Thursday, April 25, 2013

Berita Baik Warga Putrajaya, Jaminan Guaman.


JANGAN bimbang, PAS hari ini memberikan jaminan akan membela kakitangan awam yang dikenakan tindakan disiplin kerana menghadiri program calon pembangkang. 

Kakitangan awam yang dianiaya akibat politik kotor dan peras ugut ini akan dibela oleh Pasukan Guaman PAS dan Pakatan Rakyat, terutamanya mereka yang berada di Putrajaya.

Lihat KENYATAAN MEDIA ini..

Pasukan Guaman PAS akan bela sesiapa yang diambil tindakan disiplin kerana menghadiri ceramah Datuk Husam Musa

PAS mendapat laporan bahawa ramai kakitangan awam dikenakan pelbagai ugutan dan tekanan oleh  Ketua Jabatan masing-masing dan ahli politik BN kerana menghadiri ceramah dan program calon Pakatan Rakyat.

PAS hari ini memberi jaminan kepada mereka yang teraniaya, terutamanya kakitangan awam yang diambil tindakan disiplin kerana mendengar ceramah dan menyertai program calon PAS P-125 Putrajaya Datuk Husam Musa dan mana-mana calon pembangkang yang lain, akan dibela oleh Pasukan Guaman PAS/Pakatan Rakyat.

Politik kotor dan peras ugut sedemikian harus dihentikan segera. Rakyat dan kakitangan awam berpeluang menamatkan semua ini dalam 10 hari akan datang.

Undilah dengan bijak dan Undilah untuk perubahan demi Malaysia yang lebih demokrasi dan makmur.

Dato’ Mustafa Ali
Setiausaha Agong PAS

Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

25 April 2013 



 UNDILAH PAS

Isu Putrajaya.. 
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails