OTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, haji bukan ibadat yang perlu disegerakan. Mursyidul Am Pas itu berkata, Rasulullah SAW sendiri menunaikan haji
pada tahun ke 10 Hijrah meskipun wahyu wajib haji turun pada tahun
keenam Hijrah lagi.
"Ini menandakan ibadat haji tidak mesti dibuat segera," katanya. Nik
Aziz berkata, perkara itu yang membuat beliau berasa pelik terhadap
sistem haji di negara ini.
"Apa yang pelik berlaku di tempat kita, apabila tersenarai nama di
Tabung Haji, kena pergi selalu (segera). Nabi Muhammad sendiri tunai
haji pada tahun ke-10," katanya.
Dalil itu, kata Nik Aziz menunjukkan Islam membenarkan penganutnya
menangguhkan haji walaupun sudah tersenarai dalam kumpulan yang layak
menunaikan ibadat tersebut. Dalam pada itu, beliau tetap meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak supaya memberi jaminan tidak akan mengadakan pilihan raya pada
musim haji kerana ibadat itu sangat penting bagi umat Islam.
"Isu ini tak akan berbangkit kalau Umno yang jadi kerajaan faham
kepentingan orang Islam. Fahamlah sikit bagaimana susah orang nak pergi
haji, baik Pas mahupun Umno. Bukan senang nak dapat peluang buat haji.
"Oleh itu, saya minta janganlah buat pilihan raya pada musim haji dan juga pada musim perayaan," katanya.
Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika ditanya pendiriannya
mengenai kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
yang dilaporkan telah menasihatkan ahli parti itu supaya menangguhkan
ibadat haji tahun ini jika pilihan raya diadakan pada musim haji.
Tuan Ibrahim dalam e-mel terbarunya semalam bagaimanapun menjelaskan,
kenyataan beliau pada 5 Jun yang disiarkan portal berita Selangorku itu
telah diputar belit daripada maksud asal yang hanya menjurus kepada
calon, wakil atau ejen parti seperti pengarah pilihan raya.
Menurut Tuan Ibrahim, tujuan kenyataannya itu adalah supaya Perdana
Menteri sendiri memberi jaminan pilihan raya tidak akan diadakan pada
musim haji seperti yang berlaku pada 1985.
"Bila pilihan raya akan diadakan memang tiada siapa yang tahu. Adakah
pada musim haji? Jawapannya, mungkin. Jika pada musim haji, wajar atau
tidak? Jelas tidak. Ada jaminan untuk tidak ada pilihan raya pada musim
haji? Jawapannya, tidak ada. "Sebab itu Pas mendesak Perdana Menteri
jaminan, dan kita tekankan jika demi untuk menang Umno buat pilihan raya
pada musim haji, mereka yang terlibat ini kita kita minta tangguh haji.
Mereka ialah calon, wakil calon dan ejen parti sebab golongan ini
dalam Pas, ramai yang sudah haji," katanya.(SH)
No comments:
Post a Comment