Tuesday, April 23, 2013

Pembuat Filem Hina Nabi Peluk Islam


 

AMAUD Van Dorn anggota parti Kebebasan haluan kanan Belanda, sebelum ini telah terlibat dalam pembikinan filem menghina peribadi Rasulullah saw yang telah menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia telah memeluk Islam 

Akhbar2 Saudi termasuk 'Ukkaz dll melaporkan bagaimana Arnaud Van Dorn yang sebelum ini begitu anti dan sangat membenci Islam kini sedang berada di Saudi malah turut menyiarkan gambar2 beliau antaranya ketika beliau menjahit kelambu Kaabah !

Sewaktu beliau menziarahi Masjid Nabawi dan makam Nabi saw..beliau dilihat menangis teresak2 hingga dapat dilihat oleh semua yg hadhir..Ketika ditanya apakah puncanya yg membawanya memeluk Islam..beliau menyatakan bahawa..

Sebenarnya reaksi dan kemarahan luarbiasa umat Islam di seluruh dunia ekoran filem tersebut itulah yang telah mendorongnya untuk mengkaji dan mencari apakah rahsia sebenar di sebalik kecintaan yang begitu mendalam umat Islam terhadap peribadi agung tersebut..

sehingalah pada akhirnya beliau mendapati bahawa Nabi Muhammad saw yg pernah dimusuhinya itu sebenarnya adalah satu peribadi paling agung dalam sejarah peradaban manusia..!

'Tangisan' beliau semakin kuat ketika beliau berdiri di hadapan makam Baginda saw...Kini beliau merancang untuk mengerjakan umrah dan akan kembali ke Madinah al-Munawwarah...

ALLAHU AKBAR..ALLAHU AKBAR...ALLAHU AKBAR


Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails