Monday, December 05, 2022

PRU15: Melayu Islam diwakili PN. & Kabinet Perpaduan Anwar.

 


1. PRU15: Suara umat Melayu Islam kini diwakili PN

PILIHAN Raya Umum Parlimen ke-15 telah pun selesai. Datuk Seri Anwar telah pun diangkat dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 mewakili Pakatan Harapan dan beberapa parti lain yang bergabung dengannya. 

Keabsahan majoriti yang dimiliki Perdana Menteri ke-10 itu walau bagaimanapun akan ditentukan oleh Dewan Rakyat apabila ia bersidang bulan Disember nanti.

PAS melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agungnya telah pun mengucap tahniah kepada Perdana Menteri ke-10 dengan harapan agar beliau dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik selain mengutamakan konsep federalisma.

Namun suka ataupun tidak keputusan akhirnya berdasarkan satu kajian yang dibuat sebuah portal berita, Perdana Menteri ke-10 dan gabungan parti di belakangnya sesungguhnya hanya memperolehi 44 peratus undi dari kaum Melayu, sedangkan PERIKATAN NASIONAL yang turut diwakili PAS berjaya memperolehi  54 peratus ataupun majoriti sokongan pengundi Melayu seluruh negara.

PH memperolehi 11 peratus manakala BN 33 peratus. Ini bermakna buat pertama kali dalam sejarah negara, BN khasnya Umno tidak lagi mewakili suara umat Melayu Islam dalam negara sebaliknya majoriti suara itu kini diwakili PERIKATAN NASIONAL dan PAS.

Berpuluh tahun sejak Merdeka, PAS dan Umno bertarung untuk mewakili suara kaum majoriti dalam negara ini. Seringkali Umnolah yang menang. Dan pada PRU ke-15 baru-baru ini tradisi Umno itu gagal dipertahankan apabila gabungan PAS dan BERSATU berjaya menguasainya.

Lantas Perdana Menteri ke-10 dan kerajaan barunya perlu sedar hakikat ini, kerana kemenangan PN dengan 72 kerusi Parlimen itu sesungguhnya mewakili majoriti suara umat Melayu Islam dalam negara yang rata-rata keluar mengundi calon-calon PN dan yang paling ketara adalah di kalangan anak-anak muda Melayu pengundi 18 tahun ke atas.

Ternyata pengundi Melayu tawar hati untuk menyokong PH kerana hilang keyakinan pada DAP yang mendominasi pakatan berkenaan, dan dalam waktu yang sama mereka menuntut agar pimpinan negara terdiri dari kalangan wakil-wakil yang bersih dan mampu mengangkat maruah dan harga diri ummah serta membangunkan negara. Pilihan mereka hanya PN.

Kiranya penguasaan ini mampu dipertahankan apatah lagi dipertingkatkan oleh PN, tidak mustahil PN nanti akan mampu membawa perubahan besar dalam Pilihan Raya Umum Negeri ke-15 bagi negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang yang dijangka diadakan tahun 2023 nanti. 

Oleh yang demikian walaupun PN tidak menguasai Kerajaan Persekutuan dan PAS tidak lagi diwakili di Putrajaya, namun pencapaian gabungan ini dalam PRU ke-15 lalu jangan sesekali dipandang kecil.

Sudah pasti rakyat jelata mengharapkan 72 wakil rakyat PN yang didominasi PAS akan memainkan peranan sebagai blok pembangkang yang efektif dan konstruktif. Mereka perlu menjadi peninjau memastikan semak dan imbang agar kerajaan Perdana Menteri ke-10 ini tidak terjerumus dalam kancah kemungkaran yang hanya akan merugikan rakyat dan negara.

Bagi PAS PRU ke-15 ini cukup bersejarah dan bermakna. Pencapaian terbaik PAS dalam PRU sebelum ini adalah pada PRU ke-10 tahun 1999, iaitu 23 tahun lalu. PAS ketika itu di bawah kepimpinan Allahyarham Ustaz Fadzil Nor telah berjaya memenangi 27 kerusi Dewan Rakyat dan menguasai Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu.

Hari ini di bawah kepimpinan Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, PAS mencipta sejarah memenangi 43 kerusi Dewan Rakyat dan turut menguasai Kerajaan Negeri Perlis selain Kelantan, Terengganu dan Kedah yang dikuasai sebelumnya.

Pada PRU ke-14 tahun 2018 PAS menang 18 kerusi. Dengan 43 kerusi kali ini bermakna prestasi peningkatan PAS berbanding PRU 2018 adalah sebanyak rekod 139 peratus. Ini berlaku sedangkan parti-parti lain mencatatkan kemerosotan. 

PKR contohnya dari 47 kerusi, kini cuma menang 31. DAP dari 42 kini cuma 40 dan PAN pula dari 11 kerusi pada PRU ke-14 kini cuma menang 8. BN sendiri dari gergasi politik yang besar kini cuma berpuashati dengan 30 kerusi, iaitu 26 Umno, 2 MCA, 1 MIC dan 1 PBRS.

Dengan 43 kerusi PAS merupakan parti yang paling besar di Dewan Rakyat. Kali ini selain memenangi kerusi di negeri-negeri tradisinya seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah PAS turut menang di Perak, Perlis, Pulau Pinang, Pahang, Selangor dan Melaka.

Di Perak PAS menang di Parit Buntar, Bagan Serai, Pasir Salak dan Parit, di Perlis PAS menang buat pertama kali di Padang Besar, di Pulau Pinang selain menang di Permatang Pauh PAS turut menang di Kepala Batas. Di Pahang pula selain menang kembali di Temerloh, PAS turut menang di Jerantut, Kuantan, Maran dan Kuala Krau. 

Di Selangor PAS menang di kawasan yang tidak pernah dimenangi sebelumnya iaitu di Kuala Langat, Kapar dan Hulu Selangor. Di Melaka rekod tercipta apabila PAS menang dua Parlimen iaitu di Tangga Batu dan di Jasin.

Kombinasi wakil-wakil rakyat PAS di Parlimen kali ini juga cukup pelbagai. Selain wakil dari golongan ulamak  PAS kali ini turut diwakili 5 wakil Muslimat, beberapa doktor perubatan, peguam, jurutera dan profesional yang lain.

Ramai menjangka dengan kekuatan ini PAS akan diberi perhatian oleh rakyat dan kiranya wakil-wakil rakyat PAS di Parlimen ini dapat melaksanakan tugas mereka dengan baik, berhujah dengan matang dan berfakta, 

PAS akan terus meningkat prestasinya pada PRU mendatang dan tidak mustahil akan terbit sebagai parti mewakili suara tunggal umat Melayu Islam dalam negara.

Inilah masanya buat PAS membuktikan kepada para pengundinya khasnya kepada para pengundi muda selain mereka yang yakin kepada perjuangan Islam yang PAS dukung bahawa ia punya kekuatan dan kemampuan untuk memberikan kepimpinan yang terbaik buat rakyat Malaysia. 

Ini bukan masanya untuk kecewa atau berkecil-hati. Kita mungkin belum direzekikan untuk duduk di Putrajaya sebagaimana sebelumnya tetapi kitalah satu-satunya parti Melayu Islam yang cukup komited dan istiqamah.

Dengan pencapaian besar seumpama ini, ia sepatutnya menjadi pemangkin kepada kemenangan PAS yang lebih besar dalam PRN awal tahun hadapan atau PRK ke-16 nanti.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat menjayakan kemenangan besar PAS ini khasnya setiap lapisan kepimpinan dan aktivis parti terutama jentera pilihan raya PAS di pelbagai peringkat. 

Suara keramat umat Melayu Islam di tanah air kini beralih tangan ke PAS dan PN dengan izin Allah S.W.T. Jagalah ia baik-baik jangan lagi khianati atau cemarinya sebagaimana berlaku sebelum ini. Buktikan Islam sebenar dan sesungguhnya adalah penyelesai kepada permasalahan negara dan ummah.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 2/12/2022


2. PRU15: Tular gambar 'Kabinet Perpaduan,' Anwar sebagai PM, tiga TPM termasuk Zahid  

Gambar 'Kabinet Perpaduan Malaysia 2022' yang tular di kalangan warganet hari ini, menjelang hari mengundi PRU15 yang akan berlangsung Sabtu ini.

KUALA LUMPUR: Tular di media sosial hari ini gambar 'Kabinet Perpaduan Malaysia 2022' dengan berbaki hanya beberapa hari sebelum kemuncak demokrasi di Malaysia mengambil tempat pada 19 Nov ini.
'Kabinet perpaduan' itu memperlihatkan kerajaan campuran yang dibarisi pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Turut mencuri tumpuan ialah tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandang masing-masing oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Penasihat DAP Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.
Seramai 27 nama pemimpin PH dan BN turut disenaraikan sebagai Menteri dalam membentuk Kerajaan Perpaduan di antara kedua-dua gabungan tersebut.
Turut tertulis pada gambar itu, 'Kabinet Bayangan Kerajaan Perpaduan Malaysia 2022 - 2027'.
Penularan gambar berkenaan dipercayai susulan ketika ini hangat diperkatakan tiada gabungan parti mampu memenangi majoriti mudah bagi membentu kerajaan kelak.
Susulan daripada itu juga, terdapat dakwa-dakwi daripada pemimpin-pemimpin politik sendiri yang mengatakan wujud perbincangan dan percaturan di belakang tabir antara tiga gabungan besar iaitu PH, BN dan Perikatan Nasional (PN).
Bagaimanapun, umum mengetahui bahawa gambar berkenaan adalah palsu kerana kesemua pemimpin daripada BN, PH dan PN telah menyatakan pendirian masing-masing.
Sebarang kerjasama membentuk kerajaan campuran antara mereka dilihat mustahil sebelum keputusan PRU15 diperoleh Sabtu ini.
Komen Weblog Ibnu HasyimPRU15: Melayu Islam diwakili PN. & Kabinet Perpaduan Anwar.
Ikutilah politik Malaysia seterusnya.

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

4 comments:

Anonymous said...

UMNO Sabah ohh BN sabah..!! Tak ada sekor pun menteri dari Sabah

Tiada sekor pun menteri UMNO / BN dari Sabah sebaliknya 4 ekor yg kalah lantik senator jadi Menteri Penuh.. alahaii kikiki

Sumbangan BN Sabah pada keseluruhan 30 kerusi BN, sekurang-kurangnya seorang menteri dariapada Sabah mewakili BN dalam kabinet, akan tetapi, Bang Non dan Umno memutuskan sebaliknya, termasuk mencadangkan mereka yang kalah menganggotai kabinet.

Berpandukan pada kementerian yang digalas wakil rakyat Umno, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Pertahanan dan Luar Negara, boleh diisi wakil BN Sabah.

Sebelum ini, kementerian tersebut pernah disandang pemimpin Sabah, Tun Mustapaha (Pertahanan), Kemajuan Desa dan Wilayah (dulu KKLW)- Datuk Shafie Apdal, dan Datuk Anifah Aman (Menteri Luar).

Apa alasan keputusan Brother Anwar Bin Ibrahim tidak melantik wakil BN daripada Sabah sebagai menteri, akan tetapi perlu dirujuk pada pemimpin BN khususnya Zahid Tok Mat dan UMNO itu sendiri.

Dah tak lama sangat kerajaan minority ini gamaknya..!!

Anonymous said...

Jika pilihanraya kerajaan tempatan dilaksanakan, kemungkinan besar kaum bukan Melayu yang akan memenangi pilihanraya tersebut kerana kaum bukan Melayu adalah penduduk majoriti di kawasan bandar.

Jika mereka menang, merekalah yang akan mengawal majlis perbandaran dan majlis bandaraya dan sudah pastilah mereka yang akan

1. Merancang dan mengawal pembangunan kawasan bandar.

2 Menguatkuasa dan mengawal segala aktiviti di kawasan pentadbiran.

3. Mengeluar dan mengawal lesen-lesen perniagaan, papan tanda iklan perniagaan, penjaja.

4. Menyediakan kemudahan perniagaan seperti kedai, bazar, gerai, pasar awam, dan lain-lain.

5. Dll.

Soalan yang perlu difikirkan oleh kaum Melayu dll :

1. Jika mereka bersikap rasis, siapa yang akan menjadi mangsa mereka ?

2. Bukankah pemerintahan 22 bulan telah mendedahkan sikap sebenar mereka ?

3. Bukankah umno tidak boleh diharapkan untuk membela hak kaum Melayu kerana umno sendiri telah menyertai kerajaan ph ?

Maka kita semua perlu menyokong dan mengundi PN supaya PN boleh menjaga dan membela hak kita sebagai penduduk asal Tanah Melayu sejak lebih dari 60,000 tahun dahulu.

Anonymous said...

Lihatlah bagaimana lee ikan yu dan barua Melayunya main wayang opera kencing kaum Melayu sehingggakan kaum Melayu mengundi parti rasis PAP.

Apabila PAP sudah memenangi PRU Singapura, kerajaan PAP menghapuskan kampung Melayu Singapura untuk menghapuskan kuasa politik Melayu.

Sekarang nasi sudah jadi bubur. Orang Melayu Singapura menang sorak kampung tergadai.

Nota penting yang perlu diberi perhatian :

Parti DAP telah ditubuhkan dalam tahun 1965 oleh
ahli PAP iaitu Chen Man Hin dan Devan Nair.

Anonymous said...

Kerajaan sekarang adalah kerajaan ph bukan kerajaan perpaduan kerana :

1. Bukan semua parti menyertai kerajaan sekarang.

2. Blok parti yang besar iaitu PN tidak menyertai kerajaan sekarang.

3. Majoriti MP bukan Melayu berada dalam kerajaan sekarang.

4. Majoriti MP Melayu berada dalam PN

5. PN termasuk PAS menerima 54 peratus ataupun majoriti sokongan pengundi Melayu seluruh negara.

5. PH dan BN hanya mendapat 44% undi kaum Mekayu menunjukkkan :

i. mereka tidak mewakili kaum majoriti Mwlayu.

ii. kaum Melayu telah hilang kepercayaan pada BN dan PH menyebabkan bilangan kerusi BN dan PH semakin berkurangan dalam PRU15.

Tsunami Melayu dalam PRK, PRN dan PRU yang akan datang mungkin akan menyebabkan PH dan BN kalah teruk dan PN mungkin boleh menubuhkan lebih banyak kerajaan negeri dan mungkin kerajaan persekutuan di masa hadapan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails