Saturday, April 13, 2013

Tawaran PR Kepada Rakyat..

Pang Chaw & Kumutha, Bukan Islam Tanding Tiket PAS

PAS-for-All
JOHOR BAHRU - Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas, Hu Pang Chaw dan ketua wanita sayap itu, R. Kumutha Raman merupakan antara calon bukan Melayu akan bertanding menggunakan tiket Pas di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU).

Ketua wanita Himpunan Penyokong PAS, R. Kumutha Raman (tengah) merupakan antara calon bukan Melayu akan bertanding menggunakan tiket Pas di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU).

Pang Chaw akan bertanding di kerusi Parlimen Ayer Hitam manakala Kumutha pula di kerusi Dun Tiram, kata laporan Star Online hari ini. Menurut laporan itu, Pas akan bertanding di lapan kerusi Parlimen dan 30 kerusi Dun di Johor.

Calon-calon bertanding diumumkan oleh Mursyidul Am Pas,  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini. Dewan Himpunan Penyokong Pas dinaikkan taraf sebagai sayap sah Pas tiga tahun lalu. (IH)

Kontraversi Penzina Tawar Diri Lawan T/Presiden PKR..

BALIK PULAU - Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali menawarkan diri untuk bertanding menentang abangnya Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum kali ini. Katanya beliau yakin dengan kebenaran yang diperjuangkan selama ini beliau mampu mengalahkan Azmin baik di kawasan parlimen mahupun dewan undangan negeri yang ditandingi abangnya itu.
  
"Tetapi ini semua bergantung kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno. Saya yakin Azmin akan tersungkur kerana sebagai ahli keluarga saya tahu kelemahan beliau," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah 'bongkar', di Kampung Sungai Pinang, di sini malam tadi.
   
Pada masa yang sama Ummi berkata beliau akan terus menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penjelasan kepada rakyat mengenai isu berkaitan Azmin dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  
"Apa yang saya lakukan ini bukan kerja main-main kerana rakyat harus disedarkan supaya tidak tersalah memilih dalam pilihan raya nanti," katanya. - Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Ummi Hafilda Ali adalah adik YB Azmin Ali Timbalan Presiden PKR. Dia pernah di'kontraversi'kan sebagai penajis zina. Lihat... Mengaku Lakukan Hubungan Najis Zina Dg Ummi ...
(IH) 

Doa Kekalkan K'tan, Walau 30 Minit Dlm Hujan..



KOTA BHARU: Puluhan ribu yang memenuhi Padang Perdana di sini, malam tadi tidak menghiraukan hujan lebat berdoa kekalkan kerajaan Kelantan dan ubah Putrajaya. Imam solat hajat, ahli jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Mohamad Mustafa dan ribuan jemaah basah kuyup.

Cuaca mendung sejak pagi berlarutan sehingga tengah malam, sekali sekala lebat, namun tidak mematah semangat puluhan ribu yang hadir. Perhimpunan Kelantanku Hijau dengan pelancaran kempen K (Kekal) bermula jam 5 petang. Ribuan anak muda berarak motosikal dari Lembah Sireh ke Padang Perdana.

Bendera PAS dikibar sambil membonceng motosikal manakala penumpang kereta pula mengibarkan di atas kenderaan. Suasananya seperti hari mengundi. Pengarah program, Zulkapli Yaacob berkata lebih 10,000 anak muda berhimpun sejak petang lagi jauh melebihi  sasaran. Kenderaan terpaksa diparkir di merata tempat. Selepas solat Maghrib, Jalan Sultan Ibrahim, Jalan Mahmood dan jalan di sekitar stadium semakin sesak.

Kehadiran treler PAS For All menjadi pentas utama. Ramai turut bersila di bawah treler untuk berlindung daripada hujan. Pengerusi bersama program berkenaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perhimpunan itu tidak menyalahi peraturan dan sah di bawah Akta Perhimpunan Aman. Beliau juga berkata, sekiranya kerajaan baru dapat dibentuk di Putrajaya nanti antara perubahan yang akan dibuat iaitu mengumumkan lebih awal tarikh pilihan raya umum ke-14.

"Selain itu jaminan untuk memastikan semua parti politik mendapat ruang lebih seimbang di media cetak dan elektronik," katanya.

Hadir sama pada program berkenaan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, anggota Exco, Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli.Perhimpunan itu juga dihadiri masyarakat bukan Islam, Cina dan India. Gimik pelancaran K dilakukan Ahmad menekan butang dengan tembakan bunga ke udara.

Orang ramai tidak berganjak sehingga ke akhir program biarpun hujan sepanjang malam. Solat sunat hajat seusai solat Insya itu diimamkan mantan Adun Demik, Ustaz Mohamad Mustafa. Seperti sering dilakukan, doanya panjang hampir setengah jam, dalam bahasa Arab dan Melayu antaranya

“Ya Allah, kami berdoa kepadaMu dengan doa-doa yang pernah nabi kami, Nabi Muhamad saw dan Nabi-Nabi dan Rasul terdahulu memohon kepadaMu disaat-saat baginda dalam kondisi dan posisi diancam musuh.

"Gagalkan segala tipudaya jahat musuh-musuh kami sebagaimana Engkau gagalkan perbuatan khianat mereka kepada Nabi-Nabi dan Rasul, seterusnya berilah kemenangan kepada kami”

Tiada seorang pun berganjak, biarpun hujan semakin lebat di akhir doa. Situasi malam tadi adalah difinasi daripada sebuah kekutan luar biasa yang pernah ditunjukkan rakyat Kelantan untuk tetap bersama kepimpinan ulama dalam mengurustadbir negeri bergelar Serambi Mekah dan seterusnya mara ke Putrajaya. (IH)

Hutang Dibayar Dengan Rogol.. Along. Patutkah?


Gambar fail bertarikh 22 Disember tahun lalu, menunjukkan penunjuk perasaan bertempiaran lari apabila polis melepaskan tembakan meriam air semasa demonstrasi menuntut keselamatan wanita diperketatkan berikutan kes rogol pelajar perubatan di New Delhi, India. - AFP 

SEORANG wanita berusia 23 tahun terpaksa menyerahkan maruah diri bagi menggantikan bunga pinjaman wang yang gagal dibayar kepada along dalam satu kejadian kira-kira jam 2.30 petang, Jumaat lalu.
Semuanya berlaku selepas bekas majikannya yang menjadi perantara dengan along berkenaan sanggup mengarahkan dua lelaki iaitu konco along berkenaan merogol bekas pekerjanya itu disebabkan gadis terbabit gagal berbuat demikian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah mengesahkan kejadian itu dan memberitahu siasatan mengenainya kini sedang dijalankan. Harian metro difahamkan, detik hitam dalam hidup wanita itu berlaku di sebuah hotel di Jalan Persiaran Raja Muda Musa, di sini, kira-kira jam 2.30 petang.

Menceritakan semula kejadian, sumber berkata, mangsa yang berusia 23 tahun menerima panggilan daripada bekas majikannya memberitahu terdapat kerja kosong di premisnya di Pekan Klang di mana tempat dia bekerja sebelum ini.

Bagaimanapun, niatnya untuk mencari pekerjaan bertukar tragedi apabila dia dibawa ke sebuah hotel sebelum dirogol dua lelaki dipercayai pemungut bayaran bunga duit along terbabit. Difahamkan, mangsa hanya membuat pinjaman sebanyak RM2,000 daripada along terbabit, tetapi tidak mampu untuk membayar bunga hutang berkenaan selepas dibuang kerja hanya kerana mengambil cuti selama sehari.

“Selepas dihubungi dan dipanggil ke premis itu, mangsa dipertemukan dengan dua lelaki terbabit sebelum dimarah dan dimaki hamun dengan perkataan kasar kerana dia tidak membayar duit bunga pinjaman.
“Suspek juga mengugut akan menjual mangsa kepada individu lain sekiranya gagal membuat bayaran berkenaan sebelum membawa mangsa menaiki kereta Proton Satria berwarna kelabu untuk berjumpa dengan majikan mereka,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa sekali lagi ditipu suspek terbabit apabila dia dibawa ke sebuah restoran di Bukit Tinggi, di sini sebelum diugut buat kali kedua oleh salah seorang daripada mereka.

“Suspek mengarahkan mangsa membayar semua wang yang dipinjam. Sekiranya gagal, dia akan dipaksa bekerja di tempat yang diarahkan suspek sebagai cagaran kepada hutang berkenaan atau diarahkan mengadakan hubungan seks dengan mereka.
“Mangsa yang ketakutan terus merayu kepada agar diberikan masa untuk melunaskan hutang berkenaan, namun rayuan itu tidak diendahkan sebelum membawanya ke hotel,” katanya.

Bimbang dirinya diperlakukan lebih buruk, katanya, mangsa hanya menurut perintah untuk mengikuti mereka pergi ke hotel berkenaan dan di sana dia dirogol sebelum suspek menghantarnya pulang ke rumah. Mangsa yang trauma kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Klang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Malaysia masih tidak aman, Perlukah BN ditukar segera? PRU 13, UNDILAH PAS alias PR!

Bongkar, Bumi Dipijak Milik Penyamun UMNO?

DISARING dari Tranungkite Online 'Siri Bongkar - Bribing You With Your Own Money!

SATU:
BUMI DIPIJAK MILIK UMNO!!! Senarai 20 orang kroni UMNO yang dapat tanah didedah, calon parlimen UMNO pun ada  Kampung Sg Rotan,Trong Perak: 160 individu peneroka tanah dari pelbagai bangsa di ditipu UMNO sejak sekian lama 


Kisah bermula dari 1986 di-zaman Tan Sri Rafidah Aziz menjadi Ahli Parlimen Kuala Kangar (Sekarang Kg. Sg. Rotan dalam Parlimen Bukit Gantang ). Penduduk kampung telah ditabur janji Pilihanraya oleh UMNO konon akan memberi hak milik kepada individu yang membuka tanah yang dikatakan Tanah Hak Kerajaan Negeri di kampung tersebut.

Maka seramai 160 individu peneroka awal telah membanting tulang,memugar ,membuka tanah yang dijanjikan dengan keluasan 1 lot (3 ekar) setiap seorang.  Menurut sumber 160 peneroka ini telah pun mengajukan borang permohonan bagi memiliki hak tanah ini kepada Pejabat Tanah.  Setelah sekian lama tahun demi tahun, PRU demi PRU. Ungkapan "Kami akan beri geran " diulang-ulang oleh UMNO hingga sekarang.

UMNO Perak khusus-nya UMNO Bukit Gantang (Parlimen Sekarang) mengunakan tektik tabur janji di capati ini sejak sekian lama untuk menjerat pengundi di musim pilihanraya. Kejadian di Sungai Rotan ini menjadi contohnya...
http://paspb2.blogspot.com/2012/12/bumi-dipijak-milik-umno-senarai-20.html  


DUA:

BONGKAR LAGI !!!! Mai baca maklumat dalaman UMNO - isu, wishlist & aktiviti UMNO / BN Bukit Gantang 


Isu Dalaman:
1. AJK UMNO BN Bukit Gantang tidak komitmen
2. Masaalah ADUN-ADUN UMNO BN yang tidak mengambil berat masaalah rakyat, (Contoh) ADUN lompat yang dipuja UMNO Dato Osman Jailu tak buat kerja.
3. Janji-janji yang dijanji tidak ditepati. 


Isu Dalaman UMNO BN di-parlimen Bukit Gantang jelas menunjukan pergolakan memang berlaku dalam pimpinan UMNO BN Bukit Gantang. AJK UMNO BN Bukit Gantang dilihat lumpuh dan permasaalah rakyat dikawasan tidak di-ambil tahu serta ditambah lagi dengan YB Changkat Jering Osman Jailu yang langsung tak buat kerja... Nampaknya katak belaan UMNO Perak sibuk kira projek agaknya...hehehe....

Aktiviti Pembangkang ( Pakatan Rakyat la tu...hahaha...) dan aktiviti UMNO BN di Bukit Gantang yang disenaraikan jelas membuktikan UMNO BN jauh kebelakang dalam melaksanakan aktiviti di kawasan.
http://paspb2.blogspot.com/2012/12/bongkar-lagi-mai-baca-maklumat-dalaman.html


TIGA: 
BUMI DIPIJAK MILIK UMNO!!! Dua pemimpin UMNO terima tanah dengan harga RM 2.

SUBANG JAYA, 6 FEB : Dua nama pemimpin Umno Selangor didakwa menerima sekeping tanah berkeluasan 5,000 kaki persegi di kawasan USJ3B dan USJ3D di sini dengan harga RM2 sekali.
 

Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan ahli politik Umno tersebut adalah Datuk Seri Megat Najmuddin Megat Khas yang merupakan Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya (1985-1995), Pengerusi Tetap Umno Subang (1995-2001) dan Adun Kelana Jaya Selangor (1986-1995). Megat Najmuddin juga adalah ahli Lembaga Pengarah Petronas, Presiden Malaysian Institute of Corporate Governance dan anggota Lembaga Disiplin Umno (2002-2009). 

Ujar Nik Nazmi, turut menerima lot tanah tersebut ialah Ketua Wanita Umno Bahagian Kelana Jaya,

http://paspb2.blogspot.com/2013/02/bumi-dipijak-milik-umno-dua-pemimpin.html
 


EMPAT: 
Video Taib Mahmud Penipu..



LIMA:
BUMI DIPIJAK MILIK UMNO!!! Benarkah tanah 200 ekar untuk Kem Tentera 9 Briged digasak Ketua Wanita UMNO Selangor?  Kerajaan Selangor Siasat Tanah Milik Raja Ropiah

YAB Dato’ Menteri Besar Selangor memandang serius laporan susulan pendedahan oleh Deepak Jaikishan bahawa usaha sedang giat dilakukan untuk menjual lebih 200 ekar tanah milik Awan Megah Sdn Bhd bernilai RM130 juta kepada Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Dato’ Menteri Besar yang kini berada di luar negara telah mengarahkan Pengarah Tanah dan Galian Selangor untuk memantau sebarang bentuk transaksi yang melibatkan hartanah-hartanah ini. Semakan awal yang dilakukan, tanah-tanah di Bukit Raja tersebut telah diberimilik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan
http://paspb2.blogspot.com/2012/12/bumi-dipijak-milik-umno-benarkah-tanah.html  


ENAM
BUMI DIPIJAK MILIK UMNO!!! SAT1M kebas RM19.9 Juta jual tanah rakyat
Pengerusi KEADILAN Selangor, Mohamed Azmin Ali mendedahkan, Ketua Pembangkang Selangor, Mohamad Satim Diman memperoleh RM19.9 juta hasil daripada penjualan 80 ekar tanah kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Katanya, kesemua urusniaga itu berlaku semasa Selangor di bawah pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN).  Menurut Azmin, tanah tersebut pada mulanya dibeli oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang itu dengan harga RM1 sekaki persegi melalui dua syarikat – Nikmat Inai dan Supreme Precious Sdn Bhd.

“Satim memiliki kepentingan sebanyak 30 peratus dalam Nikmat Inai dan beliau juga mempunyai saham dalam Supreme Precious Sdn Bhd,” kata Timbalan Presiden KEADILAN itu ketika membacakan dokumen berkaitan di hadapan 4,000 penduduk pada Ceramah Merdeka Rakyat di Gombak malam semalam
http://paspb2.blogspot.com/2012/12/bumi-dipijak-milik-umno-sat1m-kebas.html  


TUJUH:
APA BEZANYA?!!! Israel rampas tanah rakyat Palestin, UMNO halang rakyat terima geran tanah

Israel ganas dan Zalim sedia mencuri tanah plastine untuk bangsanya bukan menghalang rakyatnya memiliki TANAH  Terbongkar! Melayu UMNO sekat bangsanya terima geran tanah dari kerajaan kelantan!

GUA MUSANG: Tanpa mengendahkan amaran Umno, sebahagian besar ahli dan penyokong Umno di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lebir tetap hadir pada majlis penyampaian geran tanah semalam. Lebih menggembirakan lagi apabila 54 ahli Umno yang hadir pada program berkenaan semalam menerima sendiri geran tanah disampaikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Seorang peneroka Mat Omar, 60 yang mendiami RKT Lebir sejak 1981 berkata, Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah sudah lama menjanjikan mahu menyelesaikan masalah pemilikan tanah.

“Namun sampai sekarang tidak menjadi kenyataan. Beliau hanya cakap sahaja. Selepas lama menunggu kami mengusahakan sendiri dengan menyertai jawatankuasa khas ditubuh kerajaan negeri.
“Kerajaan negeri hanya mengenakan bayaran premium RM10 sahaja bagi lot rumah seluas suku ekar. Kalau ikut proses biasa saya difahamkan kena bayar RM2,000 bagi setiap lot,” katanya di sini semalam.
http://paspb2.blogspot.com/2013/02/apa-bezanya-israel-rampas-tanah-rakyat.html  


LAPAN:
BUMI DIPIJAK MILIK UMNO!!! Fakta Tanah Rizab Melayu jadi mangsa nafsu UMNO


KL: Umno BN mesti ditumbangkan di dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang demi menyelamatkan tanah Melayu yang semakin terhakis setelah 55 tahun negara merdeka.

“Apabila Umno BN kalah maka terdedah fail-fail yang menunjukkan tanah Melayu menjadi mangsa kerakusan pemimpin Umno,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar) kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, peliknya pemimpin Umno berlagak menjadi pembela Melayu, sedangkan tangan merekalah yang melepaskan tanah rizab Melayu kepada orang lain. Menurutnya, sejahat-jahat penjajah mereka telah mewartakan 3 juta hektar tanah rizab Melayu supaya hak milik Melayu kekal tetapi apabila Umno memerintah, mereka lebih zalim daripada penjajah.

Idris berkata, tanah rizab Melayu terhakis daripada 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar pada 1995, bermakna 44% tanah rizab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun.

“Mungkin tanah rizab Melayu sekarang sudah hilang sebanyak 2 juta hektar setelah 55 tahun merdeka,” ujarnya.
http://paspb2.blogspot.com/2012/12/bumi-dipijak-milik-umno-fakta-tanah.html


Dan lain-lain. (IH)

Pak Aji Mak Aji, Suka Gambar Ini? Kalau Tak Suka....

Kalau tak suka gambar ini, cara kempen dan didik  begini.. jangan undi BN/Umno lagi.. Ini cara manusia tak beradap..

Lihat sebelum ini...

Apakata Kalau Restoran Mamak Guna Robot Di M'sia?

Restoran Robot ini kini terkenal di Harbin karena menggunakan 20 pelayan Robot dengan keahliannya masing-masing.
JOM KREATIF

APA kata, kalau restoran-restoran mamak atau tomyam di Malaysia menggantikan pekerja-pekerjaya dengan rohot seperti restoran diatas ini?

Robot-robot ini spesialis memberi makanan, membawa piring kosong setelah melayani makanan untuk pelanggan di sebuah Restoran Robot di Harbin, Provinsi Heilongjiang, China. 

Restoran Robot ini kini terkenal di Harbin kerana menggunakan 20 pelayan Robot dengan keahliannya masing-masing, seperti memasak makanan dan memberikan piring. Robot dapat bekerja selama lima jam dan mampu menampilkan lebih dari 10 ekspresi di wajah mereka dan mengatakan kalimat menyambut pelanggan seperti yang dilaporkan media lokal. 

Restoran Robot ini kini terkenal di Harbin karena menggunakan 20 pelayan Robot dengan keahliannya masing-masing.
Seorang anak lelaki memegang robot spesialis memberikan minuman kepada tamu restoran tersebut. 
 
Restoran Robot ini kini terkenal di Harbin karena menggunakan 20 pelayan Robot dengan keahliannya masing-masing.
Robot spesialis memasak, menyiapkan "Jiaozi", atau pangsit China. Robot sesialis memberikan makanan, membawa makanan pesanan tamu restoran untuk pelanggan.
Restoran Robot ini kini terkenal di Harbin karena menggunakan 20 pelayan Robot dengan keahliannya masing-masing.
Sebuah robot yang khususkan diri dalam memberikan makanan memegang nampak sebagai pelayan menempatkan piring di atasnya. 
Restoran Robot ini kini terkenal di Harbin karena menggunakan 20 pelayan Robot dengan keahliannya masing-masing.
Robot sesialis memberikan makanan membawakan makanan pesanan tamu restoran untuk pelanggan.

Restoran Robot ini kini terkenal di Harbin karena menggunakan 20 pelayan Robot dengan keahliannya masing-masing.
Robot spesialis memberikan makanan membawakan makanan pesanan tamu restoran untuk pelanggan.

Setakat  ini, masih belum ada restoran-restoran awam menggunakan robot seperti ini di Malaysia. (IH)

E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)


Bab 1 
Bab 3  
Bab 4
Bab 5
Bab 8 
            Dan seterusnya.. 

            Lihat 100 kisah-kisah kreatif dalam..


            E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
            E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
            E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)

            Friday, April 12, 2013

            Lagi, Projek Mega Yang Gagal...


             PUNCA Be End di tunjuk jalan KELUAR tersebar [Saksikan gambar-gambar neh...]

            Ini dia satu lagi lambang "Kegagalan Projek Mega" ?
            Apa dah jadi dengan terowong SMART bernilai jutaan billion. Projek yang konon untuk mengatasi masalah banjir kilat di Kuala Lumpur.

            Kewujudan terowong itu masih gagal memainkan peranan tujuaan asal ia dibina.  Amat malang bagi warga KL, terowong Smart indah khabar dari rupa. Adakah ianya melambangkan kegagalan atau satu lagi projek projek gajah putih kerajaan Barisan Nasional?


            Hujan lebat selama sejam yang melanda Lembah Kelang sejak 5.30 petang semalam 10hb April 2013, menyebabkan beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur dilanda banjir kilat yang teruk. Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Segambut.

            Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata hujan lebat dan banjir kilat itu menyebabkan keadaan trafik sekitar ibu negara sesak teruk di beberapa laluan utama. Banyak harta awam musnah dalam kejadian banjir kilat semalam.~ batuvskayu

            Jangan Masuk Perangkap Fitnah Musuh -Tuan Ibrahim Tuan Man

             



            KL: Apabila masalah dalaman melanda Umno – seperti isu perbalahan mengenai calon, perebutan kerusi Umno-MCA, fitnah akan mula dihidupkan untuk mengalih perhatian rakyat.

            “Bila Umno nak tutup isu dalaman - masalah calon, perbalahan Umno-MCA, mereka akan mula buat benda gila-gila dan fitnah merata untuk mengalih perhatian rakyat. Taktik ini selalu diulang,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

            Tapi di zaman internet ini, Tuan Ibrahim berkata rakyat tidak mudah terpedaya dengan taktik lapuk Umno.

            “Ini baru permulaan...  Dekatkan diri dengan Allah. Banyakkan doa. Kuatkan azam untuk istiqamah,” nasihat beliau.

            Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut menasihatkan jentera parti agar jangan hilang fokus dan terjatuh ke perangkap lawan.

            “Lawan akan cuba nak patahkan hati dan semangat kita. Lebih-lebih lagi bila dia terbau bau kekalahan semakin kuat. Teruskan kerja kita. Jangan fikir lain dan jangan masuk perangkap mereka untuk alihkan fokus kita dan rakyat demi masa depan yang lebih baik. Tepuk sebelah tangan tak bunyi,” tegas beliau lagi.(Hrkh)

            Awas! Sembang Maya Bawa Penceraian

            PENGGUNA

            Beza Manifesto, Lihat Mana Baik PR atau BN?



            KUALA LUMPUR: Sejak Pakatan Rakyat melancarkan manifestonya pada 25 Februari 2013, para pemimpin Umno-BN telah menyerang bahawa tawaran pembangkang akan menyebabkan negara muflis.

            Tapi, Sabtu lepas, BN melancarkan manifesto yang hampir sama dengan apa yang ditawarkan pembangkang.
            Rakyat, terutamanya anak-anak muda dan warga internet terus menuduh BN menciplak manifesto PR dengan hanya mengubah ayat-ayat supaya tidak kelihatan sama.

             
             Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menunjukkan sembilan perkara yang diciplak oleh Barisan Nasional dari manifesto Pakatan. Ia termasuklah menaikkan royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak dari 5 ke 20 peratus, penurunan harga kereta dan juga lebuhraya di Sabah dan Sarawak. 

            Ketua Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pula berkata 22 perkara dalam manifesto PR diceduk BN. Media antarabangsa Bloomberg juga memandang perkara ini dalam sudut yang sama.

            “Semua janji ini dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ketika membentangkan manifesto Pakatan Rakyat enam minggu sebelum Barisan Nasional membentangkannya dalam perhimpunan hujung minggu lalu," lapor Blomberg.
            Jadi apakah hikmah di sebalik semua ini.
             

            Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, semua ini menunjukkan bahawa janji-janji PR sememangnya boleh dilaksanakan tanpa memufliskan negara sebagaimana yang didakwa BN.
             

            “Sebelum ceduk, Umno-BN kata akan bangkrapkan negara. Selepas ceduk, Umno-BN kata mampu lakukan.
            "Tersiratnya ialah Umno-BN mengakui manifesto Pakatan Rakyat sememangnya boleh dilaksanakan. Betul tak?” tulis Tuan Ibrahim di Facebooknya.


            Tuan Ibrahim juga menyindir dengan serangkap pantun buat BN.


            Rendang ayam lauk lazat,
            Terlampau banyak jadi biasa,
            Mulut jangan cepat sangat,
            Kerana mulut diri binasa.
            (IH)

            LinkWithin

            Related Posts with Thumbnails