Thursday, June 14, 2012

Kerana Itu, Bilik Judi Rahsia Kena Serbu.

PENJAGA premis dan sebahagian pelanggan yang ditahan kerana disyaki berjudi di sebuah pusat kafe siber di Bandar Baru Klang, Klang kelmarin. 

KLANG – Taktik licik pengusaha sebuah pusat kafe siber menjalankan kegiatan perjudian dalam bilik rahsia terbongkar apabila polis menyerbu premis itu di Bandar Baru Klang di sini malam kelmarin.

Dalam serbuan pada pukul 8 malam itu, polis merampas 25 mesin slot perjudian dan 11 unit komputer yang digunakan untuk menjalankan kegiatan judi dalam talian dianggarkan bernilai RM100,000. Taktik tersebut hasil serbuan sepasukan pegawai dan anggota bahagian Risikan dan Operasi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Pegawai Risikan dan Operasi NKRA Selangor, Asisten Superintendan Emmi Shah Fadhil yang mengetuai operasi itu berkata, siasatan mendapati hanya ‘kaki judi’ yang merupakan pelanggan tetap dibenarkan masuk ke dalam bilik tersebut.

“Pelanggan tetap perlu menggunakan pintu besi yang ditutup dengan langsir sebelum dapat memasuki bilik rahsia ini yang menempatkan mesin slot perjudian dan komputer.

“Pintu besi ini hanya boleh dibuka dari luar dan jika pelanggan mahu keluar, mereka perlu memanggil penjaga premis,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu malam kelmarin. (Kosmo)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam kitab perundangan di negara kita, menyebabkan hukum judi menjadi dua, iaitu judi 'haram' dan 'judi halal'. Yakni dari sudut perundangan negara, bukan dari segi hukum agama. Judi halal, ada lesen dari kerajaan seperti di Genting Highland, nombor ekor, judi bola, toto dan lain-lain. Dari situ, sumber rezeki dan ekonomi negara ini terbina. Kerajaan Malaysia makan duit haram.

Judi haram pula seperti di atas. Tiada lesen dari pemerintah. Kerana itu, bilik judi 'rahsia' di atas kena serbu! (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails