Saturday, July 02, 2016

Kenapa DAP Eksploitasi Rakyat Kutip RM1 Juta?

PETALING JAYA: Kenapa DAP perlu mengeksploitasi rakyat untuk mengutip RM1 juta untuk ikat jamin Lim Guan Eng?
Ahli Jawatankuasa Gerakan Pulau Pinang, Lee Boon Ten berkata RM1 juta bukan jumlah yang sukar untuk pembangkang sekiranya setiap wakil rakyat mereka memberi sedikit sumbangan daripada gaji mereka, dan setiap cawangan DAP menyumbang RM1,000 yang ditambah dengan gaji serta elaun Guan Eng kira-kira RM50,000 sebulan.
“Sekalipun DAP tidak mempunyai wang secukupnya, parti atau Guan Eng sepatutnya ada ahli dan penyokong berstatus jutawan, takkan mereka tidak boleh bantu Setiausaha Agung DAP itu?” soalnya lapor China Press.
Gerakan turut tertanya-tanya bagaimana DAP akan menguruskan RM1 juta yang disumbangkan orang ramai itu, selepas kes Ketua Menteri Pulau Pinang ini selesai.
Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow sebelum ini berkata sumbangan orang ramai akan digunakan untuk memulihkan akaun mereka selepas RM890,000 dikeluarkan untuk membayar ikat jamin Guan Eng. Baki RM110,000 adalah daripada DAP Pusat, dan juga akan dibayar balik menggunakan sumbangan yang sama.
“Lagipun wang itu akan dikembalikan kepada DAP, kenapa mereka perlu kutip wang daripada orang ramai?” soal Boon Ten.
Chow Kon Yeow hari ini berterima kasih kepada semua penderma, selepas parti itu berjaya mengutip RM1,009,000 dalam tempoh kurang 24 jam sehingga 2 petang tadi.
Boon Ten menjelaskan wang ikat jamin akan dipulangkan kepada Guan Eng walau apapun keputusan mahkamah. Wang ikat jamin itu bertujuan untuk memastikan tertuduh tidak melarikan diri.
“Guan Eng pun menang banyak kes sivil sebelum ini, ganti rugi yang diperolehinya bukan sedikit, perlu ke mengeksploitasi hasil titik peluh rakyat?” – FMT

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-109: Kes Rasuah Lim Guan Eng
E-Buku IH-109: Kes Rasuah Lim Guan Eng

Kit Siang/Mat Sabu: SPRM Bebas Sebelum Isu LGE, Tapi, Ini Cakap Malam Tadi..

mat sabu lim
Kit Siang: Siasatan SPRM Untuk Orang Lain, Bukan Anaknya Sendiri

Sebelum ini Lim Kit Siang pernah berucap, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah terbaik di dunia. Malah, ketika ditanya wartawan, tidak meghalang SPRM untuk melakukan siasatan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Manakala Mohamad Sabu pula dengan tegas menyatakan, SPRM bebas untuk menyiasat sesiapa sahaja dan mendakwa mereka yang terlibat jika terdapat kes ketika ditanya mengenai siasatan dilakukan agensi itu terhadap Guan Eng.
Malam tadi lain pula nada mereka.
Saksikan lakonan putar alam mereka dan kongsikan video ini.- My Nation News

G/Eng, 'Padan Muka'! Poetic Justice.. - Khir Toyo



PETALING JAYA: Dr Mohamad Khir Toyo menggesa Lim Guan Eng berhenti membandingkan kes banglo yang dibelinya pada 2007 dengan harga RM3.5 juta dengan banglo yang dibeli oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu pada harga RM2.8 juta.

Ini kerana kedua-dua kes itu tidak sama memandangkan Guan Eng didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang tentunya membabitkan kesalahan serius.

“Ketika saya dihukum penjara, DAP menganggap ia satu kemenangan besar mereka. Sungguhpun saya bersimpati dengan nasib Lim Guan Eng.
“Saya fikir kenyataan paling tepat untuk DAP ialah seperti yang diungkapkan oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan, – “Padan Muka”,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bekas Menteri Besar Selangor itu menyifatkan pendakwaan yang dikenakan terhadap Guan Eng sebagai keadilan setimpal (Poetic Justice).

Isu ini dibawa ke perhatian umum selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabuddin Yahaya mempersoalkan pembelian banglo yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town oleh Guan Eng pada 25 Oktober tahun lalu dengan harga RM2.8 juta sedangkan harga pasarannya dianggarkan antara RM6 juta hingga RM6.5 juta.

Susulan daripada itu, Lim telah dibawa ke Mahkamah Tinggi George Town oleh SPRM. Bagaimanapun beliau mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Turut didakwa bekas pemilik banglo, Phang Li Koon, yang juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Lim bagi mendapatkan diri Lim lot tanah dan rumah itu di tempat dan tarikh sama.

Lim telah dikenakan bayaran wang jaminan sebanyak RM1 juta yang berjaya dikumpul melalui kempen derma awam.

Manakala, Dr Mohamad Khir dipenjarakan pada September tahun lalu, atas tuduhan salah guna kuasa sebagai penjawat awam. Beliau didapati bersalah memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo yang bernilai lebih RM6 juta, dengan harga RM3.5 juta pada 2007. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-109: Kes Rasuah Lim Guan Eng

E-Buku IH-109: Kes Rasuah Lim Guan Eng

Istiqamah Sampai Menang! Perutusan Aidilfitri 1437 Presiden PAS

PERUTUSAN AIDILFITRI 1437

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd

وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ.

" .. Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah (dengan takbir dan tahmid) kerana mendapat pertunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur (Surah Al-Baqarah:185).

Alhamdulillah marilah kita panjatkan syukur kepada Allah SWT kerana telah menganugerahkan Ramadan yang sangat bermakna kepada kita semua. Semoga Ramadan kali ini menjadi Ramadan terbaik dalam hidup kita dengan menatijahkan taqwa.

Ramadan adalah bulan yang penuh seribu hikmah, membina diri menjadi insan yang benar-benar bersifat hamba yang taat dan patuh sepenuhnya kepada perintah Allah SWT. 

Ramadan juga melatih kita agar menjadi insan yang prihatin terhadap masyarakat terutama golongan lemah yang memerlukan pembelaan dan bantuan. 

Ramadan juga adalah bulan mujahadah yang mendidik jiwa setiap insan muslim bukan sekadar membina jati diri taqwa di peringkat individu, bahkan mujahadah membela nasib Ummah dan agama Islam sebagai agama yang diturunkan oleh Allah SWT.

Aidilfitri 1437H sekali lagi disambut dalam keadaan Umat Islam sangat lemah. Banyak tanah air umat Islam sedang dilanda perpecahan dan peperangan saudara. Negara-negara umat Islam jauh ketinggalan dari segala sudut berbanding Negara-negara bukan Islam. 

Keadaan ini berlaku kerana jauhnya Ummah daripada petunjuk Allah SWT. Semoga Aidilfitri kali ini memberikan sinar harapan yang gemilang buat seluruh Ummah.

Kepada seluruh umat Islam, “Selamat Menyambut Aidilfitri” dengan semangat kemenangan dan semangat taqwa yang telah berjaya dibina disepanjang “Tarbiah Ramadan”. 

Kepada seluruh ahli PAS, raikanlah Aidilfitri kali ini dengan semangat membara untuk terus bekerja sekuat daya untuk menegakkan Agama Allah SWT di persada negara.

“Beristiqamah Hingga Kemenangan”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS 

IS Serang Restoran, 20 Pengunjung Jadi Tebusan.

 Post Pic
DHAKA: Penyerang bersenjata menyerbu sebuah restoran yang popular dengan warga asing di ibu kota Bangladesh, malam tadi dan menahan kira-kira 20 pengunjung serta berbalas tembakan dengan polis. 
 
Antara yang dijadikan tebusan adalah tujuh warga Itali.
 
Militan IS mendakwa bertanggungjawab menyerang restoran Holey Artisan Bakery di wilayah diplomatik Gulshan di Dhaka itu, yang menyaksikan dua pegawai polis maut.
 
Polis berkata, penyerang menyerbu sambil melaungkan 'Allahu Akbar' ketika pengunjung menikmati makan malam kira-kira jam 9.20 malam waktu tempatan dan menghidupkan peranti letupan.
 
Beberapa pengunjung berjaya melarikan diri, termasuk chef Argentina dan lelaki Bangladesh, yang berlindung di bangunan bersambung.
 
Ketua Unit Menangani Keganasan dan Jenayah Transnasional, Monirul Islam, berkata pengunjung turut diugut dengan pistol. - AFP

Ini Trend Pukul, Malukan Perempuan Simpan Di Depan Ramai, Wajarkah?

Inilah Nasib Seorang Perempuan Simpanan Di China

DIKATAKAN sudah menjadi trend senario perempuan simpanan dipukul dan dimalukan di hadapan khalayak ramai sudah tidak asing lagi di China.

Terbaharu,  muncul video berdurasi 2 minit 29 saat memaparkan seorang wanita dibelasah oleh dua wanita lain sambil disaksikan orang awam yang berada di situ.
Inilah Nasib Seorang Perempuan Simpanan Di China

Inilah Nasib Seorang Perempuan Simpanan Di China

Rakaman menunjukkan rakan-rakan si pelaku bersorak memberikan sokongan dan turut memukul wanita berkenaan. Difahamkan mangsa dalam kejadian yang berlaku di Bozhou, wilayan Anhui timur China itu merupakan perempuan simpanan kepada suami si penyerang.

Mangsa dirakam mula menangis sebaik sahaja pakaiannya direntap dan dicampak jauh sehinggakan mangsa terpaksa duduk untuk melindungi dadanya yang terdedah.
Inilah Nasib Seorang Perempuan Simpanan Di China

Inilah Nasib Seorang Perempuan Simpanan Di China

Rata-rata netizen yang melihat rakaman kejadian itu meluahkan rasa meluat dan sakit hati melihat tindakan sekumpulan wanita memalukan mangsa sedemikian rupa.
“Kamu patut pukul suami kamu dan bukannya wanita itu yang dipersalahkan. Sepatutnya lelaki yang harus dipukul,” kata salah seorang netizen.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Wajarkah begitu? Apakah tidak ada jalan penyelesaian? Tidak bolehkah dirundingkan supaya sama-sama ada hak terhadap lelaki satu yang jadi rebutan itu?
(IH)

Tahniah Hanez Suraya! Tinggalkan Lakonan, Itu Terbaik -Ibnu Hasyim.



2-Hanez-Suraya-Bersedia-Untuk-Berhenti-Berlakon-jpeg

HALAMAN HIBURAN

Tahniah Hanez Suraya! Tinggalkan Lakonan, kalau itu pilihan terbaik. Sambut weblog Ibnu Hasyim, bila mendengar berita sejak beliau mendirikan rumah tangga boleh dikatakan jarang kita dilihat Hanez Suraya muncul dalam mana-mana drama terbaharu.

Bercerita mengenai perkembangan dirinya, Hanez Suraya memberitahu dia kini mahu memberi sepenuh tumpuan kepada keluarganya.
Dia juga mempunyai perancangan beralih kepada perniagaan sebagai persediaan meninggalkan dunia seni. Tambahan pula, hasrat tersebut turut disokong suami tercinta, Romie Razin Adilha.
Untitled
“Sebagai isteri, saya akur kehendaknya untuk memberi perhatian kepada keluarga terutama sejak Putri Aleesya dilahirkan. Ikutkan memang rindu mahu kembali berlakon tetapi mengenangkan anak yang masih kecil, hasrat itu saya lupakan.
“Walaupun mempunyai pembantu, hal berkaitan anak saya mahu lakukan sendiri termasuk menyuapkan makanan, memandikan dan mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa.
“Cuma saya tidak mahu cakap akan bersara sekarang kerana takut tiba-tiba ada tawaran berlakon dan saya menerimanya. Mungkin apabila anak sudah besar sedikit, saya boleh pertimbangkan soal kembali berlakon. Sekarang, biarlah saya berkorban dulu.
“Buat masa ini, suami galakkan saya ceburi bidang perniagaan. Tetapi apa bisnes yang bakal saya ketengahkan masih dalam perincian,” katanya kepada Berita Harian.
Hanez mendirikan rumah tangga bersama Romie sekitar Mac tahun lalu. Tahniah! Kalau perlu bersaralah!

G/Eng Buat Perjuangan DAP Jadi Comot Berlumpur. -Datuk Seri Reezal Merican

Guan Eng Runtuhkan Imej DAP dan Kerajaan Negeri

1. Penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah tindakan yang wajar sesuai dengan segala bukti yang telah diperoleh SPRM selama ini. Lim tidak boleh terkecuali dan berselindung di sebalik kedudukan sebagai Ketua Menteri dan hakikat ini mesti diterima secara terbuka oleh semua pihak.
2. Samada DAP mahu mengakuinya ataupun tidak, penahanan Guan Eng ini sudah sama sekali meruntuhkan kepercayaan rakyat terhadap aspirasi parti DAP.
3. ‘Deklarasi Tanjong’ milik DAP yang dicanangkan sejak 1992 – yang menekankan soal usaha melawan autokrasi, rasuah, eksploitasi dan penindasan; sudah bercoreng dengan kes Guan Eng.
4. Benar, Guan Eng tidak bersalah selagi tidak dihukum (innocent until proven guilty); namun pembawaan kes ini ke mahkamah menggambarkan ‘asas perjuangan’ DAP sendiri sudah comot dan berlumpur.
5. Jika Guan Eng mempunyai sedikit rasa tanggungjawab – beliau wajar mengosongkan Pejabat Ketua Menteri sepanjang kes ini berada dalam perbicaraan.
6. Keengganan Guan Eng mengosongkan jawatan, memberi bayangan kesungguhan DAP membanteras rasuah adalah ‘retorik politik’ dan bukannya komitmen yang bersungguh.
7. Minta Guan Eng rujuk pendirian tegas ‘Deklarasi Anti Rasuah DAPSY di Kulai’ (1993). Jika Guan Eng punya harga diri, beliau juga wajar meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung secara serta merta. Lumut dan keladak rasuah DAP tidak boleh ditutup dengan politik simpati.
Datuk Seri Reezal MericanTimbalan Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang
pertuduhanpertuduhan1pertuduhan2
dr khir
jalil

Ikat Jamin G/Eng Langsai, DAP Permain Derma RM10 Dari Rakyat?

42045f6b-3cc7-4820-9b9f-71e8d93eecb8-1

PELIK bin Ajaib. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang ditahan atas tuduhan rasuah telah pun dibebaskan dengan bayaran ikat jamin sejumlah RM1 juta pada Khamis, oleh penjamin yang dikenali sebagai Phee Boon Poh.

Pun begitu, DAP Pulau Pinang menerusi Setiausaha Agung parti itu tetap mengeluarkan satu kenyataan merayu rakyat Malaysia menderma RM10 seorang bagi menampung wang ikat jamin tersebut, semalam.

Apa yang menimbulkan persoalan, jika wang ikat jamin RM1 juta itu telah pun selesai dibayar mengapa parti itu masih mahu meminta simpati wang orang ramai?

Malah, individu yang melangsaikan wang ikat jamin tersebut bukanlah calang-calang orang kerana beliau merupakan jutawan yang memiliki 8 hartanah, 24 saham syarikat dan 6 akaun unit trust.
Tambahan pula, wang ikat jamin tersebut akan dipulangkan apabila Guan Eng selesai menjalani perbicaraan terhadap dua pertuduhan rasuah tersebut.
Oleh itu, ada yang meluahkan kerisauan sekiranya wang dari rakyat itu akan disalah gunakan oleh pihak DAP. Sudah tentu, apabila habis perbicaraan wang kutipan tambahan tersebut tidak akan dikembalikan kepada rakyat!
Maka, ramai yang berharap DAP berhenti daripada mempermainkan rakyat kerana mencari wang khususnya bagi orang susah bukanlah mudah waima bernilai RM10 Nampak sangat DAP kini mengambil kesempatan dengan menipu rakyat berhubung permohonan bantuan RM10 itu.
DAP kini pun dikritik hebat kerana dengan muka penuh tidak tahu malu masih mahu mengekalkan Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Sedangkan ketika bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berdepan dengan situasi yang sama, muka-muka apek ini jugalah berlagak wira meminta beliau berhenti dari jawatan yang disandang ketika itu.
Namun itulah sifat kaum yang mewakili DAP, mereka memang pandai putar alam dan putar belit. Keutamaan mereka juga berubah mengikut situasi. Umpamanya, seorang netizen dikenali sebagai Leng Teck Chiang, antara yang menyelar layanan DAP terhadap orang Sarawak berhubung isu derma RM10 kepada Guan Eng.
dap sarawak
Menurut Leng, ketika Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng menghidap sakit kanser dan memerlukan bantuan kewangan sejumlah RM1 juta, pihak DAP langsung tidak membantu. Sebaliknya, pihak Barisan Nasional (BN) Sarawak yang telah turun padang dan menghulurkan bantuan kewangan itu kepada Wong.
Dek kerana insiden itu, dia menyifatkan DAP Semenanjung langsung tidak menghiraukan kebajikan masyarakat Sarawak. Dia merasa sangat marah kerana Guan Eng anak kepada Lim Kit Siang, maka parti itu bersungguh mahu menyelamatkannya walaupun jelas dia melakukan kesalahan.
Guan Eng kini berdepan dakwaan menggunakan kedudukannya selaku penjawat awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, untuk mendapat suapan bagi dirinya dan isteri Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn. Bhd.
Beliau turut berdepan pertuduhan kedua, sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada ahli perniagaan Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta, yang nilai sebenarnya RM4.27 juta. – MYNEWSHUB.CC

Ini, LGE Jawab Beladiri.. Salahkan BN & Raih Simpati Rakyat -Roketkini.com

1 Julai 2016 oleh

Lim Guan Eng

Apabila Barisan Nasional (BN) dan Menterinya melancarkan “pendedahan” secara besar- besaran terhadap apa yang kononnya skandal rasuah saya kerana membeli rumah banglo dengan harga yang murah, mereka mengaitkannya dengan penjualan tanah kerajaan di Taman Manggis seluas 1 ekar untuk projek hospital.

Mereka mendakwa bahawa tanah tersebut adalah untuk golongan miskin. Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah banyak kali mengulang bahawa Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang ingin membangunkan tanah Taman Manggis secara komersial.

Ia sebenarnya tiada kaitan dengan pembelian rumah banglo saya kerana tanah Taman Manggis telah dijual kepada pembida tertinggi melalui tender terbuka yang kompetitif, BN masih meneruskan konspirasi dan serangan politik mereka.

Kedua-dua tuduhan rasuah terhadap saya akhirnya mendedahkan bahawa konspirasi politik Barisan Nasional (BN) dan pemimpinnya, terutama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan yang bukan sahaja pengecut dan pembohong, tetapi juga munafik.

Tiada sebarang tuduhan rasuah ke atas saya berhubung dengan Taman Manggis. Walaupun cuba untuk memperbesarkan dan mengugut supaya berdebat secara terbuka oleh Abdul Rahman yang akhirnya pengecut untuk melakukannya, tiada langsung hasil siasatan tanah Taman Manggis yang sekaligus membuktikan pembohongan BN.

Sebaliknya, saya didakwa untuk kesalahan rasuah yang tidak wujud dan sama sekali tidak melibatkan penjualan tanah Taman Maggis kepada KLIDC. 

Saya berdepan dengan seluruh jentera Kerajaan Persekutuan BN yang mahu memenjarakan saya selama 20 tahun untuk kesalahan rasuah yang tidak wujud kerana meluluskan pengezonan semula sebidang tanah di Balik Pulau daripada tanah pertanian kepada tanah perumahan yang mana ia masih kekal sebagai tanah pertanian kerana Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menolak pengezonan semula kepada tanah perumahan dan tanah tersebut masih kekal dizonkan sebagai tanah pertanian.

Apakah rasuah atau faedah kepada pemilik tanah, Magnificent Emblem Sdn Bhd (MESB) apabila tiada sebarang faedah kerana tanah tersebut masih kekal dizonkan sebagai tanah pertanian?

Apabila MBPP menolak kebenaran merancang pada 1 Disember 2015, MESB tidak dibenarkan membayar yuran pengezonan semula untuk ia dizonkan kepada perumahan. Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC) yang diketuai oleh saya tidak campur tangan untuk mengarahkan MBPP supaya mengezonkan tanah tersebut kepada tanah perumahan.

Di manakah faedah yang menyalahi undang-undang atau kesalahan rasuah? Namun demikian saya berdepan hukuman penjara 20 tahun sedangkan tiada kelebihan diterima MESB!

Berbeza dengan hutang RM50 bilion dari skandal 1MDB atau RM4 bilion skandal derma yang mana bukan sahaja jelas merupakan manfaat atau faeah yang menyalahi undang-undang tetapi dana awam telah digunakan, namun tiada seorang pun telah dihukum atau ditahan kerana rasuah!

Hanya rakyat Pulau Pinang tahu

Pembelian rumah banglo saya adalah melalui pinjaman bank dan elaun saya sendiri sebagai Ketua Menteri. Tidak seperti kes rasuah yang melibatkan Bekas Menteri Besar Selangor Mohd Khir Toyo yang mana penjual telah mengalami kerugian sebanyak RM5 juta, penjual saya mendapat keuntungan kecil sebanyak RM300,000.

Dalam kes Khir Toyo, penjual merupakan pemaju perumahan yang mempunyai hubungan perniagaan yang aktif dengan Kerajaan Negeri Selangor, manakala penjual rumah saya bukan merupakan pemaju perumahan dan tidak mempunyai hubungan perniagaan yang aktif dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Tidak seperti kes Khir Toyo, tidak ada paksaan atau pilih kasih yang diberikan kepada penjual rumah banglo saya. Malah Khir Toyo tidak ditahan semalaman, tetapi saya ditahan selama 1 malam di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tidak ada sebab untuk saya tidak hadir ke mahkamah dan membuktikan saya tidak bersalah kerana BN pastinya akan mengatakan saya akan melepaskan dan melarikan diri.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada parti saya dan rakan-rakan Pakatan atas sokongan mereka kepada saya dan keluarga saya dalam tempoh yang mencabar ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang datang sendiri untuk menunjukkan sokongan dan saya terharu apabila ramai orang berbangsa Melayu dan India yang menangis dan berpelukan. Orang Melayu, Cina dan India ini tahu apa yang ingin dipertaruhkan oleh BN apabila memfailkan tuduhan rasuah kepada saya.

Rakyat Pulau Pinang telah mendapat manfaat daripada sumbangan wang di bawah Program i-Sejahtera Kerajaan Negeri Pulau Pinang di mana RM100 diberikan setiap tahun kepada warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya dan suri rumah. Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga memberikan bantuan pukat kepada nelayan sebanyak dua kali setahun.

Di bawah program yang sama, Kerajan Negeri memberikan RM600 kepada pemandu teksi, RM100 kepada penarik beca yang berdaftar, RM100 kepada Pelajar Sekolah Rendah Tahun 1 dan 4 dan Sekolah Menengah Tingkatan 1 dan 4, RM1000 one-off kepada pelajar tahun pertama universiti awam, RM1000 one-off untuk khairat kematian dan juga RM200 one-off kepada bayi yang baru dilahirkan di negeri ini.

Lebih daripada RM400 juta telah diberikan sejak tahun 2008 atau 12% daripada belanjawan tahunan. Sumbangan RM400 juta yang memberikan manfaat kepada mereka ini merupakan lebihan tahunan yang direkodkan kerana kita mentadbir kerajaan yang bersih.

Rakyat Pulau Pinang tidak pernah mendapat apa -apa sumbangan daripada Kerajaan Negeri BN sebelum ini. Tanpa kerajaan yang bersih, hampir 200,000 rakyat Pulau Pinang tidak akan menerima manfaat ini.

Rakyat Pulau Pinang marah apabila pemimpin kerajaan yang bersih kini didakwa kerana rasuah dan sumbangan RM400 juta untuk program i-sejahtera terancam. Saya ingin memberi jaminan kepada rakyat Pulau Pinang bahawa Kerajaan Pakatan dan pemimpinnya adalah bersih.

Tuduhan ini adalah pembohongan jahat dan merupakan konspirasi politik untuk memusnahkan saya. Kami akan berdiri bersama-sama dan tidak akan berputus asa untuk meneruskan impian kami untuk menjadi model pentadbiran Malaysia (tanpa GST dan tol yang tidak adil) yang bersih, mesra rakyat berdasarkan tender terbuka dan bukan kroni. – Roketkini.com

*Lim Guan Eng ialah Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga Setiausaha Agung DAP

Friday, July 01, 2016

Sebagai Seorang Bermoral Lim Harus Lepaskan Jawatan... -K/Pembangkang PP.

Berdasarkan Prinsip CAT, Guan Eng Harus Bercuti – Jahara

GEORGE TOWN- Berdasarkan prinsip kerajaan DAP Pulau Pinang iaitu Cekap, Amanah dan Telus (CAT), Ketua Menteri Lim Guan Eng yang didakwa di mahkamah semalam seharusnya mengambil cuti daripada pentadbiran kerajaan negeri.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid berkata sebagai kerajaan yang memperjuang CAT, Lim sepatutnya lebih memahami bahawa kes beliau belum selesai walaupun mahkamah membenarkan ikat jamin.
“Jadi sebagai seorang yang bermoral dan mempunyai sikap akauntabiliti, Lim harus melepaskan jawatannya atau bercuti sehingga namanya bersih daripada sebarang tuduhan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata walaupun Lim bukan seorang penjawat awam yang dilantik melalui Jabatan Perkhidmatan Awam yang tertakluk kepada Perintah Am, Lim harus faham bahawa pertuduhan itu dibuat berasaskan kedudukannya sebagai seorang penjawat awam selepas siasatan dijalankan.
Jahara yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Ayer Tawar berkata beliau percaya Lim akan mempunyai ruang dan peluang yang sepenuhnya untuk membuat pembelaan di mahkamah.
“Bagaimana pentadbiran kerajaan dapat berjalan lancar sekiranya ketuanya dibayangi tuduhan penyelewengan,” katanya.
Lim, 56, dituduh menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri untuk kepentingan peribadi dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan urusan menukar status sebidang tanah daripada tanah pertanian kepada tanah kediaman dan memindah miliknya kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.
Bagi tuduhan kedua, setiausaha agung DAP itu dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri secara rasuah sebidang tanah serta banglo di 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta.
Sementara itu, Jahara berkata ADUN Barisan Nasional (BN) telah menghantar surat cadangan mengenai Majlis Pengangkutan Negeri (MPN) kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow untuk membuat pindaan terhadap badan itu sebelum menerima pelantikan menganggotai jawatankuasa MPN.
Beliau berkata pindaan itu perlu bagi membolehkan MPN berfungsi sebagai sebuah jawatankuasa yang boleh bertanggungjawab untuk mengkaji, menilai dan memberi perakuan untuk kelulusan pelaksanaan projek-projek mega negeri.
“Pihak kami hanya akan menerima pelantikan ke dalam jawatankuasa sekiranya kesemua cadangan pindaan terma rujukan baharu itu dibuat oleh kerajaan negeri,” katanya.
Penubuhan MPN dipersejutui dalam sidang DUN lalu berikutan kontroversi pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan negeri yang menelan perbelanjaan sebanyak RM27 bilion selain bantahan pelbagai pihak terhadap projek tambakan laut di Permatang Damar Laut.
Pada 27 Mei lepas, kerajaan negeri mengumumkan pelantikan tiga wakil rakyat BN iaitu Jahara, ADUN Teluk Bahang Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah dan ADUN Bayan Lepas Nordin Ahmad bagi menganggotai jawatankuasa itu bersama-sama 51 yang lain termasuk kira-kira 10 wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) – BERNAMA

G/Eng Khianat, Ini Gerakan Dalaman Jatuhkan? Selamat Tinggal LGE!



PERGOLAKAN dalaman DAP di Pulau Pinang semakin memuncak. Mengikut sumber tertentu ada gerakan terancang dalam DAP Pulau Pinang yang ingin menyingkirkan CM Lim Guan Eng dari Pulau Pinang.


Antara rancangan tersebut adalah membongkar isu pembelian banglo di jalan PinHorn dan maklumat rahsia tersebut telah diserahkan oleh Pengerusi DAP Pulau Pinang kepada Parti Gerakan untuk menjatuhkan Lim Guan Eng setelah desakan dari DAP Pulau Pinang agar Lim Guan Eng kembali ke Melaka tidak diendahkan.

Pada 8 Mac 2008 di Hotel Hard Rock Café, Pulau Pinang. Lim Guan Eng telah mengambil jawatan Ketua Menteri yang sepatutnya diberi kepada Chow Kon Yeow. Antara perjanjian tersebut mengatakan bahawa Lim Guan Eng akan menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang selama sepenggal dan akan menyerahkan kepada Chow Kon Yeow. 

Tetapi Lim Guan Eng telah mengkhianati perjanjian tersebut.

Ramai ahli parti kanan DAP percaya perjanjian itu membolehkan Guan Eng menjadi Ketua Menteri hanya satu penggal sebelum diserahkan kepada Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.

Teh Yee Cheu Adun DAP-Tanjung Bunga seorang org kuat Chow Kon Yeow yang mendapat sokongan kuat di akar umbi DAP Pulau Pinang turut menyerang Lim Guan Eng dan membuat cadangan supaya penggal khidmat seorang Ketua Menteri Pulau Pinang dihadkan kepada dua penggal sahaja tahun lalu.

Umum mengetahui Teh Yee Cheu telah meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang 3 hari sebelum Konvensyen DAP Negeri Pulau Pinang bermula.

Lim Guan Eng tidak bertanding dalam pemilihan DAP Pulau Pinang, mungkin kerana beliau sudah menjadi Setiausaha Agong DAP Nasional... the supreme leader of DAP. Ini adalah penggal terakhir Lim Guan Eng boleh menjawat jawatan Setiausaha Agong DAP dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang. Ia akan berakhir sebelum penggal Parlimen ke-13 tamat tempoh.

Ini bermakna Lim Guan Eng bukan lagi Setiausaha Agong DAP menjelang PRU ke 14 nanti. Lim Guan Eng juga tidak disenangi oleh sebahagian besar pemimpin DAP Pulau Pinang yang melihat Lim Guan Eng sebagai "pemain impot" dalam politik Pulau Pinang.

Nampaknya agenda untuk menamatkan karier politik Lim Guan Eng telah berjaya.

Selamat Tinggal Lim Guan Eng.
Ditulis oleh :
Ahli DAP dan penganalisis politik Penang.

Kes Rasuah G/Eng, Pas Berprinsip Politik Islam

Oleh:
Afnan Hamimi Dato' Taib Azamudden
Penahanan Lim Guan Eng, Pas Kekal Berprinsip!
PRINSIP POLITIK ISLAM 

1. Mengikut prinsip Islam, seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah (presumption of innocence). Inilah keindahan syariat Islam yang sebahagiannya ditentang keras DAP dan rakan sekutunya. Prinsip dan syariat Islam ini sebenarnya terpakai kepada semua orang Islam, samada ketika berhadapan dengan orang Islam sendiri mahupun orang bukan Islam. 

Prinsip inilah yang dipegang PAS dalam berpolitik, samada ketika susah atau senang, ketika menang atau tewas, ketika berhadapan dengan kawan atau musuh, mahupun ketika DAP berseteru dengan PAS. Prinsip adil terhadap semua pihak ini merupakan sebahagian pelaksanaan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang dipraktikkan PAS. 


KES DSAI



2. Ketika Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dituduh dengan kes liwat, PAS juga menyatakan bahawa DSAI tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah melalui proses perundangan syariah. Bahkan, PAS menerbitkan buku khas mengenai Qazaf bagi memahamkan masyarakat betapa perlunya kes DSAI disiasat dibawah perundangan syariah.


KES MB SELANGOR



3. Ketika krisis Menteri Besar Selangor yang tercetus daripada Langkah Kajang yang dirancang demi memuaskan nafsu politik kotor pihak tertentu, PAS mengambil sikap yang sama menyatakan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. PKR akhirnya akur dengan pendirian PAS ini apabila meminta maaf secara terbuka terhadap TSKI, setelah Langkah Kajangnya hanya tinggal langkah. 

Lanjutan isu tersebut, ketika pihak istana meminta PAS mengemukakan nama calon MB yang baru daripada PAS, PAS tetap mengemukakan nama Dato' Seri Azmin Ali sebagai salah seorang calon. Walaupun ketika itu PAS berhak mengemukakan calon daripada PAS sahaja. PAS bersikap adil terhadap PKR atas sifat ia rakan tahaluf PAS, walaupun peluang besar boleh digunakan oleh PAS ketika itu untuk menjadi MB.

KES PEMECATAN AHLI MAJLIS PAS P.PINANG

4. Di Pulau Pinang, ketika PAS masih berkawan dengan DAP, PAS mengambil sikap menyatakan bantahan terhadap pembangunan tanah (yang dilihat menindas rakyat) secara tertutup melalui penyerahan memorandum dan pertemuan empat mata Presiden PAS dengan Ketua Menteri Pulau Pinang. Presiden PAS tidak benarkan sesiapapun bersamanya dalam pertemuan beliau dengan Lim Guan Eng (LGE) di KOMTAR, demi memelihara hubungan sebagai kawan. 

Apabila tidak berhasil, PAS mengemukakan bantahan tersebut di medan muktamar tahunan PAS. Hasilnya, wakil PAS yang berucap dipecat serta-merta tanpa dipanggil membela diri. Wakil PAS tersebut membawa kes ini ke mahkamah bagi memohon semakan kehakiman. Walau bagaimanapun, mahkamah memutuskan tindakan pemecatan tersebut sah di sisi undang-undang. Walaupun terluka, PAS akur terhadap keputusan tersebut kerana berpegang kepada prinsip keadilan dan menghormati institusi mahkamah.

KES PELANTIKAN TERUS JKKK DIKALANGAN AHLI PAS

5. Apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertindak melantik secara terus ahli-ahli PAS Pulau Pinang dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tanpa melalui PAS, PAS menyatakan rasa tidak senang dengan keadaan tersebut kerana lantikan dibuat atas kapasiti parti, bukan individu. Lantikan atas kapasiti parti sewajarnya melalui organisasi PAS terlebih dahulu. 

PAS yang sepatutnya menyerahkan nama cadangan ahli untuk dilantik sebagai JKKK kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, kerana PAS lebih mengetahui strategi dan keupayaan ahli-ahlinya. Rasa tidak senang tersebut disuarakan PAS di dalam mesyuarat Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang yang dipengerusikan LGE (selaku Pengerusi PR) di KOMTAR. Namun apabila perbincangan mengenai JKKK ini diutarakan, LGE bertindak keluar daripada mesyuarat bersama semua wakil DAP yang hadir. 

Ditinggalkan wakil PAS dan PKR sahaja untuk membincangkan agenda JKKK, tanpa LGE mempengerusikan mesyuarat dan menjadi orang tengah. Sikap berlepas tangan LGE ketika itu dihadapi oleh PAS dengan penuh berhemah, tidak mensensasikannya sebagai peluru yang menyerang rakan, kerana menjaga hubungan sebagai kawan. Situasi ini dilaporkan kepada pihak PAS Pusat untuk tindakan lanjut, dalam ruang lingkup hubungan PR (ketika itu).

6. Tidak cukup dengan itu, apabila PAS mengisytiharkan tahaluf siyasi dengan DAP terbatal, Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus melantik ahli-ahli PAS memegang jawatan JKKK, walaupun PAS telah mengarahkan ahli-ahlinya meletakkan jawatan JKKK. Pelik juga, disaat DAP mendakwa Kerajaan Negeri tidak terjejas tanpa penyertaan PAS, ahli PAS pula terus dilantik memegang jawatan JKKK. 

Majoriti ahli PAS yang dilantik tersebut, akur dengan arahan PAS supaya meletakkan jawatan. Namun sebahagiannya mengambil pendirian berbeza, kerana dihidangkan kemudahan dan peruntukan. Walaupun begitu, PAS tetap bertegas bahawa PAS tidak boleh bersama dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang setelah terbatalnya tahaluf siyasi dengan DAP, walaupun PAS kehilangan sebahagian ahlinya di Pulau Pinang yang memilih untuk terus setia bersama DAP. 

PANDANGAN PAS TIDAK DIPEDULIKAN

7. PAS Pulau Pinang pernah menyatakan bantahan terhadap cadangan DAP untuk menggubal enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan. PAS Pulau Pinang juga membantah penggunaan istilah 'kesaksamaan gender' supaya digantikan dengan istilah 'keadilan gender' yang lebih menepati Islam. Kedua-dua perkara ini dibantah PAS ketika mesyuarat bersama DAP dan PKR untuk merangka manifesto PR Pulau Pinang bagi berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-13. 

Namun, bantahan PAS tidak diendahkan, dua perkara yang dibantah PAS ini terus dilaksanakan. Walaupun demikian, sekali lagi PAS tidak mensensasikan perkara ini di media kerana memelihara hubungan kawan walaupun peluang terbentang luas. Sebaliknya PAS terus menggunakan saluran dalaman parti untuk terus menyatakan bantahan.

PAS TETAP MEMBANTAH

8. Semua bantahan-bantahan ini telah dibuat oleh PAS melalui wakilnya di dalam agensi-agensi kerajaan negeri yang berkaitan, mahupun di dalam pertemuan-pertemuan dengan pemimpin kerajaan negeri ketika PAS masih bersama PR di Pulau Pinang. 

Bantahan ini dibuat mengikut salurannya kerana sikap adil PAS terhadap rakan, tetap menyatakan kebenaran Islam walaupun kepada rakan. Setelah PAS tidak lagi bersama dalam PR di Pulau Pinang, barulah PAS bertindak menyuarakan bantahan secara terbuka khasnya di dalam isu pembangunan tanah di Pulau Pinang. 

KEJAHATAN DIBALAS KEBAIKAN

9. Walaupun demikian PAS diperlakukan di Pulau Pinang, diserang bertubi-tubi oleh LGE dan sekutunya, PAS tetap berpegang kepada prinsip keadilan politik Islam. Dalam isu pendakwaan LGE yang terkini, Presiden PAS tetap menegaskan bahawa LGE tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. 

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Ust Mohd Fauzi Yusof juga meminta supaya LGE diberikan hak dan ruang untuk membela diri di mahkamah. PAS berpegang kepada prinsip membalas kejahatan dengan kebaikan seperti yang ditegaskan Presiden PAS di dalam ucapan penangguhan Muktamar PAS baru-baru ini, berdasarkan ayat 33-35 surah al-Fussilat. 

PENUTUP

10. Inilah bezanya politik yang berlandaskan kepada prinsip Islam bertuhankan Allah SWT berbanding dengan politik yang bergelumangkan nafsu serakah tamak kuasa bertuhankan akal. Akal menilai bahawa PAS akan rugi dan musnah dengan pendekatan berprinsip begini. 

Kepada yang bertuhankan akal, silakan dengan telahan yang kononnya bijak tinggi melangit. Namun sejarah dan pengalaman membuktikan bahawa yang berprinsip pasti menang, yang bertuhankan akal tersungkur ke bumi!

PRINSIP POLITIK ISLAM

Afnan Hamimi Dato' Taib Azamudden
25 Ramadhan 1437H / 30 Jun 2016
#InilahPenyelesaianKita
#BertekadMelebarMuafakat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails