Wednesday, April 24, 2013

Pesawat Ringan Ini, Boleh Di Guna Dalam PRU?


JURUTERBANG Matevz Lenarcic bergambar di sisi pesawat ringannya di Lapangan Terbang Brnik, di Ljubljana, Slovenia kelmarin. 

JOM KREATIF

Guna pesawat ringan ke Kutub Utara
LJUBLJANA - Seorang pengembara Slovenia yang pakar dalam penerbangan ekstrem menuju ke Kutub Utara kelmarin menggunakan sebuah pesawat ultra ringan.

Penerbangan mencabar tersebut bertujuan untuk mengukur tahap pencemaran udara di beberapa lokasi panas pemanasan global. Dinamakan Green Light World Flight - North Pole, misi tersebut percubaan pertama terbang ke Kutub Utara melalui Eropah dan Amerika Utara.

"Kawasan kutub mempunyai petunjuk penting perubahan cuaca dan adalah amat mustahak lokasi itu diselidiki," kata juruterbang tersebut, Matevz Lenarcic kepada agensi berita AFP.

Misi yang merangkumi kawasan seluas 15,600 kilometer itu dicetuskan pada tahun lalu selepas Lenarcic, 54, berjaya mengelilingi dunia menaiki pesawat satu kipas yang sama, Pipistrel Virus SW914. Pesawat ringan itu cuma seberat 290 kilogram tanpa muatan. - AFP

Klik..Idea Kreaif Ulamak Tersohor, Perang Media Poster T...

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bolehkah pesawat begini digunakan di Malaysia, terutama dalam PRU akan datang? Kalau tak boleh mengapa? Tentukan di bawah kerajaan PR ianya boleh didapati dan digunakan dengan mudah. UNDILAH PR

Lihat siri-siri kreatif ini...
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails