Tuesday, June 28, 2016

RM50,000 Sehari Judi Bola Sepak Terdedah, Kerana Guru Kencing Berdiri..

 SEBAHAGIAN suspek diberkas selepas disyaki terlibat dalam sindiket judi online di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur kelmarin.
KUALA LUMPUR – Seramai sembilan individu dipercayai terlibat dengan sindiket kegiatan judi bola sepak yang meraih pertaruhan sehingga RM50,000 sehari diberkas menerusi Op Soga VI di sebuah kondominium mewah di Jalan Kia Peng di sini kelmarin.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Roslee Chik berkata, kesemua suspek ditahan di kondominium berkenaan yang digunakan sebagai pejabat menguruskan operasi perjudian online dalam serbuan pada pukul 12.05 tengah malam.
“Siasatan awal polis mendapati, sindiket tersebut dipercayai aktif sejak awal Januari lalu menggunakan platform media sosial seperti Facebook, WeChat dan WhatsApp untuk mencari pelanggan.
“Polis juga percaya sindiket itu baru sahaja berpindah dari Pulau Pinang ke ibu negara dalam usaha mereka mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
KOmen Weblog Ibnu Hasyim: Sindiket kegiatan judi bola sepak yang meraih pertaruhan sehingga RM50,000 sehari kini terdedah. Salah satu sebab berlakunya ialah kerana kerajaan sendiri pun menjadi penaja judi atau jadi taukeh judi.. Guru kencing berdiri mengapa murid tidak boleh kencing berlari pecut?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails