Thursday, April 25, 2013

Herman Tino, Drs Rushdi Lawan Noh Omar..

Herman (kiri) menyuarakan ketidakpuasan hatinya dalam sidang media di rumahnya di Jalan 7/1, Sungai Gulang-Gulang

TANJONG KARANG - Penyanyi dangdut popular, Herman Tino yang sebelum ini mengejutkan semua apabila muncul sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Tanjong Karang untuk menjatuhkan Umno-Barisan Nasional (BN).
Herman atau nama sebenarnya, Masrun Tamsi, 59, menjelaskan, keputusan untuk bertanding diambil hanya dalam tempoh 24 jam.


“Namun atas dasar ketidakpuasan hati terhadap segelintir pemimpin yang tidak memandang kewujudan saya sebagai anak seni dan penduduk tempatan, hati saya jadi marah, seterusnya menjadi punca tindakan bertanding sebagai calon Bebas diambil.
“Meskipun ramai menuduh saya membelot parti dan dikritik teruk semua yang memungkinkan mata pencarian sebagai artis selepas ini lenyap, namun semua itu saya terima dengan hati terbuka,” katanya dalam sidang media di rumahnya di Jalan 7/1, Sungai Gulang-Gulang.


Herman berkata, beliau bukan sengaja ingin menentang kerajaan dan sebagai artis, tiada niat dihatinya untuk terlibat dalam kancah politik yang ternyata banyak menghabiskan wang simpanannya untuk berkempen.


“Sebelum ini, saya cuba memulihkan hubungan dengan membawa mesej cinta melalui lagu didendangkan namun ia seolah-olah tidak mencukupi, jadi saya memutuskan untuk menggunakan landasan politik bagi menterjemahkan lirik supaya dapat perhatian lebih.
“Saya cuma mahu politik kotor yang saling mengutuk antara pemimpin, tindakan cantas pemimpin muda dan sikap orang memandai dihentikan kerana itu semua menimbulkan suasana tegang antara penduduk sekali gus menyebabkan kualiti kepimpinan yang ada hilang.
“Saya tiada wang yang banyak untuk dijanjikan kepada pengundi sekiranya menang nanti, tetapi saya mampu menjanjikan jambatan kasih sayang untuk memulihkan hubungan orang ramai yang kini dilihat rosak kerana taksub dengan fahaman politik masing-masing," katanya


Herman Tino bertanding di parlimen Tanjong Karang menentang penyandang, Noh Omar dan calon PAS mewakili Pakatan Rakyat Drs Rushdi Deraman (Gambar). Drs Rushdi bekas seorang pendidik di Kementerian Pendidikan, anak tempatan Sungai Burong Tanjong Karang. 

Di zaman pemerintahan Dr Mahathir beliau diberi katadua, samada memiih jadi guru atau memilih parti pembangkang, namun dia tetap memilih aktif dalam PAS  

Ketika dihubungi telefon sebentar tadi, Drs Rushdi yakin dapat mengalahkan penyandang dari BN, seorang menteri pusat. "Ini amanat dari parti." katanya. (IH)



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails