Thursday, June 14, 2012

Bola Pun Ada Samseng, 184 Ditangkap

BEBERAPA penyokong Rusia dan Poland bergaduh di luar Stadium National di Warsaw kelmarin. 


 SUKAN

WARSAW - Polis menangkap 184 orang kebanyakannya peminat pasukan bola sepak Poland selepas mereka bergaduh dengan penyokong skuad Rusia dalam Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2012, menurut Kementerian Dalam Negeri semalam.

Kebanyakan mereka ditangkap semasa 5,000 penyokong Rusia berarak ke Stadium Nasional di sini.
Penyokong-penyokong Rusia itu berarak bagi meraikan ulang tahun kemerdekaan negara mereka.
Perbuatan para penyokong Rusia itu dianggap sebagai hasutan kepada kebanyakan penduduk Poland.
Penduduk Poland menyimpan perasaan marah dengan Rusia kerana sejarah silam semasa era pemerintahan komunis.

Ketika era itu, Poland berada di bawah telunjuk Moscow. Para penyokong Rusia itu kemudian berdepan dengan 100 samseng bola sepak yang mencetuskan kekacauan sebelum dan semasa perlawanan berlangsung kelmarin. Seramai 24 orang cedera dalam insiden itu termasuk 10 anggota polis.

Ketika perarakan itu, samseng-samseng Poland menyerang penyokong Rusia yang kemudiannya bertindak balas. Kedua-dua penyokong itu kemudian saling menendang dan memukul antara satu sama lain.
Akhbar dalam talian MailOnline kelmarin melaporkan para peminat Rusia di dalam stadium mempamerkan kain rentang gergasi yang mengandungi ayat This is Russia sekali gus merujuk kepada bekas empayar Soviet.

Menteri Dalam Negeri Poland, Jacek Cichocki menyatakan, samseng-samseng bola sepak Rusia yang ditangkap itu akan dibicarakan dan mereka akan diusir keluar. Menurutnya, samseng-samseng Poland akan turut dibicarakan dan bakal menerima hukuman berat.

Anggota-anggota polis melepaskan tembakan peluru getah, menggunakan meriam air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan pergaduhan. Dalam perlawanan bola sepak itu, Rusia dan Poland seri 1-1. - Agensi

Lihat sebelum ini...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails