Friday, June 15, 2012

Syed Syeikh Al-Hadi &Pulau Pinang

 Syed Syeikh Al-Hadi Biografi &Pemikiran (3)

Masjid Kpitan Keling Pulau Pinang


MENGAPA dikatakan pemikiran Syed Syeih Al-Hadi, sukar diterima di Singapura, Johor bahru, dan Melaka, rupanya disenangi di Pulau Pinang? Apakah kelebihan Pulau Pinang dan bagaimana idea progesif yang melangkaui zamannya ini mampu bertapak dan membina bentuknya di negeri ini? Apakah inti  pemikiran dan kaedah beliau mampu kita teladani dan manfaatkan untuk masa kini?

Mari kita lihat sejarah?

Pulau Pinang termasuk dalam Negeri-negeri Selat. Penempatan Selat koloni diraja Britain diwujudkan pada 1826. Negeri-negeri Selat ini terdiri dari negeri Pulau Pinang, Melaka, Singapura dan Dindings, Perak (Manjung). Kesemua negeri ini dahulunya di bawah jajahan takluk British. Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor sementara Melaka dan Singapura ditadbir oleh Residen.

Pada tahun 1826, ketiga-tiga negeri tersebut digabungkan bagi membentuk Negeri-negeri Selat. Penggabungan itu bertujuan untuk menyeragamkan serta menjimatkan perbelanjaan pentadbiran. Negeri-negeri Selat, atau juga dikenali sebagai Kawasan Penempatan Selat. Yang juga merupakan gabungan dari kawasan - kawasan yang dimiliki oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Asia Tenggara.

Kawasan yang mana telah diberi Pemerintahan Kolektif pada tahun 1826 sebagai Koloni Mahkota, juga diberi kepada protectorates iaitu merujuk kepada "native princely states" yang meliputi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
  • Awalnya, Negeri-negeri Selat ini merangkumi Pulau Pinang (juga dikenali sebagai Pulau Prince of Wales),  
  • Singapura
  • Kepulauan dan Jajahan Dindings (Wilayah ini dikenali sebagai Daerah Manjung dan menjadi sebahagian Negeri Perak),  
  • Seberang Perai (juga dikenali sebagai Province Wellesley),  
  • Melaka
  • Pada 30 Oktober 1906 Labuan menyertai Negeri-negeri Selat. Labuan menjadi sebahagian negeri Sabah pada tahun 1963 dan kemudiannya menjadi Wilayah Persekutuan pada tahun 1984
  • dan Pulau Krismas serta Kepulauan Cocos-Keelings, kini ditadbir oleh Australia.
Begitu ringkasnya...

Satu: Maka melihat kepada latar belakang sejarah ini, masyarakat Pulau Pinang menjadi 'masyarat yang terbuka', masyarakat pelbagai kaum dan masyarakat pendatang. Terdiri dari bangsa-bangsa berasal dari negara China, India, Arab, Eropah, Aceh, Jawa, Yahudi dan lain-lain. Dalam masyarakat beginilah biasanya, pemikiran-pemikiran baru mudah berkembang.


Dua: Negeri-Negeri Selat menjadi  negeri yang maju dalam struktur pembangungan, kewujudan kemudahan asas dan media cetak, berbanding negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Hal ini memberi peluang Syed Syeikh Al-Hadi menerbitkan akhabar, buku bahkan menjadi pencetak sendiri.

 Tiga: Mengaapa di Pulau Pinang, tidak di Singapura, Johor dan Melaka? Mungkin kerana ramai individu-individu dan persekitaran yang sesuai dengan pemikirannya mampu dikumpulkan. Sekolah Al-Mashoor  dapat dipertahankan lama, dan wujud hingga sekarang..

Kesan Dan Manfaat Hingga Kini.:

Kesan dan manfaat Gerakan Pemikiran atau Reformis Islam itu terbukti dengan berkembangnya Sekolah Agama Al-Mashhor Pulau Pinang, penubuhan awalnya di Lebuh Tek Soon di tapak KOMTAR sekarang. Kalau gerakan Islam sebelumnya berkembang di pusat-pusat pengajian Pondok maka gerakan ini berkembang pesat di bandar-bandar, di Pualau, Pinang, Singapura dan Melaka. Ramai dari tokoh-tokoh agama lahir dari sekolah agama tersebut.


Begitu juga kesedaran politik dan berpesatauan sebelum merdeka begitu bersemarak di Pulau Pinang. Lahirnya banyak persatuan poitik, kebajikan, dan sebagainya. Contohnya, PAS sendiri ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun1951. Salah seorang tokoh penajanya adalah seorang Cina Muslim, yang pernah menjadi Naib Yang Dipertua PAS yang pertama. Beliau juga orang yang pertama menubuhkan sistem pendidikan pondok di pulau (tidak termasuk Seberang Prai) di Bayan Lepas Pulau Pinang.


Ahli Parlimen PAS yang pertama dalam pilihanraya umum 1955 memenangi 1 dari 52 kerusi parlimen ialah orang Seberang Prai di Pulau Pinang. Memenangi kawasan parlimen Krian, Perak.


Bersambung Insya Allah.


Jangan Buat P/raya Musim Haji -N/Aziz

OTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, haji bukan ibadat yang perlu disegerakan. Mursyidul Am Pas itu berkata, Rasulullah SAW sendiri menunaikan haji pada tahun ke 10 Hijrah meskipun wahyu wajib haji turun pada tahun keenam Hijrah lagi.

"Ini menandakan ibadat haji tidak mesti dibuat segera," katanya. Nik Aziz berkata, perkara itu yang membuat beliau berasa pelik terhadap sistem haji di negara ini.

"Apa yang pelik berlaku di tempat kita, apabila tersenarai nama di Tabung Haji, kena pergi selalu (segera). Nabi Muhammad sendiri tunai haji pada tahun ke-10," katanya.

Dalil itu, kata Nik Aziz menunjukkan Islam membenarkan penganutnya menangguhkan haji walaupun sudah tersenarai dalam kumpulan yang layak menunaikan ibadat tersebut. Dalam pada itu, beliau tetap meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memberi jaminan tidak akan mengadakan pilihan raya pada musim haji kerana ibadat itu sangat penting bagi umat Islam.

"Isu ini tak akan berbangkit kalau Umno yang jadi kerajaan faham kepentingan orang Islam. Fahamlah sikit bagaimana susah orang nak pergi haji, baik Pas mahupun Umno. Bukan senang nak dapat peluang buat haji.

"Oleh itu, saya minta janganlah buat pilihan raya pada musim haji dan juga pada musim perayaan," katanya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika ditanya pendiriannya mengenai kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilaporkan telah menasihatkan ahli parti itu supaya menangguhkan ibadat haji tahun ini jika pilihan raya diadakan pada musim haji.

Tuan Ibrahim dalam e-mel terbarunya semalam bagaimanapun menjelaskan, kenyataan beliau pada 5 Jun yang disiarkan portal berita Selangorku itu telah diputar belit daripada maksud asal yang hanya menjurus kepada calon, wakil  atau ejen parti seperti pengarah pilihan raya.

Menurut Tuan Ibrahim, tujuan kenyataannya itu adalah supaya Perdana Menteri sendiri memberi jaminan pilihan raya tidak akan diadakan pada musim haji seperti yang berlaku pada 1985.

"Bila pilihan raya akan diadakan memang tiada siapa yang tahu. Adakah pada musim haji? Jawapannya, mungkin. Jika pada musim haji, wajar atau tidak? Jelas tidak. Ada jaminan untuk tidak ada pilihan raya pada musim haji?  Jawapannya, tidak ada. "Sebab itu Pas mendesak Perdana Menteri jaminan, dan kita tekankan jika demi untuk menang Umno buat pilihan raya pada musim haji, mereka yang terlibat ini kita kita minta tangguh haji. Mereka ialah  calon, wakil calon dan ejen parti sebab golongan ini dalam Pas, ramai yang sudah haji," katanya.(SH)

Gro, Bila Lagi Akan Selesai, Terjun Bangunan Pula?


GRO warga China diselamatkan anggota bomba selepas cuba terjun bagi mengelak ditangkap dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Rasah Jaya, Seremban malam kelmarin.

SEREMBAN - Seorang pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga China yang takut dicekup anggota Imigresen bertindak nekad berdiri di atas kompresor alat pendingin udara di tingkat dua sebuah pusat hiburan di Rasah Jaya di sini malam kelmarin.

Wanita berusia 30-an tersebut turut mengancam untuk terjun walaupun dipujuk oleh anggota Imigresen.
Kejadian cemas yang berlarutan selama sejam itu bermula apabila sepasukan anggota Imigresen menyerbu pusat hiburan berkenaan pada pukul 11 malam.

Ketika serbuan, seramai 30 GRO yang lain bertindak menyembunyikan diri di bahagian bumbung premis setinggi dua tingkat itu.

Bagaimanapun, drama tersebut berakhir selepas pihak Imigresen meminta bantuan daripada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Rahang di sini untuk membawa turun wanita itu.(Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Bila lagi masalah GRO akan selesai di  negara ini? Apakah pemimpin-pemimpin kita kita sudah kekeringan idea dan tumpul pemikiran untuk cari formula penyelesaian? Mengapa tidak mahu cuba penyelesaian menurut Islam? Masih tidak yakin dengan penyelesaian Al-Quran? Atau sudah buta Al-Qurankah? (IH)

Takziah, Kepergian 'Bapa Tarbiah PAS', Ust Yahya.

 
KL Weblog Ibnu Hasyim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Datuk Ustaz Yahya Othman (gambar) di atas kematian Ustaz Yahya. Kematian bekas anggota jawatankuasa Majlis Syura Ulamak PAS, petang tadi.

Beliau meninggal dunia di rumahnya di Banggol Judah, Labok akibat sakit tua. Beberapa tahun lalu Allayarham diserang angin ahmar menyebabkan pergerakannya terbatas.

"Innalillahi wainna ilaihi rajiun!" kata editornya Hj Mohd Hashim.

Al-hamdulillah, biar pun dalam keadaan keuzuran bagaimanapun beliau berjaya menyiapkan sebuah pusat latihan yang terletak di hadapan rumahnya, kini menjadi tumpuan banyak pihak. Allahyarham yang lebih dikenali sebagai 'bapa tarbiyah PAS' merupakan bekas anggota Exco kerajaan negeri ketika PAS menang pada 1990. Beliau menang di Dun Banggol Judah. Berita kematiannya juga memenuhi ruang facebook di kalangan penyokong PAS.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat merakamkan ucapan takziah kepada keluarganya. Tuan Guru Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pun dilaporkan ada menziarahi Allahyarham pada bulan lepas ketika menghadiri satu program anjuran PAS Machang di Madu.
Beliau pergi dikala jamaah amat memerlukan khidmat beliau. Ustaz Yahya Othman merupakan kawan dan guru yang berjasa besar di dalam memperkasakan tarbiah ahli-ahli PAS dan mendambakan diri sejak sekian lama kepada tugas-tugas tersebut.

Menyorot latar belakang beliau, ketika dalam parti, Allahyarham merupakan bekas ahli Majlis Syura Ulama’ (pernah jadi setiausahanya yang pertama) selain pernah menjadi AJK PAS Pusat dan AJK Dewan Ulama’ PAS Pusat.

Beliau juga pernah menjawat jawatan YDP PAS Machang selama tempoh lebih kurang 20 tahun.

Di dalam kerjayanya pula, beliau pernah menjadi pensyarah dan Timbalan Pengetua Nilam Puri Kelantan sebelum bertanding dalam pilihanraya tahun 1978.

Pada pilihan raya 1990 beliau menang bertanding dan diamanahkan menjawat jawatan EXCO DUN Negeri Kelantan. Beliau juga seorang pendidik yang gigih dan merupakan Pengasas Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Putra (Kias), pengasas Maahad Dakwah wa Imamah, pengasas dan pengarah Institut al-Nur dan lain-lain lagi.

Beliau banyak menghasilkan kertas-kertas kerja dalam sektor tarbiyah Islamiyyah. Antara karyanya yang popular dan sentiasa dijadikan rujukan oleh sekalian ahli-ahli PAS yang beristiqamah dalam aktiviti-aktiviti parti ialah; Amal Jamai (Pengertian dan Tuntutannya) dan juga Himpunan Kertas Kerja Tarbiyah.
PAS sebelum ini menobatkan beliau sebagai Murabbi PAS sepanjang zaman.

Difahamkan solat jenazah akan diadakan di kediaman beliau jam 9 pagi ini. (IH).

Ust Yahya Othman sangat berjasa - Presiden PAS

KITA baru sahaja mendapat khabar pemergian, Al Murabbi Ustaz Yahaya Othman, Mantan Ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Sesungguhnya berita ini amat mengejutkan kami pimpinan dan ahli-ahli Parti Islam Se-Malaysia PAS.

Beliau pergi dikala jamaah amat memerlukan khidmat beliau.

Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia PAS, kami mengucapkan takziah kepada keluarga beliau, sahabat handai dan seluruh kenalan serta muridnya diatas pemergian tersebut.

Ustaz Yahya Othman merupakan kawan dan guru yang berjasa besar di dalam memperkasakan tarbiah ahli-ahli PAS dan mendambakan diri sejak sekian lama kepada tugas-tugas tersebut.

Samada ketika berjawatan didalam parti, daripada Dewan Ulama kepada Ahli Majlis Syura Ulama dan juga sebagai exco kerajaaan negeri Kelantan diawal pemerintahan PAS ataupun setelah tiada jawatan didalam jemaah, beliau meneruskan tugasnya dengan penuh gigih.

Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang besar kepada almarhum dan kegigihannya menjadi ikutan kepada pendokong-pendokong PAS dan ditempatkan beliau bersama orang yang soleh.
Kepada keluarga dan sahabat handai, kita doakan diberi kesabaran oleh Allah SWT.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Ini, Bolasepak Wanita Ukrine, M'sia Contohi Ini?

 
SUKAN

INILAH  pasukan bola sepak Ukrine 2011
Lihat pakaiannya, beginikah yang menjadi idola pasukan bolasepak wanita Malaysia?








Tutup aurat pun boleh menang!
,

Bukan begini...
http://images.supersport.co.za/Iran-Women-110603-TeamPicR-300.jpg

















Macam-macam alasan tak mahu tutup aurat, ini jawapannya, diangkat dari http://tulahan.blogspot.com
Sejak akhir-akhir ini, saya seringkali mendapat pertanyaan yang sama mengenai isu-isu aurat. Bagaimana hendak menjawab alasan mereka yang tak nak menutup aurat? Bagaimana hendak menarik mereka memakai tudung? Bagaimana nak memberi kefahaman kepada mereka tentang aurat? Dan lain-lain lagi.
Di sini saya berusaha mengumpul alasan-alasan dan hujah-hujah balas buat si pelaku dedah aurat. Terima kasih kepada sumber berkenaan, boleh rujuk untuk jawapan penuh. 

Dan artikel ini bukan sahaja tertumpu pada isu bertudung, malah juga buat muslimah yang bertudung pendek, memakai sendat serta kaum muslimin sendiri yang mendedah aurat. Insyaallah semoga bermanfaat buat mereka yang tercari-cari jawapan mengenai isu ini.
1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”
Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat?  Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? 

Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. 
Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.

2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?
“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?

Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)
.
3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”
Jawapan:
Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. 
Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. 
Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.
Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.
Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.  Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
4. Menunggu seru untuk bertudung?
“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”
Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” - surah an-Nur ayat 31
AkuIslam 

(IH)


Thursday, June 14, 2012

Saksikan UMNO Meletup Lepas B'jawan 2013


KL, 14 Jun 12: Saksikan UMNO Meletup! The Malaysian Insider hari ini melaporkan, kaji selidik dan analisis dalaman oleh Pakatan Rakyat (PR) menunjukkan mereka mempunyai keupayaan untuk menang di 100 kerusi parlimen jika pilihan raya dilaksanakan kelak, namun pembangkang menjangka Belanjawan 2013 Datuk Seri Najib Razak yang dijangka pada 28 September menjadi satu “pertukaran permainan” yang boleh menjejaskan kemenangan pembangkang.

The Malaysian Insider difahamkan, yang satu susunan unjuran oleh tiga komponen pakatan pembangkang sebahagian besarnya menandingi konsensus Perisikan Barisan Nasional (BN) yang melihat gabungan pemerintah menjamin 80 kerusi dengan kemungkinan menang 50.

“Analisis dari kedua-dua pihak sangat rapat. Satu-satunya perbezaan besar ialah kami lebih optimistik di Johor, Sabah dan Sarawak yang mana membolehkan kami menghasilkan 20 kerusi,” kata seorang ahli strategi kanan PR kepada The Malaysian Insider.

Walaupun tinjaun BN menunjukkan mereka mampu  meletakkan sehingga 146 ahli Parlimen, hanya kurang dua lagi untuk dua pertiga “supermajority”, kata sumber.

Analisis ini dibuat sebaik sahaja selepas  pemberian-pemberian tunai RM500 untuk keluarga berpendapatan rendah di bawah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Satu lagi kajian baru-baru ini oleh Cawangan Khas menunjukkan keputusan bahawa mereka hanya boleh membolot sehingga 118 kerusi pusat, membangkitkan ahli strategi BN mencari satu ikhtiar untuk melewatkan pilihan raya itu.

Kadar sokongan terhadap perdana menteri meningkat dengan mendadak kepada 69 peratus sebaik sahaja selepas RM2.6 bilion dalam tunai telah dibelanjakan tetapi menurun bulan berikutnya selepas pertempuran  antara polis dan perusuh di perhimpunan Bersih pada. 28 April untuk menuntut pilihan raya bebas and adil.
Najib tidak mungkin mengadakan pilihan raya umum dijangka oleh pertengahan 2013 melainkan beliau yakin memperbaiki kedudukan 140 Ahli Parlimen BN pada Mac 2008.

Beliau mengambil alih jawatan perdana menteri setahun kemudian, kononnya bagi memperbaiki gabungan paling teruk pernah melalui pilihan raya.

Pengerusi BN itu baru-baru ini berkata beliau akan mengumumkan belanjawan tahun depan pada 28 September, dijangka merangkumi satu lagi siri pemberian BR1M, yang mana telah diakui pemimpin Umno yang mana kemungkinan itu bakal berlaku.

The Malaysian Insider juga melaporkan pada Selasa lalu yang Ahli Parlimen BN telah diberi RM1.5 juta untuk diagihkan di kawasan mereka pada mesyuarat Isnin lalu.

Turut difahamkan bahawa RM300,000 akan tersedia minggu ini untuk pembayaran-pembayaran tunai manakala yang selebihnya apabila dimohon.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng telah berkata awal tahun ini PR akan hanya perlu 100 Ahli Parlimen yang akan menyaksikan “Umno meletup,” dan ahli strategi PR lain turut menyuarakan pendirian sama  apabila bercakap kepada The Malaysian Insider.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution juga memberitahu The Malaysian Insider yang “pucuk pimpinan tidak mungkin bersetuju, tetapi pandangan peribadi saya adalah sekarang ialah masa terbaik untuk pilihan raya.”

“Tetapi saya rasa Najib mahu mengumumkan bajet pilihan raya pertama. Itu satu-satunya permainan beliau sekarang selain mengharapkan pertelingkahan dalaman dalam parti-parti PR dan serangan-serangan di Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali,” katanya, merujuk kepada Ketua Umum PKR dan timbalan presidennya.

The Malaysian Insider telah melaporkan 28 Mei, kemungkinan pilihan raya pada September, namun  pengumuman Najib yang Belanjawan 2013 akan dibentangkan pada 28 September telah mendesak pakar strategi parti melihat satu tarikh yang seterusnya untuk memastikan bajet gula-gula itu dirasai di peringkat akar umbi.

Jemaah haji pada 26 Oktober, Deepavali pada 13 November dan usaha BN memikat belia dan undian Cina mungkin melengahkan pilihan raya hingga November, jelas sumber, dan menambah bahawa pengerusi BN itu tetap akan meneliti senarai calon-calon bagi memastikan satu kemenangan lebih besar.

Sumber-sumber BN mengatakan beberapa kajian baru-baru ini menunjukkan gabungan itu perlu bekerja dengan lebih keras untuk mendapatkan satu kemenangan meyakinkan terutama dengan 2.2 juta para pengundi membuang undi buat kali pertama.

Najib mengambil alih pemerintahan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada April 2009, yang kononnya bagi memperbaiki prestasi yang paling teruk pilihan raya yang pernah dilalui BN pada Mac 2008, di mana parti itu hilang dua pertiga majoriti dalam Parlimen dan empat kerajaan negeri. (IH/MI)

Rohingya Protes Di KL

Orang Penting K'jaan M'sia Libat Rasuah Indo...

Dua lelaki M'sia ditahan disyaki bantu Neneng Sri Wahyuni
KL: Dua lelaki warga Malaysia ditahan oleh Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia di Jakaarta semalam kerana disyaki memainkan peranan dalam membantu suspek kes rasuah Neneng Sri Wahyuni melarikan diri daripada buruan suruhanjaya itu sejak tahun lepas.
  
Timbalan Ketua KPK, Bambang Widjojanto berkata kedua-dua warga Malaysia itu ditahan di dua lokasi berasingan manakala Neneng ditangkap di rumahnya di Pejaten, Jakarta Selatan sebaik tiba dengan sebuah teksi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta.
  
"Kami sedang menyiasat peranan kedua-dua lelaki itu dalam pelarian Neneng selama beliau berada di Malaysia," katanya pada sidang media di pejabat KPK malam tadi.

Katanya salah seorang daripada dua lelaki Malaysia itu merupakan orang penting dalam kerajaan di Malaysia. Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan sama ada lelaki itu memegang jawatan penting dalam kerajaan negeri atau pusat.
  
Adalah difahamkan seorang lelaki Malaysia itu ditahan selepas menemui suami Neneng, Muhammad Nazaruddin, dipenjara di Jakarta manakala seorang lagi ditahan di sebuah hotel di bandaraya itu.

Bambang berkata KPK sebelum itu telah mendapat maklumat bahawa Neneng akan berlepas dari Kuala Lumpur malam tadi dan bermalam di Batam, Indonesia, sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Jakarta dengan menaiki pesawat semalam.
  
Pada Ogos tahun lepas, Muhammad Nazaruddin, iaitu bekas bendahari Parti Demokrat ditahan di Colombia dan dibawa ke sini atas dakwaan rasuah.

Pasangan suami isteri itu disyaki terbabit dalam skandal rasuah melibatkan jutaan ringgit dalam projek Pengadaan Pembangkit Listrik Surya (PLTS) di Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi antara 2008 hingga Ogos 2011.

Berdasarkan siasatan polis Indonesia, Nazaruddin dipercayai melarikan diri ke Singapura, Vietnam, Kemboja dan Colombia.
  
Isterinya Neneng yang turut didakwa terbabit dalam skandal rasuah berprofil tinggi itu dipercayai meninggalkan anak-anaknya di Kuala Lumpur dan sering menemani suaminya berpindah dari sebuah negara ke negara lain.

- Bernama

16 Jun, H/Hijau Serang Perak, Dg Beberapa Kejutan




IPOH: Setelah berjaya mengadakan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya peringkat pusat 1 Jun lalu, himpunan ini akan diadakan di peringkat negeri-negeri pula. Himpunan peringkat negeri Perak akan berlangsung pada 16 Jun ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki berkata, himpunan ini akan diadakan di Markas PAS Masjid Tinggi, Bagan Serai jam 9.00 malam. Menurutnya, program itu akan dihadiri oleh Mursyidul AM PAS,  Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Fauzi Shaari.

“Semua pimpinan PAS Perak akan turun bersama-sama dalam himpunan ini bagi meneruskan momentum gelombang Hijau ke Putrajaya yangdiadakan di Stadium Darul Aman baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Katanya, beberapa kejutan akan berlaku termasuklah pengiytiharan bekas pegawai tinggi kerajaan menyertai PAS dan akan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Tuan Guru Nik Aziz.

“Justeru saya mewakili PAS Perak menyeru seluruh rakyat negeri ini turun beramai-ramai bagi meneruskan gelombang yang digeruni Umno ini,” ujarnya.

Sementara itu, Xpresi Hijau Anak Muda pula akan berlangsung di sebelah petangnya. Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Al-Hiss ketika ditemui berkata, program ini sebagai menyahut seruan Ketua Pemuda PAS Malaysia untuk meneruskan gelombang perubahan anak muda dinegeri-negeri.

“Program bermula dengan Konvoi bersama Tuan Guru Nik Aziz di Tol Bukit Merah jam 10 pagi seterusnya menuju ke Markas PAS Masjid Tinggi, Bagan Serai.

“Pemuda akan berkumpul bersama kepimpinan Pemuda PAS Negeri di Markas tersebut dan beberapa aktiviti telah disusun seterusnya bersama-samadalam Himpunan Hijau di sebelah malamnya,” jelasnya.
Raja Ahmad menjelaskan, beberapa penampilan istimewa dijemput untuk memeriahkan suasana termasuklah penyanyi yang terkenal dengan lagu Selagi Ada Rindu, Pak Long.

“Saya menyeru anak muda di seluruh pelusuk negeri hadir ke program ini dan dicadangkan memakai baju hijau,” jelas Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia itu

L/raya Rakyat: Usaha Ganggu Kontraktor -Husam


Datuk Husam Musa

KOTA BHARU - Belum pun pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai bermula sudah timbul dakwaan terdapat usaha pihak-pihak tertentu untuk menggagalkan pembinaan projek itu yang dikenali sebagai lebuh raya rakyat.

Menjelaskan perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, pembinaan lebuh raya itu masih mengikut jadual walaupun terdapat usaha untuk mengganggu kontraktor yang terlibat.

Malah kata beliau, pihaknya juga melantik lapan juruukur baru yang terlibat dalam proses mengenal pasti laluan setelah juruukur yang asal diganggu.

“Kontraktor yang dilantik masih lagi kuat dengan ikatan perjanjian walaupun pihak tertentu cuba untuk (hasut supaya) tidak terlibat, ini adalah satu dari cubaan tetapi semuanya masih mengikut jadual,” kata beliau selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, semalam.

Lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu bertujuan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. Lebuh raya tanpa tol, dengan empat lorong (dua lorong sehala) itu turut dilengkapi dengan kawasan rehat dan rawat (R&R).

Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, beliau terkejut apabila mendapati konsep wakaf yang diperkenalkan mendapat sambutan baik bukan sahaja dari segi kewangan malah perkhidmatan.

Mengulas mengenai kritikan sinis pihak tertentu yang meragui usaha pembinaan tersebut, Husam berkata, beliau tidak akan memberi banyak reaksi sebaliknya menunjukkan usaha itu melalui tindakan.

“Saya tak akan jawab lisan, sebaliknya melalui tindakan, kita sudah lantik kontraktor dan mempunyai perjanjian serta struktur kewangan, bagi kita empat bulan pun dah nampak kemajuan,” katanya.

Bagi tujuan yang sama, Husam dalam nada sinis berkata, pihaknya akan melelong perkakasan pembinaan yang diserahkan kepada Kerajaan Negeri oleh peserta perhimpunan sebuah pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) minggu lalu.

Menjawab kritikan mengenai terdapat kontraktor yang terlibat dalam pembinaan mempunyai kaitan dengan syarikat Genting, Husam berkata, mereka yang membuat dakwaan itu terlebih dahulu perlu menyelidik kenapa Kerajaan Pusat tidak membina sedangkan ia tanggungjawab mereka. (SH)

Bola Pun Ada Samseng, 184 Ditangkap

BEBERAPA penyokong Rusia dan Poland bergaduh di luar Stadium National di Warsaw kelmarin. 


 SUKAN

WARSAW - Polis menangkap 184 orang kebanyakannya peminat pasukan bola sepak Poland selepas mereka bergaduh dengan penyokong skuad Rusia dalam Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2012, menurut Kementerian Dalam Negeri semalam.

Kebanyakan mereka ditangkap semasa 5,000 penyokong Rusia berarak ke Stadium Nasional di sini.
Penyokong-penyokong Rusia itu berarak bagi meraikan ulang tahun kemerdekaan negara mereka.
Perbuatan para penyokong Rusia itu dianggap sebagai hasutan kepada kebanyakan penduduk Poland.
Penduduk Poland menyimpan perasaan marah dengan Rusia kerana sejarah silam semasa era pemerintahan komunis.

Ketika era itu, Poland berada di bawah telunjuk Moscow. Para penyokong Rusia itu kemudian berdepan dengan 100 samseng bola sepak yang mencetuskan kekacauan sebelum dan semasa perlawanan berlangsung kelmarin. Seramai 24 orang cedera dalam insiden itu termasuk 10 anggota polis.

Ketika perarakan itu, samseng-samseng Poland menyerang penyokong Rusia yang kemudiannya bertindak balas. Kedua-dua penyokong itu kemudian saling menendang dan memukul antara satu sama lain.
Akhbar dalam talian MailOnline kelmarin melaporkan para peminat Rusia di dalam stadium mempamerkan kain rentang gergasi yang mengandungi ayat This is Russia sekali gus merujuk kepada bekas empayar Soviet.

Menteri Dalam Negeri Poland, Jacek Cichocki menyatakan, samseng-samseng bola sepak Rusia yang ditangkap itu akan dibicarakan dan mereka akan diusir keluar. Menurutnya, samseng-samseng Poland akan turut dibicarakan dan bakal menerima hukuman berat.

Anggota-anggota polis melepaskan tembakan peluru getah, menggunakan meriam air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan pergaduhan. Dalam perlawanan bola sepak itu, Rusia dan Poland seri 1-1. - Agensi

Lihat sebelum ini...

Benarkah Rangka Manusia Mati 1815 Ditemui?

PELURU berbentuk bola yang terdapat pada celah rangka itu.

UNGKAP  RAHSIA YANG MAHA AGUNG

Rangka askar mati pada tahun 1815 ditemui
 BRUSSELS - Hampir 200 tahun selepas tentera Prussia dan England menewaskan askar-askar Maharaja Perancis, Napoleon Bonaparte di Waterloo, sepasukan ahli arkeologi Belgium akhirnya menemui satu rangka seorang askar muda pada 8 Jun lalu.

"Anda hampir dapat membayangkan keadaan askar itu yang sedang nazak," kata seorang pakar arkeologi Belgium, Dominique Bosquet mengenai rangka manusia tersebut.

Peluru berbentuk bola berada di celah tulang rusuk askar itu.
"Rangka manusia ini masih sempurna," kata Bosquet kepada stesen televisyen RTL kelmarin.

Dipercayai mati pada 18 Jun 1815, rangka manusia tersebut ditemui tertanam 40 sentimeter di bawah tanah.
Pakaian seragam askar itu telah reput tetapi ahli arkeologi akan melakukan kajian ke atas sebatang sudu, kepingan duit syiling, serpihan kayu bertulisan C.B dan tali pengikat kulit yang ditemui bersama rangka tersebut. Ia dikaji bagi mengenal pasti identiti askar itu.

Rangka itu ditemui oleh pasukan arkeologi di sebuah kawasan yang dikuasai askar England ketika perang Waterloo berlaku. Kawasan berkenaan diratakan pada bulan lalu bagi memberi laluan kepada satu projek pembangunan.

Peperangan itu yang melibatkan 125,000 askar Napoleon dan 210,000 anggota tentera Prussia dan England telah meragut lebih 12,000 nyawa. - AFP

Komen Weblog  Ibnu Hasyim: Maka terungkap lagi kehebatan rahsia Yang Maha Agung.

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

Bayi 6 Minggu, Ditemui Dlm Bot Pelarian Rohingya

SEKUMPULAN etnik Rohingya Islam duduk di dalam sebuah bot selepas mereka dipintas tentera pihak berkuasa Bangladesh semasa melintasi Sungai Naf di sempadan Bangladesh semalam.

PULAU SHAHPURI, Bangladesh - Seorang bayi perempuan yang dibawa melintasi sebatang sungai di sempadan pada waktu malam bagi melarikan diri daripada keganasan di Myanmar ditemui bersendirian di dalam sebuah bot semalam.

Bayi berkenaan ditemui oleh beberapa pengawal keselamatan Bangladesh yang mengusir beratus-ratus pelarian Islam etnik Rohingya dari Myanmar. Anak kecil berusia enam bulan itu kemudian diserahkan kepada sebuah keluarga Bangladesh. Keluarga berkenaan memberitahu, bayi itu kurang sihat tetapi mereka akan berusaha menjaganya.

"Pasukan peronda sungai kami memintas sebuah bot pada pukul 2 pagi (waktu Bangladesh)," kata Mejar Shafiqur Rahman.

Beliau mengetuai operasi untuk menghantar pulang pelarian Rohingya yang cuba memasuki Bangladesh melalui bot di Sungai Naf bagi melarikan diri daripada keganasan agama di Myanmar.

"Mereka menggeledah bot berkenaan dan menemui seorang bayi perempuan Rohingya berusia dalam lingkungan satu setengah bulan," kata Rahman kepada agensi berita AFP dalam satu wawancara telefon.

"Bot berkenaan kosong. Ini satu keajaiban tetapi bayi tersebut kelihatan pucat," tambahnya.

Sejak kelmarin, pasukan peronda sungai Bangladesh telah mengusir 16 buah bot yang membawa lebih 660 pelarian Rohingya dengan kebanyakan mereka terdiri daripada wanita dan kanak-kanak. Sementara itu, beberapa pegawai Myanmar memberitahu, keganasan yang melanda negeri Rakhine di barat Myanmar telah meragut nyawa sekitar 25 orang setakat ini.

Kekacauan di Myanmar tercetus selepas sekumpulan penduduk beragama Buddha memukul sehingga mati 10 orang etnik Rohingya yang beragama Islam pada 3 Jun lepas kerana tersilap menyangka mereka membunuh dan merogol seorang gadis tempatan pada bulan lalu. Tindakan tersebut mencetuskan serangan balas etnik Myanmar dengan banyak kediaman penduduk beragama Buddha dibakar sehingga memaksa campur tangan tentera. - AFP

Lihat Sebelum ini..

Kerana Itu, Bilik Judi Rahsia Kena Serbu.

PENJAGA premis dan sebahagian pelanggan yang ditahan kerana disyaki berjudi di sebuah pusat kafe siber di Bandar Baru Klang, Klang kelmarin. 

KLANG – Taktik licik pengusaha sebuah pusat kafe siber menjalankan kegiatan perjudian dalam bilik rahsia terbongkar apabila polis menyerbu premis itu di Bandar Baru Klang di sini malam kelmarin.

Dalam serbuan pada pukul 8 malam itu, polis merampas 25 mesin slot perjudian dan 11 unit komputer yang digunakan untuk menjalankan kegiatan judi dalam talian dianggarkan bernilai RM100,000. Taktik tersebut hasil serbuan sepasukan pegawai dan anggota bahagian Risikan dan Operasi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Pegawai Risikan dan Operasi NKRA Selangor, Asisten Superintendan Emmi Shah Fadhil yang mengetuai operasi itu berkata, siasatan mendapati hanya ‘kaki judi’ yang merupakan pelanggan tetap dibenarkan masuk ke dalam bilik tersebut.

“Pelanggan tetap perlu menggunakan pintu besi yang ditutup dengan langsir sebelum dapat memasuki bilik rahsia ini yang menempatkan mesin slot perjudian dan komputer.

“Pintu besi ini hanya boleh dibuka dari luar dan jika pelanggan mahu keluar, mereka perlu memanggil penjaga premis,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu malam kelmarin. (Kosmo)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam kitab perundangan di negara kita, menyebabkan hukum judi menjadi dua, iaitu judi 'haram' dan 'judi halal'. Yakni dari sudut perundangan negara, bukan dari segi hukum agama. Judi halal, ada lesen dari kerajaan seperti di Genting Highland, nombor ekor, judi bola, toto dan lain-lain. Dari situ, sumber rezeki dan ekonomi negara ini terbina. Kerajaan Malaysia makan duit haram.

Judi haram pula seperti di atas. Tiada lesen dari pemerintah. Kerana itu, bilik judi 'rahsia' di atas kena serbu! (IH)

Kisah Gembala Islam Kazak Xinjiang

Penggembala Etnik Kazak Xinjiang Berpindah ke Padang Rumput Musim Panas
Penduduk etnik Kazak berjumlah lebih 1.1 juta orang dan tinggal secara berkelompok di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, provinsi Gansu dan Qinghai. Etnik Kazak beragama Islam dan mempunyai bahasa dan tulisan sendiri, yang berasaskan tulisan Jawi.

Kawasan kediaman etnik Kazak merupakan padang rumput yang subur dan sesuai untuk dijadikan kawasan penternakan. Kebanyakan penduduk etnik Kazak kerja sebagai penggembala sejak turun-temurun, manakala sebahagian kecil penduduk etnik mengusahakan pertanian.
Pada bulan Jun setiap tahun, penggembala etnik Kazak akan berhijrah ke padang rumput Altai, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China. Mereka berpindah dari padang rumput musim bunga dan musim gugur ke padang rumput musim panas di sekitar Gunung Altai.

Ibnu Hasyim di lebuh raya menuju ke Turfan. Bekakang.. kincir angin sebagai janakuasa letrik.
Antara restoran Islam di kawasan Turfan, Xinjiang.. 





Lihat sebelum ini..

Wednesday, June 13, 2012

K'jaan Masih Biarkan Pusat Menipu Judi N/Ekor.


ADU...John (kanan) membuat aduan kepada Dr Izham, semalam.
ADU...John (kanan) membuat aduan kepada Dr Izham, semalam.

Haji’ bagi nombor ekor

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Haji dan dikatakan mendalami ilmu agama bukan saja memperdaya kenalannya untuk mendapatkan keuntungan mudah, malah dia menggunakan kesempatan itu untuk memberikan nombor ramalan enam angka kepada mangsa sebagai umpan.

Akibatnya, mangsa, bekas tentera yang dikenalinya di sebuah kafe Internet kerugian RM20,000 selepas terpedaya dengan kemampuan Haji terbabit membawa perubahan dalam hidup selain sebagai ‘bantuan kecemasan’ untuk keluar daripada masalah kewangan.

Mangsa, John Salam, 62, (bukan nama sebenar) berkata, pada mulanya dia beranggapan lelaki terbabit berniat baik mahu mengubah tabiatnya yang suka bermain mesin judi, namun lama-kelamaan Haji terbabit meminta wang kononnya sebagai upah untuk mendapatkan nombor ramalan.

“Semuanya bermula selepas saya ketagih bermain mesin judi di kafe siber pertengahan tahun lalu. Awalnya, saya menang beberapa kali, tetapi selepas itu tak ada ‘tuah’ menyebabkan saya mengeluarkan wang simpanan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Itu hikmahnya bila Islam mengharamkan judi. Tapi kerajaan Malaysia masih berminat dan mengekalkan ..
  • Pusat-pusat hiburan maksiat.
  • Pusat-pusat judi, nombor ekor, toto, kasino 
  • dan segala macam lagi amalan syaitan.

Berbasikal Bersama Ustaz Azhar



Ustaz Sedang Test power kut...warming up



Ustaz Bergambar Kenangan Dengan Peserta Cycling



Ustaz Bergambar Kenangan Dengan Peserta Cycling


Ustaz Bersama peserta2 yang sedang sedia untuk bertolak



Ustaz Azhar Pekena Teh tarik..


Ustaz Azhar Pekena Teh tarik.selepas penat berbasikal..
Terima kasih Kepada yang ambil gambar.. Di Ambil Dari FB Ustaz Azhar Idrus..




Ini gambar blogger, penulis juga minat berbasikal.. saja nak habaq.
ttp://kachipemas.blogspot.com

(Diangkat dari Harakahdaily)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails