Thursday, June 14, 2012

Orang Penting K'jaan M'sia Libat Rasuah Indo...

Dua lelaki M'sia ditahan disyaki bantu Neneng Sri Wahyuni
KL: Dua lelaki warga Malaysia ditahan oleh Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia di Jakaarta semalam kerana disyaki memainkan peranan dalam membantu suspek kes rasuah Neneng Sri Wahyuni melarikan diri daripada buruan suruhanjaya itu sejak tahun lepas.
  
Timbalan Ketua KPK, Bambang Widjojanto berkata kedua-dua warga Malaysia itu ditahan di dua lokasi berasingan manakala Neneng ditangkap di rumahnya di Pejaten, Jakarta Selatan sebaik tiba dengan sebuah teksi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta.
  
"Kami sedang menyiasat peranan kedua-dua lelaki itu dalam pelarian Neneng selama beliau berada di Malaysia," katanya pada sidang media di pejabat KPK malam tadi.

Katanya salah seorang daripada dua lelaki Malaysia itu merupakan orang penting dalam kerajaan di Malaysia. Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan sama ada lelaki itu memegang jawatan penting dalam kerajaan negeri atau pusat.
  
Adalah difahamkan seorang lelaki Malaysia itu ditahan selepas menemui suami Neneng, Muhammad Nazaruddin, dipenjara di Jakarta manakala seorang lagi ditahan di sebuah hotel di bandaraya itu.

Bambang berkata KPK sebelum itu telah mendapat maklumat bahawa Neneng akan berlepas dari Kuala Lumpur malam tadi dan bermalam di Batam, Indonesia, sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Jakarta dengan menaiki pesawat semalam.
  
Pada Ogos tahun lepas, Muhammad Nazaruddin, iaitu bekas bendahari Parti Demokrat ditahan di Colombia dan dibawa ke sini atas dakwaan rasuah.

Pasangan suami isteri itu disyaki terbabit dalam skandal rasuah melibatkan jutaan ringgit dalam projek Pengadaan Pembangkit Listrik Surya (PLTS) di Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi antara 2008 hingga Ogos 2011.

Berdasarkan siasatan polis Indonesia, Nazaruddin dipercayai melarikan diri ke Singapura, Vietnam, Kemboja dan Colombia.
  
Isterinya Neneng yang turut didakwa terbabit dalam skandal rasuah berprofil tinggi itu dipercayai meninggalkan anak-anaknya di Kuala Lumpur dan sering menemani suaminya berpindah dari sebuah negara ke negara lain.

- Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails