Wednesday, June 13, 2012

Pemikiran Syed Syeikh Al-Hadi Diselewengkan

 Tunku Abdul Rahman mengisytihar Malaya Merdeka! (1957)
Syed Syeikh Al-Hadi Biografi &Pemikiran (2)

Syeikh Muhammad Abduh

UNTUK mengenal pemikiran atau minda belaiu, maka kita perlu menelusuri sumbernya, iaitu Gerakan Reformis atau pemulihan Islam di Mesir. Gerakan ini bermula di Mesir sejak tahun 1850. Gerakan yang dipimpin oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani, Syed Rashid Ridha dan Syeikh Muhammad Abduh. 

Syeikh Muhammad Abduh dilahirkan di Mesir pada tahun 1829 dan mendapat ijazah dari Universiti al-Azhar. Beliau menjadi Mufti Besar dari tahun 1899 hingga meninggal dunia pada tahun 1905. 

Ringkasnya, matlamat-matlamat Gerakan Pemulihan Islam pempinan mereka ialah:
  • Memperjuangkan konsep Pan-Islamisme, iaitu penyatuan umat Islam di seluruh dunia. 
  • Membebaskan agama Islam daripada kepercayaan kolot dan ortodoks yang tiada kaitan dengan ajaran Islam yang sebenar. 
  • Memulihkan agama Islam mengikut ajaran Islam yang terkandung dalam al-Quran dan Hadith.
  • Mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial mengikut al-Quran dan Hadith. 
  • Membebaskan negara Islam dari pengaruh penjajahan Barat.
Konsep Gerakan Pemulihan Islam ini telah memberi ilham kepada pelajar-pelajar Melayu yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir untuk berjuang di negara sendiri. Pelajar-pelajar yang berpendidikan Arab dari Mesir ini pulang ke Tanah Melayu dan menjadi pelopor gerakan yang juga disebut Gerakan Islah-Islam ini. 

Maka lahirah tokoh-tokoh terkenal antaranya beliau sendiri, bersama teman-temannya.. 
  • Syeikh Tahir Jalaluddin, 
  • Syeikh Mohammad Salim al-Kalali dan 
  • Haji Abbass bin Mohammad Taha. 
Mereka menyebarkan idea-idea Islam atau pemulihan agama Islam serta konsep Pan-Islamisme di kalangan kaum Melayu menerusi majalah al-Imam, sistem pemdidian dan lain-lain.

Kaitan Dengan Melayu.


Melihat kepada maatlamat-matlamat di atas, maka gerakan ini menjadi amat bersesuaian dengan 'Gerakan Nasionalisme' di Tanah Melayu. Secara umum, dalam konteks Tanah Melayu, nasionalisme bermaksud 'perasaan cinta dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air dan ingin membebaskan negara dan bangsa daripada penguasaan dan cengkaman kuasa asing'. 

Nasionalisme juga ada kaitan dengan “negara” dan “bangsa”. Nasionalisme pada umumnya bertujuan mewujudkan kebebasan individu dan negara daripada cengkaman dan kongkongan pemerintah dan kuasa asing. Intipati utama nasionalisme ialah mewujudkan kebebasan dan maruah seseorang serta membentuk nasib dan masa depan sesebuah negara dan bangsa. Dengan itu, nasionalisme bergerak ke arah pembentukan satu identiti bangsa yang berbudaya tinggi. Menjelang awal abad ke-20, kebangkitan nasionalisme semakin meluas di kalangan orang Melayu. 

Menurut W.R. Roff, proses perkembangan nasionalisme Melayu dibahagikan kepada 3 tahap yang dipimpin oleh 3 golongan yang mempunyai latar belakang pendidikan yang berlainan, iaitu:

                        Tahap                          Tahun                          Pendidikan
                        Agama                         1906 – 1926               Arab
                        Sosioekonomi              1926 – 1937                Inggeris
                        Politik                          1937 – 1941                 Melayu

Gabungan tiga tahap inilah yang melahirkan kemerdekaan Tanah Melayu. Golongan tahap agama ini bukanlah hanya dari kumpulan reformis dari Mesir sahaja, tetapi juga melibatkan Gerakan Pan-Islam dari Turki, Indonesia dan lain-lain. 

Contohnya, terdapat ulama Syeikh Haji Wan Ahmad dari Pattani  yang ingin menyatukan Kelantan dan Pattani. Beliau ingin menentang Siam dan menubuhkan Kerajaan Islam di bawah naungan Turki tetapi gagal. Pahang juga pernah mendapatkan bantuan Turki (1890-an) untuk menghalau British tetapi gagal. Mehemet Kiamil Bey cuba mengembangkan pengaruh Pan-Islam di Johor tetapi gagal.Begitu juga gerakan Islam Indonesia.

Penyelewengan

Setelah mencapai kemerdekaan Tamah Melayu, rupanya golongan berpendidikan Inggeris telah diletakkan sebagai pemimpin negara. Mereka diangkat melalui parti anak didik penjajah iaitu UMNO. Digabungkan dengan MCA (Malayan Chinese Assosiation) yaang asalnya persatuan kebajikan, dan MIC (Malayan Indian Congres) menjadi PERIKATAN (sekarang Barisan Nasional).


Parti Islam Hizbul Muslimin pimpinan Abu Bakar Baqir, dan parti Melayu golongan kiri, awal-awal lagi diharamkan penjajah. Pilihan raya pertama Tanah Malayu 1955 memberi kemenangan 51 kerusi parlimen kepada PERIKATAN dan 1 kepada PAS atau parti Islam. 

Maka berlakulah ambilalih kuasa dari penjajah British kepada anakmuridnya (UMNO), tanpa tumpah darah setitikpun. Perlembagaan Lord Ried (Made in England yang dimodifikasikan ala Malaya) diperkenal dan dipaksakan ke atas penduduk Tanah Melayu. Jadilah Tanah Melayu diperintah bangsa pribumi tetapi pemimpinnya berfikiran seperti penjajah. Bahkan kadang-kadang mereka beragak lebih penjajah dari penjajah.


Di sinilah berlakunya penyelewengan kepada rakyat pribumi majoriti Islam di Tanah Melayu, dengan menyalahgunakan 'pemikiran' belaiu tersebut. Sekurang-kurang penyelewengan itu diringkaskan kepada 3 perkara..


Satu: Menolak asas pemerintahan negeri-negeri Melayu dari pentadbiran ala Islam kepada barat. Islam (Ad-deen) yang ditempelkan ke dalam Perlembagaan Malaya adalah Islam yang di'sekular'kan, yakni seperti pemahaman pemimpim-pemimpin politik barat ke atas agama mereka Kristian (Ad-deen Islam bukan 'religion' seperti pemahaman dalam Kristian, yakni agama terpisah dari pemerintahan). 


Dua: Inilah suatu jenayah penyelewengan amat besar kepada perjuangan Syed Syeikh Al-Hadi, yang terang-terang menolah penjajahan puak barat secara total, baik di Afrika atau Asia. Penjajah berjaya mengekalkan undang-undang mereka di atas nama kemerdekaan rakyat, walaupun mereka kononnya sudah pergi meninggalkan jajahannya ini.


Tiga: Pemimpin-pemimpin pribumi yang mula mentadbir Malaya mempergunakan agama Islam untuk kepentingan poitik mereka. Mereka menggunakan 'Nasionalisme' (Bangsa-bangsa diciptakan untuk kenal-mengenal) yang dibawa oleh Syed Syeikh Al-Hadi sebagai alat mempertajamkan perkauman sempit mereka. Menjadikan Nasionalisme itu sebagai Kebangsaan Asobiah (Bantu-membantu bangsa sendiri dalam perkara mungkar), sehingga lahirnya Tragedi Hitam Peristiwa 13 Me1 1969.

Petikan tulisan Syed Syeikh Al-Hadi..  

Satu:

"Wahai sekelian ikhwan timur yang sedang lenyak di dalam tidurnya. 
Wahai sekelian saudara kami yang sedang lina bersedap-sedap di dalam keelokan mimpinya. Memadalah. Memadalah. 
Memadalah tidurmu itu kerana telah melampaui sangatlah 
sudah daripada sempadan mengambil kesenangan bilangan pingsan atau orang mati yang bernafas. Bangunlah segera. 
Sapulah mata daripada bekas tidur yang membunuh itu..."
Syed Syeikh Al Hadi, dari Al Ikhwan

Dua:
 
"Janganlah tertipu daya kamu dengan angkatan dan pangkat kebesaran gelaran pembesar-pembesar kamu kerana mereka itulah asal segala bala yang telah menimpa ke atas kamu itu dan mereka itulah sehingga masa ini sebesar-besar penolong segala bangsa-bangsa yang telah menindih dan hendak menindih akan kamu."

 Image
Tulisan itu tersiar di dalam majalah Al-Ikhwan, Oktober 1926, dengan tajuk "teriakan yang sebenar" kemudian Dr. Alijah Gordon mengumpulkan semua tulisan-tulisan kritis tokoh pejuang Melayu-Islam dan wartawan itu ke dalam buku The Real Cry of Syed Sheikh Al-Hadi, dan diterbitkan oleh Malaysian Sosiological Society, 2001.
 
Bersambung ke 
'Syed Syeikh Al-Hadi Biografi &Pemikiran (3) -Syed Syeikh Al-hadi &Pulau Pinang.' Insya Allah.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails