Tuesday, June 12, 2012

Pesta Halal & Makan T/hari P'lajar P'cuma Di China

Pesta Makanan Hala China ke-2 berlangsung di Urumqi, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China pada 20 Mei lalu.
Kira-kira 800 syarikat dari enam buah negara dan kawasan serta 10 buah provinsi dan bandar di China menyertai pesta ini yang menyediakan lebih 1,200 buah gerai pameran.
Sempena pesta ini turut diadakan forum, demanstrasi memasak, pertandingan membuat kek Xinjiang, promosi syarikat makanan halal di Xinjiang, pertandingan makanan halal kebangsaan, ekspo makanan Xinjiang, pameran peralatan dapur, dan pameran foto dan lukisan industri makanan dan minuman Xinjiang.
Pertandingan membuat kek Xinjiang merupakan acara yang paling menarik. 180 jenis kek yang dibuat oleh 111 orang peserta dari 14 kawasan di Xinjiang dipamerkan.
Bandar Urmuqi menubuhkan tabung khas pembangunan industri makanan dan minuman dan memperuntukkan RMB 10 juta setiap tahun bagi membantu bandar Urmuqi menjadi bandar makanan halal yang paling terkenal di China.

Pelajar di Xinjiang Dapat Makanan Tengah Hari Percuma
Kaunti Luntai, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang merupakan salah satu kawasan yang paling awal melaksanakan dasar "makanan tengah hari percuma". Sejak tahun 2010, kerajaan menyediakan makanan tengah hari secara percuma kepada pelajar yang mengikuti pendidikan wajib dan kanak-kanak prasekolah di kawasan desa.

Sejak semester musim bunga tahun ini, seramai 917 ribu orang pelajar yang mewakili 53.32% pelajar dalam fasa pendidikan wajib di Xinjiang mendapat makanan tengah hari secara percuma.

Suasana di bandar Xinjiang, tulisan Arab (jawi atau uighur) masih berdaulat di sana.



Hampir keseluruhan bangunan dan kedai-kedai di Bandar Urumqi terdapat tulisan ‘Jawi Urumqi’.

Masjid di Bandar Urumci, yang disinggahi Ibnu Hasyim


Ibnu Hasyim depan klinik (dalam bangunan Masjid) di bawah masjid Urumqi.
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-33: Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat
E-Buku IH-33: Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat  E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam
E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails