Thursday, June 30, 2016

Penyelesaian Masalah S'ngor Menurut Sallehen Mukhyi. Hidupkan Kembali PR.

Post Pic
SHAH ALAM: Hidupkan kembali Pakatan Rakyat (PR) jika PAS, DAP dan PKR tidak mahu serahkan Selangor kepada Umno Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), cadang ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi.

Ujar Sallehen mengadakan kembali persefahaman antara tiga parti itu adalah cara paling berkesan untuk parti pembangkang mengelakkan berlakunya pertandingan tiga penjuru seterusnya mendepani Umno BN secara tuntas.

"Kita boleh kembali balik pada tahun 2008. Wujudkan satu persefahaman dalam politik. Sebab uniknya di Selangor walaupun kita bertengkar di luar (tapi) dalam konteks kerajaan negeri masih lagi ditunjangi tiga parti penting ini. 
"Tapi itu pun (perlu) lalui satu proses yang akan diputuskan secara prinsipnya oleh Majlis Syura Ulama. Tapi bagi saya, kita tak (perlu) bergabung (cuma persefahaman).
"Kalau tidak, takkan ada satu penyelesaian dalam konteks politik di Selangor. Selain daripada terima realiti, PRU akan datang kita akan bertembung lagi (rebut kerusi lagi) dan kita serah Selangor pada BN," ujarnya ketika ditemubual secara eksklusif Antarapos.

Tambahnya lagi jika cadangan seumpama itu tidak dipertimbangkan, PAS, DAP serta PKR akan terus berebut kerusi yang akhirnya menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru dalam PRU akan datang. Jika itu yang berlaku, tentunya peluang untuk Umno BN memenangi kerusi tertentu semakin cerah.

Sallehen yang juga bekas Exco Selangor menambah, jika DAP dan PKR turut merasakan wujudkan kembali Pakatan Rakyat sebagai yang terbaik untuk  berdepan dengan Umno BN, parti-parti itu perlulah merendahkan ego dan menghormati PAS.

"Persefahaman yang membawa wujudnya Pakatan Rakyat itu boleh diwujudkan kembali. (Tapi) DAP kena hormati prinsip Islam yang kita bawa sebagaimana kita hormat prinsip demokrasi DAP bawa.
"DAP kena bersedialah sebab nanti DAP akan dilihat sebagai berasa kalah dan sebagainya. Kita nak bagitahu PAS tetap pertahankan prinsip. Kita banyak cara (jalan) ke Putrajaya tetapi kita tidak putus harapan dengan hanya semata-mata pilihan raya tak dapat Putrajaya," ujarnya.

Meskipun bersedia untuk kembali berhubungan dengan DAP dan PAs, Sallehen begaimanapun masih kritikal terhadap Amanah, yang kini membentuk Pakatan Harapan bersama DAP dan PKR.

"Saya tak sebut tentang PAN (Amanah) sebab parti itu tidak wujud dalam konteks pentadbiran kerajaan negeri.
"PAN kita serahkan pada DAP dan PKR. Mungkin kalau DAP nak bagi kerusi pada dia sebab DAP dah buat kenyataan bahawa PAN hanya boleh tanding di kawasan majorit bukan Islam, jadi DAPlah bagi kerusi pada PAN," ujarnya lagi.

PAN adalah parti serpihan PAS yang ditubuhkan sekelompok bekas pemimpin parti itu selepas kecundang dalam pemilihan parti Jun 2015. Ditanya apakah tempoh masa tidak sampai dua tahun ini, PAS, DAP dan PKR mampu capai kata sepakat atau tidak, Sallehen optimis perkara itu boleh dilaksanakan.

"Ibarat orang yang dah rasa sangat nak terberak, ada saja jalan yang nak buang najis dia. Kotorlah sikit tapi itu ibaratnya," kata Sallehen. (Antarapos)

12 comments:

Anonymous said...

Hihihihi.....risau takut tak ada jawatan excommunicated..kee...?
Koo ingat dap nk maafkan pas setelah di cerca dgn kapir harbi....? Hooooooi hudoh sgt laa....koo org pas..... sg besar pas kalah dgn AMANAH....koo kata AMANAH tk ujud....koo dh chai ke 4 no ekonomi kt KTM.....? Kooo semak semak balik semua kenyataan presiden koo..... kannnn dpt derma rasuah dr najis 15 org.

ISMAIL ISHAK said...

Kalau tak nak sudah, tak payahlah dok cakap lebih sangat.

ISMAIL ISHAK said...

Kalau tak nak sudah, tak payahlah dok cakap lebih sangat.

ISMAIL ISHAK said...

Kalau tak nak sudah, tak payahlah dok cakap lebih sangat.

Anonymous said...

Anony 6.28..

kau lah yang sebenarnya risau.. kau sebenarnya tak nak lihat selangor ni ada PR lagi.. kau takut kalau PR bersatu balik..

Tahniah Yb Sallehen yang berpandangan jauh..

Anonymous said...

asssalamulaikum tuan Saehhen ,tak takut berdosa ke bercanggah dengan ulamak dunia tu?.nanti tuan pula akan dipecat dari parti Pas Pis Pus.

Anonymous said...

orang pas cuba bertenang sekejap, fikir baik baik, nak menang pilihanraya ke atau tak. jangan la dok bangga dgn undi teras 50% ke 60% ke sebab boleh menang ke dgn jumlah tu...pas yg patut buang ego dan angkuh kalau nak PR hidup semula..awak tu sorang yang lain tu bertiga. tak kan kerana dah berumur 60 tahun semua yg kamu buat betul.

inilah padahnya bila ada kambing yg keluar dari kawanan dan cuba berbaik dan nak nasihat serigala pula.

Anonymous said...

60 tahun tu dah tua la..ingatkan bila dah makin tua makin nak cari ramai sahabat sebab sapa nak tolong pimpin jalan nanti dan sapa pula nak urus berak kencing nanti..ini tak makin tua makin takbur, semua nak dijadikan musuh, dia sorang saja yg betul..

sebelum nak jadi penasihat umunu bersihkan dulu MENDELIAR yg ada dikeliling presiden tu. pas rosak kini bukan kerana g18 tapi kerana geng mendeliar dan geng ostaz kopiah longgar yang asyik dok kafirkan orang saja.

Anonymous said...

Puas dah memikir puak pan oii.. sbb tu tkmok pilih kat hang..

Anonymous said...

Macai pandap meroyan tak makan kulit babi lagi

Anonymous said...

Pas terbaik.

Anonymous said...

Puak anti islam meroyan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails