Monday, June 11, 2012

Konsert Dangdut Lwn Ceramah Ust Azhar Idrus

HALAMAN HIBURAN

Ceramah Ustaz Azhar disabotaj dengan Konsert Dangdut



SEMALAM berlangsung sebuah majlis ilmu Ustaz Azhar Idrus di di Parit Raja, Batu Pahat, Johor berhampiran dengan McDonald Parit Raja menyaksikan ribuan anak muda berpusu-pusu mendengar ceramah yang disampaikan oleh beliau. ReJaM© sendiri yang kebetulan melalui Pekan Parit Raja dalam perjalanan menuju ke Kota Tinggi sempat hadir sebentar ke majlis tersebut sebelum meneruskan perjalanan.
Dianggarkan sejauh kira-kira 3 km di kiri dan kanan bahu jalan tempat ceramah dipenuhi kereta dan motorsikal yang diletakkan sementara pemilik-pemiliknya sedang khusyuk mendengar ceramah. (Lihat viseo di bawah.)
  1. THE ROCKIN' USTAZ - USTAZ AZHAR IDRUS (UAI) IN BATU PAHAT

    Out of curiosity, I went to the lecture by Ustaz Azhar Idrus (UAI) in his first Johor outdoor show at Dataran Keadilan, Parit Raja Batu Pahat ...
Tanpa disangka-sangka, di kawasan berhampiran iaitu berdekatan KFC Parit Raja pula, gerombolan songkok tinggi dilihat cuba menarik perhatian anak muda untuk ke program "Lepak Positif" anjuran mereka. Program itu tidak lebih daripada sekadar persembahan Dangdut live band yang menyaksikan penyanyi wanita bergelek sakan di atas pentas sambil menyampaikan lagu berirama dangdut.

Siang semalam, ReJaM© dimaklumkan oleh seorang sahabat bahawa gerombolan songkok tinggi cuba mensabotaj program ilmu Ustaz Azhar Idrus, dengan program mereka dengan harapan ceramah ilmu itu mendapat kurang sambutan. Namun sungguh tak disangka rupanya "konsert dangdut" yang disajikan untuk menarik anak muda Parit Raja.

Apa pun, syukur Alhamdulillah, anak muda Parit Raja lebih gemarkan majlis ilmu, mereka tak layan konsert dangdut untuk golongan tua gerombolan songkok tinggi. Mereka tak layan program lagha gerombolan songkok tinggi tiga jengkal, bawak keris ke hulu ke hilir perjuangkan Melayu di Konsert Dangdut kah kah kah...

Buktinya, di bawah ini rakaman Konsert Dangdut yang dimaksudkan, kelihatan tiada sambutan sekadar dua tiga kerat belia yang datang untuk makan free kah kah kah... (Lihat video di bawah ini)
  1. Cubaan Sabotaj Ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI) Gagal - Program 'Lepak Positif' Parit Raja

    Suasana yang lengang & syahdu sepoi bahasa di program 'Lepak Positif' anjuran Belia 4B / BN

    (Diangkat dari Milosuam)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails