Sunday, June 10, 2012

Siapa Syed Syeikh Al-Hadi?

Syed Syeikh Al-Hadi Biografi & Pemikiran (1)

Beliau dilahirkan di Kampung Hulu, Melaka. Ibunya berketurunan Melayu, manakala bapanya, Syed Ahmad ibn Hasan ibn Saqaf al-Hady al-Ba’alawi merupakan peranakan Arab dari Hadrami, Yemen. Ketika beliau kecil, beliau menjadi anak angkat kepada Raja Ali Kelana, Sultan Riau ketika itu dan dibesarkan bersama-sama putera raja di istana.

Dikatakan juga, pada usia 14 tahun beliau ke Riau mengaji agama dan bahasa Arab dengan seorang pengarang dan juga agamawan iaitu Raja Ali Haji. Beliau belajar ilmu teologi dan bahasa Arab di Madrasah Raja Ali Haji. Beliau merupakan salah seorang pengasas Persekutuan Rashidiyyah, sebuah kumpulan pengajian yang aktif di Melaka dan Singapura pada tahun 1890-an. Beliau pernah mengembara di negara-negara Arab dan belajar di Makkah, Beirut dan Kaherah. Di Universiti Al-Azhar, beliau terpengaruh dengan pemikiran reformis dari Mesir, Muhammad Abduh.

Selepas Pengajian, Terus Bergerak


Seepas pengajian, kembali ke Malaya Beliau dikatakan terpengaruh dengan Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Azhari yang mendedahkannya dengan pemikiran Muhammad Abduh, Rashid Rida dan Jamaludin Al-Afghani.
  • Bersama-sama Shaikh Mohamad Tahir, Sheikh Mohamad Salim al-Kalili dan Haji Abbas Mohamad Tahar, mereka memulakan penerbitan Majalah Al-Imam pada 23 Julai 1906 di Singapura
  • Pada 4 Februari 1908, beliau membuka Madrasah al-Iqbal al-Islamiyyah di Singapura
  • Antara tahun 1909 - 1915, beliau menjadi peguam di mahkamah syariah di Johor Bahru
  •  Tetapi pada tahun 1915, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya tersebut membolehkan beliau kembali ke Melaka dan membuka madrasah di sana bersama Haji Abu Bakar Ahmad yang kemudian dikenali sebagai Madrasah Al-Hadi. Tetapi tidak dapat sambutan baik dari masyarakat Melayu kerana ketika itu, disifatkan terlalu radikal dan kontroversi. 
  • Kemudian pada tahuin 1919, beliau berpindah ke Pulau Pinang dan membuka Madrasah Al-Mashoor
  • Salah seorang tenaga pengajarnya ialah Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Azhari. Madrasah ini  terkenal dengan pengaruh gerakan radikal pada zaman penjajah. 
  • Madrasah tersebut merupakan sebagai instrumen untuk memberi pendidikan kepada pemikir dan aktivis reformis muda Muslim ketika itu.
  • Pada tahun 1927, beliau meninggalkan profesion perguruan dan membuka Percetakan Jelutong di Pulau Pinang. Dikatakan penerbitan yang bersifat reformasi Islam.
  • Beliau menerbitkan Tafsir Al-Quran oleh Muhammad Abduh
  • Pada tahun 1926, beliau melancarkan jurnal bulanan, Al-Ikhwan.
  • Pada tahun 1928, beliau menerbitkan akhbar harian, Saudara. Antara penulisnya ialah Abdul Rahim Kajai.
Hasil penulisannya termasuk:
  • Hikayat Faridah Hanum, 1925
  • Anak dara Ghasan, jilid 1-2. Singapura: Harmy, 1959.
  • Hikayat setia asyik kepada maksuk. Pulau Pinang: Jelutong Press.
  • Rokombul dalam Sibiria. Pulau Pinang: Jelutong Press.

Syed Sheikh al-Hadi meninggal dunia pada 20 Februari 1934

Syed Sheikh's resting place, inna lillahi wa inna ilaihi rojiuun
410 Jalan Jelutong, Penang opposite Esso
Syed Sheikh's house in Jelutong, Penang





  

Syed Sheikh with family in Jelutong, Penang

 Rujukan:

  • Alijah Gordon, (ed.) The real cry of Syed Sheikh al-Hady. 1999. William Roff, The origins of Malay nationalism, 1967.
  • 1950-200 Sejarah Kebangkitan Depan PAS Kuasai Malaysia?, oleh Ibnu Hasyim (terbitan 1993)
  • Sejarah Malaysia
  • Wikipedia 
  • http://theearlymalaydoctors.blogspot.com/2011/10/syed-syeikh-al-hadi.html
  •  http://al-qayyim.net/index.php?option=com_content&task=view&id=55&Itemid=65
  • dll. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails