik, mana (telurnya)..!?

Telo omega murah rupanya tapi jenama OMEGA masih tak di jumpai... kiki

Jangan buat keputusan sambil gentel telo udah ler Bang Mat ooii...dapat pedihh gatal aje nnti.. kikiki

4 Anonymous said...

Rafizi Formula bole lah sembang gebang sama BN di Kedai Mamak Kerala... kesian kedai mamak Kerala tu dolu niaga dlm bangunan skg niaga bukak payong niaga tepi jalan jer..

Support la skit kedai mamak Kerala tu.. kesian kedai mamak kerala tu rugi banyak duit deposit tak bley refund..!!

Boleh la tanya banyak soalan yang dulunya rakan kongsi BN tak nak jawab sambil gebang kat warung mamak Kerala tu..!!

Macam contohnya... siapa sebenarnya Syeikh Arab (Raja Arab) yang Ahmad Zahid Hamidi kata dah jumpa berkaitan dengan dana RM2.6 bilion 1MDB tue...

Takkan la sesama geng la nih.... sesama dah boleh ngeteh kat warung mamak Kerala la nih... nanti bley puak BN nak jawab....

UMNO tetap juga nak cari salah kepada Hakim Nazlan, bekas Gabenor Zeti Akhar malah juga terhadap bekas Peguam Negara Tommy Thomas dan kes terkait Tabung Haji (yang katanya PH telah menjualkan aset TH kepada pihak ketiga).

Kepincangan dalam Prasarana sebelum ini pun gua berani jamin takkan terusik dan diambil tindakan perundangan

Lagi satu macam citer Skandal PKFZ ka... macam skandal NFC ka LCS ka.... kikiki...

Dolu kan Rafizi Formula penah buat show room jadi kuda kayu kat kedai Mamak Kerala tu pasal 1MDB kes AMLA Zety sakau 700 jota yang tak disentuh lansung oleh Rafizi Formula.

Dolu kan ke main sungkit kes LCS tapi tak sungkit lansung pasal kes AMLA Zety Jho Low dan Taufik Ayman..

Patut la nih Rafizi Formula gebang sama BN kedai Mamak Kerala sambil support warung mamak Kerala yang suram tue..senang la sembang tepi bertanya dan dapat penjelasan sebenar ... kan dah sesama geng... kikiki...

Dolu tekak rasa kembang meloya nak muntah tetiba Rindu plak nak rasa Goreng Mamak Kerala..

kikikiki...

5 Anonymous said...

Bila sebut luar tabii pun dah sentap.
Nanti bila sebut lewat ke parlimen pun, sentap juga.
Anak sekolah rendah heran, lewat pun kena 10 tahun penjara.
Mereka pun rajin rajin ke sekolah.
Takut lewat.
Sebab dendanya 10 tahun.

6 Anonymous said...

Anonymous 7.29 am...Untuk pengetahuan kamu, PM awak ni graduan dari UM dalam jurusan kesusteraan melayu. Tamat dengan Ijazah sarjana muda kesusteraan melayu kelas 3. Mahir pasal ekonomi tu temberang dia saja, pembohong, kaki kelentong dan sentiasa menipu sejak di UM lagi.

Unknown said...

Bila pm10 nk hapus kan rasuah.. Salah guna kuasa.. Tak bg. Takut pemimpin pn jadi kluster mahkamah ke

Unknown said...

Bila. Nk. Tolong pesawah melayu. Kata nak jatuhlan jutawan melayu.

9 Anonymous said...

Semua sentap sebut telo OMEGA susah nak cari sampai sekarang tak jumpa ...pun sentap

alahaiii

10 Anonymous said...

Apa dosa sang jutawan.
Bila dirobek dengan hasad.
Salahkah dosakah punya saham dlm bursa saham.
Muliakah yg membangkrap steel.
Jangan kerana punya peluru, meliar tembaknya.
Zionist juga punya peluru.
Tapi tidak punya kemanusiaan.
Jangan sentap jika ada melayu yg jutawan.

11 Anonymous said...

Terimakasih akar umbi Muafakat Nasional yg telah mengundi PN. Teruskan istiqamah untuk piliharaya negeri yg dijangkan tidak lama lagi. Jom sama2 tegakkan negara bersih!

12 Anonymous said...

Tioman memgundi waktu kerja peratusan keluar mengundi hanya 58% .....majority BN menang 600 ratus saja gelap masa depan BN disana nanti

Di Padang Serai peratusan keluar hari kerja mengundi juga rendah sekitar 60% tapi majoriti PN menang 17 ribu.. woow

Apa pun... Walanon dan Bangsa Perasuah apa tau.... yang penting terkinja kinja riang kena bodoh bangang jadi barua Lee Kwan Yew

Good Bye UMNo

Cadang RCI kepada Thomas, TH dan siasat Zeti. PM Pengerusi JKK?

 


1. Mesyuarat MKT UMNO mencadangkan RCI kepada Thomas, TH dan siasat Zeti

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno malam ini untuk kerajaan menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas bekas peguam negara Tommy Thomas dan Tabung Haji (TH).

Dia berkata RCI itu termasuk mengenai buku memoir Thomas, “My Story: Justice in the Wilderness”."Kita juga membangkitkan supaya diteruskan RCI terhadap Thomas dan Tabung Haji dan juga tidakan terhadap bekas gabenor bank negara, Zeti Akhtar Aziz," katanya lagi.

Ditanya mengenai saranan supaya siasatan dilakukan terhadap dakwaan penyelewengan dana RM600 billion ketika PN menjadi kerajaan, dia berkata MKT menyerahkannya kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk membuat keputusan. (1media.my)


2. ‘PM bukan Pengerusi JKK, bercakap selidik dulu’ 

ROMPIN: Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan pembatalan projek tebatan banjir melibatkan peruntukan RM15 bilion dan RM7 bilion telah dibidas oleh bekas Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Kita lihat bagaimana hari pertama mengadakan mesyuarat (Kabinet), (Anwar)menyerang individu, menyerang Tan Sri Muhyiddin (Yassin) kononnya berlaku penyelewengan RM600 bilion.

“Semalam dia serang KASA, saya secara peribadi. Kononnya meluluskan projek sebanyak RM7 bilion dan beliau isytiharkan beliau batalkan projek itu. Eh tuan-tuan, projek itu tak lulus lagi batal apa? Projek itu tak lulus pun, belum lulus lagi. 

“Ini Perdana Menteri cakap, bukan (Pengerusi) JKK. Takkanlah Perdana Menteri nak cakap sesuatu, tak semak dulu, tak teliti dulu?” bidasnya ketika berucap pada Ceramah Perdana sempena PRK N.42 Rompin di Tapak Pasar Besar Rompin, di sini semalam.

Menurut beliau, setiap hujung tahun, negara ini khususnya di Pantai Timur akan dilanda banjir di mana setiap kali bencana itu berlaku negara akan kerugian antara RM6 bilion hingga RM7 bilion, sekali gus bermakna memerlukan suatu tindakan dibuat.

Sehubungan itu terangnya, beliau telah berbincang dengan Perdana Menteri, Dato’ Ismail Sabri Yaakob yang kemudian mendapatkan dana RM15 bilion melibatkan semua projek tebatan banjir berpuluh tahun tidak dilaksanakan untuk disegerakan tindakan.

“Projek ini belum pun dibagi mana-mana syarikat, surat setuju terima tak beri satu pun lagi tuan-tuan. Baru kita senarai projek yang menjadi keutamaan bagi menyelesaikan masalah banjir seluruh negara. 

“Tahun lepas kita rugi RM6 bilion tuan-tuan kerana banjir ya. Sebab itu saya pelik bila beliau (Anwar) minta projek ini, dibatalkan dulu, ditangguhkan dulu. Eh projek tak buat, tangguh apa, batal apa?” bidas beliau yang juga Timbalan Presiden PAS.

Dato’ Sri Tuan Ibrahim turut menempelak Timbalan Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli atas kempen PRU15 lalu yang membuat tuduhan fitnah konon KASA meluluskan peruntukan sebanyak RM2 bilion setelah Parlimen dibubarkan, sedangkan perkara itu tidak berlaku.

“Sebab itu, bila saya tengok renung balik, betullah kerajaan yang ada ni, bukan Kerajaan Perpaduan. Tapi Kerajaan Campuran perompak campur penyamun, campur penyokong penyamun, campur penyokong sakau.

“Maka kerajaan ialah Kerajaan Campuran perompak dan penyamun. Setuju tak? Jangan tuan-tuan sokong Kerajaan Campuran perompak penyamun ni. Mutakhir ni kita lihat dia menggelabah. Kerajaan yang ada ni tak tahu hala tuju.

“Sepatutnya bila dah jadi kerajaan, fokus, tunaikan manifesto yang kamu janji pada rakyat. Bukan duduk bagi isytihar. Ini di Tioman ada yang dapat geran tanah, betul? Macam tambang feri turun 50 peratus, alhamdulillah

“Kalau macam ini pilihan raya setiap bulan lagi bagus ya. Sebab itu bagi kita, kita tak nak kerajaan mee segera macam ini, dah tiga penggal jadi wakil rakyat, bila rakyat desak, jangan hanya di DUN Tioman lulus tanah, seluruh Pahang rakyat (sudah) 40-50 tahun tak dapat geran.

“Kalau boleh lulus di DUN Tioman kenapa tak lulus di Lipis, di Raub, di Jerantut, di Benta, seluruh negeri Pahang? Apakah nak tunggu Pilihan Raya Kecil lagi?” ujarnya menyifatkan Kerajaan Campuran PH-BN kini amat terdesak.

Berikutan dalam keadaan terdesak katanya, maka segala tuntutan dan permintaan pun diluluskan, hatta sindirnya jika dimohon membina sungai pun akan digali oleh mereka. – HARAKAHDAILY 7/12/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimCadang RCI kepada Thomas, TH dan siasat Zeti. PM Pengerusi JKK?

“Ini Perdana Menteri cakap, bukan (Pengerusi) JKK. Takkanlah Perdana Menteri nak cakap sesuatu, tak semak dulu, tak teliti dulu?” Sindir bekas Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Inikah PM10 Malaysia? Bikin malu...

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Friday, December 09, 2022

'Gelombang hijau' landa P Pinang PRN? ..& Menteri /Timbalan.

 


1. Kemungkinan 'gelombang hijau' landa P Pinang dalam PRN?

Kemenangan besar PN di Padang Serai membangkitkan kebimbangan pada PH Pulau Pinang - yang terletak bersebelahan - terhadap "gelombang hijau" yang tidak menunjukkan petanda akan mereda.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow meramalkan PH boleh hilang enam atau tujuh kerusi dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang, berdasarkan trend yang dilihat dalam PRU15.

Walaupun ia tidak menjejaskan penguasaan PH di Pulau Pinang, Chow dilaporkan berkata pengaruh gabungan itu di negeri itu tidak akan menjadi sekuat dulu. 

Chow Kon Yeow

Pada PRU15, PN menang 14 daripada 15 kerusi Parlimen di Kedah. Di Pulau Pinang, dua kubu kuat BN, iaitu Kepala Batas dan Tasek Gelugor, juga dirampas gabungan itu.

Namun kekalahan paling mengejutkan adalah di Permatang Pauh, apabila Nurul Izzah Anwar tewas di tangan calon PN Fawwaz Md Jan. Kerusi itu dipegang keluarga Anwar sejak 1982.

Tiga kerusi ini adalah kerusi separa bandar dengan orang Melayu merangkumi 70 peratus pengundinya.

Jika trend semasa beterusan, tidak mustahil PN akan menang di kerusi-kerusi majoriti Melayu dalam PRN akan datang.

Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat September lalu menunjukkan 26 daripada 40 kerusi DUN di Pulau Pinang adalah kerusi campuran di mana Melayu bukan majoriti pengundi, manakala 14 kerusi lagi memiliki sekurang-kurangnya 60 peratus pengundi Melayu.

Daripada 14 DUN tersebut, 11 terletak di Seberang Perai.


Guna Tiktok

Dua wakil rakyat Pulau Pinang menggsa PH negeri itu untuk lebih agresif dan giat dalam meningkatkan strategi propaganda dan komunikasi bagi melawan sentimen kaum dan agama yang dibangkitkan PN.

Ahli Parlimen Balik Pulau Muhammad Bakhtiar Wan Chik mendakwa PN cuba menakut-nakutkan orang Melayu dengan dakwan golongan anti-Melayu, anti-Islam dan malah komunis akan mengawal Malaysia. 

Muhammad Bakhtiar

Ini propaganda mereka. Jika anda dengar ceramah (Pengerusi PN) Muhyiddin Yassin, (Presiden PAS) Abdul Hadi Awang atau Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, tiada apa selain mencetuskan ketakutan," katanya yang juga timbalan pengerusi PKR Pulau Pinang kepada Malaysiakini.

Oleh itu, Bakhtiar menegaskan PH perlu menambah baik strategi komunikasi, terutama di platform seperti TikTok, untuk melawan naratif yang dibawa PN.

"Ketika saya masuk ke kampung semasa kempen, saya lihat golongan muda sentiasa menonton video TikTok di telefon mereka. Kita perlu kerja keras dalam hal ini.

"Tentulah kita tak boleh haramkan TikTok tetapi kita perlu mengawal kandungan di dalamnya, terutama yang menyebarkan fitnah dan tuduhan palsu," katanya lagi.

Beberapa hari lalu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata dia sedang melihat langkah untuk mengukuhkan undang-undang sedia ada bagi menambah baik kawalan terhadap kandungan media sosial yang provokatif dan ekstrem, namun pada masa sama tidak menjejaskan prinsip kebebasan bersuara.

Katanya, ketika pertemuan dengan wakil TikTok, dia ditunjukkan data tentang berapa banyak video provokatif yang dipadam secara automatik oleh sistem media sosial tersebut ketika dan selepas PRU15.

Antara 12 hingga 18 November, TikTok telah memadam 857 video, sementara 1,126 video lagi dipadam antara 20 hingga 26 November.

Tambah baik publisiti

Sementara itu, Adun Permatang Pasir Faiz Fadzil turut membidas PN kerana menurutnya telah mengapi-apikan sentimen kaum dan agama serta menyebarkan maklumat yang salah ketika kempen.

"Tuduhan komunis, ejen Israel dan sebagainya tidak diasaskan pada fakta dan lebih kepada persepsi bohong yang dibina. 

Faiz Fadzil

"Kerajaan Pulau Pienang perlu ambil serius kempen sebegini jika mahu kekalkan majoriti besar di kerana sasaran kempen PN adalah DAP yang menjadi tunggak kepada kerajaan PH di negeri ini," katanya.

Dia menggesa PH Pulau Pinang untuk menambah baik jentera publisiti dan mencadangkan agar turut menggunakan video pendek untuk mempromosikan dasar dan tindakan, terutama untuk orang Melayu di negeri itu.

"Naratif politik pula perlu dibaiki dari sudut kandungan dan penyampaian.

"Perlu lebih ramai tokoh agama membuat penjelasan kepada rakyat tentang sentimen perkauman yang dimainkan itu adalah fitnah," katanya lagi.

Selain menarik sokongan pengundi muda, Faiz juga berkata tindakan tegas perlu diambil terhadap penceramah agama yang membangkitkan sentimen kaum dan agama di Pulau Pinang. (1media.my)


2. Senarai Penuh Menteri & Timbalan Menteri 2022 

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan 27 timbalan menteri dalam kerajaan perpaduannya.

Tiga individu yang bukannya Ahli Parlimen, perlu dilantik sebagai senator sebelum boleh memegang jawatan timbalan menteri. Mereka ialah Fuziah Salleh, K Saraswathy dan Huang Tiong Sii.

Kebanyakan timbalan menteri itu datang daripada Pakatan Harapan, iaitu seramai 13 wakil, disusuli Barisan Nasional (6), Gabungan Parti Sarawak (6), Gabungan Rakyat Sabah (1) dan Warisan (1).

Daripada kalangan parti itu, DAP mendahului dengan enam wakil, diikuti Umno (5), PKR (5), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (4), Amanah (2), Bersatu Sabah (1), Parti Rakyat Sarawak (1), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (1), Parti Bersatu Rakyat Sabah (1) dan Warisan (1).

Berikut senarai penuh menteri dan timbalan:

Perdana Menteri
Menteri Kewangan: Anwar Ibrahim
Timbalan Menteri I: Ahmad Maslan
Timbalan Menteri II: Steven Sim

Timbalan Perdana Menteri 1
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Rubiah Wang

Timbalan Perdana Menteri 2
Menteri Perladangan dan Komoditi: Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Siti Aminah Aching

Menteri Ekonomi: Rafizi Ramli
Timbalan Menteri: Hanifah Hajar Taib

Menteri Pertahanan: Mohamad Hasan
Timbalan Menteri: Adly Zahari

Menteri Dalam Negeri: Saifuddin Nasution Ismail
Timbalan Menteri: Shamsul Anuar Nasarah

Menteri Luar Negeri: Zambry Abdul Kadir
Timbalan Menteri: Mohamad Alamin

Menteri Pengangkutan: Loke Siew Fook
Timbalan Menteri: Hasbi Habibollah

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Salahuddin Ayub
Timbalan Menteri: Fuziah Salleh

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Tengku Zafrul Aziz
Timbalan Menteri: Liew Chin Tong

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Mohamad Sabu
Timbalan Menteri: Chan Foong Hin

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming
Timbalan Menteri: Akmal Nasir

Menteri Kerja Raya: Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: Abdul Rahman Mohamad

Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek
Timbalan Menteri: Lim Hui Ying

Menteri Pendidikan Tinggi: Khaled Nordin
Timbalan Menteri: Yusof Apdal

Menteri Kesihatan: Dr Zaliha Mustafa
Timbalan Menteri: Lukanisman Awang Sauni

Menteri Sumber Manusia: V Sivakumar
Timbalan Menteri: Mustafa Sakmud

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim: Nik Nazmi Nik Ahmad
Timbalan Menteri: Huang Tiong Sii

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Chang Lih Kang
Timbalan Menteri: Arthur Joseph Kurup

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Nancy Shukri
Timbalan Menteri: Aiman Athirah Sabu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi): Azalina Othman Said
Timbalan Menteri: Ramkarpal Singh

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): Na’im Mokhtar
Timbalan Menteri: Tiada

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas): Armizan Ali
Timbalan Menteri: Wilson Ugak Kumbong

Menteri Belia dan Sukan: Hannah Yeoh
Timbalan Menteri: Adam Adli

Menteri Pelancongan: Tiong King Sing
Timbalan Menteri: Khairul Firdaus Akhbar Khan

Menteri Komunikasi dan Digital: Fahmi Fadzil
Timbalan Menteri: Teo Nie Ching

Menteri Perpaduan Negara: Aaron Ago Dagang
Timbalan Menteri: Tiada

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Ewon Benedick
Timbalan Menteri: K Saraswathy


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails