Thursday, June 30, 2016

Penyerang Real Madrid, Karim Benzema Berbuka Puasa Tanda Islamnya..


SUKAN

MADRID – Memasuki akhir Ramadan, bulan suci oleh umat Islam, penyerang Real Madrid, Karim Benzema memuat naik sebuah foto di Instagramnya yang menggambarkan kegiatannya selama Ramadan.

Pemain skuad Perancis yang bermain dalam saingan Piala Eropah 2016 itu, menampilkan gaya tersendiri bagaimana aksi penyerang kelab Lyon tersebut mampu boleh berpuasa penuh.

Melalui akaun Instagram peribadinya, penyerang berusia 28 tahun tersebut memuat naik foto sedang menikmati makanan waktu berbuka dan Karim kelihatan berselera menjamah makanan di piringnya itu.

“Selamat makan kawan-kawanku,” kata Karim dalam tajuk foto tersebut.

Menurutnya, dalam foto tersebut, menu berbuka puasa Karim juga menandungi hidangan seperti nasi.
Karim memang sangat terkenal sebagai seorang Muslim yang teguh berpuasa.
Selain itu, dia juga mempunyai kebiasaan yang unik sebelum memasuki musim Liga Sepanyol bersama Real Madrid, iaitu mendengarkan ayat-ayat suci al-Quran di tempat duduk pemain gantian.

Itulah antara tanda-tanda dia seorang Islam. Moga-moga pemain-pemain Islam di Malaysia pun tidak melepaskan peluang berbuka puasa begitu.(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails