Saturday, February 12, 2011

3 Perkara, Pemikiran Baru PAS,

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

ADA dua perkara rumusan saya dapat, dari perbincangan Grup Universiti Ulu Klang yang diadakan beberapa hari lepas. Perbincangan bertajuk 'Menuju Pemikiran PAS Baru'.

Pertama:

Kata saya..

"Tidak berapa tepat tajuk ini, biar lembut sikit.. Bukan pemikiran PAS Baru tetapi pemikiran baru dalam PAS. Kerana perlembagaan PAS dasarnya adalah itu juga, cuma ada pinda sikit-sikit. Jadi lebih tepat disebut pemikiran baru dalam PAS.

"Mengenai buku terbaru Dr Mujahid Yusof 'Menuju PAS Baru', saya tidak mahu sentuh banyak, kerana saya masih belum baca secara mendalam. Waktu buku itu terbit saya tdak ada di Malaysia, bila pulang, buku itu sudah habis di pasaran. Sejak itu saya masih belum jumpa beliau nak minta buku itu. Setakat ini saya baca buku yang saya pinjam sebentar saja.

"Tadi, ada kawan kita sebut, dia tanya pandangan seorang tokoh PAS Selangor di PRK Tenang, buku itu cuma retorik sahaja! Jawab tokoh itu. Ada juga tadi yang komen kulit buku itu, gambar orang pakai seluar pendek bawa bendera PAS...

"Pada saya, itulah yang Dr Mujahid mahu jadi realiti. Penyokong-penyokong PAS bukan hanya terdiri dari orang Islam, atau orang Islam mazhab Syafie saja (berpegang kepada hukum aurat lelaki mazhab Syafie antara pusat sampai lutut), bahkan dari kalangan berbagai agama." Kata saya.

Seorang dari kawan kami mencelah, "Cuba tengok gambar itu betul-betul, seluarnya di bawah paras lutut.. masih tutup aurat!". Membuat hadirin tertawa.

Teringat saya semasa berada di Iran tahun lalu, seorang rakan kami Orang Syiah solat pakai seluar pendek, nampak lutut. "Mana boleh?" Kawan saya mengkritiknya. Katanya, "Mengikut mazhab kami, aurat lelaki hanya tutup kemaluan hadapan dan belakang sahaja, tidak termasuk lutut."

Okey, baiklah, saya sambung balik pandangan saya.

"Bila dilihat menuju pemikiran-pemikiran baru dalam PAS, merujuk kepada cakap-cakap, ucapan atau tulisan Dr Mujahid dan kawan-kawan sealiran dengan beliau, sekurang-kurangnya 3 perkara besar perlu diketengahkan...

"Me'nasional'kan PAS, meng'kemaskini'kan Majlis Syura Ulama" dan melaksanakan Islam melalui perlembagaan negara yang ada.

A. Menasionalkan PAS

Me'nasional'kan PAS boleh diertikan kepada 2 perkara pula.

Satu, 'nasional'atau faham kebangsaan. Yakni mebawa balik PAS ke perjuangan zaman lampau PAS. Faham perjuangan yang bermula dari penubuhannya 1951 hingga ke zaman 'kepimpinan ulama' 1980an. Walaupun PAS parti Islam, tetapi memilih pendekatan 'kebangsaan' sesuai dengan suasana kemedekaan dan peratus bangsa Melayu yang tinggi berbanding kaum lain masa itu. Bermula dengan kepimpinan Tuan Haji Ahmad Fuad Hasan, Dr Abbas Alias, Dr Burhanuddin dan Dr Mohamad Asri Hj Muda.

Berjuang melalui demokrasi peti undi yang ada. Kemudian beralih kepada 'Kepimpinan Ulama' selepas revolusi Islam Iran yang meletakkan ulama sebagai pemimpin tertinggi. Peringkat ini bermula dengan kepimpinan Tuan Hj Yusof Rawa, Uztaz Fadzil Mohd Noor dan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, sekarang. Waktu inilah ditubuhkan 'Majlis Syura Ulama' yang meletakkan kuasa ulama paling tinggi dalam organisasinya.

Dua, 'nasional' atau 'kesatuan berbagai kaum'. PAS cuba menjadi payung kepada orang yang bukan Islam terdiri dari pelbagai bangsa dan kaum. Di bawah kepimpinan Tuan Hj Yusof Rawa ditubuhkan CCC, atau Majlis Perunding Orang Cina. bergerak terus hingga kini, kepada penubuhan Kelab Penyokong PAS yang akhirnya menjadi Dewan, sebahagian dari sayap PAS.

Tahap ini PAS mula mendapat sambutan berceramah di rumah-rumah ibadat orang bukan Islam. Dalam Pilihan Raya Umum ke 12 lalu, PAS bersama PAKATAN termasuk DAP dan PKR berjaya menawan 5 buah negeri, walaupun satunya dicuri balik. Antara penyebabnya, ialah kerana sokongan dari bukan Islam terutamanya kaum Cina. Oleh itu pergerakan PAS lebih berhati-hati dengan mengambil kira orang bukan Islam sebagai pengikutnya.

Contohnya perlu mencari titik-titik pertemuan dengan pelbagai agama, seperti kes bukan Islam sebut nama 'Allah', azan masjid guna pembesar suara, orang bukan Islam masuk masjid, ceramah Islam dalam gereja atau kuil dan sebagainya.

Sehingga ada yang menganggap kini dalam PAS seolah-olah terdapat dua aliran. Aliran tradisi yang dikatakan memilih pendekatan ala Taliban di Afghanistan/Pakistan, yang kononya agak keras. Dan pendekatan lembut berpemikiran baru.

B. Kemaskini Majlis Syura Ulama.

Tercatat dalam Perlembagaan Parti Islam SeMalaysia (PAS) (Pindaan 2001) Fasal 7. Hukum, Kekuasaan dan 'MAJLIS SYURA 'ULAMAK". Begitu juga FASAL 7A. Majlis Syura ‘Ulamak, dan FASAL 7B. Tugas-tugas Majlis Syura ‘Ulama. Kita boleh lihat fungsi Majlis Syura Ulama tersebut.

Menurut aliran 'pemikiran baru dalam PAS', Majlis Syura Ulama mempunyai kuasa paling tinggi dalam organisasi. Tetapi pencapaiannya masih belum sampai ke tahap yang sepatutnya. Maknanya, masih belum berfungsi, berwibawa dan keputusannya tidak dihormati, yakni tidak dilaksanakan. Yang berlaku, ialah kepada keputusan individu-individu ulama dari majlis syura itu sendiri yang terlaksana. Seolah-olah, itulah keputusan Majlis Syura Ulama.

Bagi pemikiran ini, hal itu amat merbahaya. Akan melahirkan manusia yang 'taksub' kepada pemimpin. Apalagi bila pemimpin itu tiada, akan meningalkan kesan buruk kepada PAS. Oleh itu, maka perlu dikemaskinikan Majlis Syura Ulama.

Zaman Peralihan

Teringat saya semasa zaman peralihan dari pendekatan ala kebangsaan kepada kepimpinan ulama. Segala kegiatan pendekatan ala kebangsaan, seperti tepuk tangan ditukar kepada sahutan 'takbir' semasa berceramah. Pendekatan melalui hiburan seperti menjemput kumpulan pancaragam nasyid 'Al-Hasanah', 'Al-Kawakib', 'El-Suraya' (penyanyi wanita dengan pakaian menutup aurat tidak lengkap) telah ditiadakan langsung. Lagu PAS sudah tiada kedengaran lagi. Calon muslimah tidak dicalonkan bertanding dalam pilihan raya, walaupun sebelum itu ada yang menang seperti Khadijah Sidek di Dungun. Dan Khadijah pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Johor.

Pakaian ahli-ahli PAS ketara berubah. Muslimah, kebanyakannya memakai pakaian menutup aurat lengkap, tidak lagi berselendang macam 'wanita UMNO' . Lelakinya, kebanyakan berkupiah, berjubah-serban. Bersongkok hitam pernah dilebelkan 'songkokUMNO'. Ceramah-ceramah PAS tidak lekang dari hujah Quran dan Hadis. Kegiatan usrah, kelas pengajian agama dan ceramah bertumbuhan bagai cendawan di musim hujan.

Buku-buku agama begitu laris di pasaran. Proses tarbiah ahli-ahli amat memberangsangkan. Aliran pemikiran Ikhwanul Muslimin Mesir begitu menjadi idola orang-orang PAS. Ceramah-ceramah pemimpin PAS waktu itu seolah-olah tiada mahu berkompromi terus dengan sistem pemerintah setelah pecahnya Kerajaan Campuran BN-PAS. '..bina Islam di atas runtuhan jahilliah', 'tolak jahilliah total, terima Islam penuh', tolak faham sekular, kebendaan dan sebaganya.

C. Menerapkan Islam Melalui Perlembagaan Negara Yang Ada

Kira-kira 30 tahun PAS memilih pendekatan kebangsaan, dan 30 tahun PAS memilih kepimpinan ulama. Kini apa lagi?

Ada suara-suara pemimpin PAS ingin melihat dan mencontohi Turki yang memilih pendekatan Islam melalui sekularisme. Memperjuangkan melalui Perlembagaan Malaysia Fasal 3, Islam agama bagi Persekutuan.

Sehingga ada yang bertanya, "Kalau begitu, mengapa kita tidak masuk UMNO sahaja, kerana kita bersetuju dengan perlembagaan yang ada?"

Kerajaan Perpaduan

Kalangan pemikiran baru PAS menjawab, "Itu sebabnya wujud kumpulan yang mahukan 'Kerajaan Perpaduan' (UG). Sama tarafnya dengan 'Kerajaan Pakatan', kalau Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia pada Pilihan Raya Umum mendatang. Cuma terdapat rekod buruk UMNO dulu (zaman pemerintahan Tun Hussien Onn) pernah mengkhianati Kerajaan Campuran, yang PAS sanggup bernaung di bawah lambang dacing BN. Itu yang menghantui wujudnya Kerajaan Perpaduan sekarang."

Demikian paparan saya. Insya Allah akan bersambung lagi.

Kedua: Rumusan saya dapat, dari perbincangan Grup Universiti Ulu Klang tempoh hari, ada yang meminta supaya saya siapkan segera buku Sejarah PAS yang saya sedang tulis.

E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
(klik gambar)
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Saya jawab, "Insya Allah, tapi kalau lambat pun takpe, PAS sendiri sedang menyiapkannya. Kerana kemampuan saya agak terbatas..."

Wallahu Aklam.

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
12Feb, 2011. KL

Adun BN Kerdau Meninggal Dunia Petang Tadi.

NONEKL, 12 Feb II: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN kerusi Kerdau, Pahang Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia selepas terjatuh di rumahnya petang tadi.

Wakil rakyat itu meninggal dunia selepas terjatuh di rumahnya kira-kira 6.30 petang tadi, menurut sumber antaranya siaran Buletin Utama, TV3.


Lepas Kami Hilang Kerusi Pengundi Melayu.. Dr Dzulkefly


KL 12 Feb 11: “Selepas kami mula kehilangan pengundi-pengundi Melayu dalam pilihan raya kecil, kami bertanya pada diri kami bagaimana untuk mendapatkan balik lapan hingga 15 peratus undi protes yang diterima dalam pilihan raya 2008,”

Kata ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) kepada The Malaysian Insider semasa bercakap mengenai Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa, anjuran khas PAS pada 19 Februari ini..

Dalam perikatan tiga parti itu, PAS merasakan ia perlu menggerakkan usaha untuk mendapatkan undi orang Melayu dalam menghadapi Umno pada pilihan raya umum ke-13. Bagaimanapun Pakatan Rakyat dilihat berhadapan dengan situasi kemerosotan undi orang Melayu sejak Julai 2009 di mana pada pilihan raya kecil DUN Manek urai di Kelantan, yang pengundinya 99 peratus orang Melayu, PAS hanya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 65 undi berbanding 1,352 pada Mac 2008.

Sokongan orang Melayu dilihat terus mula memihak kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya-pilihan raya kecil lalu, daripada tujuh kepada 10 peratus, sekali gus membolehkan perikatan kerajaan pusat itu merampas Hulu Selangor dan Galas daripada Pakatan Rakyat.

Dalam pilihan raya kecil terbaru di Tenang, Johor pula Pakatan Rakyat gagal untuk menerokai sokongan kalangan peneroka Felda, majoritinya orang Melayu, di mana BN menguasai lebih 83 peratus undi.

Dzulkefly berkata dengan memberi penekanan ke atas tiga bidang politik, ekonomi dan agama, PAS akan “bertanding di kawasan-kawasan yang BN menganggapnya milik mereka.”

Kata beliau, wujud persaingan sengit dalam mendapatkan undi orang Melayu antara Umno dan PAS sejak selepas Mac 2008 dan ia akan semakin sengit menjelang pilihan raya umum ke-13. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor memberitahu pada konvensyen 19 Februari ini

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menyampaikan ucapan dasarnya yang menekankan soal ekonomi orang Melayu, khususnya dari segi “pendapatan yang boleh diguna berbanding aspek ekuiti semata-mata.”

“Kami akan bergerak dari bercakap mengenai kuota 30 peratus Bumiputera kerana ia hanya akan memanfaatkan 20 peratus elit orang Umno.

“Sebaliknya kami akan bercakap mengenai paras pendapatan 40 peratus rakyat miskin, di mana 73 peratus adalah Bumiputera yang memperoleh RM1,500 atau lebih rendah setiap bulan,” katanya.

Kata beliau matlamat itu akan dicapai menerusi inisiatif-inisiatif seperti pembiayaan mikro, gaji minimum dan pendidikan berbanding keperluan kuota dan ekuiti. Tambah beliau, pendekatan memberi perhatian kepada kesemua isi rumah juga akan membantu mengatasi kebimbangan di kalangan bukan Melayu yang was-was mengenai agenda negara Islam.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail juga akan hadir untuk memberikan sokongan kepada rakan mereka PAS. Bekas pengarah pusat penyeledikan PAS itu menambah, Abdul Hadi juga akan menekankan mesejnya dengan menolak konsep Ketuanan Melayu, sebaliknya menggalakkan Kedaulatan Rakyat yang seiring dengan nilai keadilan dan kemakmuran bagi semua kaum, yang ditekankan oleh Islam.

“Dengan ini, PAS berharap akan mencapai situasi menang-menang antara pengundi Melayu dan bukan Melayu,” katanya. (IH)

Takbir! Mubarak Jatuh, Berakhirnya Rejim UMNO Mesir

KL 12 Feb 11: “Takbir! Mubarak dijatuhkan kuasa rakyat,” ujar Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menurut Harakahdily. “Tahniah rakyat Mesir, 18 hari tak berganjak akhirnya Hosni Mubarak meletakkan jawatan, berakhirnya rejim Umno Mesir,” ulas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di laman Twitternya pula.

Khalid Samad berharap tentera yang mengambil alih kuasa tidak mengkhianati amanat rakyat dan membebaskan rakyat Mesir daripada dibelenggu pemerintahan yang zalim. Namun, menurutnya pengaruh Amerika ke atas tentera Mesir masih kuat. Beliau mempersoalkan adakah pihak tentera akan membebaskan rakyat Mesir dan dibenar memilih pemimpin mereka atau terus dibelenggu demi Israel.

Naib Presiden, Omar Sulaimen dalam pengumuman menerusi televisyen malam tadi memberitahu Mubarak, 82, mengambil keputusan meletakkan jawatan dan Majlis Tertinggi Tentera mengambilalih pentadbiran negara. Ekoran pengumuman tersebut, jutaan rakyat negara Afrika Utara itu yang membanjiri Dataran Tahrir melaungkan 'Allahu Akbar' dan bersorak gembira.

Dilaporkan, Mubarak yang memerintah selama 30 tahun telah meninggalkan Kaherah bersama anggota keluarganya ke pusat percutian di Sharm el-Sheikh di Laut Merah dan terus lari ke Emiriah Arab.

PAS mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang tidak berganjak mengadakan bantahan selama 18 hari yang memaksa Presiden Hosni Mubarak melepaskan jawatan. Bagi Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan at-Tantawi pula, anak muda melahirkan rasa syukur dengan kejatuhan regim Mubarak itu. Beliau mengharapkan kebangkitan rakyat menentang kezaliman menular ke seluruh dunia.

“Tahniah Rakyat Mesir. Tahrir Square menjadi saksi kejatuhan Hosni pemimpin yang korup dan menindas. Di Malaysia juga ada, Merdeka Square,” ujar Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin. (IH)

Lihat secara keseluruhan..
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

Mubarak Lari Ke Emiriah Arab, Tentera Ambil-alih.


KAHERAH, 12 Feb 11: Presiden Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada desakan kebangkitan rakyat, meletakkan jawatan pada hari ke-18 demonstrasi semalam (tengah malam waktu Malaysia).

Naib Presiden Omar Suleiman mengumumkan Hosni sudah menyerahkan kuasa kepada tentera. Ia disambut dengan gembira oleh penunjuk perasaan. Beberapa jam sebelum Omar membuat pengumuman laporan awal menyebut Hosni telah meninggalkan ibu negara Mesir bersama keluarganya sementara momentum tunjuk perasaan yang masuk hari ke-18 terus meningkat — sehari selepas presiden itu menegaskan tidak akan berundur sekarang.

Pihak tentera pula berjanji akan menarik balik perintah darurat yang dikuatkuasakan sejak tiga dekad lalu selepas keadaan semasa reda. Hosni memerintah negara itu sejak 1981 dan kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat. Laporan NBC News berkata, Hosni meninggalkan Kaherah untuk menuju resort Laut Merah Sharm el-Sheikh.

Laporan itu menyebut Hosni meninggalkan ibu negara, salah satu lokasi demonstrasi sejak tiga minggu lalu, bersama keluarganya dari pangkalan tentera Almaza. Bagaimanapun laporan stesen TV Al-Jazeera yang dipetik msnbc pula berkata, Hosni sudah pun meninggalkan Mesir dan terbang ke Emiriah Arab Bersatu. (IH)

Lihat secara keseluruhan..
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

Friday, February 11, 2011

Valentine: Berita Ini, Bukti Ada Kesamaan Islam-Kristian.


KL 11 Feb 11: Berita ini membuktikan ada persamaan, boleh dicari titik-titik pertemuan antara Islam dan Kristian. Dan perbincangan antara Pemuda PAS-PKR (AMK) dengan Pemuda DAP dan Pemuda CCM (Majlis Gereja-gereja Malaysia) boleh dilanjutkan. Demi kesepaduan rakyat... agama bukan punca untuk bertelagah, tetapi punca mencari kebenaran.

Begini beritanya seperti yang disiarkan oleh Malaysiakini...

Sebuah majlis gabungan gereja hari ini menuntut seorang selebriti meminta maaf atas dakwaan mengaitkan penganut Kristian dengan amalan maksiat.

Tuntutan itu disuarakan oleh Pemuda Majlis Gereja-Gereja Malaysia (Pemuda CCM) hari ini yang mempertikaikan satu kenyataan oleh selebriti berkenaan, Siti Nor Bahyah Mahamood.

Dalam rancangan berkenaan, Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata: “Maksiat, disko, 'couple-couple', bersunyi-sunyian, inilah tradisi bagi masyarakat yang beragama Kristian."

NONESiti Nor Bahyah didakwa telah berkata demikian melalui satu rancangan yang membincangkan hukum sambutan Hari Valentine melalui sebuah televisyen tempatan sebelum ini. Pemuda CCM menyifatkan dakwaan itu sebagai "tidak bertanggungjawab", "mengaibkan" dan "amat menyakitkan hati" masyarakat Kristian melalui "serangan terbuka ke atas kepercayaan masyarakat lain tanpa fakta yang dikaji dengan teliti."

Menurut kenyataan itu lagi, Siti Nor Bahyah juga telah melandaskan hujahnya dalam rancangan itu "dengan legenda dan kisah dongeng yang tidak disokong (fakta)."

"(Siti Nor Bahyah) juga telah memilih untuk menggunakan ruang awam untuk mencerca ajaran masyarakat lain dengan pandangan yang salah (dan) diperolok-olokkan sebagai fakta," kenyataan itu dipetik. Tiada asas dalam Kristian

Selebriti berkenaan juga antara lainnya telah menyebut beberapa versi latar belakang sambutan Hari Valentine dalam program berkenaan yang turut disiarkan dalam laman Youtube. Versi pertama yang disebut oleh Siti Nor Bahyah itu membabitkan amalan penyembahan seorang "dewi cinta" oleh masyarakat Rom kuno.

Salah satu lagi versi yang disebut itu membabitkan sambutan bagi memperingati seorang paderi bernama Saint Valentine yang dibunuh kerana menyebarkan ajaran Kristian.

"Saint Valentine inilah yang memainkan peranan besar menjatuhkan kerajaan Islam di Cordoba, Sepanyol. Jadi kalau kita sambut Valentine's Day, maknanya kita sokong Kristian. Kita sokong Inggeris. Kita masuk sebahagian daripada mereka."

"Yang keempatnya sebab kita tak boleh sambut Valentine ini sebab meraikan burung yang suka mengawan pada 14 Februari. Ini ialah tradisi orang Inggeris," kata Nor Bahyah lagi dalam rancangan berkenaan.

Mengulas lanjut, Pemuda CCM berkata selebriti itu sepatutnya menasihati masyarakat muda supaya bertindak dengan bijak dan tidak dieksploitasi oleh sambutan yang dikomersilkan secara terang-terangan.

Kenyataan itu juga menyebut, Pemuda CCM telah menjelaskan sebelum ini bahawa Hari Valentine dan juga Santa Claus tidak mempunyai asas dalam ajaran Kristian.

Komen Weblog Ibn Hasyim lagi: Pemuda Majlis Gereja menolak kenyataan ....

  • ''Maksiat, disko, 'couple-couple', bersunyi-sunyian, inilah tradisi bagi masyarakat yang beragama Kristian.'
  • 'Hari Valentine dan juga Santa Claus tidak mempunyai asas dalam ajaran Kristian.'

Inilah titik-titik pertemuan antara agama. Benda-benda yang tidak fakta dan tidak ada dalam agama perlu ditolak, apalagi jika ianya mengundang perpecahan. Jangan dikaitkan dengan agama. Maka perlu dicari kejernihan. Contohnya, isu orang bukan Islam sebut nama 'Allah', masalah azan guna pembesar suara dan orang bukan Islam masuk masjid, semuanya ada jalan selesai.

Jadi perbedaan pendapat adalah suatu perkembangan keilmuan yang baik dan sihat, jika diuruskan dengan baik. Ianya mampu membawa perpaduan. Wallahu aklam.

Ada kaitan...

Valentine: AMK Sama Laju Dg DPP. Pemuda DAP?


KL, 11 Feb 11: Selangor pimpinan Pakatan Rakyat dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melarang sama sekali umat Islam menyambut Hari Kekasih termasuklah memberi sokongan, mempromosikan, mengajarkan dan menyebarkan apa-apa sambutan yang berkaitan dengannya.

Dalam khutbah yang disampaikan hari ini, kedua-dua Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menegaskan Hari kekasih adalah sambutan penganut Kristian yang mengenang hari kematian seorang paderi mereka.

“Tiada sambutan ini dalam ajaran Islam,” kata khutbah standard yang disampaikan di masjid-masjid dan surau di negeri Selangor hari ini.

Keseluruhan teks khutbah yang diperoleh memfokus pada isu tersebut, yang kontroversi sekarang ekoran laporan bahawa Dewan Pemuda PAS mahu kerajaan-kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan penguatkuasaan mengawal golongan muda beragama Islam menyambut Hari Kekasih yang jatuh Isnin ini. Sebaliknya menurut khutbah itu, umat Islam digalakkan berkasih sayang sesama manusia sepanjang masa tanpa membataskannya pada hari-hari tertentu sahaja.

Sementara itu menurut berita Harakahdaily, Hari Kekasih atau Valentine’s Day sekali lagi mendapat perhatian semua pihak terutama kepada pendirian Pakatan Rakyat.

“Hari Kekasih ini menjadi perhatian kerana melibatkan isu pengawasan moral atau moral policing,” kata Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin.

AMK, katanya melihat wujud unsur-unsur hipokrasi yang jelas dan nyata di peringkat Umno BN khususnya dalam soal itu, yang jelas kelihatan mahu memerangkap dan memasung minda rakyat agar lari daripada fokus sebenar yang sewajarnya diberikan secara tepat mengenai isu ini.

Menurutnya, AMK berpendapat terdapat dua hal yang harus diberi perhatian iaitu perbincangan dan musyawarah di kalangan Pemuda Pakatan iaitu Dewan Pemuda PAS, Pemuda Sosialis DAP dan AMK perlu diadakan.

Ini, katanya bagi mendapat persefahaman dan dasar pendirian yang boleh dikongsi secara bersama tanpa menafikan beberapa hal berbeza dari segi pendekatan.

“Dalam hal ini pihak AMK yakin bahawa permuafakatan Pakatan Rakyat membincangkan hal-hal termasuk isu sensitif membuktikan kesediaan Pakatan Rakyat menerima perbezaan dan memberikan dasar yang terbaik kepada rakyat,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nampaknya, dalam isu ini, Angkatsan Muda Keadilan sama laju dengan Dewan Pemuda PAS. Dan pendangan Pemuda DAP juga perlu diambil kira atau dibincangkan. (IH)

Sebelum ini...

Siapa Adik Pelakon Komidi Ditahan Hari Ini?

HALAMAN HIBURAN
http://www.akademifantasia.net/gallery/albums/imbasan/25_July/saiful_apek.jpg
Pelawak terkenal ini pernah ditahan kerana dadah tahun lepas..

KL, 11 Feb 11: Siapa adik seorang pelakon komedi popular yang sedang ditahan hingga hari ini? Dia bersama sembilan lelaki dan tiga wanita dalam operasi dadah di Cheras Baru, Ampang Jaya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata lelaki berusia 27 tahun itu turut didapati positif dadah bersama lima yang lain dalam serbuan kira-kira 7 malam kelmarin.

“Kesemua mereka yang berusia 17 hingga 58 tahun ditahan di tepi jalan di kawasan Lorong Bukit 2, Cheras Baru dalam ‘Ops Tapis’.

“Polis turut merampas dadah heroin dan ganja serta eramin 5 daripada dua lelaki yang ditahan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Amiruddin berkata bagaimanapun tiada dadah ditemui pada adik pelakon berkenaan yang bekerja sebagai buruh. Sebelum ini, pelakon komedi berusia 41 tahun itu pernah ditahan atas kesalahan memiliki dadah, bagaimanapun, dia dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata lelaki berusia 27 tahun itu turut didapati positif dadah bersama lima yang lain dalam serbuan kira-kira 7 malam kelmarin.

“Kesemua mereka yang berusia 17 hingga 58 tahun ditahan di tepi jalan di kawasan Lorong Bukit 2, Cheras Baru dalam ‘Ops Tapis’.

“Polis turut merampas dadah heroin dan ganja serta eramin 5 daripada dua lelaki yang ditahan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Amiruddin berkata bagaimanapun tiada dadah ditemui pada adik pelakon berkenaan yang bekerja sebagai buruh. Sebelum ini, pelakon komedi berusia 41 tahun itu pernah ditahan atas kesalahan memiliki dadah, bagaimanapun, dia dibebaskan dengan jaminan polis.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Masalah dadah di kalangan artis termasuk pelakon komidi perlu diatasi segera, kerana mereka menjadi idola kalangan remaja. (IH)

Ikhwan Mula Takut Regim Baru Memerintah -Essam Al-Erian

Essam al-Erian

KAIRO 11 Feb 11: Kekhuawatiran masih merebak di Mesir. Kelompok oposisi terbesar di Mesir, Ikhwanul Muslimin mengatakan khuawatir dengan masa depan Mesir bila militer turun tangan. Pemimpin Ikhwanul Muslimin, Essam al-Erian mengatakan, "Saya khuawatir dan takut. Masalah ini bukan hanya pada Mubarak tapi pada regim (baru) yang akan memerintah," katanya.

Menurut sejumlah warga, mereka tidak ingin melihat militer berkuasa. Yang mereka ingin lihat adalah pemerintahan Mesir dipimpin oleh sivil, bukan lagi militer. Kerana Militer Mesir akhirnya turun tangan mengatasi krisis politik yang menimpa negara tersebut sejak awal tahun ini. Presiden Hosni Mubarak diperkirakan turun tahta dan menyerahkan kekuasaan pada militer, malam tadi waktu setempat.

Pemimpin oposisi Gerakan Karama kepada Aljazeera mengatakan, "Saya mendengar bahawa militer yang merayu Mubarak dan menegaskan padanya bahawa sekarang saat yang baik untuk mundur."

Mendengar berita ini, ratusan ribu pengunjuk rasa di Tahrir Square langsung bersorak gembira. "Rakyat Mesir di Tahrir Square menari-nari dengan gembira mendengar Mubarak turun," demikian Aljazeera.

Diberitakan juga, Mesir akan terjerumus kepada situasi yang paling sulit. Di mana gerakan rakyat menginginkan berakhirinya regim diktator Mubarak. Sementara itu, pihak Amerika menginginkan dibentuknya pemerintahan transisi, sampai pilihan raya presiden, September, yang akan datang.

Tetapi, Omar Sulaeman, yang baru dilantik oleh Mubarak, menolak adanya pemerintahan transisi. Bahkan, wakil presiden Mesir, yang baru telah mengancam para demosntran, dan akan menggunakan kekuatan militer untuk membubarkan para demonstran di Lapangan Tahrir. (IH)

Lihat secara keseluruhan..
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

Thursday, February 10, 2011

Ketua P/PAS Nafi Periksa Pasangan Malam Valentine


KL, 10 Feb 11: Harakah melapoirkan, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menafikan laporan AFP yang mendakwa beliau mengatakan pihak berkuasa agama di negeri Pakatan Rakyat akan menjalankan pemeriksaan terhadap pasangan pada malam 14 Februari ini.

Sebaliknya, beliau hanya berkata, pemuda PAS sedia memberi kerjasama kepada mana-mana kerajaan negeri khususnya Pakatan Rakyat dalam usaha membendung perbuatan tidak bermoral masyarakat pada malam Valentine’s Day tersebut.

Katanya, ianya sesuai dengan amalan rutin pemuda PAS yang sering kali turun menyebarkan risalah dakwah kepada masyarakat khususnya beragama Islam pada malam sambutan tahun baru atau Valentine’s Day, agar tidak melakukan perbutan tidak bermoral.

"Saya tidak jahil tentang autoriti dan bidang kuasa yang ada pada kerajaan negeri.

"Saya tidak buat arahan kepada kerajaan negeri supaya ikut pemuda PAS.

"Wartawan yang menelefon saya itu telah tersalah faham," jelasnya kepada Harakahdaily.

AFP dalam laporannya semalam meletakkan tajuk “Pakatan states plan Valentine’s Day crackdown”.

Agensi berita itu memetik kenyataan Nasrudin sebagai berkata bahawa pihak berkuasa agama di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan and Selangor akan mengadakan pemeriksaan terhadap mana-mana pasangan pada malam 14 Februari ini.

Sejak kenyataanya disiarkan AFP semalam, Nasrudin menerima kritikan hebat dari rakan komponen parti Pakatan Rakyat lain termasuk Pemuda DAP. Mereka mendakwa perkara tersebut tidak pernah dibincangkan bersama dalam mana-mana mesyuarat Pakatan Rakyat.

Pemuda PAS juga dakwa mereka, telah melangkaui bidang kuasa kerajaan negeri dengan mengeluarkan 'arahan' tersebut. Bagaimanapun, Nasrudin hari ini menafikan laporan tersebut dan mendakwa berlaku sedikit salah faham dalam laporan agensi berita tersebut.

"Saya hanya menyatakan kami bersedia bekerjasama dengan negeri yang mempunyai hasrat yang sama dengan kami.

"Saya yakin tidak ada negeri yang suka gejala sosial berleluasa, termasuk DAP Pulau Pinang.

"Jadi atas dasar itu lah kami membuat tawaran untuk membantu kerajaan negeri, itu pun kalau mereka mahu," jelasnya.

Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini telah memfatwakan haram bagi umat Islam menyambut Valentine’s Day, atau Hari Kekasih pada setiap 14 Februari.

Sementera itu, Malaysiakini melaporkan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom mengingatkan Pemuda PAS supaya tidak mencetuskan pergaduhan ekoran hasratnya mahu memantau sambutan hari kekasih beberapa hari lagi.

NONE"Yang itu kita kena tahu nak buat macam mana, nak pergi kawal macam mana. Sat lagi pi berkatok, bergaduh dengan orang, (jadi kes) polis pula... "Jadi dah jadi langgar peraturan," katanya ketika ditanya sama ada beliau menyokong cadangan Pemuda PAS itu.

Pada sidang media selepas mempengerusikan Wacana Dakwah melalui penyiaran di Putrajaya petang tadi, Jamil Khir berkata sambutan itu bukan amalam Islam. Bagaimanapun, katanya, umat Islam sendiri mestilah mempunyai programnya sendiri sebagai alternatif kepada sambutan setiap 14 Februari itu. valentine day 130206Sebagai contoh, katanya, esok Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan forum dan pelancaran kempen "anti hari Valentine" di Putrajaya.

"Maknanya kita kena ajak orang ramai supaya fahami bahawa itu (hari kekasih) budaya asing," katanya.

Jakim juga mengedarkan kenyataannya kepada media dengan memetik kembali pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan pada November 2005 amalan merayakan hari kekasih tidak pernah dianjurkan Islam.

"Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam," kata pegawai perhubungan awam Jakim Asiah Alkharib Shah, memetik keputusan muzakarah majlis itu.

Lihat sebelum ini...

Univ Swasta 'hilang' RM100j Geran k'jaan. Kerja Siapa?


KL 10 Feb 11: Inilah kerja kerajaan BN. Malaysiakini melaporkan, setelah menerima geran bantuan RM100 juta daripada kerajaan, sebuah universiti swasta 'utama' tidak dapat memenuhi sasaran pendaftaran pelajar dan kini hampir tidak cukup wang untuk bertahan setahun lagi.

NONEBahkan, kata ketua pegawai eksekutifnya, Leong Choon Heng, universiti itu kini tinggal "kurang dari RM10 juta" dan terpaksa mengambil langkah pemotongan kos yang agresif untuk terus bertahan.

Beliau memberitahu demikian ketika menjawab pertanyaan selepas Malaysiakini mendapat maklumat mengenai situasi semasa universiti berkenaan. Ditubuhkan pada 2001 oleh senator dan bekas menteri kabinet, Datuk Effendi Norwawi, Malaysian University of Science and Technologi (MUST) sepatutnya menjadi sebuah universiti terkemuka dengan kerjasama Massachusetts Institute of Technologi (MIT).

Universiti itu menerima geran tersebut secara ansuran antara Januari 2001 dan 2006, menerusi MUST Ehsan Foundasan. Effendi telah menjadi pemegang amanah yayasan tersebut sejak tahun 2001. azlanTetapi selepas 10 tahun berlalu, universiti tersebut masih jauh untuk mencapai sasaran tahun 2007 - untuk mendaftar 500 pelajar - dengan hanya memperolehi 207 pelajar.

Begitu pun, sebahagian besar daripada pelajar tersebut merupakan mereka yang didaftarkan untuk meningkatkan jumlah pendaftaran selepas universiti itu hanya mendaftar 10 pelajar pada 2007. Sewaktu bekas ketua eksekutifnya, Tan Sri Dr Omar Abdul Rahman - yang meletak jawatan pada bulan Mac - dan pernah menjadi penasihat sains dan teknologi kepada perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, universiti tersebut tidak mempunyai banyak aset fizikal.

Universiti itu terletak di lot pejabat di Kelana Square, kerana rancangan awal untuk sebuah kampus melalui MUST Ehsan Development, telah ditangguhkan. MUST Ehsan Development - anak syarikat tersenarai Kumpulan Encorp yang dibiayai oleh Effendi - sepatutnya membangunkan kawasan di sekitar tapak untuk kampus universiti tersebut di Shah Alam.

Pendapatan daripadanya akan digunakan untuk membiayai pembinaan kampus dan aktiviti lain universiti tersebut. MUST Ehsan Development mempunyai portfolio projek bernilai RM800 juta, termasuk projek pembangunan campuran yang digelar 'the Strand' di Kota Damansara. Bagaimanapun, ia tidak ada apa-apa kaitan dengan Yayasan atau MUST. (Sumber Malaysiakini)

Hari Kekasih: Pemuda DAP Bantah Pemuda PAS


KL, 10 Feb 11: Sayap Pemuda DAP membantah cadangan Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan at-Tantawi yang mahu melancarkan kempen membendung aktiviti tidak sihat pada sambutan Hari Kekasih, Isnin ini.

Ketuanya Anthony Loke (gambar) menegaskan parti itu tidak bersetuju sama sekali pendekatan yang diambil Nasrudin untuk melakukan “pemeriksaan tidak bermoral” terhadap pasangan pada sambutan Hari Kekasih.

“Ia melampaui kuasa ahli Pemuda PAS untuk melakukan penguatkuasaan sedemikian dan kempen itu tidak pernah dibincangkan dengan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda DAP.

“Ketika mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, Nasrudin tidak pernah membangkitkan isu ini dan ia boleh memberi kesan kepada Pakatan Rakyat terutamanya negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Loke, tindakan Pemuda PAS mengarahkan pihak berkuasa tempatan bekerjasama dengan jabatan agama di empat negeri Pakatan Rakyat menunjukkan sikap tidak menghormati kerajaan negeri.

“Pemuda PAS tidak mempunyai kuasa untuk memberikan sebarang arahan kepada kerajaan negeri.

“Pemuda PAS kena sedar Pakatan Rakyat terdiri daripada tiga parti politik yang mana sebarang keputusan harus dibuat dalam mesyuarat kerajaan negeri,” katanya.

Ahli Parlimen Rasah itu berkata tindakan Nasrudin berbuat demikian akan membahayakan Pakatan Rakyat. Nasrudin dilaporkan berkata telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan di Kedah, Kelantan dan Selangor untuk bekerjasama dengan polis dan Rela bagi membendung aktiviti tidak bermoral itu.

Katanya, Pemuda PAS akan bekerjasama dengan jabatan agama setiap negeri untuk memantau sambutan Hari Kekasih. Beliau berkata langkah itu diambil sebagai satu percubaan untuk membendung gaya hidup tidak sihat dan menyumbang kepada dosa. Bagaimanapun, cadangan Nasrudin itu ditolak pemimpin PAS Selangor dengan menyifatkan ia hanya pandangan peribadi beliau sahaja.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (gambar) berkata, Nasrudin tidak mempunyai kuasa untuk bercakap bagi pihak penguat kuasa kerajaan negeri jika undang-undang Islam dilaksanakan jabatan agama.

“Beliau (Nasrudin) tidak mewakili kerajaan.

“Jabatan agama negeri sentiasa membendung aktiviti-aktiviti tidak bermoral bukan sahaja pada Hari Kekasih,” katanya.

Kata Khalid, komen Nasrudin itu mungkin pendapat sendiri dan tidak dibawa dalam mesyuarat biro politik baru-baru ini. Nasrudin dilaporkan berkata telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan di Kedah, Kelantan dan Selangor untuk bekerjasama dengan polis dan Rela bagi membendung aktiviti tidak bermoral itu. (IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kebebasan berpendapat sesama Pemuda Pakatan. Alhamdulillah, perkembangan sihat.

Bekas SU Politik Menteri JPM Miliki Wang Haram RM3.13J


BUTTERWORTH, 10 Feb 11: Hasbie Satar, bekas setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (gambar), mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan terlibat dengan pengubahan wang haram dan memiliki RM2.13 juta hasil daripada aktiviti haram tahun lepas.

Hakim Mohd Zairan Aman menetapkan 14 Mac ini untuk sebut semula kes dan membenarkan Hasbie diikat jamin sebanyak RM60,000 dengan dua orang penjamin.

Hasbie, 38, dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar, pada 11 Februari tahun lepas. Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Anslen Charles Fernandis, memohon agar mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM100,000 kerana kesalahan yang dilakukan sangat serius dan jumlah yang diperoleh adalah tinggi.

Bagaimanapun, Hasbie yang tidak diwakili peguam, memohon agar mahkamah mengurangkan wang jaminan kerana beliau tidak bekerja dan terpaksa menanggung keluarga.

Beliau meminta mahkamah mempertimbangkan jasanya selama berkhidmat dengan kerajaan yang telah bekerja di bawah kepimpinan tiga orang Perdana Menteri.

“Saya telah setahun tidak bekerja dan saya berhenti kerja tanpa mendapat pencen,” katanya. – Bernama

Rundingan MILF-Filipina Di KL.. Capai Keputusan?

Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF)
PEKAN, 10 Feb !!:Malaysia berharap rundingan damai antara Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan kerajaan Filipina akan mendapat persetujuan muktamad dalam mewujudkan perjanjian perdamaian ti dak lama lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, peranan Malaysia sebagai fasilitator dalam rundingan damai itu akan diteruskan dan masih berjalan atas persetujuan kedua-dua pihak.

“(Rundingan) diteruskan sehingga kita buat apa-apa keputusan nanti, tak ada had tempoh, selagi kedua-dua pihak itu berkehendakkan Malaysia, kita jadi orang tengah,” katanya dipetik Bernama.

Rundingan dua hari antara kedua-dua pihak itu di Kuala Lumpur bermula semalam.

Kelmarin, BusinessWorld, akhbar perniagaan Filipina dalam talian melaporkan bahawa ketua perunding kerajaan Mario Victor F. Leonen berkata panel kerajaan telah diarahkan oleh Presiden Filipina Benigno S. C. Aquino III untuk merangka satu penyelesaian yang berkekalan dan komprehensif terhadap pemberontakan itu, yang disasarkan dalam masa setahun.

Beliau berkata mesyuarat panel perdamaian itu di Kuala Lumpur antara lain akan membincangkan tempoh lanjutan Pasukan Pemantauan Antarabangsa (IMT) yang diketua oleh Malaysia dan Kumpulan Tindakan Bersama Ad Hoc (AHJAG).

Leonen juga berkata bahawa kerajaan Filipina turut berminat menghidupkan semula mekanisme yang dikenali sebagai Kepimpinan Bangsamoro dan Institut Pengurusan yang dicadangkan oleh MILF dalam rundingan sebelum ini, di mana menerusi mekanisme ini, pemimpin muda Moro mungkin dilatih lagi untuk mengetuai dan mengurus pada masa akan datang.

Beliau juga berkata MILF dijangka menjelaskan isu membabitkan peletakan jawatan Komander Ameril Umbra Kato dan pembentukan Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro. (IH)

Rusuhan Islam Kristian Di Jawa Tengah, Selesaikan Segera..

Kerusuhan Temanggung

Rusuhan agama di Temanggung

KL 10 Feb 11: Masalah Agama-Islam Kristian di Temanggung Indonesia adalah masalah bersama, Ia perlu ditangani dan diselesaikan segera demi keamanan dunia dan Asia Tenggara. Terutama di nusantara, pemimpin-pemimpin berbagai agama perlu mencari titik-titik pertemuan di meja rundingan. demikian pendangan Weblog Ibnu Hasyim.

Menurut Ibnu Hasyim,

"Walau ada peratuaran perbatasan negara, tetapi semangat persaudaraan Islam boleh melintasi sempadan tersebut mengikut peraturan antara negara-negara itu. Apalagi untuk membendung supaya tidak merebak bagai api dalam sekam di nuantara ini.

"Gerakan-gerakan Islam perlu menjuarai usaha perdamaian ini.. membuktikan kemampuan Islam menyelesaikan masalah manusai berbagai agama."

"Turutamanya PAS. Ajak UMNO kalau dia mahu." Tegas editornya.

Di sini sila lihat rakaman sepintas lalu peristiwa di Temanggung Jawa tegah, seperti dikutip dari pelbagai sumber...

Sejumlah gereja rusak dan dibakar dalam kerusuhan di Temanggung, Jawa Tengah, siang tadi (berita 9 Feb 11). Kepolisian tidak bisa membendung amuk massa yang datang dari arah Pengadilan Negeri Temanggung. Wakil Kepala Divisi Hubungan Masyarakat Kepolisian, Brigadir Jenderal Untung Yoga Ana menjelaskan kronologi kerusuhan ini. Menurutnya, kejadian di Temanggung ini bermula ada 23 Oktober 2010.

Kerusuhan Temanggung

“Ada oknum masyarakat yang menyebarkan selebaran yang dinilai menistakan agama,” kata Yoga Ana di Mabes Polri, Selasa 8 Februari 2011. Oknum penyebar selebaran ini diketahui bernama Antonius Richmond Bawengan. Salah satu warga yang mendapat selebaran itu adalah Bambang Suryoko. “Warga ini lantas melaporkan ke RT, Fachrurozi, kemudian dilaporkan ke Polres Temanggung.”

Kerusuhan Temanggung

Kasus ini kemudian berproses secara hukum sampai ke pengadilan. Sidang, kata Yoga Ana, sudah berjalan tiga kali, yakni 20 Januari 2011, 27 Januari 2011, dan ketiga, sidang ketiga, jatuh hari ini.

“Pihak Polres di-back up Polda (Jawa Tengah) sudah melakukan antisipasi,” kata Yoga. Dalam sidang ketiga ini, terdakwa divonis lima tahun penjara. Massa yang tidak puas lantas keluar dari ruang sidang dan melakukan perusakan. Tiga gereja rusak dan dua di antaranya dibakar. “Dua mobil polisi dirusak,” tambahnya.

Kerusuhan Temanggung

Untuk mengantisipasi sidang dari aksi kerusuhan, sebenarnya kepolisian sudah menempatkan ratusan personelnya. Menurut Untung, ada sekitar 640 personel keamanan yang terjun untuk mengamankan sidang ini. Namun, massa sulit diberi pengertian. Kondisi Temanggung saat ini, kata dia, sudah kondusif dan massa bisa dikuasai. Namun jajaran Polres Temanggung masih berjaga-jaga. “Sekarang Kepolisian tengah berkoordinasi aparat lain, termasuk Muspida dan tokoh masyarakat,” kata dia.

Kerusuhan Temanggung

Apakah sudah ada penetapan tersangka? “Ada satu orang yang diperiksa intensif yang mengarah ke perusakan, tapi saya belum dapat informasi.” Akibat rusuh ini, sembilan warga, satu di antaranya wanita mengalami luka-luka dan dalam perawatan di RSUD Temanggung.

Kerusuhan Temanggung

Kerusuhan Temanggung

Kerusuhan Temanggung

Kerusuhan Temanggung

Kerusuhan Temanggung

Kerusuhan Temanggung

Kerusuhan Temanggung

Kerusuhan Temanggung

Kerusuhan Temanggung

Kerusuhan Temanggung

(Sumber: Vivanews, Tempo Interaktif, Kompas , Republika dan siri-siri kerusuhan di Youtube)

Masalah Along: Kerajaan BN Tak Mampu Tolong


LIHAT dua berita hari ini. 10 Feb 11..

Satu: Cagar Anak Pada Along,

JOHOR BAHRU Seorang bapa durjana bukan saja mencagarkan anak gadisnya untuk melunaskan hutang dengan ceti haram atau along, malah menganjurkan pakej pelancongan maksiat dengan membenarkan mereka membawa zuriatnya itu bercuti di luar negara.

Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru, Michael Tay, berkata perkara itu berlaku gara-gara kegagalan lelaki 50-an terbabit melangsaikan hutang kira-kira RM150,000 kepada sindiket berkenaan sejak lebih setahun lalu.

Beliau berkata, kecantikan dimiliki anaknya berusia 20-an termasuk bentuk tubuh menggiurkan selain wajah persis model dijadikan umpan oleh lelaki itu untuk terus berhutang dengan along di bandar raya ini.

Menurutnya, seorang ahli keluarga mendakwa lelaki terbabit ketagih berjudi di kasino di Singapura sehingga berhutang dengan along.

“Perbuatan lelaki itu bukan saja menghancurkan masa depan anak gadisnya, malah mengakibatkan dia terbabit pelbagai masalah sosial.

“Difahamkan pada awalnya gadis berkenaan membantah perjanjian bapanya dengan along itu kerana bercadang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Namun, dia terdesak dan terpaksa akur kehendak bapanya hingga menjadi pemuas nafsu beberapa along termasuk lelaki mata keranjang yang seusia bapanya,” katanya.

Tay berkata, bagi mengelakkan sindiket along menuntut hutang, bapa gadis berkenaan menganjurkan pakej pelancongan maksiat bersama anak perempuannya bertujuan menghiburkan lintah darat itu.

Menurutnya, along juga bebas bercuti dengan gadis itu mengikut tempoh diingini.

“Malangnya, kini anak perempuan lelaki terbabit semakin selesa dengan gaya hidup barunya kerana turut dilimpahi kemewahan. Ketika kami menghubunginya dan menasihatkannya, dia enggan mengubah gaya hidupnya, sebaliknya mahu terus bergelumang dalam maksiat itu,” katanya.

Tay berkata, kes membabitkan pasangan anak beranak itu antara 500 laporan ancaman along terhadap peminjam diterima Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru sejak tiga tahun lalu.

“Pendedahan ini diharap menjadi pengajaran kepada orang ramai terutama penduduk di bandar raya ini supaya tidak berhutang dengan along selain membuang tabiat berjudi,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tay menunjukkan Bintang Khidmat Terpuji yang diperoleh di Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka, baru-baru ini.

DUA: Cerai suami kerana hutang

KUALA LUMPUR: “Dia bukan hanya meninggalkan saya dan tiga anak kami tanpa sebarang nafkah, tetapi turut meninggalkan beban hutang menyebabkan kami sekeluarga hidup serba kekurangan dan terpaksa berhutang dengan bank bagi melangsaikan hutangnya,” kata Lau Yiek Kiew, 56, yang dihimpit kesusahan akibat sikap bekas suaminya yang meminjam along.

Yiek Kiew berkata, sehingga kini rumah diduduki terpaksa digadai kepada bank sebanyak RM270,000 pada 2009 yang dibuat atas nama anak sulungnya dengan bayaran bulanan RM1,000 selama 35 tahun.

Menurutnya, rumah itu terpaksa digadai bagi membayar hutang bekas suaminya yang bertimbun dengan along sehingga anaknya berdepan risiko diisytiharkan muflis gara-gara tidak dapat membayar ansuran bulanan itu.

“Saya memberi peluang kepadanya berubah sikap, namun tidak menyangka dia tidak serik, malah membuat hutang baru menyebabkan saya nekad bercerai dengannya.

“Sebelum ini pun saya sudah melangsaikan hutangnya RM80,000 dengan bantuan saudara-mara yang meminjamkan wang,” katanya ketika hadir pada sidang media di Wisma MCA, di sini.

Beliau berkata, duit simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) milik suaminya RM70,000 juga habis digunakan untuk perjudian.

“Pada 27 Januari lalu kira-kira jam 3.45 petang, saya dikejutkan dengan kehadiran beberapa samseng along yang menyimbah cat merah ke dinding rumah saya. Ketika itu saya menyedari bekas suami masih berhutang dengan along,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nampaknya keranjaan BN masih tidak mampu selesaikan masalah along. Tak mampu melindungi rakyat yang menjadi kewajipannya. Takmampu tolong! (Sumber myMetro)

Wanita Bogel Berdayung Rentasi Lautan Atlantik

LIMA pendayung termasuk Naomi Hoogesteger tiba di garisan penamat di Port St. Charles, Barbados pada Isnin lalu

LONDON - Seorang pensyarah wanita dari Universiti Durham, Naomi Hoogesteger berbogel semasa dia mendayung bersama lima pendayung lelaki bagi memecahkan rekod mendayung merentasi Lautan Atlantik, lapor sebuah akhbar semalam.

Naomi yang berusia 29 tahun terpaksa berbogel selepas lima pendayung lelaki yang merupakan rakan sepasukannya dalam sebuah perahu menanggalkan pakaian semasa mendayung bagi mengelak kulit melepuh.

"Lepuh dan kesakitan di belakang tubuh kami amat teruk dan mula merebak. Satu-satunya cara untuk kami mengubatinya adalah dengan mendedahkan semua tubuh badan di bawah sinaran matahari," katanya.

Perahu mereka tiba di garisan penamat di Port St Charles, Barbados pada Isnin lalu selepas bergerak dari Tenerife di Kepulauan Canary, Sepanyol pada 6 Januari lalu.

Mereka mendayung selama 31 hari berbanding rekod lama selama 33 hari. - Agensi

E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

Betulkah Berita Mengenai Malaysia Ini?

Boneka beruang edisi Valentine dipajang di Damaskus, Suriah (AP Photo/Ola Rifai)

Pemerintah Lokal Malaysia Larang Valentine
Dewan Fatwa Nasional Malaysia melarang umat Muslim rayakan Valentine
Rabu, 9 Februari 2011, 17:18 WIB

VIVAnews - Sejumlah pemerintah lokal di Malaysia melarang penduduk untuk merayakan hari Valentine. Mereka akan menurunkan tim untuk memeriksa apakah ada acara yang tidak bermoral pada hari perayaan kasih sayang tersebut, yang berlangsung setiap 14 Februari.

Menurut laman harian The Star, Rabu 9 Februari 2011, kebijakan itu diberlakukan pemerintah negara bagian Kedah, Penang, Kelantan, dan Selangor. Ketua Pemuda Partai Islam se-Malaysia (PAS), Nasrudin Hasan Tantawi, mengatakan petugas akan menangkap warga yang kedapatan melakukan tindakan asusila berdasarkan hukum Islam.

“Kami telah mengidentifikasi titik-titik di negara-negara bagian ini yang akan digunakan oleh para pasangan dan kami juga akan menurunkan petugas dari kementerian agama serta anggota partai untuk menghentikan tindakan penuh dosa, seperti seks bebas, yang melanggar hukum Islam,” ujar Nasrudin, seperti dikutip The Star.

Nasrudin mengatakan mereka yang melakukan tindak asusila akan ditangkap, pihak penyelenggara yang mengadakan acara yang melanggar hukum Islam juga akan ditindak dengan tegas. Acara-acara seperti itu, ujar Nasrudin, merebak di kalangan muda akhir-akhir ini di Malaysia.

Contohnya, tahun lalu ada kampanye yang mempromosikan hari tanpa celana dalam pada Valentine. Beberapa tahun lalu, sebuah hotel di Kuala Terengganu menawarkan kamar gratis bagi 100 pasangan pertama yang datang.

Nasrudin mengatakan bahwa menurut kebijakan yang dikeluarkan oleh Dewan Fatwa Nasional Malaysia, umat muslim di negara tersebut dilarang untuk merayakan Valentine karena mengandung dosa dan unsur-unsur Kristiani. PAS, ujar Nasrudin, juga akan menyebarkan pamflet dan selebaran ceramah mengenai penyimpangan Valentine.

Lagi berita mengenai Malaysia.. Keliru?

( VIVAnews/IH)

Lihat sebelum ini..

MUI Bogor: Ahmadiah, Bubar Atau Jadi Agama Baru

BOGOR 9 Feb 11: Ketua Majelis Ulama Indonesia (MUI) Kota Bogor, Provinsi Jawa Barat KH Adam Ibrahim menyatakan pemerintah harus tegas dalam menyelesaikan permasalahan Ahmadiyah.

"Bubarkan Ahmadiyah atau jadikan Ahmadiyah agama baru," katanya saat dimintai tanggapan terkait kisruh Ahmadiyah di Cikeusik, Pandeglang Banten, dan Kabupaten Bogor.

Adam menyatakan, bahwa konflik Ahmadiyah tidak akan pernah selesai jika pemerintah tidak tegas dalam penyelesaian status Ahmadiyah. "Jika Ahmadiyah ingin aman beribadah, jadikan Ahmadiyah agama baru," katanya.

Menurutnya, menjadikan Ahmadiyah agama baru solusi tepat jika pemerintah tidak bisa membubarkan jaringan Ahmadiyah. Adam menyebutkan, selama Ahmadiyah masih mengaku beragama Islam, ini akan menjadi duri dalam daging bagi masyarakat Islam. Karena aliran Ahmadiyah telah menodai agama Islam.

"Dengan mengaku sebagai Islam, jemaah Ahmadiyah telah mengacak-acak akidah ke Islaman yang mengakui bahwa nabi terakhir adalah Muhammad, sementara mereka mengaku ada nabi lain setelah Muhammad. Akidah itu sakral, dan ini sangat fatal sekali jika terus dibiarkan," katanya.

Adam menyebutkan, berdasarkan fatwa yang dikeluarkan MUI pusat dan MUI dunia bahwa jaringan Ahmadiyah adalah alirat sesat dan menyesatkan.

Konflik Ahmadiyah tidak akan selesai hingga kiamat, bila Ahmadiyah tetap masuk dalam jaringan Islam. Karena itu, MUI Bogor mendorong pemerintah segera menjadikan Ahmadiyah sebagai agama baru di Indonesia.

"Kalau ingin Ahmadiyah aman, jadikanlah Ahmadiyah agama baru di Indonesia, jangan masukkan dalam aliran Islam. Dengan demikian baru bisa hidup berdampingi," katanya.

Ia menyebutkan, bahwa umat Islam menghormati umat beragama lainnya, seperti Kristien, Budha, Hindu dan Khatolik yang hidup berdampingi meski berbeda agama.

Untuk mengantisipasi aksi kericuhan Ahmadiyah di Kota Bogor, KH Adam menyebutkan, MUI Kota Bogor telah jauh-jauh hari mengimbau masyarakat muslim untuk menyepakati untuk tidak melakukan aksi anarkis dan menahan diri dari tindak provokasi.

"Melalui pengajian yang kita gelar kita sampaikan agar masyarakat muslim tidak mudah terprovokasi dan mentaati peringatan wali kota untuk bersama-sama menjaga Kota Bogor tetap kondusif," katanya.

Adam Ibrahim memastikan, bahwa masyarakat Muslim di Kota Bogor akan mendukung terciptanya iklim kondusif antar masyarakat beragama. Seperti kasus Gereja Yasmin, MUI juga telah mengkaver masyarakat untuk menahan diri dari aksi-aksi anarkis.

"Kami sudah sepakat, masyarakat muslim tidak akan melakukan aksi anarkis. Semua ormas-ormas sudah kita kumpulkan, dan kondisi saat ini sudah baik-baik saja. Namun kita mengimbau agar masyarakat tetap waspada terhadap provokasi," katanya. (Sumber Republika)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ajaran sesat yang sudah terkeluar dari Islam, mengapa masih dibenarkan guna nama Islam? Termasuk juga di Malaysia. Ajaran sesat seperti Pluralisme... atau ajaran lelaki berimamkan Aminah Wadud (wanita) di AS.

Lihat Sebelum ini..

Wednesday, February 09, 2011

Maulid Nabi Bagai Sebuah Sekolah -Nik Abdul Aziz

KOTA BHARU, 9 Feb 11: Program Maulid Nabi diperluaskan lagi dengan program ilmu sehingga menukar persepsi umat Islam memasuki bulan itu bagai memasuki sebuah sekolah agama. Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru rakyat Kelantan menjadikan bulan menperingati kelahiran Rasulullah SAW atau bulan maulid dengan memperbanyakkan program ilmu.

Menurut Nik Aziz, sebelum ini bila sahaja memasuki bulan Rabiulawal, umat Islam sentiasa menzahirkan ingatan kepada Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan pelbagai sambutan semata-mata. Justeru beliau mahu sambutan bulan kelahiran Nabi itu diperluaskan lagi dengan program ilmu sehingga menukar persepsi umat Islam memasuki bulan itu seperti memasuki sebuah sekolah agama.

“Bulan maulid ni, amat sesuai kita perbanyakkan program ilmu di masjid-masjid atau madrasah untuk menyebarkan ilmu Islam itu sebaik mungkin, ibu-bapa dan guru juga perlu memainkan peranan dalam hal ini" kata beliau dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini.

Nik Aziz menambah, antara lain dalam menerangkan ilmu Islam itu termasuklah hal berkaitan politik. "Politik ini ada dalam agama bukannya boleh dipisahkan," kata beliau sambil menambah fahamam politik lain dan agama lain ini telah disebarkan secara meluas ke seluruh dunia.

"Soalnya benarkah politik dan agama ini berasingan, Nabi Muhammad SAW adalah orang politik yang paling bijak” tambah beliau lagi.

Katanya, apa sahaja manusia buat atas muka bumi ini mestilah merujuk kepada Al-Quran dan hadis, oleh itu semua pihak mestilah memainkan peranan penting dalam menyeru umat Islam lain untuk memahami tuntutan agama ini.

“Saya minta sangat semua pihak yang bertanggungjawab agar sebar Islam kepada semua pihak, apa yang dituntut oleh demokrasi atau nasionalis semuanya ada dalam Islam” katanya lagi. (IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Weblog ini menyambut seruan Tok Guru. Insya Aklah!

Kes Saman Ceramah, Polis Tidak Cerdik?


KL 9 Feb 11:
Bagaimana Polis Boleh Tak Tahu Undang-undang? Patutkah mereka dihukum kerana tidak cerdik? Tanya orang ramai apabila dapat berita Bendahari PAS Pusat Dr. Mohd Hatta Ramli, dan dua rakannya, menang saman.

Dua rakannya itu ialah Timbalan YDP PAS Rompin Mazlan Mohamed Yasin dan Ketua Pemuda Rompin Nazri Ahmad menang dalam saman terhadap bekas Ketua Polis Daerah Rompin di Mahkamah Tinggi Kuantan berkaitan kes penangkapan semasa berceramah di premis sendiri pada 2004 lalu.

(Gambar: Dr Hatta bersama peguamnya, Mohamed Hanipa menunjukkan dokomen mahkamah yang memutuskan polis perlu membayar ganti rugi kepada Dra Hatta)

Hakim Datuk Mariana Yahya dalam penghakimannya pada 26 Ogos lalu memutuskan Hanapi Daud (pihak polis) telah secara salah menangkap Dr. Mohd Hatta Ramli, Mazlan Mohamed Yasin dan Nazri Ahmad. Hakim dalam keputusannya berkata, pihak polis telah gagal menyatakan sebab penangkapan di samping ternyata bersalah menceroboh kediaman persendirian semasa penangkapan itu.

Berikutan itu, hakim memutuskan Hanapi selaku defendan dikehendaki membayar ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi tauladan dan ganti rugi melampau kepada tiga aktivis PAS terbabit. Menurut fakta kes, pada jam 9.15 malam 10 Jun 2004 satu majlis ceramah penerangan telah diadakan di Markas Pas Kawasan Rompin, di nombor 42 Desa Teratai, Muadzam Shah.

Ketua Polis Daerah yang mengetuai sekumpulan anggota polis dari Ibupejabat Polis Rompin telah mengeluarkan arahan supaya majlis tersebut dihentikan diatas alasan tiada permit perhimpunan dikeluarkan. Ketua Polis Daerah juga telah mengarahkan anggota-anggota polis melakukan serbuan keatas premis ceramah tersebut dan telah menangkap plaintif kedua, ketiga dan keempat tanpa menunjukkan sebarang waran tangkapan.

Anggota-anggota polis yang melakukan serbuan dan tangkapan keatas premis tersebut telah merampas segala peralatan sistem bunyi (P.A. System) dan secara kasar yang telah mengakibatkan kecederaan pada plaintif keempat.

Berikutan itu, mereka bertiga telah ditahan, digari dan dibawa ke ibu pejabat Polis Daerah Rompin untuk disoal-siasat sehingga keesokan harinya. (IH)

Pemikiran Dr Mujahid II: 'Erti Menasional' & Halatuju

(Sambungan dari Pemikiran Dr Mujahid I: Kebangkitan Afrika Utara)

PERTEMBUNGAN
selama ini bukanlah sangat pertembungan pemikiran, walaupun Mubarak cuba menghidupkan sentimen bahayanya puak Islam jika menguasai negara. Tetapi lebih besar daripada itu ia tentang kezaliman, menyekat kebebasan, kengganan polis, salah guna aparatus pemerintah untuk kepentingan kroni dan rasuah yang berleluasa.

Semua pihak sudah muak dengan semua gejala ini sehingga mereka tidak lagi mengambil kira perbezaan pemikiran sebagai halangan, malah sanggup berganding bahu merentasi aliran pemikiran menuntut berakhirnya regim diktator ini. Ikhwan kini berhadapan dengan bentuk baru politik, walaupun bagi sesetengah pihak mereka masih skeptikal terhadap Ikhwan untuk mengisi ruang kosong ini setelah 83 tahun berjuang di bumi Mesir tetapi tidak ada mana pihak menafikan perjuangan konsisten dan tersusun Ikhwan.

Pilihan yang ada bagi Ikhwan dan golongan Islam untuk menyertai kebangkitan ini ialah dengan menasionalkan diri mereka menjadi sebahagian daripada lanskap baru politik. Mesej kebangkitan amat jelas bahawa rakyat Mesir tidak peduli siapa yang akan mengisi ruang setelah pemergian Mubarak dan konco-konconya, yang penting mereka mahukan pembelaan dan tercapai hasrat mahukan ruang kebebasan dan demokrasi.

Ia bukan lagi soal format dan bentuk apa negara yang mahu dibentuk setelah Mubarak, Mesir akan kekal Republik cumanya isi dan intipatinya mestilah berbeza dari dulu untuk memberi makna kepada kebangkitan rakyat Mesir yang sudah masuk hari yang ke 12.

Erti Menasionalkan Gerakan Islam


Jambatan yang menyambong antara idealism perjuangan Gerakan Islam dan denyutan nadi kebangkitan rakyat ialah sifat nasionalistiknya yang menjadikan ia dekat di hati bangsa yang tempatnya beroperasi.

Gerakan Islam yang selama ini ditindas oleh regim di dunia Arab senantiasa melihat kerajaan dengan penuh prejudis kerana kezaliman yang berlaku ke atas mereka. Penulisan yang lahir dari penindasan ini kadangkali memisahkan Gerakan Islam dengan bangsanya.

Bukan salah Gerakan Islam kerana mereka memerlukan kekuatan idealismnya untuk bertahan dalam suasana ini, tetapi kini aturcara permainannya berubah dengan berubahnya sedikit ruang bernafas dalam demokrasi yang ada.

Apatah lagi kebangkitan tuntutan demokrasi hari ini di Mesir menuntut Gerakan Islam di sana melihat dirinya sebagai pemain utama dan bukan lagi sebagai golongan yang tertindas! Apakah kadar kepercayaan rakyat berbagai latarbelakang dan ideologi yang disandarkan kepada Gerakan Islam? Ini bukan soal Gerakan Islam mahu dirinya dibela tetapi lebih penting ialah kini dia berperanan membela untuk mewujudkan suasana keterbukaan untuk rakyat dan bangsanya.

Jikalau bertanya kepada saya kadar kepercayaan itu, jawapannya ialah karakter nasionalistiknya yang menjadi gam penambat antara idealis alamiyahnya dengan realiti kerangka bangsanya. Hanya dengan cara ini Gerakan Islam akan mendapat sokongan padu dri berbagai aliran secular mahupun liberal. Mereka mungkin berbeza pandangan tetapi ikatan nasionalistik mereka akan menjadi penambat untuk melihat isu besar yang boleh mereka garap bersama.

Mubarak, Tiada Laluan Mudah


Hari-hari berikutnya di Mesir tidak akan melalui jalan mudah, apatah lagi Mubarak bersumpah untuk mati di bumi Mesir sebagai tanda pengorbanan yang dia berikan selama ini kepada negaranya. Mubarak bukan calang orang, dia menaiki tangga kekuasaan mengikut susunan kenaikan pangkat.

Nasib menyebelahinya apabila dilantik Naib Presiden kepada Anwar Sadat dan semasa pembunuhan Anwar Sadat pada tahun 1981, bintang Hosni Mubarak terus bersinar sehinggalah 30 tahun kemudian. Hari ini rakyat Mesir mengatakan cukuplah dan berambus dari sini.

Bukan mudah untuk pemimpin seperti Mubarak untuk menyerah kalah, setakat ini tentera belum menunjukkan reaksi agresif menentang penunjuk perasaan, keadaan mungkin akan berlaku sebaliknya.

Kedua , Hosni tidak akan melepaskan peluang untuk menimbulkan huru hara berskala besar dengan menjadikan Ikhwan sebagai sasarannya untuk menaikkan sentimen kemarahan rakyat dan memberi amaran bahayanya puak Islam akan mengambil alih negara.

Namun momentum rakyat minggu kedua nampaknya tidak surut dan mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan apa juga mainan dan taktik regim Mubarak yang terdesak. Walaupun Jumaat lalu Ikhwan berunding dnegan Omar Sulaiman, Naib Presiden yang ditiadakan jawatannya sejak 30 tahun yang lalu, namun ketegasan supaya syarat asas Mubarak letak jawatan dulu sebelum rundingan menyebabkan tiada apa yang baru dalam usaha perundingan terakhir ini. Tetapi apa yang menarik ialah Ikhwan yang selama ini dianggap pertubuhan haram menjadi kumpulan pertama diajak berunding oleh regim Mubarak.

Halatuju


Apa yang lebih penting sekarang ialah menjayakan misi penunjuk perasaan iaitu menggulingkan dahulu Mubarak. Kedua, kebangkitan rakyat mesti tidak dicemari dengan perpecahan sesama golongan penentang Regim kerana kerapuhan ini memberi ruang kepada regim untuk terus menguasai keadaan. Ketiga, keseluruhan rakyat Mesir mesti diyakinkan bahawa kebangkitan ini adalah untuk mereka dan bukan kepentingan mana-mana kumpulan mahupun Ikhwan sendiri dan akhirnya satu bentuk konsensus kepada siapakah yang mewakili penentangan ini adalah penting supaya kebangkitan rakyat ini tidak tersasar dari tujuan asalnya.

Namun apa yang lebih utama ialah melakarkan halatuju pasca kejatuhan Mubarak, apa akan terjadi, bagaimanakah peta baru yang akan dilakarkan kea rah demokrasi berpilihanraya, demokrasi berparlimen, kebebasan media, pemulihan institusi kepolisian, pelan memerangi rasuah dan lebih penting ialah pembelaan terhadap kemiskinan yang menular di Mesir.

Keseimbangan antara pemulihan dan kesan jangkamasa transformasi kepada perubahan regim melibatkan kepedulian berbagai aspek antaranya keselamatan, pemulihan ekonomi, trauma kebebasan setelah dikongkong begitu lama dan peranan kepimpinan transformasi bagi memudahcarakan transisi ini. Sehingga kestabilan benar-benar muncul , Mesir mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan.

Sama Dengan Malaysia?

Dan sementara penganalisis dan penulis membuat andaian-andaian apa akan terjadi kepada Mesir, jangan hendaknya kita lupa negara kita Malaysia juga perlu kebangkitan rakyat kerana simpton penyakitnya lebih kurang sama sahaja, bayangkan jika beratus ribu keluar ke jalanraya melaungkan “Undur, undur, undur BN, maju, maju, maju PR” apakah agaknya reaksi regim BN?

Lihat E-Buku ini...
E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'
E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails