Tuesday, June 28, 2016

Kelab Malam Dibom, Pagi Tadi, Lagi Bukti Pusat Hiburan Pusat Maksiat.

letop4

PUCHONG – Sekurang-kurang lapan cedera dalam kejadian letupan dipercayai menggunakan molotov cocktail di pub di Puchong Jaya, berhampiran IOI Mall, di sini, awal pagi tadi.

Difahamkan, dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, kira-kira 20 individu sedang menonton perlawanan bola sepak Euro 2016. Seorang saksi mendakwa, ketika kejadian terdapat sekumpulan lelaki membaling objek sebelum letupan kuat kedengaran.
“Letupan menyebabkan cermin pub pecah dan orang awam yang berada di lokasi cedera.
“Tidak lama kemudian ambulans datang dan membawa mangsa ke hospital,” katanya.
Setakat ini jumlah sebenar yang cedera masih belum dapat dipastikan. 
Lapor myMetro Online
6 Cedera Kejadian Letupan Di Pub Di Puchong Jaya

letop


letop2

letop3

letop5

anjing

Memetik laporan The Star, ketika kejadian pengunjung yang berada di pub sedang menonton siaran langsung Euro 2016 yang menampilkan pasukan England dan Iceland.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Puchong dilaporkan menerima laporan kejadian kira-kira pukul 3 pagi.
Lima daripada mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan manakala tiga lagi dihantar ke Hospital Sunway.
Sebuah kereta yang diletakkan kira-kira 30 meter dari pusat hiburan itu, turut mengalami kerosakan.
Sekumpulan anggota Unit Forensik polis dilihat melakukan siasatan di lokasi kejadian dan unit pengesan anjing K9 difahamkan menemui kesan ball bearing pada kerusi dan meja di luar pub.
Suspek kejadian itu masih dijejaki.
Lagi bukti, pusat hiburan di Malaysia sekarang ini bukan tempat hiburan sebenarnya, ia adalah pusat maksiat. Patut dihapuskan saja atau ditangani sebaik-baiknya segera? (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails