Saturday, July 02, 2016

Ini, LGE Jawab Beladiri.. Salahkan BN & Raih Simpati Rakyat -Roketkini.com

1 Julai 2016 oleh

Lim Guan Eng

Apabila Barisan Nasional (BN) dan Menterinya melancarkan “pendedahan” secara besar- besaran terhadap apa yang kononnya skandal rasuah saya kerana membeli rumah banglo dengan harga yang murah, mereka mengaitkannya dengan penjualan tanah kerajaan di Taman Manggis seluas 1 ekar untuk projek hospital.

Mereka mendakwa bahawa tanah tersebut adalah untuk golongan miskin. Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah banyak kali mengulang bahawa Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang ingin membangunkan tanah Taman Manggis secara komersial.

Ia sebenarnya tiada kaitan dengan pembelian rumah banglo saya kerana tanah Taman Manggis telah dijual kepada pembida tertinggi melalui tender terbuka yang kompetitif, BN masih meneruskan konspirasi dan serangan politik mereka.

Kedua-dua tuduhan rasuah terhadap saya akhirnya mendedahkan bahawa konspirasi politik Barisan Nasional (BN) dan pemimpinnya, terutama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan yang bukan sahaja pengecut dan pembohong, tetapi juga munafik.

Tiada sebarang tuduhan rasuah ke atas saya berhubung dengan Taman Manggis. Walaupun cuba untuk memperbesarkan dan mengugut supaya berdebat secara terbuka oleh Abdul Rahman yang akhirnya pengecut untuk melakukannya, tiada langsung hasil siasatan tanah Taman Manggis yang sekaligus membuktikan pembohongan BN.

Sebaliknya, saya didakwa untuk kesalahan rasuah yang tidak wujud dan sama sekali tidak melibatkan penjualan tanah Taman Maggis kepada KLIDC. 

Saya berdepan dengan seluruh jentera Kerajaan Persekutuan BN yang mahu memenjarakan saya selama 20 tahun untuk kesalahan rasuah yang tidak wujud kerana meluluskan pengezonan semula sebidang tanah di Balik Pulau daripada tanah pertanian kepada tanah perumahan yang mana ia masih kekal sebagai tanah pertanian kerana Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menolak pengezonan semula kepada tanah perumahan dan tanah tersebut masih kekal dizonkan sebagai tanah pertanian.

Apakah rasuah atau faedah kepada pemilik tanah, Magnificent Emblem Sdn Bhd (MESB) apabila tiada sebarang faedah kerana tanah tersebut masih kekal dizonkan sebagai tanah pertanian?

Apabila MBPP menolak kebenaran merancang pada 1 Disember 2015, MESB tidak dibenarkan membayar yuran pengezonan semula untuk ia dizonkan kepada perumahan. Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC) yang diketuai oleh saya tidak campur tangan untuk mengarahkan MBPP supaya mengezonkan tanah tersebut kepada tanah perumahan.

Di manakah faedah yang menyalahi undang-undang atau kesalahan rasuah? Namun demikian saya berdepan hukuman penjara 20 tahun sedangkan tiada kelebihan diterima MESB!

Berbeza dengan hutang RM50 bilion dari skandal 1MDB atau RM4 bilion skandal derma yang mana bukan sahaja jelas merupakan manfaat atau faeah yang menyalahi undang-undang tetapi dana awam telah digunakan, namun tiada seorang pun telah dihukum atau ditahan kerana rasuah!

Hanya rakyat Pulau Pinang tahu

Pembelian rumah banglo saya adalah melalui pinjaman bank dan elaun saya sendiri sebagai Ketua Menteri. Tidak seperti kes rasuah yang melibatkan Bekas Menteri Besar Selangor Mohd Khir Toyo yang mana penjual telah mengalami kerugian sebanyak RM5 juta, penjual saya mendapat keuntungan kecil sebanyak RM300,000.

Dalam kes Khir Toyo, penjual merupakan pemaju perumahan yang mempunyai hubungan perniagaan yang aktif dengan Kerajaan Negeri Selangor, manakala penjual rumah saya bukan merupakan pemaju perumahan dan tidak mempunyai hubungan perniagaan yang aktif dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Tidak seperti kes Khir Toyo, tidak ada paksaan atau pilih kasih yang diberikan kepada penjual rumah banglo saya. Malah Khir Toyo tidak ditahan semalaman, tetapi saya ditahan selama 1 malam di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tidak ada sebab untuk saya tidak hadir ke mahkamah dan membuktikan saya tidak bersalah kerana BN pastinya akan mengatakan saya akan melepaskan dan melarikan diri.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada parti saya dan rakan-rakan Pakatan atas sokongan mereka kepada saya dan keluarga saya dalam tempoh yang mencabar ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang datang sendiri untuk menunjukkan sokongan dan saya terharu apabila ramai orang berbangsa Melayu dan India yang menangis dan berpelukan. Orang Melayu, Cina dan India ini tahu apa yang ingin dipertaruhkan oleh BN apabila memfailkan tuduhan rasuah kepada saya.

Rakyat Pulau Pinang telah mendapat manfaat daripada sumbangan wang di bawah Program i-Sejahtera Kerajaan Negeri Pulau Pinang di mana RM100 diberikan setiap tahun kepada warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya dan suri rumah. Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga memberikan bantuan pukat kepada nelayan sebanyak dua kali setahun.

Di bawah program yang sama, Kerajan Negeri memberikan RM600 kepada pemandu teksi, RM100 kepada penarik beca yang berdaftar, RM100 kepada Pelajar Sekolah Rendah Tahun 1 dan 4 dan Sekolah Menengah Tingkatan 1 dan 4, RM1000 one-off kepada pelajar tahun pertama universiti awam, RM1000 one-off untuk khairat kematian dan juga RM200 one-off kepada bayi yang baru dilahirkan di negeri ini.

Lebih daripada RM400 juta telah diberikan sejak tahun 2008 atau 12% daripada belanjawan tahunan. Sumbangan RM400 juta yang memberikan manfaat kepada mereka ini merupakan lebihan tahunan yang direkodkan kerana kita mentadbir kerajaan yang bersih.

Rakyat Pulau Pinang tidak pernah mendapat apa -apa sumbangan daripada Kerajaan Negeri BN sebelum ini. Tanpa kerajaan yang bersih, hampir 200,000 rakyat Pulau Pinang tidak akan menerima manfaat ini.

Rakyat Pulau Pinang marah apabila pemimpin kerajaan yang bersih kini didakwa kerana rasuah dan sumbangan RM400 juta untuk program i-sejahtera terancam. Saya ingin memberi jaminan kepada rakyat Pulau Pinang bahawa Kerajaan Pakatan dan pemimpinnya adalah bersih.

Tuduhan ini adalah pembohongan jahat dan merupakan konspirasi politik untuk memusnahkan saya. Kami akan berdiri bersama-sama dan tidak akan berputus asa untuk meneruskan impian kami untuk menjadi model pentadbiran Malaysia (tanpa GST dan tol yang tidak adil) yang bersih, mesra rakyat berdasarkan tender terbuka dan bukan kroni. – Roketkini.com

*Lim Guan Eng ialah Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga Setiausaha Agung DAP

8 comments:

Anonymous said...

Memang laknat kapir harbi ni,tapi lebih laknat lagi hadi ping yang menjadi penasihat tuang guru najib tuya penyamun duit rakyat

Anonymous said...

Kumpulan JJlge meroyan lagi. Apa JJlge?

Anonymous said...

Tidak seperti kes rasuah yang melibatkan Bekas Menteri Besar Selangor Mohd Khir Toyo yang mana penjual telah mengalami kerugian sebanyak RM5 juta, penjual saya mendapat keuntungan kecil sebanyak RM300,000.

Komen:

Jika harga pasaran rumah banglo berkenaan bernilai RM4.27 juta tetapi dijual pada harga RM2.8 juta, penjual akan mengalami kerugian = RM4.27 juta - RM2.8 juta
= RM1.47 juta

Mengapa penjual banglo sanggup mengalami kerugian besar sebanyak RM1.47 juta?
Bukankah kes ini mempunyai persamaan dengan kes Mohd Khir kerana penjual mengalami kerugian besar?

Anonymous said...

Ketua Musyrikin Penang sepatutnya letak jawatan untuk siasatan SPRM sepertimana dia desak PM letak jawatan.

Unknown said...

Anta nok tanggung dosa fitnah yang disebar ni cukup lah kita ni jadi penyambung lidah syaitan

Unknown said...

Anta nok tanggung dosa fitnah yang disebar ni cukup lah kita ni jadi penyambung lidah syaitan

Anonymous said...

Lidah syaitanlah yang menyokong Ketua Musyrikin Penang dan sifu-sifu roket menghina, memburuk-burukkan dan menentang ajaran Islam dan hukum Allah seperti khutbah Jumaat, pakaian menutup aurat, Hudud dll. Mereka jugalah yang menyebar fitnah untuk memburuk-burukkan ulama Islam dan ajaran Islam dan menghasut orang ramai menentang Islam.

Anonymous said...

Buat ketua musrikin diucapkan PADAN MUKA..kahkahkah..dan dgn pertanyaan penuh syahdu ,BILA NK LETAK JAWATAN?? masa kes toyo dulu kemain suh khir letak jawatan, kena btg idung sendrik mcm2 alasang,, bodo punya apek!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails