Friday, December 09, 2022

PRU15: BN menang tipis di DUN Tioman majoriti 573 undi.

 

Mohd Johari memperolehi undi 8,080 bersamaan 48.95 peratus dalam persaingan lima penjuru itu. - Gambar/ Bernama

KUALA LUMPUR: Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Johari Hussain menang tipis dengan majoriti 573 undi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman.
Beliau memperolehi 8,080 undi bersamaan 48.95 peratus daripada keseluruhan undi dalam persaingan lima penjuru itu.
Sementara itu, Nor Idayu Hashim dari Perikatan Nasional (PN) memperolehi 7,507 undi atau 45.47 peratus.
Tiga calon lain iaitu Mohd Fadzli Mohd Ramly mewakili Pakatan Harapan (PH) memperoleh 784 undi (4.75 peratus) sementara Osman Bakar dari Parti Pejuang pula mendapat 79 undi (0.48 peratus).
Sulaiman Bakar yang juga calon Bebas pula mendapat 58 undi atau bersamaan 0.35 peratus.
DAPATKAN KEPUTUSAN PRU15 DI SINI
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Calon BN menang di DUN Tioman, di Padang Serai PN masih mendahului
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebanyak 28,465 pengundi layak mengundi dalam pemilihan bagi kerusi DUN itu dengan peratusan keluar mengundi adalah 57.99 peratus.
SPR berkata, 16,508 undi diterima dengan 91 ditolak.
Sementara itu, Bernama melaporkan, proses pengundian bagi DUN Tioman diadakan hari ini selepas ia ditangguhkan ekoran kematian calon PN Md Yunus Ramli, 61, pada 3.30 pagi hari pengundian 19 Nov lepas, akibat serangan jantung.
Keputusan itu menjadikan kedudukan BN dan PN di DUN Pahang selepas PRU15 masing-masing menguasai 17 kerusi manakala baki lapan kerusi lagi dimenangi Pakatan Harapan (PH).
Bagaimanapun, keputusan itu tidak mengubah pentadbiran Pahang kerana BN dan PH telah menjalin kerjasama bagi membentuk kerajaan negeri yang turut diperkenan oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kerjasama itu juga membolehkan Wan Rosdy mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 28 Nov lepas.
Perkembangan itu juga menyebabkan PH menerusi Parti Amanah Negara (Amanah) mengumumkan pendirian mereka untuk memberi laluan kepada calon BN pada pilihan raya tersebut kerana Mohd Fadzli adalah daripada Amanah.
Bagaimanapun, SPR memaklumkan nama Mohd Fadzli masih disenarai pada kertas undi dan pengundi boleh memberi undi kepada beliau kerana status pencalonan tidak boleh diubah selepas tempoh penamaan calon tamat. (AA)

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

4 comments:

Anonymous said...

majority ciput sama mcm wak jahit

Anonymous said...

Dari Hari pertama pembentukan kerajaan hinggalah ke hari ini, kritikan datang dari penyokong walaun sendiri..

PALING bersejarah kritikan mencurah termasuk dari penyokong sendiri.

Ini gara gara pembentukan kerajaan PH tersalah pilih gabungan dengan UMNO - Makin teruk hilang sokongan apabila Zahid dilantik jadi TPM.

PALING tidak boleh diterima PM pegang Menteri Kewangan - PALING bahaya dalam dunia

Atee.. kate nye kat Tambun..

Hari ini ke Putar Jaya esok harga minyok turunnn...!!

Rupe rupenyeee...tipu belakee

Hari ini ke Putar Jaya saham judi naik mencanak... kikikiki

Taikun tauke judi’ dan syarikat perjudian hanya layak untuk bersama Pakatan Harapan (PH) memandangkan prestasi saham syarikat perjudian dilaporkan naik sejurus parti itu mendapat kuasa serta mentadbir negara

Atee padan lah mukeee mengkome semuee..!!

#haahhwalaunskliantepokk

Anonymous said...

Terbinanya kerajaan MINORITI sebenarnya tidak baik utk negara. Dasar2 yg dibuat tidak mendapat sokongan rakyat, malah akan sentiasa dibangkangi rakyat. Kerajaan yg ada hari ini bukanlah kerajaan yg diingini oleh majoriri rakyat, ia tidak didokongi rakyat.

Anonymous said...

Untuk terus berkuasa, kerajaan MINORITI telah merasuah umno dan gps dengan jawatan menteri? Punyai dua kerusi TPM hanyalah membazirkan wang rakyat. Harap SPRM dapat menyiasat perbuatan rasuah tersebut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails