Tuesday, December 06, 2022

PM Anwar, buktikan 'gelembong kosong'!

 

Datuk Seri Takiyuddin Hassan. - Foto fail NSTP

1. Dana judi: PAS tuntut PM Anwar kemuka bukti

KUALA LUMPUR: PAS menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti bahawa Perikatan Nasional (PN) menggunakan dana daripada syarikat perjudian dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, menegaskan PN sedia mengambil tindakan undang-undang sekiranya Perdana Menteri gagal mengemukakan bukti terhadap tuduhan berkenaan.

Pada masa sama, beliau menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai fitnah dan tidak berasas serta menganggapnya sebagai tuduhan liar semata-mata.

"PAS amat kesal dengan tuduhan berunsur fitnah yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang membayangkan kononnya dana pilihan raya PN datang daripada syarikat perjudian.

"Tuduhan itu langsung tidak berasas dan PAS menuntut Perdana Menteri PH memberikan bukti yang nyata terhadap tuduhan liar berkenaan jika ada.

"Sekiranya gagal, PN akan meneliti suatu tindakan perundangan terhadap pihak yang memfitnah," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Terdahulu, media melaporkan Anwar dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang daripada syarikat perjudian.

"Sama ada anda menggelar parti anda sebagai parti Melayu atau parti Islam, dana itu datangnya daripada syarikat perjudian," katanya, yang memaklumkan akan menyemak perkara berkenaan. (BH)


2. Dana p’raya PN: PAS tuntut Anwar beri bukti

KUALA LUMPUR: PAS amat kesal dengan tuduhan berunsur fitnah yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Kerajaan Pakatan Harapan (PH), Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang membayangkan kononnya dana pilihan raya PERIKATAN NASIONAL datang daripada syarikat perjudian.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan tuduhan tersebut langsung tidak berasas.

“PAS menuntut Perdana Menteri PH memberikan bukti yang nyata terhadap tuduhan liar tersebut jika ada,” ujarnya dalam kenyataan, malam tadi.

Belaiu berkata, sekiranya gagal PERIKATAN NASIONAL akan meneliti suatu tindakan perundangan terhadap pihak-pihak yang memfitnah. – HARAKAHDAILY 6/12/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PM Anwar, buktikan 'gelembong kosong'!

(i) Dana judi: PAS tuntut PM Anwar kemuka bukti.

(ii) Dana p’raya PN: PAS tuntut Anwar beri bukti.

Jangan sampai disebut PM 'kaki gelembong'!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails