Wednesday, April 24, 2013

Myanmar: Rakaman Lelaki Islam Dibakar Tersebar


YANGON - Pertubuhan hak asasi kemanusiaan, semalam, mendedahkan satu rakaman video amatur anggota polis yang memaparkan tindakan sekumpulan penduduk tempatan membakar seorang lelaki Islam semasa rusuhan etnik di bandar Meiktila, Myanmar, bulan lalu.

Dipetik MailOnline, lapor pegawai, video berkenaan membabitkan pertempuran sekumpulan lelaki dikenali sebagai Skuad 969 dengan masyarakat Islam yang menjadi punca kepada kematian 43 orang. Satu rakaman yang didedahkan ke dalam internet menunjukkan mangsa seorang Islam berguling di sekitar jalan raya selepas keseluruhan anggota badannya dibakar oleh kumpulan perusuh.

Sementara itu, sebilangan anggota polis turut dilihat memerhati mangsa mati secara terseksa di tengah-tengah jalan raya. "Kumpulan Skuad 969 itu memberi amaran kepada semua orang agar tidak memberi air kepada mangsa dan membiarkan mangsa mati," katanya.

Rakaman video berkenaan turut dijadikan sebagai bukti membabitkan pihak berkuasa Myanmar dan anggota Arakanese sebagai penjenayah kemanusiaan dalam kempen penghapusan etnik Rohingya. Sejak tercetusnya keganasan menghapus etnik Rohingya di Rakhine, selatan Myanmar, sekurang-kurangnya 110 orang terbunuh serta lebih 120,000 masyarakat Islam melarikan diri ke negara jiran. (SH)

Lihat sebeum ini..
E-Buku IH-12: C/P, Orang Melayu Myanmar
E-Buku IH-12: C/P, Orang Melayu Myanmar

2 comments:

Anonymous said...

Laknatullah wahai buddha mynmar

ajaran syaitan

maderic obat reumatik said...

muslim banyak tapi tak punya kekuatan,sdh di takdirkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails