Friday, July 01, 2016

Lim Guan Eng Bertegas Masih Lagi Ketua Menteri

LGE

GEORGE TOWN – Sekiranya bab orang lain mereka ini cukup garang melompat desak segera letak jawatan segala macam jika dituduh di mahkamah. Namun bila kena batang hidung sendiri lain ceritanya.

Mungkin ramai masih ingat lagi bagaimana Dr. Mohamad Khir Toyo terpaksa berundur jawatan menteri besar Selangor dalam kes menyerupai Lim Guan Eng akibat desakan pembangkang demi menjaga integriti kerajaan.
Malangnya Guan Eng yang dihadapkan ke mahkamah di sini hari ini atas dua pertuduhan salahguna kuasa dan rasuah dengan tegas sebaliknya berkata setakat ini beliau masih lagi kekal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.
Ditanya soal cepumas itu oleh wartawan dalam sidang akhbar selepas kesnya dibawa ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang,Guan Eng hanya berdalih dengan menyerahkan soal kedudukan dirinya itu kepada parti.
Sidang akhbar khas tersebut diadakan di dewan bandaraya George Town bersebelahan dengan Padang Kota Lama yang terletak tidak jauh daripada kompleks mahkamah Pulau Pinang dan bangunan Dewan Undangan Negeri.
Kata Guan Eng, kepimpinan DAP akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk membuat keputusan. Namun beliau seperti biasa mendakwa konon sebagai tidak bersalah dan akan lawan kesnya itu secara habis-habisan.
Sementara itu Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman dalam satu kenyataan kata Guan Eng perlu segera melepaskan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.
Malah Guan Eng perlu segera berundur daripada jawatan-jawatan yang disandang beliau dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang sehingga perbicaraan kes rasuah beliau itu selesai sepenuhnya.
Katanya tindakan ini adalah perlu bagi menjamin integriti jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang tidak dipertikaikan dan menjadi bahan jenaka pelbagai pihak pula.
“Ini bukan pertama kali seorang pemimpin negeri didakwa di Mahkamah atas tuduhan rasuah. Ini bukan pendakwaan politik (political persecution) kerana yang didakwa adalah seorang pemimpin parti pembangkang.
“Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat setelah siasatan yang teliti, rapi dan professional dilaksanakan oleh SPRM.”
“Kita difahamkan seramai lebih 90 orang individu telah dipanggil oleh SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang.
“Ia melibatkan skandal dalam pembelian sebuah banglo di bawah harga pasaran daripada seorang ahli perniagaan yang dikatakan ada urusan perniagaan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.”
“Undang-undang dilaksanakan dengan adil dan saksama tanpa mengira pangkat, bangsa, agama atau pegangan politik; yang tertuduh diberi peluang seluas-luasnya untuk membela diri di mahkamah.
“Begitu jugalah Lim Guan Eng akan berpeluang untuk membela dirinya di Mahkamah nanti.,” katanya.

6 comments:

Anonymous said...

tak reti beza ka kdudkan LGE boleh pengaruh peguam negara ka?KPN ka???SPRM???
pikiaq pakai akai............bkn ikut nafsu

Anonymous said...

Filem terbaru: Pirates of the Tipustan Island 2016
Penerbit: Bodowood
Sinopsis filem:

Ketua Lanun Pulau Tipustan seperti biasa mendakwa dirinya tidak bersalah dan dia akan lawan kesnya itu secara habis-habisan walaupun tentera laut Blitish telah menangkap dia semasa dia sedang menyamun secara terang-terangan.

Ketua penyamun berkata dia menyerahkan soal kedudukan dirinya itu kepada pasukan lanun Pulau Tipustan dan kepimpinan lanun akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk membuat keputusan tentang jawatannya dalam pasukan penyamun. Setakat ini dia mendakwa dia masih lagi kekal sebagai Ketua Lanun Pulau Tipustan.

Lanun-lanun lain sangat mengharapkan dia dipenjarakan supaya lanun lain boleh melobi dan berpeluang menjadi ketua penyamun yang baru di Pulau Tipustan.

Anonymous said...

Kedegilan ketua muayriqin penang sama taraf dengan kedegilan kaum yahudi bani qainuqa. Tapi apa kan daya PAN amat mengagungkan ketua musyriqin penang. Dulu di madinah zaman awal islam Abdullah bin ubay memang mengagungkan musyriqin makkah dan yahudi qainuqa.madinah.

Wahai kaum2 PAN, bertaubatlah kamu

Ibnu Hasyim said...

Anon July 1, 2016 at 3:30 AM

Ini komen menarik. Saya angkat dan ketengahkan. Lihat artikel seterusnya.. Tq, pengomen.

Anonymous said...

Blog ni patut sembang seks je. Bila sembang politik je, cam cibai... puasa2 pun tak insaf...

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails