Tuesday, December 06, 2022

Sebuah lagi pendedahan... Derhaka atau selindung? ..Tipu -Dr Rosni

 


1. Derhaka titah atau selindung di sebalik titah?

NARATIF 2

BN dan PH terpaksa bergabung kerana titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku. PN tolak bergabung dengan PH mengingkar titah DYMM Tuanku. PN derhaka!

Komen:

Punya dah tiada hujah, ‘play victim‘, kemudian berselindung di sebalik titah.

Jawapan:

1. Hujah begini sebenarnya mengentengkan kebijaksanaan DYMM Tuanku. Tuanku atas kebijaksanaan baginda dan kefahaman jelas baginda mengenai peruntukan Perlembagaan memberi cadangan gabungan PH dan PN awalnya dalam perjumpaan pada jam 4:30 petang 22 November 2022. Bukan arahan. 

Ia juga dibuat secara tertutup ketika perjumpaan, bukan titah bertulis. Maka cadangan itu boleh dipersetujui ataupun tidak. PN menggunakan hak demokrasi untuk tidak bersetuju atas alasan yang jelas. Tambahan pula ketika itu, PN telah mempersembah 115 SD yang menunjukkan ada majoriti untuk diteliti baginda sehari sebelumnya.

2. PN tidak ingkar titah kerana mengikut setiap arahan DYMM Tuanku. Tiada parti yang mengemukakan SD majoriti setakat jam 2 petang 21 November 2022 sebagaimana dititahkan (Titah 20 November 20221) selain PN. Parti lain memohon penangguhan dan dibenarkan (Titah 21 November 2022). Kalau mereka katakan tidak setuju dengan cadangan itu langgar titah, tidak ikut ‘deadline‘ lebih lagi langgar titah. 

3. DYMM Tuanku menitahkan 30 MP BN datang mengadap secara individu pada 23 November 2022 (Titah 22 November 2022). Yang datangnya hanya 3. Tidak langgar titah?

4. Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) tidak bersetuju dengan cadangan gabungan PH dan PN pada 22 November 2022, DYMM Tuanku tidak lagi menyebut Kerajaan Perpaduan sebagaimana dicadangkan kepada PN dan PH secara bersemuka. (Lihat titah bertulis bertarikh 23 November 2022 dan 24 November 2022). DYMM Tuanku atas kebijaksanaan beliau menyerahkan kepada parti-parti untuk memaklumkan siapa yang ada majoriti.

5. Pada 22 November 2022 juga, Dewan Tertinggi BN memutuskan tidak menyokong mana-mana parti, PH atau PN. Mereka memilih berkecuali sebagai pembangkang. Namun ia hanya menjadikan ‘dead-lock‘. Atas kebijaksanaan DYMM Tuanku memanggil menghadap, BN perlu buat pilihan. BN dengan rela hati memilih PH, bukan dipaksa (setelah berunding dengan PH dan PN).

6. DYMM Tuanku setelah mendengar titah pandangan MRR, berkenan melantik Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebagai Perdana Menteri ke-10 yang pada hemat baginda mempunyai sokongan majoriti.

7. Dua isu yang perlu benar-benar jelas ialah:-

a. PN tidak pernah ingkar titah DYMM Tuanku. Yang mungkin ingkar nampaknya orang lain.

b. DYMM Tuanku tidak pernah bertitah mengarahkan supaya BN bergabung dengan PH. Bahkan DYMM Tuanku memanggil 30 MP BN untuk mendengar sendiri pendirian mereka, tetapi yang datangnya 3. Tiada paksaan kerana DYMM Tuanku atas kebijaksaan baginda teramat arif bahawa bukanlah perlu bagi baginda mencemar duli untuk mencampuri urusan siapa perlu gabung dengan siapa. BN boleh saja bergabung dengan PN (sebagaimana sokongan awal 10 MP BN), tetapi mereka memilih PH atas sebab-sebab yang sekarang ini semakin jelas. Rundingan yang dibuat BN dengan PH dan PN juga jelas menunjukkan DYMM Tuanku tidak pernah bertitah mengarah sesiapa untuk bergabung. 

Tapi sekarang mereka kata mereka tiada pilihan, kononnya terpaksa mengikut titah DYMM Tuanku. 

Oh seperkara lagi, kerajaan ini bukan Kerajaan Perpaduan, kerana sebagaimana dikatakan oleh ramai pakar sains politik, Kerajaan Perpaduan pada konsep asalnya ialah tiada pembangkang. Maka, kerajaan ini adalah Kerajaan Campuran diketuai PH. 

Sekali lagi, naratif ‘spin‘ sebegini tidak boleh dibenarkan.

Anomali kronologi

23 November, 11:20 pagi

DS Zahid Hamidi dan 2 yang lain selesai mengadap DYMM Tuanku. Beliau membuat kenyataan ‘titah Tuanku adalah bentuk Kerajaan Perpaduan’.

23 November, 2:57 petang

DS Ismail Sabri tiba di St Regis berjumpa PN. Tok Mat hadir di St Regis.

5:10 petang

Pemimpin BN tinggalkan hotel St Regis.

Istana Negara mengeluarkan kenyataan pada hari yang sama dengan menyatakan proses yang dilakukan selaras Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Istana Negara mengakhiri kenyataannya dengan:

“Rakyat telahpun membuat keputusan untuk memilih wakil mereka. Maka,

terserah kepada Wakil Rakyat untuk mencari penyelesaian bagi mengurai

kemelut yang membelenggu rakyat jelata.”

Soalan:-

1. Sekiranya pada jam 11:20 pagi DYMM Tuanku telah menitahkan arahan untuk BN bergabung dengan PH untuk bentuk Kerajaan Perpaduan, apa perlunya pemimpin utama BN termasuk Tok Mat pergi berbincang dengan PN selepas itu? Mahu runding apa lagi?

2. Sekiranya pada jam 11:20 pagi DYMM Tuanku telah menitahkan arahan untuk BN bergabung dengan PH, kenapakah Istana Negara mengeluarkan kenyataan ‘terserah kepada Wakil Rakyat untuk mencari penyelesaian…’.

YUSFARIZAL YUSSOFF – HARAKAHDAILY 5/12/2022

Sumber asal:  https://m.facebook.com/story.php story_fbid=pfbid02L7m5ENjgva7XxoT7i9EECFudcrRdkt1p8RaNX3R2SJDFyPZYP94t8r7wK2sRRQnLl&id=1460461665&sfnsn=mo&mibextid=RUbZ1f


2.  Istilah Kerajaan Perpaduan ‘ditunggang’ untuk menipu 

KERAJAAN sekarang bukan lah Kerajaan Perpaduan (Unity Government) tetapi lebih kepada Kerajaan Campuran atau Kerajaan Grand Coalation yang terdiri dari beberapa blok parti politik. 

Kerajaan Perpaduan bermaksud semua parti politik berada di dalam kerajaan dan tiada pembangkang. Realiti sekarang, PERIKATAN NASIONAL (PN) adalah pembangkang. Jadi, syarat untuk dipanggil KERAJAAN PERPADUAN adalah terbatal. Inilah hakikat pahit yang perlu ditelan.

Saya perasan sesetengah pihak sengaja ‘ride’ perkataan Kerajaan Perpaduan untuk meraih politik populis kononnya kerajaan sekarang adalah kerajaan yang sangat bagus, memupuk perpaduan dan menggambarkan kerajaan yang terdiri dari pelbagai latar belakang etnik dan kaum serta menolak ketidak sefahaman sebelum ini dan membina kerajaan baharu. Ini tak lain hanya gimik sahaja. 

Kalau Pakatan Harapan (PH) menang simple majority, adakah mereka akan ajak Barisan Nasional (BN) untuk bergabung juga?

Sesetengah rakyat juga mungkin ada yang tertipu dengan slogan itu sebab kebanyakan media menggunakan perkataan titah Agong dan lain-lain bagi menyifatkan Agong bertitah untuk mewujudkan kerajaan tanpa pembangkang. Akhirnya ramai tertipu. Sedangkan, Agong hanya mencadangkan sahaja dan pilihan telah diberi. Boleh terima atau tidak. 

Kesimpulan, Kerajaan Perpaduan adalah sebuah kerajaan yang tiada pembangkang. Tetapi, PN telah memilih untuk menjadi pembangkang sekali gus menghilangkan status Kerajaan Perpaduan. 

Berhentilah tunggang perkataan ‘Kerajaan Perpaduan’ dan berpolitiklah secara matang dan profesional. 

DR ROSNI ADAM – HARAKAHDAILY 4/12/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimSebuah lagi pendedahan... Derhaka atau selindung? ..Tipu -Dr Rosni.

Insya Allah, al-hamdulillah!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Separuh dari bumi MIM sudah dimusnah kan oleh Tun, separuh lagi akan dilengkapkan oleh Anwar sebelum menuju takdir kebangkitan yang dijanjikan

Mahathir dan gerombolan nya, yang terdiri dari PH dan Mukhtiz serta beberapa kerat lagi termasuk Shafei Afdal telah melacarkan"gerakan sabotage" terhadap kemakmuran negara melalui "kisah kisah"pencurian Dana yang dikenali sebagai IMDB.

Ketika itu Mahathir berserta gerombolannya sanggup "melutut" dihadapan DAP serta merayu kepada PKR agar semua parti pembangkang Bersatu hati dalam menjatuhkan Kerajaan yang dipimpin olih BN atau UMNO.

Tanpa rasa segan atau malu Mahathir dan gerombolannya telah bersetia terutama terhadap DAP, yang satu ketika dahulu merupakan musuh utama beliau namun disebabkan 'demi masa depan anak anak dan menantu serta kroninya.

Mahathir memulakan langkah untuk menjatuhkan Najib dan UMNO khasnya walaupun dengan cara apa sekali pun.

Pengkhianatan terbesar yang dilakukan terhadap Kerajaan Malaysia yang dinaungi olih Yang Di Pertuan Agong dan Raja Raja Melayu adalah dengan mengatakan bahawa "hutang negara memcecah 1 Trillion" dan menuduh Najib sebagai pencuri mahupun perompak kerana 1MDB.

Mahathir dengan rela hati menyembahkan pengampunan Di Raja kepada YDPA untuk Anwar Ibrahim. Tidak cukup dengan itu, Mahathir dengan sesuka.hati telah melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Tommy Thomas merupakan Peguambela kepada Lim Guan Eng mahupun Peguam Kepada musuh rakyat Malaysia iaitu Chin Peng tetapi Mahathir tetap menutup matanya dan yang paling utama bagi Mahathir dan Gerombolan Pakatan Harapan

Tidak cukup dengan itu, tanpa merujuk kepada JAC, , Mahathir dengan rela hati melantik Richard Melanjun sebagai Ketua Hakim Negara atas rekomen Tommy Thomas. Lepas satu satu tiang negara yang dibina atas dasar Perlembagaan Negara diruntuhkan, Mahathir melantik orang yang bukan dari jalur penjawat Awam

Kini UMNO dan grombolan pula melutut jadi barua DAP@LeeKwanYee the hidden hand.

100 hari kerajaan minoriti Bang Non akan menampakkan ciri acah acah power Islamik Melayu. Lepas 100 hari rakyat akan ketahui makin jelas muslihat dan musibat yang akan melanda bumi MIM

Mahathir dan gerombolan dari PKR dan DAP tidak secara langsung telah mensabotaj ekonomi negara secara sedar walaupun mereka menyedari bahawa itu adalah FITNAH sebelum menuju hari yang dijanjikan.

Kini UMNO dan grombolan pula melutut jadi barua DAP@LeeKwanYee the hidden hand dalam kerajaan Brother Anwar Bin Ibrahim tidak boleh dipandang ringan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails