Monday, April 22, 2013

Mengapa Husam Menangis Di Hari Penamaan Calon?


Husam dilihat mengalirkan air mata di hari penamaan calon
PUTRAJAYA: Ramai tertanya-tanya apa yang telah menyentuh hati Datuk Husam Musa sehingga beliau menangis hiba semasa hari penamaan calon di Putrajaya kelmarin. Beliau kelihatan mengesat air mata sewaktu para penyokongnya yang hampir 3,000 orang mengiringinya dan mengaminkan doa sebaik sahaja beliau tiba di pusat penamaan Presint 9.

"Saya amat hiba dengan sokongan rakyat jelata, terutamanya anak-anak muda, semangat perjuangan mereka, cukup menyentuh hati," katanya ekoran tidak pernah berlaku dalam pilihan raya di Putrajaya, penyokong begitu ramai mengiringi calon dari pembangkang.

Beliau juga, beliau terharu kerana PAS telah memberikan kepercayaan kepadanya untuk bertanding di kota pentadbiran yang merupakan kerusi yang amat strategik dalam negara.

"Saya kini meletakkan diri saya untuk mencontohi jejak langkah perjuangan getir para anbiya dan sahabat-sahabat dalam menegakkan Islam," katanya sebagaimana dipetik dalam laman Facebook rasmi PAS Putrajaya.

Husam turut hiba kerana secara tiba-tiba beliau dianugerahkan suatu amanah yang besar untuk menerobos kota Putrajaya dengan membawa panji PAS. PRU 13 ini merupakan satu cabaran besar buat Husam apabila beliau satu-satunya harapan PAS dan Pakatan Rakyat untuk membuka pintu Putrajaya bagi merealisasikan impian rakyat yang mahukan perubahan.

Walaupun lawan beliau Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan bongkaknya berkata, Husam akan hilang wang pertaruhan, Husam dikatakan akan memberi saingan sengit kepada Setiausaha Agung Umno itu.

Kawasan Parlimen Putrajaya seluas 4,931 hektar itu diwakili Tengku Adnan sejak 2004 selepas kawasan itu diwartakan sebagai Wilayah Persekutuan pada 2001. Pada pilihan raya umum 2008, beliau memenanginya dengan majoriti 2,734 undi, mengalahkan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad.(Hrkh)


Lihat sebelum ini..
 E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails