Tuesday, June 12, 2012

Keganasan Di Myanmar: Muslim Lari Tetapi...

ANGGOTA-ANGGOTA Pengawal Sempadan Bangladesh (kiri) yang menaiki sebuah bot memantau pergerakan bot yang membawa etnik Rohingya (kanan) berpatah balik ke Myanmar semasa ia berada di Sungai Naf semalam.

 

Ratusan Muslim Myanmar lari ke Bangladesh

TEKNAF, Bangladesh - Sebanyak lapan buah bot yang membawa lebih 300 orang etnik Rohingya beragama Islam diarah berpatah balik ke Myanmar semalam. Mereka melarikan diri daripada keganasan agama yang berlaku di negara tersebut.

"Lebih 300 etnik Rohingya beragama Islam berada di atas bot tersebut yang datang dari bandar Akyab.

"Bot-bot itu membawa ramai wanita dan kanak-kanak, kebanyakannya menangis dan kelihatan amat bimbang.

"Kesemua lapan bot itu telah diarah berpatah balik ke Myanmar," kata seorang pegawai Pengawal Sempadan Bangladesh, Shafiqur Rahman kepada agensi berita AFP.

Keganasan antara etnik Rakhine yang beragama Buddha dan Rohingya berlaku pada Jumaat lalu di negeri Rakhine. Ia kemudian merebak ke Sittwe. Keganasan itu berlaku disebabkan dakwaan seorang gadis Buddha dirogol tiga penduduk Islam. - Agensi

Komen  Weblg Ibnu Hasyim:  Semaam media rasmi pemerintah Myanmar menyatakan, konflik agama tersebut mengakobatkan tujuh terbunuh, 17 cedera dan hampir 500 buah rumah musnah sepanjang kekacauan dua hari di Rakhine. Situasi tegang di negeri itu tercetus Ahad lalu selepas 10 orang Islam yang berada di dalam sebuah bas mati dibelasah oleh 300 penduduk beragama Buddha.

Mereka tersilap menyangka mangsa adalah beberapa penjenayah yang merogol dan membunuh seorang gadis beragama Buddha di Rakhine, bulan lalu. Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan, Rohingya merupakan antara etnik minoriti paling teruk ditindas di dunia.


Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails